BAB 9
"Zack!"
Zack yang baru hendak keluar dari rumah tercengat. Wajah Amri yang berpeluh dipandang penuh tanda tanya. Dia baru masuk sekejap untuk buang air, itupun wajah Amri seperti tak jumpa dia untuk masa yang lama.
"Kau kenapa ni Am?"
"Sini kejap." Hujung baju Zack ditarik terus ke tengah majlis.
"Kau kenal Aizat tak?"
"Aizat mana ni?" Muka Zack penuh kerutan. Mata dipandang semua tetamu yang hadir namun yang dia kenal hanyalah ahli keluarga dan sepupu sepapatnya sahaja. Yang selebihnya pasti belah Sofea.
"Itu. Yang tengah makan dengan Syah."
"Okay. Kenapa dengan dia?" Tanya Zack, masih tidak dapat tangkap apa yang Amri ingin katakan.
"Bukan kau jemput ke?"
"Eh tak. Agaknya keluarga Sofea tak?" Soalan berbalas soalan.
"Kenapa kau tanya?" Bahu Amri disondol. Pelik juga kenapa dalam ramai-ramai Amri tertarik nak mengenali Aizat?
"Kalau kau pergi dekat dengan dia. Aku yakin dan percaya kau akan nampak Farhan." Jelasnya.
"Kau jangan main gila Am. Kawan kita tu dah tenang dekat sana. Entah-entah bayangan kau je kot?" Mahu terbelahak keluar jantungnya mendengar anggapan Amri. Sahabatnya dipandang serius. Demamkah kawan dia ni? Terus telapak tangan kanan diletak pada dahi Amri namun laju saja ditepis.
"Aku tak demam. Kalau kau tak percaya. Kau pergi tengok sendiri. Tegur ke apa." Cadang Amri, seperti mana Syuhada memaksa dia lakukan. Kesudahnya dia tak nampak bayang cikgu itu. Mungkin di dalam.
Zack terdiam. Takkanlah?
.
.
ZACK mencabut tanjak yang dia pakai sepanjang majlis. Badannya penat, berlengas. Majlis lima jam tadi memang betul-betul boleh buat dia pengsan. Nasib semua sudah selesai. Tak adalah dia nak menghadap orang ramai lagi.
Isterinya, Sofea yang baru masuk ke bilik dipandangnya sehinggakan gadis itu naik segan.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Sofea malu-malu. Punggung dilabuhkan di sebelah Zack.
"Sayang, saya nak tanya ni."
"Apa dia?" Sofea memandang lelaki yang baru dinikahinya. Belum sempat dia buka tudung, lelaki itu sudah menarik tangannya dan digenggam perlahan.
"Sayang ke yang jemput Aizat?"
Ya itu dia. Tadi dia sudah tegur Aizat. Betul kata Amri, sama. Nampaknya bukan Amri saja gila kot, dia pun terikut. Dengan Syah yang beria kata itu papanya. Dia pun naik bingung.
"Aizat, anak Mak Lang ke?" Tanya Sofea lagi.
"Agaknyalah kot. Abang tak tahu. Tapi sayanglah yang jemput?" Tanya dia sekali lagi.
"Sayalah yang jemput. Dia sepupu sayakan. Takkan tak jemput."
"Jadi, dia membesar dengan sayanglah?" Soalan lain pula ditanya. Sofea kerut dahi.
"Tak juga. Saya tak rapat sangat dengan Mak Lang sebab duduk jauh. Tapi yang saya dengar cerita dari umi, Aizat tu lepas SPM sambung uni dekat luar negara. Sampailah bulan lepas, saya baru jumpa dia sebab nak bagi kad kahwin."
Zack diam mendengar cerita isterinya. Kalau dibuat kesimpulan, Aizat bukanlah Farhan. Impossible.
"Tapi yang peliknya, sebelum saya balik sini, saya singgah gerai dekat sana. Orang kampung dekat situ marah-marah saya kata kenapa saya pergi rumah Mak Lang. Orang kata dia dah gila. Ada pula tu yang cakap Aizat, anak Mak Lang dah meninggal. Saya pun tak pastilah kesahihannya. Saya kemudian senyum je sebab saya memang tak berapa rapat dengan Mak Lang jadi tak tahulah apa jadi dengan hidup dia sebenarnya." Sambung Sofea lagi. Masih dia ingat, orang di gerai itu mencemuh dia. Ada juga yang larang dari berkawan dengan Mak Lang dan anak-anaknya. Tetapi dia sebagai anak buah Mak Lang, takkan dia nak buat macam tu. Apa jadi sekalipun, mereka masih ada hubungan persaudaraan.
Zack terdiam. Kalau orang kata Aizat tu meninggal, habis yang dia jumpa tadi siapa? Hantu? Atau Aizat tu bangun dari kubur sendiri?
"Saya bukan apa. Saya tengok Mak Lang elok je. Tak nampak pula simptom orang gila. Orang kampung cakap macam tu mungkin sebab tak suka dengan Mak Lang agaknya."
"Sayang, satu soalan. Kenapa sayang tak rapat dengan Mak Lang? Takkan sebab Mak Lang duduk jauh semata-mata?" Soal Zack lagi. Dia masih belum temui jawapan yang dia mahu. Siapa Aizat ni sebenarnya?
"Umi yang halang saya jumpa Mak Lang tapi sebab saya nak nikah, dia benarkan saya jemput Mak Lang. Tadi pun umi buat tak nampak je dengan Mak Lang. Umi kata Mak Lang suka main ilmu hitam. Tak tahulah saya."
"Peningnya."
Sofea ketawa kecil.
"Kan? Saya yang anak ni pun boleh biul layan masalah orang tua."
Zack turut ketawa bersama. Walhal dalam hatinya masih berfikir kaitan cerita Sofea dengan Aizat. Macam tak masuk akal tetapi lelaki itu hidup. Jadi, cerita orang kampung tu auta jelah?
"Yang paling penting sekarang ni awak.." Genggaman tangannya ditarik. Purdah yang sedari tadi menutupi wajahnya dibuka. Tudung yang membelit kepalanya turut dicabut. Getah rambut dibuka.
"Saya milik awak." Senyuman paling menawan ditayangkan kepada Zack. Khas buat lelaki yang bergelar suami secara sah.
Jemari kasar Zack bermain pada pipi isterinya. Sungguh, dia terpegun dengan ciptaan Tuhan. Perlahan-lahan dia usap pipi itu. Wajah ini, hanya dia yang dapat tatap. Seketika, dia rasa beruntung. Satu-satunya lelaki bukan mahram yang dapat melihat kecantikan Sofea adalah dia.
Wajah mereka didekatkan sebelum dahi isterinya dikucup penuh syahdu. Nikmat indahnya perkahwinan terasa hingga ke hati.
.
.
SYUHADA menutup yassin dan disimpan ke dalam tas tangan. Kubur arwah suaminya dipandang. Dia merasakan sudah lama dia tidak melawat kubur ini walhal baru beberapa hari. Mungkin kehadiran Aizat yang membuatkan dia rasa jauh sangat dengan Farhan.
Syahadat tidak dibawa kerana anak itu keluar bersama Afiq. Afiq yang menjemput Syah untuk menemani dua puterinya di rumah. Bella ada kerja di luar, jadi dia terpaksa menjaga anak-anaknya. Disebabkan bosan terpaksa melayan anak patung anaknya, tak salah rasanya kalau dia melibatkan Syah sekali.
Bukan dia tak mahu bawa Syah ke kubur Farhan, dia cuma masih terasa dengan anaknya. Anak itu seperti lupa siapa ayahnya yang sebenar. Selalunya Syah yang kerap bertanya bila mereka akan melawat Farhan, tetapi semenjak bertemu Aizat, terus lesap soalan itu. Kini dia dihurung rasa bersalah terhadap arwah. Seperti dia gagal mendidik anak lelakinya.
"Cik Syuhada.." panggil seseorang. Laju Syuhada angkat muka.
"Eh tok.. kenapa?" Tanya Syuhada, melihat imam masjid yang menegur. Mungkin tok imam baru lepas menziarahi arwah isterinya atau baru balik dari masjid.
"Kenapa cik Syuhada lawat kubur kosong?"
"Hah? Kosong?"
"Lah, Amri tak bagitau ke? Mayat arwah Farhan kena culik."
"Apa?!" Membulat mata Syuhada. Tangannya menggigil. Liur ditelan pantas.
"Bulan lepas lagi dah jadi. Tok dah buat report tapi sampai sekarang tak dapat maklum balas."
Bulan lepas? Syuhada rasa mahu pengsan. Jadi untuk beberapa minggu lepas, dia hanya melawat kubur kosong?
"Kenapa tak ada orang bagitau saya?"
"Tok ingat Amri bagitau kamu. Kubur tu tok suruh orang kampung timbus tanah balik sebab waktu mayat kena culik, tanah kena korek." Jelas tok imam. Dia sendiri bersimpati dengan nasib balu Farhan yang tidak tahu menahu tentang insiden ini.
"Kenapa orang tu curi mayat Farhan?" Tanya dia lemah. Dada Syuhada sesak. Apa yang mayat boleh lakukan sehingga sanggup gali balik tanah dan ambil mayat tersebut? Kegilaan apa yang berlaku dekat dunia ni?
Amri! Amri tahu benda ni tapi dia tak bagitahu langsung kepadanya? Terus dia pamit diri daripada tok imam. Dia harus mencari Amri. Amri ada jawapan untuk semua yang berlaku ini. Dia yakin!
-----
Saya tahu anda mungkin pening tetapi idea ni memang dah sedia sebelum saya menghilang. Tunggu dan lihat reasonnya. Jangan dikecam saya, nanti saya hilang lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro