Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 27

HARI KEDUA

MATA Aizat tidak lekang dari merenung sekujur tubuh yang hanya berdiam diri. Suara miliknya ibarat hilang. Apabila dia bertanya, hanya anggukan dan gelenggan sahaja sebagai jawapan. Aizat kian buntu. Malam yang sepatutnya indah bertukar kelam.

Tidak mampu menahan perasaan, Aizat merapatkan tubuh menghampiri isterinya. Balik ke bilik, Syuhada langsung mencabut tudung dan baringkan diri. Mungkin wanita itu masih terkejut dengan kejadian tadi. Aizat tahu dia silap tetapi niatnya hanya mengusik. Tidak lebih. Tidak sangka begini pengakhiran hari ini.

“Syuhada...” Aizat menggosok bahu isterinya. Buat pertama kali selepas bernikah, isterinya berpaling muka saat tiba waktu tidur. Aizat tahu jiwa wanita itu kacau. Kalau tidak merajuk pasti Syuhada tidak buat masalah. Silent treatment yang diberi Syuhada ternyata menganggu fikirannya. Mana mungkin dia boleh tidur lena selagi Syuhada masih belum dipujuk?

Jeda. Tiada balasan.

Aizat lepaskan keluhan. Pertama kali menghadapi orang merajuk, dia tidak reti. Setakat Izzati merajuk, dia tidak hairan kerana yakin air yang dicincang tidak akan putus. Kalau sekali Izzati merajuk teruk pun, pasti tiba masa mereka berbaik. Mereka hanya dua beradik, siapa lagi yang nak melayan kerenah masing-masing? Tak begitu?

“Syuhada, pandanglah saya.”

Aizat kemam bibir bilamana tiada respon dari si isteri. Dia menolak selimut ke tepidan mula turun dari katil. Dia berlalu dan bercangkung di sebelah katil tempat isterinya tidur. Andai isterinya tidak mahu berpusing, biar dia yang mengalah. Setakat berjalan beberapa tapak, apalah sangat. Hatinya tidak akan tenang selagi tidak mendapat kata maaf dari isteri. Sanggup dia turunkan ego. Harapanya cukup agar isterinya tidak seperti gadis di luar sana yang cerewet.

Melihat Syuhada yang memejam mata, Aizat tersenyum nipis. Tindakan Syuhada itu tidak pasti betul atau dibuat-buat. Tidak mungkin semudah ABC boleh tidur?

Tangan Syuhada yang bercantum di dada diambilnya lembut. Digosok perlahan. Urat-urat hijau jelas nampak pada kulit putih isterinya. Belakang telapak tangan Syuhada terus dijadikan sasaran bibir. Lama bibirnya berehat di situ.

Mengingati semula kehidupan wanita ini, dia jadi sebak. Begitu tabahnya seorang ibu tunggal meneruskan hidup seorang diri. Tiada ahli keluarga yang lain. Semua bergantung kepada tugasnya sebagai guru. Melahirkan dan menjaga Syahadat sehingga usia tujuh tanpa seorang suami, pastinya lelah. Aizat kagum dengan kesabaran dan kekuatan isterinya ini.

Andai dia di tempat Syuhada, mungkin dia sudah putus asa. Bukan mudah untuk menjaga anak dan bekerja pada masa yang sama. Agaknya, bagaimanalah keadaan Syuhada yang dulu?

Aizat celikkan mata semula dan menjauhkan semula jemari Syuhada dari wajahnya. Ibu jari melukis kosong di atas jemari itu. Jari manis sebelah kanan terletak cincin yang dia beli buat Syuhada sebagai tanda miliknya. Manis kelihatan di situ. Wanita itu langsung tidak mencabut. Alangkah beruntungnya dia. Walaupun hari pernikahan mereka tidak berjalan seperti dirancang, itu semua tidak boleh mengubah realiti bahawa mereka berdua sudah menjadi suami isteri.

Dalam akadnya, dia berjanji dengan Tuhan untuk menjaga seorang hambanya dengan nyawanya. Dalam pada itu juga menguji dirinya sebagai seorang bapa kepada anak Syuhada. Sekali lafaz, dia juga menjadi seorang ayah. Walaupun sekadar anak tiri, kasihnya tumpah kepada Syahadat. Anak baik itulah menjadi kekuatan kepada si ibu untuk meneruskan kehidupan. Sudah tiba masa untuk dia membahagiakan wanita ini. Cukuplah tujuh tahun mereka sengsara dengan perasaan sendiri. Biarlah dia membaja perasaan kasih dan cinta yang pudar dalam hati wanita ini.

“Syuhada...”

Diam.

Dari bercangkung, Aizat berlutut. Dirapatkan wajah untuk melihat lebih dekat seraut wajah isteri. Tangan membelai ubun-ubun sang isteri. Dua ulas bibir jatuh pada dahi isteri.

“Abang minta maaf,” bisik Aizat jelas pada pucuk telinga Syuhada. Mata sempat menangkap telinga itu bergerak sedikit. Spontan dia tahu isterinya masih belum lelap. Pasti Syuhada mahu mengelak bercakap dengannya. Senyum kelat dipamerkan. Nampaknya, memujuk Syuhada bukan mudah.

Aizat kembali ke tempatnya. Sengaja dia memanjat dari tempat Syuhada. Melangkah tubuh Syuhada. Kaki sengaja dibiarkan bergesel dengan paha Syuhada. Mungkin dengan cara begitu, isterinya akan terusik sedikit. Kepala segera dijatuhkan.

“Aduh!”

Syuhada langsung buka mata dan menoleh. Aizat sudah menggosok belakang kepala. Dia terlupa kepala katil hotel itu adalah berteraskan kayu sahaja. Tiada alas lemput yang dilapikkan.

Kepala Syuhada menggeleng kecil. Sudahlah jantungnya tidak berhenti berlari bilamana Aizat membahasakan diri sebagai abang, kini sikap Aizat kembali kepada budak-budak. Itulah, siapa suruh langkah badannya? Ingat dia tak seram? Sungguh, dia seram. Sangkanya Aizat menindihnya tetapi syukur tidak.

“Tak nak tolong tengokkkan ke?” Aizat tarik muncung padahal dalam hati terselit perasaan gembira saat Syuhada sudah menghadapnya. Nampaknya, taktik sudah berjaya. Kepala yang terhantuk digosok, bergegar sekejap kepalanya tadi.

Syuhada tidak membalas. Dia kembali terlentang. Kepala katil hanyalah kayu, bukan besi untuk buat kepala seseorang berdarah atau lebam. Paling teruk pun memerah aje bahagian yang terhantuk. Gelagat Aizat tak ubah macam Syahadat. Suka cari fasal sendiri untuk menarik perhatiannya.

“Sedihnya saya, ada isteri tak sudi rawat suami.”

Syuhada mengiring ke kiri, malas hendak melayan Aizat. Jam sudah menginjak 11. Lebih baik dia tidur. Esok perlu bangun awal dan check out hotel. Kalau mereka gerak lewat, pasti jalan raya sesak.

“Hmm...” Aizat mengumam. Tektiknya gagal. Syuhada tidak ambil peduli. Aizat langsung baringkan tubuh. Kepala ligat mencari idea lain. Pelan harus ditukar. Mahu tak mahu, dia harus pujuk Syuhada malam ni juga. Kalau tak, tidak lenalah tidurnya.

Senyuman terbit di bibit Aizat sebaik idea lain muncul. Laju dia mengiring menghadap Syuhada. Tangan licik menyelit masuk ke pinggang Syuhada dan ditarik rapat ke arahnya. Dilekatkan dua tubuh bersama. Biar Syuhada tahu bagaimana rasa jantungnya kini. Pantas!

“Ish...” Aizat tersengih. Kaki Syuhada ang mula bergerak-gerak didiamkan dengan menindih dengan kakinya. Sebaik Syuhada hendak menoleh, Aizat terus hampirkan wajahnya. Kesannya, dua bibir bersatu.

Syuhada kaget. Otak meproses kejadian. Tangan Aizat yang naik ke pipinya membuat dia tersedar. Laju tangan menolak dada Aizat. Segera dia bangun. Wajah dilarikan. Pipi mula memerah. Perasaan malu mula menjengah.

“Kenapa tolak?” Aizat kembali memeluk Syuhada. Dia mengambil tempat di belakang Syuhada. Tubuh wanita itu ditarik merapat sebelum dagu dilabuhkan pada bahu kiri Syuhada.

“Masih nak merajuk dengan saya ke?” Wajah Syuhada dilihat dari ekor mata.

“Saya minta maaf. Saya tak tahu awak takut air. Kalau saya tahu, saya tak tolak awak.”

“Bukan sebab tu.” Pangkah Syuhada laju. Dia tidak fobia air. Langsung tidak.

Aizat diam seketika.

“Kalau buka sebab fobia, kenapa awak tak nak pandang muka saya?” Jari Aizat menolak rambut Syuhada ke belakang telinga. Hidung sempat menangkap bau si isteri. Wangi!

Syuhada tidak menjawab. Mustahil dia akan meluahkan kepada Aizat. Nanti lelaki itu sangka dia masih belum move on dengan Farhan sedangkan malam perkahwinan pertama mereka sudah berjanji untuk mulakan hidup baru bersama dia.

“Syuhada?” panggil Aizat, menarik Syuhada kembali ke realiti.

“Saya terkejut aje.”

“Teruk sangat ke terkejut awak sampai nama Farhan yang keluar?”

Bibir dikemam. Syuhada mahu saja mengeluh. Dia sendiri pun tidak pasti mengapa kejadian itu kembali berulang?

Dahulu, adalah juga dia bermimpi tentang kejadian itu tetapi sudah lebih lima tahun dia tidak didatangi mimpi itu. Mengapa sekarang ianya kembali? Kenapa saat dia sudah mempunyai Aizat sebagai suami?

“Saya tanya ni.”

Syuhada mengalah. Keluhan terlepas. Mata merenung telapak tangan.

“Saya trauma.”

Pelukan Aizat terasa tegang seketika sebelum dia melembutkan tubuh. Syuhada yakin, lelaki itu terkejut. Bibir bawah digigit, tak sepatutnya dia cakap.

Mind to tell me why?”

Syuhada menggeleng. Bukan masanya.
Aizat lepaskan tautan tubuh. Dia menjarakkan diri. Senyuman tipis diukir. Penolakan Syuhada baginya terasa. Entah mengapa, dia merasakan dia masih dianggap orang luar pada Syuhada.

Syuhada berpusing. Wajah kelat Aizat dipandangnya lama sebelum sekali lagi dia mengeluh. “Saya belum bersedia.”

“It’s okay.”

“Aizat, saya bukan tak nak bagitahu awak tapi...” Syuhada termati kata. Bagaimana dia hendak jelaskan? Ayat persis apa yang patut dia luncurkan dari bibirnya?

“Tak apa. Jom, tidur.” Aizat lekas labuhkan kepala. Dia mengiring sebelum selimut ditarik. Tangan kiri dihulur kepada Syuhada supaya turut berbaring. Wanita itu menurut. Mereka baring bertentangan. Syuhada tidak berani merenung sepasang mata Aizat sebaliknya matanya tertumpu pada baju Aizat.

“Tidurlah.” Aizat usap ubun-ubun isterinya.

Syuhada mengangguk sekali. Mata dipejam walaupun dada masih belum reda berombak.

“Siapa saya pada awak, Syuhada?” gumam Aizat perlahan. Syuhada kemam bibir rapat.

“Siapa Farhan pada awak?”

Dia bisu seketika.

“Saya tertanya-tanya, siapa gerangan Farhan yang boleh buat awak hilang arah. Walaupun awak dah jadi milik saya, saya tak rasa hati awak bersama dengan saya.”

Di balik selimut, Syuhada genggam jemari sendiri. Setiap bait kata Aizat didengarnya jelas.

“Saya tak sentuh awak sebab saya hormat awak.”

Syuhada terpaksa akui, Aizat langsung tidak meminta haknya. Hatta kejadian petang tadi, Aizat hanya mendukungnya masuk ke tandas dan menyuruh dirinya mandi sahaja. Kemudian lelaki itu keluar dan menanti sehingga dia habis mandi.

“Kadang-kadang saya cemburu bila nama Farhan yang keluar dari mulut awak. Saya tahu saya tak patut cemburukan orang yang dah tak ada tapi saya juga manusia yang ada hati. Sebab sayang saya pada awak, saya diamkan perasaan. Saya tahu lambat-laun, saya akan menang hati awak. Saya yakin awaklah perempuan yang saya harus bahagiakan.” Tangan Aizat menari pada wajah Syuhada.

“Pernah terdetik dalam hati saya, apa yang awak lalui selama ini Syuhada? Perangai awak, sikap awak kadang-kadang membingungkan saya. Bilamana awak sebut nama Farhan, saya rasa saya tak layak jadi suami awak but we’d married. Awak dah pun jadi isteri saya.”

Lama jemari Aizat berhenti pada pipi Syuhada. Sepasang mata karbon itu merenung pelosok wajah Syuhada tanpa jemu. Biarlah orang kata dia angau tetapi dia tidak pernah bosan menatap seraut wajah ini.

“Mak ada pesan, percaya pada kuasa jodoh. Mungkin ambil masa untuk cinta kita berputik tapi saya akan pastikan ia akan berlaku. Saya sayang awak, Syuhada. Sayang sangat-sangat. Saya melamar awak bukan kerana Syah tetapi hati saya sendiri. Untuk elak benda-benda buruk berlaku, saya cepatkan perkahwinan kita supaya diri awak sepenuhnya hak saya dan tak sangka, you are really mine to have.”
Aizat ukir senyuman.

“Tapi...” Aizat jatuhkan tangan.

“Semakin saya kenal awak, semakin banyak persoalan dalam fikiran saya. Awak banyak rahsia, Syuhada. Lebih-lebih lagi mengenai masa silam awak. Saya tak marah kalau awak tak nak bercerita cuma saya harap suatu hari nanti, sayalah insan yang akan awak luahkan semua masalah. Saya nak jadi telinga awak, Syuhada. Cukuplah awak tinggal sendirian, kongsilah hidup awak dengan saya. Saya berharap sangat supaya ada ruang dalam hati awak untuk saya seperti mana nama awak ada di setiap degupan jantung saya.” Aizat pimpin jari Syuhada dan dilekapkan pada dada baagian kirinya.

Syuhada diam. Tangan sedikit menggigil. Degupan jantungnya tidak sekata. Sedikit laju dari kadar biasa.

“Saya takkan pernah berhenti untuk raih hati awak, Syuhada.” Aizat mengucup lembut dahi Syuhada.

“Selamat malam.” Terus lelaki itu tamatkan kata. Diri memeluk Syuhada seperti kebiasaan. Masing-masing terlena tanpa sedar.

.

.

“KITA dekat mana ni?” Belum sempat Aizat menarik brek tangan Syuhada sudah bersuara. Sedar sahaja dari lena pendeknya, sepasang matanya menjamah kawasan asing. Bukan di lebuh raya sebaliknya di jalan yang berliku atau orang panggil, jalan dalam.

“Air terjun. Jom turun kejap.” Aizat mencabut tali keledar. Kunci kereta dipulas sebingga enjin mati. Pintu dibuka sebelum memboloskan diri keluar. Syuhada yang masih terpinga-pinga hanya menurut. Sempat dia betulkan kedudukan tudung. Tas tangan disilangkan ke dada sebelum pintu kereta dibuka.

Bunyi pancuran air terjun yang beriringan dengan kicauan burung-burung menyamankan mana-mana hati yang gundah. Pokok-pokok hijau di sini melegakan saraf mata yang tegang. Sejuk mata memandang alam ciptaan Tuhan.

“Nak buat apa dekat sini?” soal Syuhada. Aizat tidak menjawab sebaliknya menyimpulkan tangan mereka. Terasa seperti ada elektrik yang mengalir apabila dua tangan bersambung. Syuhada menahan jantung dari meletup. Dek mengingati maruah suami, dia hanya merelakan. Lagipun, banyak mata-mata yang memandang di tempar awam seperti saat ini.

“Aizat, kita dekat mana? Pahang lagi ke?”

“Lata Iskandar. Yes, masih di Pahang. Saya ada baca dekat blog orang lain, katanya air terjun dekat sini seronok. Sajalah nak singgah sebelum balik.”

Kepala Syuhada terangguk-angguk mendengar penjelasan Aizat. Mereka berjalan menghampiri kawasan air terjun.

Tempat yang sedikit jauh dari orang ramai menjadi pilihan. Aizat laju melepaskan tangan Syuhada sebelum dia bercangkung untuk melipat seluar. Selipar dicabut seraya mencelupkan kaki ke dalam air. Bayu sejuk menjamah kakinya. Sempat dia menakung air dan diraup ke seluruh wajah.

Sejuk!

“Awak tak nak masuk ke?”

Syuhada memandang pakaiannya. Blaus dan seluar labuh. Kalau dia lipat, pastinya terdedah aurat. Akhirnya Syuhada menggeleng. Tidak mengapalah kalau tak masuk pun asalkan auratnya terjaga.

“Duduklah sini.” Aizat menghulur tangan. Satu batu besar yang bersih dari air ditunjuk dengan bibir. Syuhada akur. Dia melabuhkan punggung ke atas batu besar. Tas dibawa ke dada.

“Awak nak mandi ke?”

Aizat yang duduk di batu bertentangan dipandang. Lelaki itu tersengih. “Rasanya baju dah habis dalam kereta tu. Kalau awak izinkan saya buka baju, memang lama saya berendam dekat sini.”

Syuhada mencebik mendengar seloroh Aizat. Dasar lelaki! Untunglah aurat hanya separas pusat ke lutut. Tidak perlu bersusah seperti dia menyarung tudung ke kepala.

“Dari tadi saya pandang pisang goreng yang kakak tu jual. Awak tunggu sini kejap, saya nak beli. Lapar pula tengok akak tu masak.” Mencicit lelaki itu memakai selipar dan berlari ke gerai yang ada. Syuhada tersenyum nipis melihat gelagat Aizat. Umur sudah 25 tetapi perangai seperti 15.

Seketika, Syuhada teringat sesuatu. Kalau dikira semula, tahun ini usia Aizat persis Farhan. Spontan rentak degupan jantung lari. Syuhada tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus keluar. Dia menghalau fikirannya pergi. Dia tak mahu syak apa-apa. Sebaik pulang nanti dia akan ambil keputusan DNA dari tangan Dr. Hanny dan keputusan itu akan menjelaskan semua. Tidak perlu dia menyesakkan kepala memikir itu ini.

“Nah.” Aizat menghulur bungkusan plastik yang berisi pisang goreng. Syuhada sempat mengucap terima kasih apabila mencapai satu keping pisang goreng. Dijamah sedikit walaupun mereka sudah bersarapan.

“Dekat depan tadi ada jual ole-ole. Saya ingat nak belikan Syah, Zati dengan Mak sekali.” Aizat bersuara tanpa dipinta.

“Saya tak kisah.”

Mereka menikmati juadah sehingga habis sebelum berlalu meninggalkan kawasan air terjun. Nyamannya suasana mampu melegakan stress seseorang. Kadangkala boleh buat orang leka memandang keindahan alam.

“Syah suka biru ke hijau?”

“Syah tak suka anak patung.” Syuhada lepaskan tawa kecil melihat Aizat mencapai anak patung beruang yang digantung pekerja.

“Dia suka apa?” Aizat meletak semula anak patung tersebut. Pelipis digaru tanpa sebab. Dia tiada adik kecil maka, dia tidak tahu barangan apa yang sesuai untuk diberi. Rasanya kalau Syahadat perempuan, bolehlah dia belikan anak patung berbakul-bakul.

Mata Syuhada menganalisis seisi kedai. Mencari sesuatu yang menarik perhatian senelum terhenti pada meja yang penuh ukiran kayu.

“Ni berapa?” soal Syuhada kepada seorang peniaga yang khusyuk mengukir nama di atas kayu nipis.

“Lapan kak. Kalau beli tiga, saya bagi 20. Kalau akak nak tulis nama atas keychain ni pun boleh. Melayu atau jawi, dua-dua saya boleh buatkan.”

Syuhada memandang Aizat meminta pandangan lelaki itu.

“Cun!” Aizat terus mencapai kertas yang dihulur peniaga. Ligat tangannya menulis sesuatu. Syuhada pula memilih corak kayu yang menarik dan dihulur kepada peniaga tersebut. Aizat kembali dipandang.
Kertas yang dihulur Aizat diambil dan dibelek untuk memastikan ejaan nama mereka.

“Sepatutnya huruf ta, bukan tamabuttah.” Syuhada mencapai pen dari tangan Aizat dan dibetulkan ejaan nama anaknya. Usai siap, dia meneliti dia lagi nama di bawah sebelum bibirnya kendur. Aizat kembali dipandang. Lelaki itu hanya tersengih bersama tangan yang membiat simbol peace.

Syuhada menggelengkan kepala. Nama itu dikilas sebelum diletakkan ke atas meja berhampiran peniaga tersebut. Dua nama bawah tidak diubah.

“Aizat love Syuhada. Syuhada love Aizat dan juga... Farhan Syahadat. Betul ya?” soal peniaga itu semula. Aizat mengangguk bangga. Syuhada menahan pipi dari bertukar ke warna merah. Mendengar semula nama yang ditulis Aizat, dia jadi segan. Bertambah segan apabila peniaga iti turut tersengih. Ah, malunya!

“Abang dah lama kahwin ke?” Peniaga itu berbual bersama Aizat manakala Syuhada menilik barangan lain yang ada. Untuk Puan Halimah dan Izzati, dia tidak pasti bendak memghadiahkan apa.

“Baru lagi.”

“Anak umur berapa?”

“Tujuh.”

Tangan peniaga itu kaku seketika sebelum kembali fokus. Bibir ditutup dari memgeluarkan soalan di dalam fikirannya.

“Anak tiri,” jelas Aizat. Dia faham peniaga lelaki itu mula konfius. Lebih baik dia menjelaskan sebelum timbul spekulasi lain. Peniaga itu mengangguk faham. Selesai membeli buah tangan buat keluarga di rumah, Aizat memandu pulang dengan penuh berhati-hati.

.

.

Selamat berpuasa semua ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro