Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 35

"KAU tak layak jadi isteri aku, Syuhada! Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

"Abang!!"

Mata Syuhada membulat. Nafas tidak teratur seiring dengan dada yang berombak kencang. Pandangan yang gelap mengerutkan dahinya. Dililaukan pandangan ke sekeliling. Kosong.

Dia hanya bermimpi? Kenapa semua nampak betul?

Syuhada tekup wajah. Mata dipejamkan kembali. Mimpi tadi benar-benar menakutkan dirinya. Dia lihat Aizat mengambil Syahadat bersamanya sebelum talak dijatuhkan. Bukan talak satu sebaliknya, talak tiga. Dia gerun. Syukur, dia hanya bermimpi.

Huk! Huk!

Tangan Syuhada menekup mulut. Seksanya rasa bilamana batoknya langsung tidak beransur pulih. Menolak tepi segala hal, Syuhada bangkit. Alang-alang dia sudah terjaga,ada baiknya dia sujud kepada Ilahi. Menenangkan hati yang gundah. Mengadu hubungan suami isteri mereka yang mula retak.

.

.

BAM! BAM! BAM!

Syuhada tersentak bilamana pintu bilik disiplin diketuk bagai nak pecah. Cikgu Saidah yang menjengah ke pintu luar memandang ke arahnya gerun. Dia langsung membuka pintu.

Sejurus pintu terbuka, seorang lelaki terus merempuh masuk dan meja Syuhada dihampiri laju. Penumbuk dihempas ke meja dengan sepasang mata yang memandang tajam ke arah Syuhada. Jelas di wajahnya merah menyala. Urat-urat hijau mula kelihatan di dahi.

"A... Abang kenapa? Kenapa cari saya dekat sini?" Syuhada bangkit dari duduk. Seriau dia rasakan dengan aura dingin Aizat yang membelenggu dirinya. Spontan, dia mula batok semula. Wajah Cikgu Saidah yang pucat dikerli seketika.

"Kau memang perempuan tak gunalah, Syuhada!" tepiknya kasar. Hilang senyuman kekok Syuhada. Digelar tidak guna tanpa asbab, hatinya terusik. Lebih-lebih lagi bilamana suaminya sendiri yang berkata.

"Abang memang datang sini semata-mata nak mengamuk ke?" tanya Syuhada. Pinggang dicekak. Pen di tangan dicampak ke meja. Pelipis diurut perlahan. Selang beberapa minit mulutnya mengeluarkan batok.

"Ya, memang aku datang sini sebab nak mengamuk!"

"Boleh tak kita cakap dekat rumah?"

"Kenapa? Kau takut orang tahu sikap kau yang sebenar macam mana ke?"

"Ini sekolahlah, abang. Jom balik!" Syuhada langsung mencapai tas tangan. Lengan Aizat ditariknya kasar. Wajah Cikgu Saidah dipandang minta simpati. Seperti wanita itu faham wajah yang dimemekkan Syuhada, dia mengangguk. Terus wanita itu kembali ke biliknya.

"Okey, fine! Kita cakap dekat rumah!" Aizat terus merengkuh bahu Syuhada. Dia mendahului langkah Syuhada. Kereta yang terparkir depan sekolah dibolosi.

"Kau naik kereta aku!" Mengaum suara Aizat saat Syuhada mengeluarkan kunci keretanya.

Tanpa bantahan, Syuhada akur. Pipi sudah merona merah, geram dengan aksi selamba badak Aizat yang membuat onar di sekolah. Pasti ada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah, cikgu mahupun murid.

Kunci sahaja pintu, Aizat terus menekan minyak. Kelajuan kereta melebihi had laju 60KM/J. Lampu merah juga selamba dilanggar bila jalan lenggang tanpa kereta. Tiba di selekoh juga, Aizat masih menekan minyak. Bila membelok sahaja baru ditekan brek. Syuhada di sisi sudah gerun dengan cara pemanduan suaminya. Tangan berpaut pada pemegang pintu kereta. Walaupun sudah memakai seatbelt, keselamatan terasa terancam.

"Perlahanlah sikit bawa kereta! Ini bukan
highwaylah, abang!"

Aizat degil. Kaki gatal menambah kelajuan kereta. Syukur dia cekap ketika bertembung dengan kereta lain di persimpangan.

"Abang!!" Suara Syuhada memetir bilamana ada kucing yang hampir dilanggar Aizat. Lelaki itu segera mengawal stereng dan mengelak haiwan kecil itu.

Usai tiba di rumah, Aizat tarik brek. Kunci kereta dipulas, mematikan kereta. Pintu dibuka dan ditutup kasar. Mata mencerlung menanti Syuhada keluar dari kereta. Mendidih hatinya menanti isterinya keluar. Langsung, kakinya bergerak ke sisi belah kanan. Pintu hadapan dibuka kasar. Lengan Syuhada ditarik kasar.

"Sabarlah! Syu belum buka seatbelt lagi." Syuhada berdengus. Usai mencanut seatbelt, lengan Syuhada kembali direntap. Kaki mengorak langkah keluar. Pintu terus dihempas kasar oleh Aizat.

Lelaki itu menekan lengan Syuhada pada tubuh kereta.

"Now, we talk.'"

"Masuk rumah dulu, boleh tak? Malu jiran dengar."

"Takut jiran dengar ke takut tanggung malu?" sindir Aizat bersama sengihan sinis di bibir. Matamya membara api kemarahan.

"Tolonglah, abang." Tanpa getar, Syuhada melawan pandangan mata Aizat yang dibiasi amarah. Tentang apa, dia tidak pasti.

Aizat berdengus kasar. Terus dilepaskan lengan Syuhada dan melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditolak kasar.

Syuhada menghela nafas. Entah mengapa angin kus-kus Aizat datang ibarat taufan beliung. Semua nak dimarahnya.

"Abang nak cakap apa?" soal Syuhada sebaik mengunci bilik mereka. Nasib rumah kosong. Syahadat masih di sekolah manakala Izzati ada kelas ni kolej.

"Siapa aku pada kau, Syuhada?!"

Jeda.

Syuhada kerutkan dahi. Rasanya dalam seminggu, soalan persis itu berkali-kali ditanya oleh Aizat.

"Abang suami Syu, abang." Jawabnya lembut. Tangan mengurut dada. Tekak sudah terasa gatal kembali. Batok kecil dilepaskan.

"Jadi, kenapa kau perlu cari perhatian lelaki lain?! Tak cukup aku seorang aje ke?!"

"Apa maksud abang?"

"Bak sini telefon kau," arahnya tegas. Tangan dihulur.

Lambat-lambat Syuhada memberi. Mata memandang Aizat. Memang jelas terpancar riak marah. Peluh di dahi menitik langsung tidak diendahkan sebaliknya Aizat membelek telefon isterinya. Jumpa yang dikehendakinya, terus keningnya meruncing garang. Direnung isteri dengan pandangan membunuh.

"Ini apa?" Nada suaranya tertahan. Skrin telefon diputarkan menghadap Syuhada, membiarkan wanita itu melihat skrin yang terpampang.

Lidah Syuhada kelu. Mata dijamahkan dengan ruangan chat antara dia dan Amri. Sepasang matanya terdongak memandang Aizat. Sebab inikah lelaki itu marah bagai naik gila?

"Aku benci kau masih berhubung dengan dia!"

Pap!

Telefon Syuhada berderai pecah sebaik dihempas ke dinding. Telefon yang elok kejadian telah hancur sedikit sebanyak. Bateri tercabut dari casing. Melopong mulut Syuhada menyaksikan telefon yang telah dia gunakan sejak bersama Farhan lagi.

Telefon itu... Hadiah Farhan buatnya. Dia sayang telefon itu. Banyak gambar-gambar dia dan Farhan yang disimpan di dalam peranti itu. Mengingat semula memori diberi hadiah itu, matanya berkaca. Tak mustahil semua isi peranti itu lesap.

"Kenapa abang campak handphone Syu? Kalau marahkan Syu, tak perlu rosakkan barang Syu." Suaranya pecah. Tangan naik mengesat air mata yang bertakung.

"Sayang betul kau dengan phone tu ya? Kenapa? Kalau tak ada phone hidup kau merempat ke?" Aizat bertindak mencengkam pipi Syuhada. Tubuh wanita itu ditolak bersandar ke belakang pintu bilik.

"Sakitlah, abang." Syuhada cuba meleraikan pegangan tangan Aizat namun tidak berjaya. Ternyata, tenaga lelaki tu melebihi dirinya. Sudahnya, dia merelakan dengan kerutan di dahi. Sedikit sebanyak cengkaman lelaki itu terasa sakit.

"Aku dah pesan, jangan contact lelaki tu lagi! Kenapa kau degil?!" jerkahnya di hadapan wajah Syuhada. Wanita itu menutup mata. Gerun bilaman wajah mereka hanya berjarak beberapa inci.

"Jawablah soalan aku! Kenapa kau perlu chat dengan dia?!"

"A... Ada... Hal..."

"Hal apa?! Kau tu isteri aku! Bukan isteri dia!" Terus Aizat tolak wajah itu ke sisi. Dihentak telapak tangan ke pintu kayu, betul-betul di sisi kepala Syuhada. Terhinjut bahu Syuhada saat terkejut dengan tindakan drastik Aizat. Liur ditelan berkali-kali. Seram kalau telapak tangan lelaki melekat pada pipinya.

"Bagitahu aku, kau tu perempuan simpanan dia ke?!" Sekali lagi tangan dihempas ke pintu. Tangan kanan menarik semula dagu Syuhada. Hembusan nafas dilepaskan kasar pada wajah Syuhada. Hatinya langsung tidak terusik dengan pipi yang tercemar dengan air mata.

Kepala Syuhada menggeleng. "T... Tak..."

"Tipu!"

Kepala Syuhada dihempas ke belakang. Wanita itu mengerang kecil. Air mata makin berderai jatuh.

"Baik kau jujur dengan aku!"

"Sumpah, abang. Tak ada!" Bersungguh-sungguh Syuhada menjawab. Mata merenung ke dalam anak mata Aizat, mencari simpati lelaki itu namun yang dia nampak hanyalah api kemarahan.

"Aku tak percaya! Chat kau dengan dia lagi banyak daripada aku! Jelas-jelas dia tu lagi penting untuk kau!"

"Ya Allah..." nama Tuhan Yang Esa meniti di bibir. Gamam dengan jawapan tak masuk akal Aizat.

"Kau tahu tak, kau perempuan yang paling teruk pernah aku jumpa!"

"Aizat!" bergenang air mata Syuhada saat dilemparkan kata-kata kesat oleh suami. Walaupun bukan makian, sebaris ayat Aizat benar-benar menikam hatinya.

"Sumpah, aku benci tengok perempuan macam kau!" Kepala itu terus ditolak. Tombol pintu dipulas kasar. Lengan Syuhada dicengkam dan ditarik keluar.

"Abang nak bawa Syu pergi mana?" Tergesa-gesa kakinya mengejar langkah Aizat. Langkah terakhir kakinya tersadung kain baju kurungnya sendiri sebelum tubuhnya terdorong jatuh.

Serentak itu, Aizat melempar tubuh isterinya keluar rumah.

Syuhada mengadu lemah bilamana kakinya mula terasa pedih.

"Perempuan macam kau tak layak duduk serumah dengan aku! Perempuan macam kau tak layak jadi ibu Syahadat!" Jari telunjuk dihalakan tepat pada wajah Syuhada.

"A... Apa maksud abang?"

"Kau jangan berani nak dekat dengan Syahadat! Aku takkan benarkan perempuan macam kau besarkan anak aku. Kau boleh berambus dari sini! Pergi merempat simpati lelaki simpanan kau tu!"

Bam!

Aizat mengunci pintu utama. Tangan Syuhada bergetar mendengar kata-kata Aizat. Mendengar nama anaknya sekali dipetik, tubuhnya menggeletar hebat. Air mata tumpah tanpa dia perasan. Hujung bibir yang mengalir sedikit darah Syuhada relakan. Tidak sedar darah menitik ke lantai.

Syuhada bangkit dan menghampiri pintu utama. Dalam batoknya dia melangkah. Diketuk berkali-kali pintu rumah.

"Abang... Tolonglah... Jangan pisahkan Syu dengan Syah..." bisiknya dalam tangisan.

"Aizat..."

Hening. Hanya kedengaran tangisan Syuhada yang teresak.

Seketika pintu terbuka dari dalam.

Serentak itu juga Syuhada bangkit. Wajah Aizat yang masih merah dipandang meminta simpati.

"Abang, tolonglah. Jangan pisahkan Syu dengan Syah. Kalau abang nak pukul Syu, abang pukullah. Jangan dera Syu dengan gunakan Syah, abang." Rayunya bersama jujuran air mata. Senyum sinis pada dua ulas bibir Aizat menikam harapannya yang menggunung.

"Jangan haraplah! Perempuan curang macam kau tak layak dapat anak sebaik Syah! Pergi berambus dengan semua barang-barang kau ni! Jijik aku nak simpan dalam rumah aku!" Satu beg yang digalas tadi dilempar ke luar rumah. Kaki yan dipeluk Syuhada direntap kasar. Pintu kembali ditutup.

"Aizat!"

Buku lima Syuhada tersandar pada pintu kayu. Dahinya juga dibiarkan sandar. Tersendu-sedan dia menahan kehancuran hati sendiri. Tergamaknya seorang suami membuang isteri tergantung tak bertali. Kalau benci, gugurkan lafaz talak dan biar dia cari kebahagian yang baharu, bukan begini caranya. Bukan dengan memisahkan dia dan Syahadat ketika dia masih bergelar title isteri. Kejam. Tindakan Aizat benar-benar kejam!

Perlahan-lahan Syuhada bangun. Air mata dilap kering. Dia perlu tabahkan hati. Tapi... Andai melibatkan keluarganya, air mata tumpah tanpa dipinta. Terhinjut-hinjut bahu Syuhada seiring dengan esakan yang berbunyi.

Beg yang tersadai di atas lantai porch diambil lemah. Digalas pada bahu. Mata tertancap pada peranti elektronik yang dicampak sekali oleh suaminya. Dia bercangkung dan melihat telefon pintarnya yang berderai. Bateri cuba disambungkan ke telefon sebelum dia cuba menghidupkan semula telefon itu, berharap supaya dapat menelefon sesiapa ketika ini.

Melihat skrin yang menyala, perasaan hiba melanda diri bilamana skrin memaparkan gambarnya bersama Aizat dan Syahadat. Baru seketika tadi dia dihalau oleh orang tersayang.

Perasaannya hancur.

Bahagian contact dibuka. Berhati-hati dia scroll skrin telefon apabila skrin hadapan benar-benar pecah. Warna pelangi juga terlihat panjang dari bahagian atas ke bawah. Hanya sisi kanan sahaja mampu dilihatnya.

Bibir dikemam rapat. Siapa yang patut dia telefon ketika ini?

Seketika, nama Amri mula naik. Telefon berdering. Spontan, air matanya tumpah. Mahu tak mahu, dia menjawab. Mungkin, Amri boleh bantu dia. Sungguh, dia terlalu buntu. Kenapa rumah tangganya retak sehinggi begini teruk?

Ya Jabr... Aku tak kuat. Kau pinjamkanlah kekuatan kau Ya Allah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro