Tiga
TAK ada kelas pagi hari tu, jadi Marwan ambil keputusan untuk turun sarapan di kafe bersama rumet-rumetnya – Hanafi dan Aidil. Berbeza dengan Aidil yang ada kelas pukul sembilan pagi, Hanafi dah memang sah-sah tak ada kelas sebab pensyarah sendiri pun tak sanggup mengajar praktikum Hanafi. Sebab apa? Sebab praktikum Hanafi terdiri daripada 23 orang lelaki dan dua orang perempuan.
Masa mula-mula Hanafi cakap dulu, Marwan dapat bayangkan dalam kepala betapa havocnya kelas Hanafi. Nak pula Hanafi berada dalam jurusan Sains Teknikal, memang stok-stok yang ada tahap kepala pengat buat hal dalam kolej. Maunya pensyarah takut nak masuk. Tak pasal pula ada tayar pancit balik petang nanti.
Kafeteria Orion yang berada di antara dua blok asrama lelaki boleh tahan sesak. Boleh dikira dengan jari berapa meja yang tak berpenghuni. Yang lain pun tak ada kelas pagi juga, mungkin? Atau semua yang ada tu pelajar jurusan Sains Teknikal. Heh.
Okey, bukan Marwan nak skeptikal. Tapi secara purata memang begitu(mengikut penceritaan Hanafi selaku pelajar Program Dua Tahun) bahawa pelajar jurusan Sains Teknikal jarang ada kelas. Berbeza dengan pelajar jurusan Sains Hayat dan Sains Komputer yang pensyarah kejar nak suruh masuk kelas. Hatta pelajar jurusan Perakaunan pun ada kelas sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Nasi lemak daun pandan bersama sambal paru terasa sangat sedap pagi itu. Semalam lepas balik dari surau dia tak sempat nak makan sebab tertidur dulu. Pagi ini laparnya terasa lain macam. Boleh jadi juga sebab dia suka nasi lemak, sebab itu rasanya sedap.
"Lama lagi ke kau nak makan? Aku nak balik bilik ni. Lepas ni ada kelas," terganggu fokus Marwan menonton Malaysia Hari Ini di TV berdekatan kaunter pembayaran bila Hanafi menyinggung lengan kiri. Bila Marwan menoleh, si mata sepet tu dah siap makan. Cawan berisi teh tarik juga hanya tinggal buih.
"Lepak lu...kelas online, kan?" kecuali kelas atas talian, pensyarah jurusan Sains Teknikal memang takkan skip walaupun kolej ni banjir; kata Hanafi juga.
Hanafi geleng kepala.
"Tutorial sir suruh buat tak siap lagi," adu Hanafi. Marwan angkat kening sebelah.
"Dah tu? Semalam pergi main FIFA bilik sebelah macam esok Malaysia berperang. Pagi ni baru gelabah?"
Hanafi pejam sebelah mata cuba menyasarkan cawan kosong di tangan ke dalam tong sampah. Sekali baling, cawan itu selamat mendarat tepi tong sampah lalu tergolek masuk dalam longkang.
"Mak aku cakap dalam sehari, tak boleh stres 24 jam. Nanti cepat mati"
"Kau tak siap soalan tutorial, rasa stres tak? Rasa nak mati tak?" sambal diletak sedikit atas nasi pada sudu. Paru yang separuh digigit diletak setelah itu. Tubuh mendorong ke depan dan ngap! Perfect bite!
Mata sepetnya disepetkan lagi sampai hampir tertutup memandang Marwan. Tenang lelaki itu mengunyah.
"Ikut kau lah. Aku balik bilik dulu," malas nak bergaduh pagi-pagi buta, Hanafi bangun dari duduk. Walet atas meja dimasukkan dalam poket.
"Pinjam buku tutorial kau sekali," sambung Hanafi sebelum pergi. Tak sempat menghalang.
Kembali ke TV, segmen Malaysia Hari Ini dah berubah dari topik kain batik ke topik pertanian moden.
"Seorang je ke?" Marwan tak beri perhatian suara itu. Anggap yang ditegur tu meja sebelah. Lagi nasi lemak disuap ke mulut.
"Saya nak makan sekali boleh ke?" cawan berisi Horlicks ais dibawa ke mulut lalu dicicip.
"Hai Marwan! Morning!" mujur tak tersembur air Horlicks dari hidung bila suara dua oktaf menegur dari arah belakang. Laju kepala lipat maut, dan benda pertama yang dia lihat adalah senyuman tujuh juta megawatt khas untuknya.
Tapi senyuman tu sangat sesuatu.
"Kita kenal ke?"
"Alah, baru semalam jumpa, hari ni dah lupa. Saya Mira, yang tumpahkan kari atas baju awak tu," penuh ketenangan Mira mengingatkan Marwan. Sekali dengan cerita kari tumpah semalam.
Marwan buat muka keliru.
"Mira? Siapa, eh? Saya tak ingatlah," pergi kacau orang lain. Jangan kacau aku. Dalam hati dia menghalau.
"Seriuslah awak tak ingat?"
"Tak"
Tubuh dipusing terus ke depan. Lagi dilayan, lagi menjadi-jadi perangai bingai minah ni. Nak cari tempat duduklah tu. Kalau tak ada motif, tak adanya nak tegur.
Tiada respon dari belakang. Dan itu buat Marwan rasa nak menoleh lagi.
"Saya nak tumpang duduk meja awak boleh?" elok saja Mira meminta. Walet dah diletak atas meja – jawapannya harus ya.
Oh, kejap. Bukan harus. Wajib!
Mata dikelip beberapa kali. Kepala di sengetkan biar kelihatan comel pada mata lelaki itu.
"Mata masuk habuk ke terkelip-kelip macam tu," sedas Marwan bertanya membantutkan niat Mira untuk bersuara lagi.
"Duduk jelah. Dah alang-alang awak datang," Marwan mengalah juga akhirnya. Disambut dengan senyuman sampai ke belakang kepala Mira. Terus bungkusan kertas diletak atas meja bersama segelas air. Tangan diangkat ke udara lalu melambai.
"Anne, Ally, Huda! Sini!" sekali lagi lipat mayat Marwan menoleh. Siapa pula dia ni panggil?
Kejauhan dia nampak tiga insan terkedek-kedek berlari anak menuju ke arah meja yang diduduki bersama bungkusan kertas di tangan masing-masing. Tanpa salam, terus tiga beranak tu berhimpit duduk di depan.
"Girls, ni Marwan. Classmate kita. Marwan, yang ni Anne," jari menunjuk si selendang coklat .
"Ni Ally," ke arah si free hair.
"Dan, ni Huda," kepada si cermin mata.
Marwan dah separuh ternganga.
* * * * * *
"KENAPA makan seorang-seorang je tadi. Awak tak ada kawan ke?" Marwan menahan kepala dari menoleh ke sebelah – ke arah Mira. Ekor mata menangkap pandangan gadis itu kepadanya.
"Awak ingat saya ni Professor Snape?" antisosial? Maaf sikit. Makan seorang tak bermakna tak ada kawan. Cuma malas nak buat je. Lagi ramai kawan, lagi banyak karenah nak kena layan; makin banyak hati nak kena jaga.
"Awak duduk kat blok mana?" kali ini Marwan menjeling dari ekor mata. Minah seorang ni memang soalan kedua wajib soalan berbaur peribadi ke?
"Canopus," pendek dan padat. Disebabkan soalan kedua semalam tergantung sepi, hari ini Marwan menjawab soalan kedua dari Mira.
"Saya duduk blok Mira," tanpa disoal Mira memberitahu. Marwan angguk sekali.
"Awak semangat blok Mira ke?"
"Kenapa pula?"
"Nama awak Mira, awak duduk blok Mira. Tak ke tersama gitu," secara mengejut Marwan berhenti melangkah.
"Ke awak imaginasi saya je?" telefon bimbit dikeluarkan dari poket lalu melancarkan aplikasi kamera. Diangkat separas muka dan menekan shutter.
"Tapi kamera boleh tangkap gambar awak. Badan siapa awak duduk ni?"
"Kau memang sial, kan?"
"How dare you cursing me"
"I dare you"
"You dare me?"
"Dah kenapa kau orang berdua ni?"
Serentak kedua-dua mereka berpaling. Tanpa perasa, tanpa ekspresi susuk berbaju belang-belang merah-putih-biru menutur. Tangan sebelah memegang ais krim Cornetto.
"Tak habis lagi shooting drama Ramadhan semalam? Kut ya nak bergaduh, cuba cari tempat elok sikit," Marwan sengih sikit pada Hanafi. Daripada gaya lelaki itu, nampaknya kelas online tak jadi.
"Aye, aye, sir," Marwan tabik hormat sebelum insan itu berlalu melepasi mereka.
"Siapa tu?" sebaik susuk itu hilang dari mata, Mira bertanya.
"Kenapa awak nak tahu semua benda?"
"Salah ke saya tanya?"
"Salah sebab tak ada benda pekdah sikit nak tanya"
Kepala digerakkan dua, tiga kali.
"Okey, okey. Saya tanya soalan pekdah sikit," saja perkataan pekdah ditekan sebelum jari telunjuk dibawa ke dagu lagak seperti orang sedang berfikir.
"Kenapa manusia tak boleh proses selulosa tapi lembu boleh proses selulosa? Bukan DNA kita dengan DNA lembu sama ke?"
"Kau, jangan sampai aku starlight dah kau. Betul-betul sel otak berhubung"
* * * * * *
"MAR"
"Apa dia"
"Tadi awak nak soalan pekdah sikit, kan"
Tak habis-habis lagi.
"Ha'ah. Kenapa?"
"Cuba terangkan sikit pasal coding system ni. Saya rasa macam sama je tiga ni," jari menunding pada skrin komputer. Di situ terpapar soalan tutorial yang perlu dibuat sebelum kelas tamat. Dan Mira masih tersangkut di soalan ketiga.
Marwan habiskan dulu kerja menulis sebelum jari mencapai tetikus. Tab monitor ditukar kepada slaid tutorial.
"Yang mana tak faham"
"Semua"
Percuma saja kena jeling. Ini kalau Hanafi ni, dah lama kena sembur.
"Coding system ni, ada tiga jenis; ASCII, EBCDIC dan Unicode. ASCII dengan EBCDIC lebih kurang sama. Sama macam mana? Dua-dua hanya boleh ada 256 karakter je, which from 0000 0001 until 1111 1111"
"Tapi kenapa ada lapan?"
"Lapan apa?" bibir dimuncungkan menunjuk ke arah sebaris nombor binari pada sliad.
"Ni? Sebab setiap karakter untuk ASCII dan EBCDIC boleh simpan satu byte. Jadinya, tak makan storage besar. Satu byte ada lapan bit. Sebab tu ada 256 karakter je," Mira tak berkutik dari duduk di sebelah.
"ASCII ni biasanya guna untuk minicomputer, ataupun server. EBCDIC pula digunakan untuk IBM punya sistem. Contohnya mesin yang guna kat hospital. Semua tu guna pattern dari IBM, dan IBM guna coding jenis apa? EBCDIC. Faham tak setakat ni?"
"Faham," lantas sliad ditukar.
"Ada pros and cons guna dua-dua sistem ni. Prosnya; sistem ni hanya guna untuk satu bahasa, kebiasaannya bahasa Inggeris. Senang cerita untuk bahasa yang guna abjad Roman macam bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, Portuguese. Abjadnya tak banyak – paling-paling pun 41 abjad. Sekali dengan nombor, simbol-simbol semua. Untuk cons pula, ASCII dan EBCDIC ni tak support bahasa orang Asia. Kenapa? Sebab abjad bahasa orang Asia lebih kompleks daripada bahasa Inggeris. Lebih-lebih lagi bahasa Cina yang ada berpuluh ribu abjad, dan bahasa Jepun yang ada tiga jenis abjad. Sebab tu zaman sekarang tak ramai yang guna dua-dua coding system ni"
"Unicode pula?"
"Unicode pula, lebih besar daripada ASCII dan EBCDIC. Setiap karakter bagi Unicode kena guna dua byte untuk disimpan. Dari nombor kosong lima belas kali dengan nombor satu sekali, sampai nombor satu enam belas kali. Satu byte ada lapan bit, jadi dua byte ada...?"
"16 bit?" Marwan petik jari.
"Bila ada enam belas bit, Unicode boleh ada 65,536 karakter," penunjuk berlari pada lima kombinasi nombor pada slaid itu. Sekali dengan pengiraan karakter bagi Unicode.
"Sebab boleh simpan banyak karakter, Unicode ni sesuai untuk hampir semua bahasa kat dunia. Tapi keburukannya, perlukan storage yang besar. Bila kena ada storage besar, kena tambah banyak ROM. Bila kena tambah ROM, harga pun akan naik. Sebab tu kalau nak beli laptop atau PC, ada negara yang harga murah. Ada negara harga mahal. Kenapa? Walaupun ASCII dah tak digunakan secara meluas, tapi penggunaan ASCII dapat jimatkan kos dari segi penggunaan ROM. Sebab tu di Malaysia, kebanyakkan laptop atau PC yang awak beli; pada specs biasanya akan tulis single language"
"Contohnya macam mana?"
"Contohnya macam Microsoft. Awak beli laptop jenama HP. Di bahagian specs, ada tulis Microsoft Home and Student – Single Language. Single Language tu biasanya maksudkan guna bahasa Inggeris saja. Tapi katakan ada beli laptop HP dari Korea. Bahagian specs akan tulis Microsoft Home and Student – Multi Language. Maknanya laptop tu guna Unicode. Harga pun akan berbeza juga. Clear?"
"Crystal clear," ibu jari diangkat ke udara. Kepala turut bergerak sekali.
Elok saja Marwan habiskan penerangan, nama Mira dipanggil untuk menjawab soalan di depan. Penuh keyakinan dia melangkah. Dia mengambil pen marker atas meja sebelum menulis jawapan pada papan putih yang terpancar soalan tutorial dari projektor.
"Terangkan pada kelas kenapa untuk tulisan Cina dan Jepun, kena guna Unicode. Bukannya ASCII," kata pensyarah bertudung bawal dari belakang kelas.
"Tulisan Cina dengan tulisan Jepun ni kompleks sebab ada banyak karakter. ASCII pula boleh ada 256 karakter saja. Jadi untuk guna tulisan Cina dan Jepun, boleh guna Unicode sebab boleh ada berpuluh ribu karakter," dalam kepala kedengaran suara Marwan menerangkan sebentar tadi.
"Ada berapa puluh ribu karakter kalau banyak sangat Unicode boleh ada?" adeh, soalan luar alam apa ni. Macam mana nak congak. Dia sendiri pun tak tahu macam mana boleh muncul bilangan karakter tu semua.
Dalam pada dia nak terkucil di depan, kelihatan sehelai kertas terangkat di belakang.
"Sebab setiap karakter Unicode terdiri daripada dua byte, dan satu byte bersamaan lapan bit. Jadi dua darab 16 akan dapat jawapan 65, 536 karakter"
"Kenapa kena dua, bukan tiga atau empat?"
Banyak pula tanya letcurer ni.
"Bahasa coding... guna sistem binari?" baru pensyarah itu puas hati dan membenarkan Mira duduk.
Bergerak ke tempat duduk asal, dapat ditangkap riak bangga terpampang pada muka Marwan.
---
Jangan lupa kesayangan semua! Vote, comment and share!
lots of love,
hadeeseong: )
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro