Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Satu

KAKI bersarung business boots coklat dari elok melangkah tertib satu per satu melintasi dataran terus menukar ke gear lima, memecut laju ke arah bangunan lima tingkat yang terasa makin menjauh pada tiap langkah yang diambil. Sesekali cuba mengimbang buku setebal seinci dalam pelukan dan tote bag pada bahu kanan.

Kau memang gila, Mira! Kau ingat tempat ni bapa kau punya? Sempat dia maki diri sendiri sedari gear lima masih tak bertukar.

"Sorry, tumpang lalu. Tumpang lalu," melepasi sekumpulan lelaki yang turut mengikuti jalan yang sama, peluh tak kira jantina di dahi dia lap menggunakan lengan blaus yang dipakai.

Tatkala selamat masuk ke dalam kompleks itu, terus saja dia menongkat lutut, mencuri nafas yang tersisa. Dada laju turun, naik, turun, naik mengepam oksigen ke seluruh tubuh. Mata memandang tepat ke depan – tangga itu kelihatan ngeri biarpun sekarang tengah hari buta. Mungkin dek pokok angsana yang tumbuh dengan jayanya di sebelah blok, sudut kompleks berdekatan blok pentadbiran sentiasa kelihatan suram.

You can do it, Mira. You can do it.

Dengan lafaz basmallah, laju dia pecut ke arah tangga lalu didaki. Kerana kelas sudah pun bermula 30 minit lepas, lenggang saja kawasan tangga itu. Sedar-sedar, dia selamat sampai ke aras lima.

Nafas lega terlepas di balik bibir bercalit gincu nude. Menelusuri koridor aras lima, mata mencari nombor bilik tutorialnya hari itu – T5-B07. Sesekali dia bergumam rendah membaca nombor bilik hingga dia berdiri tepat di bilik pertama blok kedua kompleks. Papan kenyataan di tepi pintu tercetak T5-B07 sebesar alam.

Dia melangkah ke pintu seraya diketuk tiga kali.

"Kenapa lambat?" tanpa menoleh susuk wanita membelakangi papan putih menyoal. Cermin matanya tepat berada di pangkal hidung macam telur di hujung tanduk. Fokusnya pada buku di tangan.

"Saya makan lambat tadi"

"Tak ada alasan lain boleh bagi?"

Tersentap juga Mira dengan ulah wanita itu. Lama mulut dikunci mencari alasan.

"Tak boleh jawab? Lain kali, kenapa tak cakap je, 'saya malas nak datang kelas madam, sebab tu saya datang lambat'. Tak boleh ke?"

Boleh tahan passive-aggressive juga orang tua ni. Mira sekadar tunduk memandang hujung but. Ekor mata dapat menangkap ada beberapa pasang mata turut memandang ke arah. Lagi rasa nak masuk dalam lantai terus.

"Yang belakang tu pun, kenapa datang lambat? Berkomplot dengan dia ni juga?" automatik Mira angkat muka ke arah wanita berbaju kurung biru di depan. Mata wanita tepat ke arahnya.

Atau melepasi tempat Mira berdiri. Terus saja dia menoleh ke belakang.

Tak sampai sesaat dia kembali memandang ke depan. Mata membulat. Bibir di kemam kuat dengan kepala di geleng beberapa kali.

Tu halusinasi aku je, kan? Dengan keberanian yang ada, Mira menoleh lagi. Dari rambut, ke muka, turun pada baju yang tersarung pada tubuh orang di belakang, hingga ke hujung kasut. Dapat dilihat ada tompok warna oren kekuningan di hujung kasut.

Okey, ni bukan halusinasi. Ini real punya.

Liur ditelan sementara menunggu orang itu bersuara.

"Kenapa datang lambat?" soalan sama diulang lagi.

"Saya balik bilik tukar baju"

"Kenapa balik bilik tukar baju? Baru sedar cuaca kat Banting ni tak sesuai pakai sweater?"

Sekali lagi, ayat passive-aggressive keluar dari mulut wanita itu. Dari memeluk tubuh, gayanya dari berubah berdiri tegak.

"Ada orang tumpahkan kari kat baju saya tadi" 

"Siapa yang tumpahkan? Awak pergi panggil orang tu, saya nak tahu betul ke tak apa yang awak cakap. Kau orang ni bukan boleh percaya sangat. Mentang-mentang dah habis sekolah, rasa macam dunia ni kau orang yang punya, nak buat sesuka hati. Tolong sedar sikit, kau orang datang sini nak belajar, bukan nak main-main; berhuha-huha macam zaman sekolah. Kalau setakat nak berhuha-huha, baik tanam anggur je kat rumah. Tak payah sambung belajar"

Kepala digaru perlahan. Bukan tahap passive-aggressive dah ni. Ni active-aggressive! Menoleh lagi ke belakang, orang itu tak beri sebarang reaksi.

"Siapa orang tu? Blok mana? Praktikum mana? Cuba cakap kat saya?"

"Orang kat depan saya, madam. Dia yang langgar saya tadi," nak tersedak Mira dengan jawapan orang itu. Dia perasan aku rupanya! Gawat!

Wanita berbaju biru mengangguk-angguk.

"Ooh...awaklah orangnya. Mata letak kat lutut...yang awak lambat juga, kenapa?! Awak ikut dia balik bilik? Nak carikan baju untuk dia?"

Laju Mira geleng.

"Saya balik bilik tukar baju juga," baju kurung dia pakai tadi pun selamat kena cap mohor sampai ke kain.

"Baju awak tumpah apa pula? Ayam masak merah," sedar yang diri sendiri kena marah tika itu, kuat bibir di kemam agar tak tertawa.

Wanita itu menghela nafas, cukup kuat untuk sampai ke pendengaran Mira.

"Awak semua, lain kali kalau andai kata terlambat nak datang kelas. Tak kisah lah sebab terlebih tidur ke, tandas penuh ke, kucing mati ke, baju tak basuh ke; make sure mesej saya dulu. Jadi saya tak tertunggu-tunggu. Ini pun nasib baik saya belum hantar attendance lagi, kalau saya dah hantar? Sia-sia jelah awak datang kelas hari ni, kehadiran tak kena ambil"

"Hm..." Mira angguk mengiyakan kata-kata wanita itu. Salah dia juga tak respon dalam grup walaupun namanya tersenarai tiada dalam kelas. Bahana nak jadi silent reader konon.

"Sebelum duduk, saya nak tanya awak berdua soalan. Awak datang lambat, kan? Mestilah dah tahu apa saya nak ajar hari ni," aduh! Lemah kepala lutut Mira rasa. Lecture notes sehelai pun dia tak baca. Video yang dikongsi apatah lagi. Campbell yang dipeluk sekadar jadi hiasan.

Dalam diam dia berdoa agar soalan yang ajukan tak susah.

"Explain... formation of maltose."

"Ha?" spontan, tanpa sedar bunyi itu keluar dari mulut.

Sekali lagi, soalan diulang.

"Explain the formation of maltose.

"Aaaa... maltose..."

"Maltose formed from the combination of two α-glucose joined together by 1,4-glycosidic bond with byproduct of one water molecule. Water formed when hydroxyl group from one α-glucose combined with hydrogen molecule release by another α-glucose. The end product are maltose and water"

Noh, rokiah! Tak sempat nak goreng, orang di belakang jawab dulu. Wanita berbaju biru angguk, tanda dia berpuas hati dengan jawapan itu.

"Awak berdua boleh pergi duduk. Lain kali awak lambat lagi...saya suruh berdiri atas kerusi," tak tunggu lama untuk Mira buka langkah ke meja yang kosong di belakang kelas.

* * * * * *

DARI fokus menulis sesuatu di nota kuliah, dia memandang ke kanan bila rasa bahunya dicuit-cuit. Kening sebelah diangkat kepada orang yang tersenyum manis, khas untuknya.

Tapi dia rasanya senyuman tu macam pervert pun ada.

Bila orang itu tak berkata apa-apa, fokus kembali pada nota kuliah. Sesekali dia pandang ke depan.

Sekali lagi juga bahunya dicuit.

"Nama awak siapa? Tak sempat nak tanya nama" tanya orang itu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum jari telunjuk menunding ke arah diri sendiri. Orang itu gerakkan kepala ke atas dan ke bawah.

"Marwan," pendek dan menjawab soalan. Kembali ke depan, dari slaid yang memaparkan struktur amylopectin, kini bertukar kepada slaid glycogen. Penerangan pensyarah di hadapan dia dengar penuh teliti.

Tapi suara sebelah lagi kuat.

"Nak panggil apa, ya?"

"Mar"

Dari ekor mata, orang di sebelah angguk. Koklea menangkap bunyi kertas diselak laju. 

"Awak datang dari mana?"

"Bumi," tersedak orang sebelah dengarkan jawapan itu.

"Saya dari Pluto," Marwan menoleh ke sebelah. Mata dikecilkan sekali dengan mulut memandang tepat ke arah insan yang tersengih di sebelah.

"Ha. Ha. Ha," sebutir-sebutir Marwan menutur.

"Saya Amirah. Panggil Mira pun boleh"

"Okey," tiada respon dari Marwan bila pensyarah di depan bertanya sama ada seisi kelas faham akan penerangannya. Melihat ada tambahan lain pada papan putih, segera mata pen berlari atas balapan kertas.

"Awak PST ke, PDT?"

Elok saja setelah tamat pembelajaran bagi subtopik karbohidrat, ada toilet break. Peluang itu diambil untuk Marwan pusing menghadap Mira. Anak mata gadis itu ditenung lama, sampai gadis itu sendiri mengalih pandangan.

"Kenapa awak nak tahu sangat? Ada saya tanya pasal awak ke?" 

"Kerek siak..."

"And you're too annoying for me. Kalau nak bercakap pasal benda yang tak ada kaitan dengan kelas, you better shut up," lancang Marwan memberi amaran. Sungguh dia tak kisah kalau dia buat musuh dengan budak kelas sendiri. Dia datang ke sini untuk belajar, bukan untuk buat kawan.

"Alah, tanya sikit pun nak marah," Mira dah tarik muka.

"Saya tak marah, cuma tegur. Menyusahkan diri sendiri je tak apa, jangan nak menyusahkan orang lain sekali. Saya bukan pandai macam awak. Tak fokus dalam kelas pun boleh score exam"

Mata di julingkan dengar syarahan Marwan. Pertama kali jumpa dah berleter. Memang betul red flag.

"Okey, fine. Lepas ni saya tak bercakap dah dengan awak," meja yang disusun rapat dengan meja Marwan dia tarik biar ada jarak. Kerusi pun bergerak sekali menjauhi lelaki itu.

"Good," pendek jawapan Marwan, buat Mira rasa nak sepak orang.

* * * * * *

LAJU kaki melangkah turun dari tangga menuju ke blok Al-Batani. Kalau waktu tu boleh terbang, dah lama Mira buka sayap terbang balik bilik. Sakit hati rasa bila makin menjadi-jadi layanan Marwan terhadapnya.

Well, walaupun baru sekali jumpa. Tapi Mira tetap sakit hati.

Kaki dihentak-hentak bila berjalan. Pandangan mata orang di sekeliling dia buat tak nampak. Ada juga dia dengar orang mengata di belakangnya. Bila menoleh, ternampak kelibat Marwan berjarak beberapa langkah. Lagi laju Mira memecut. Makin kerap terdengar derap langkah orang di belakang.

Melepasi gajah menyusur yang lenggang setelah itu, terus Mira pusing ke belakang.

"Kau dah kenapa ikut aku? Tadi dalam kelas tak nak cakap sangat," tanpa tarik nafas atau mukaddimah, Mira terus sembur.

Marwan berhenti melangkah. Berdiri tiga langkah dari Mira yang bercekak pinggang. Mata dari memandang ke bawah, terus naik ke muka. Mulutnya terkunci.

"Kau dah kenapa ikut aku? Nenek kau ada hutang dengan atuk aku?" sembur Mira lagi. Makin berasap dia rasa dengan muka tak bersalah lelaki berjaket coklat itu.

Mata berkelip beberapa kali sebelum jari telunjuk menunding ke arah Mira.

"Kenapa? Dah bisu dah?"

"Darah," sepatah, Mira menelan ayat berikutnya.

"Ada darah kat belakang kau. Period ke?" dengan riak muka sama Marwan menyoal.

Refleks kedua-dua belah tangan dibawa ke belakang; di bawah pinggul. Setapak demi setapak Mira langkah ke belakang, hingga terasa dinding pejal. Perlahan-lahan dia melorot jatuh. Muka terasa berbahang macam tersapu capsiasin. Mata terasa kabur dengan air mata.

"Kau period?" Mira tak balas. Cuma dari riak muka dia mengerti.

Beg galas dilepas dari bahu. Zip jaket dibuka lalu ditanggalkan. Dihulur kepada Mira.

Teragak-agak Mira nak mencapai. Tapi memikirkan tak ada siapa aka tolong jika dia terus berada di situ, huluran itu disambut. Cepat-cepat lengan baju diikat pada pinggang.

"Thanks..."

Marwan angguk sekali. Kaki menyambung semula langkah ke blok kediaman, diiringi sorotan Mira.

"Amirah!" anak mata dibawa ke arah bertentangan. Kelihatan seseorang melambai ke arahnya sambil berlari-lari anak. Tercungap-cungap orang itu bila berhenti depan Mira.

"Kau dah kenapa lari? Awal lagi hantu nak keluar kut"

"Aku takut kau tak perasan aku tadi," ujar insan itu. Sesekali nafas dicuri sebelum tegak semula. Rambut di sebak ke belakang.

"Kau kenapa kat sini?" Mira hanya sengih. 

"Bocor"

"Period?" angguk. Dengan insan ini, Mira tak malu untuk berkongsi.

"Berapa hari dah? Lambat betul kalau period kali ni," dua jari diangkat ke udara. Dia terangguk sama insan itu.

"Kau dah makan?"

"Belum. Aku janji dengan orang nak makan sama-sama," mata melirik ke jam di pergelangan kiri.

"Aku gerak dulu. Dah lambat ni," terus Mira bangun dari duduk. Lilitan pinggang dikemaskan.

"Aku nak join sekali boleh ke?" saja dia mencuba nasib. Mana tahu jika ada peluang untuk dia maka bersama Mira hari ni.

Tapi gelengan Mira buat dia hampa.

"Lain kali, okey?"

___

Saya pernah publish cerita ni, sebelum saya unpublish sebab rasa saya tak mampu komitmen untuk habiskan cerita ni. Tapi bila saya baca balik, it's worth to try and finish it. So, here we go. Second update for the same story.

Don't forget to vote, comment, and share!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro