Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 24

HARI PERTAMA

"SEJUKNYA..." Kedua-dua tangan Syuhada lekas menggosok lengan dan bahunya berkali-kali untuk menghasilkan haba. Mata meliar melihat kawasan tanah tinggi ini.

"Dah pakai baju sejuk pun masih sejuk?" Aizat berdiri di sebelah Syuhada. Tangan kanan menjinjit beg pakaian mereka berdua. Nasiblah tidak banyak pakaian mereka, muat satu beg. Tak perlu bersusah payah bawa beg lain.

"Saya tak pernah pergi sini. Tak tahu pula sejuk dia macam ni. Tahu saya bawa semua baju tebal yang ada dekat almari."
"Tak boleh bawa awak pergi luar negaralah macam ni. Ini baru sejuk Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa. Kalau saya bawa awak ke negara barat, silap-silap boleh jadi olaf awak nanti." Aizat tayang sengihan. Sengaja nak mengusik isterinya.

Syuhada menjeling tajam Aizat. Tangan semakin lincah menggosok. Sejuk!

"Tak perlu pandang-pandang. Kalau nak, cakap aje."

Belum sempat Syuhada nak bersuara, kepalanya tersembam ke dada Aizat. Laju Syuhada tolak dada itu kasar. Sesuka hati tarik dirinya. Nasib sempat ambil oksigen, kalau tak? Jadi dudalah Aizat ni.

"Apa? Saya cuba nak menyalurkan kehangatan saya."

Syuhada memutarkan biji mata. Menyampah.

"Mana bilik kita?"

"Kenapa? Tak sabar nak bagi Syah adik ke?" Bisik Aizat sambil merapatkan jarak mereka. Aizat akhiri ayatnya dengan tawa nakal.

"Gatal!" Syuhada menepuk dada Aizat geram sebelum segera berlalu masuk ke resort yang ada di hadapan mereka.

"Alah sayang! Tunggulah saya! Saya pun tak sabar juga!" Laung Aizat tanpa memikirkan pelancong di sekitarnya. Kaki segera membuka langkah mengejar Syuhada.

"Mulut tu jagalah sikit! Malu orang dengar tahu?" Syuhada berpusing menghadap Aizat. Mata sempat mengerli kiri dan kanan. Entah kenapalah suami dia ni gatal tak bertempat? Tempat awam ni jagalah sikit bahasa tu. Buat malu aje.

"Sorry!" Aizat tayang sengih tak bersalah sekali gus menambah geram Syuhada. Syuhada berdengus kuat.

"Bilik A-30. Tingkat 4. Jom. Let’s move to next level."

"Eee Aizat!!" Kalau boleh, Syuhada mahu saja tanam Aizat ni hidup-hidup. Memang nak kena!

"Apa lagi? Saya bisik aje. Bukan menjerit. Kalau jerit tu, bolehlah marah saya."

"Saya rasa macam nak picit awak lumat-lumat sekarang ni lagi-lagi mulut tak ada insurans awak tu!"

"Aw... Nak picit bibir saya? Picitlah guna bibir awak juga..." Aizat depakan tangan ingin memeluk Syuhada. Bibir dicebikkan ke hadapan.

Terbuntang biji mata Syuhada. Dua tangannya naik menekup bibir Aizat. Mata memandang sekeliling. Wajahnya berpeluh. Kelihatan pekerja di kaunter reception menayang senyuman yang cuba disorokkan. Semakin terbuntang mata Syuhada.

  Syuhada kembali menghala pandangan ke arah suaminya. Lelaki itu hanya tayang senyuman selamba. Syuhada membalas suaminya dengan pandangan tajam. Dia melihat atas kepala Aizat sekilas.  Syuhada ukir senyuman sinis. Dia laju menarik sesuatu di atas kepala Aizat.

  "Aduhh! Syu, sakit! Sayang! Apa ni? Sakitlah! Lepaskan! Sakit!"

  "Awak buat macam tu lagi, botak saya kerjakan!" Ugut Syuhada. Tangan masih tidak lepas menarik rambut hadapan Aizat. Apa ingat dia tak boleh balas dendam? Cubalah!

  "Ya ya! Lepaskanlah! Sakitlah! Malu orang tengok!"

  "Tahu pun malu! Mulut tu jagalah sikit!" Syuhada melepaskan juga rambut Aizat. Tangan kanan yang digunakan untuk menarik rambut Aizat dipandang. Beberapa helai rambut jatuh ke tapak tangannya. Syuhada tergamam. Boleh tahan kuatlah genggamannya sehingga ada helaian rambut yang putus.

  "Kan dah tak hensem!" Aizat berlari ke cermin panjang yang tersedia di ruang lobi. Dia membetulkan semula rambut.

.

.


“AWAK.” Syuhada mencuit bahu Aizat yang sedang baring di atas katil. Tangan kirinya memegang telefon pintar. Senyuman di bibir tidak mampu disorokkan. Dia teruja saat melihat tempat-tempat menarik di tanah tiggi ini.

“Kenapa?” Aizat buka mata. Digosok dua biji matanya. Tubuh direnggangkan.

“Jom pergi pasar malam.” Ajak Syuhada. Gadis itu sudah pun siap menyarung tudung bawal. Hanya tunggu Aizat bersiap.

“Hah? Pasar malam?”

Syuhada mengangguk. “Orang kata syok kalau pergi Pasar Malam dekat sini.”

“Syu, dekat Selangor pun ada pasar malamlah.” Aizat mencapai satu bantal dan ditekup wajahnya. Dia datang untuk berbulan madu, bukan untuk ke pasar malam. Ibarat dekat Selangor tiada pasar malam pula Syuhada ni.

“Ala... Saya nak tengok juga pasar malam sini. Saya lapar.”

“Dekat bawah ada restoran. Nanti kita turun ajelah. Malaslah nak jalan jauh-jauh.”

Syuhada herotkan bibir. Mereka tiba di sini kira-kira jam 2 petang. Kemudian, Aizat minta tidur. Syuhada hanya turutkan. Sekarang sudah jam 6. Sampai bila lakinya ini nak tidur? Baik tak payah bercuti, tidur aje dekat rumah.

“Tak nak sudahlah. Saya pergi seorang.” Syuhada bangun. Sudah orang tak hendak, buat apa paksa?

“Eh, kejap.” Lengan Syuhada ditarik. Syuhada putarkan bola mata. Dia berpeluk tubuh.

“Jom. Bagi saya lima minit.” Lelaki itu bangkit. Tubuh isterinya dipusing menghadapnya. Pipi itu dicuit seketika sebelum dia berlalu masuk ke tandas.

.

.

MATA Syuhada bercahaya melihat pasar malam Brincang yang bercahaya banyak lampu-lampu dipasang sepanjang jalan. Sebaik tiba, Aizat langsung membayar tambang Grab.

“Jomlah. Kenapa berdiri?”

“Terpegun.” Aizat kerutkan dahi.

“Awak tak pernah pergi pasar malam ke?”

“Pernah. Biasanya saya pergi awal, dalam jam 5.30. Ini waktu malam, meriah.” Komen Syuhada. Aizat mengangguk faham. Dia juga suka ke pasar malam. Makanannya lebih murah dan sedap. Kerana itu pasar malam tak pernah lenggang dengan orang ramai. Setiap lapisan masyarakat pun suka ke tempat seperti ini.

“Jom.” Aizat mencapai jemari Syuhada dan disambungkan dengan tangannya.

Syuhada merenung tautan tangan mereka sebelum mata naik memandang Aizat.

“Kenapa?”

“Awak tu kecik, Syuhada. Kalau hilang, putus nyawa saya tau. Pasar malam ni besar, saya boleh gila kalau awak hilang.” Serentak itu, Aizat mengambil peluang mengucup jemari Syuhada. Syuhada terpana. Pipi mula memerah dengan aksi spontan Aizat. Malu menjengah.

“Jomlah. Awak nak makan apa? Saya belanja.” Bahu Syuhada ditarik rapat ke tubuhnya sebelum kaki mula membentuk langkah. Mata melihat kiri dan kanan, mencari makanan yang tampak sedap untuk dimakan.

“Awak, nak tu.” Langkah mereka terpasung. Laju jari telunjuk Syuhada terarah ke sesuatu yang menarik perhatian. Asap yang keluar dari daging itu menambah keinginan nafsu untuk membeli.
“Awak makan kambing?”

“Sedap...” Syuhada tidak lepaskan pandangan. Daging kambing yang disalai kemudian dicurah kuah BBQ benar-benar menarik perhatiannya.

“Okey, jom beli.” Aizat menarik dirinya menghampiri gerai tersebut. Laju dia membuka mulut memesan set kambing yang dipadankan dengan meatball kambing. Usai membayar, Syuhada mencapai plastik tersebut dari tangan Aizat. Dia membuka plastik dan menghirup baunya. Melebar senyumannya mendapat kegemarannya.

“Sabarlah sayang oi. Belilah air dulu, baru makan.” Syuhada tidak banyak bunyi, hanya mendengar. Perut Syuhada kecur melihat deretan air buah yang disusun sepanjang gerai. Pelbagai jenis buah yang diperah menjadi jus.

“Awak nak air apa?”

Yam Float.” Syuhada telan liur melihat air keladi yang masih penuh di dalam balang. Di bahagian atas terdapat aiskrim perisa vanila. Yam Float adalah inspirasi dari air float dari francais A&W dan rasanya sangatlah melegakan tekak.

“Sabar sayang. Jangan pandang macam nak baham satu balang.” Aizat tidak mampu menahan tawanya dengan telatah Syuhada. Terasa seperti dia berjalan dengan Syahadat pula. Macam-macam pintanya.

“Okey, mari kita makan.” Aizat labuhkan punggung pada bangku. Isterinya duduk berhadapan dengannya. Makanan yang dibeli diletak ke atas meja. Syuhada segera mencapai Yam Float dan disedut lama. Terpejam matanya menikmati kesejukan air tersebut.

“Eh, lajunya minum. Kita belum makan lagi.”

“Haus,” mudah jawapan Syuhada. Aizat gelengkan kepala. Macam budak-budak!

Aizat mengeluarkan kambing yang dibeli tadi. Dibuka form lutsinar dan asapnya berterbangan. Dua garfu dicapai keluar dan dihulur satu kepada Syuhada. Tangan ditadah sebelum doa dibaca. Selesai, mereka mula menjamah

“Saya tak rasa macam kita tengah honeymoon.” Aizat bersuara usai masing-masing sudah menghabiskan makan malam yang dibeli. Tinggal air keladi Syuhada dan juga air naga yang dibeli Aizat.

“Kenapa cakap macam tu?”

“Awak cakap dengan saya, honeymoon apa dating dekat pasar malam? Tak romatik langsung!”

“Ala, biarlah.” Syuhada mencebik. Tadi Aizat juga yang kata mereka tiada plan untuk hari ini. Jadi, dia beleklah blog-blog orang lain untuk mencari tempat menarik. Kata orang, pasar malam sini yang terbaik malah, dekat dengan hotel mereka tinggal. Daripada terperap dalam bilik, baik Syuhada mengajak Aizat keluar. Adalah juga faedahnya.

“Tapi saya suka layan awak.”

“Maksud?” kening syuhada terjongket sendiri.

You see, lagak awak macam Syah. Terasa macam saya bawa Syah, bukan Syuhada.” serta-merta Syuhada kembungkan pipi. Nak kata dia budak-budaklah tu!

“Saya ingat awak orang yang serius tapi rupanya polos isteri saya ni!” Aizat mencolek bibir Syuhada yang terdapat kesan aiskrim dengan ibu jarinya. Syuhada kaku.

“Sedap!” Aizat tersengih.

“Esok kita ke mana?” Topik cuba diubah. Tak tahan Syuhada melihat Aizat yang tidak putus merenung dirinya. Malu!

“Rahsia.” Syuhada mencebik. Mereka sudah sampai pun, bagitahu ajelah.

Actually, hari ni saya ingatkan nak pillowtalk dengan awak aje.” Aizat silangkan tangan. Air naga disedut seketika, membasahkan tekak.

“Hmm?”

Aizat senyum. “Saya kenal awak baru empat bulan sebelum saya ambil keputusan untuk nikah dengan awak. Saya ingatkan waktu bulan madu kitalah, saya nak kenal lebih dalam tentang awak.”

Syuhada mencebir.

“Lain kali cakaplah. Saya tengok awak macam nak tidur sampai esok. Itu sebab saya ajak pergi sini.”

Aizat sengih tak bersalah. “Takpelah. Tengok awak makan pun boleh buat saya tersenyum.”

“Ee, tak senonoh!”

“Betullah. Itu tanda isteri saya happy.” Syuhada gigit bibir. Segera dia larikan pandangan mata saat hatinya berdebar lain macam. Air keladi disedut laju.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro