BAB 2
Nia dan Mina berdiri kaku, terpegun melihat sekumpulan budak lelaki yang sedang merokok di tepi bangunan sekolah. Masing-masing dengan mata yang terbuka luas. Siapa sangka bahawa mereka akan menghadapi situasi yang tidak pernah mereka bayangkan sepanjang hidup mereka sebagai seorang murid sekolah menengah. Ketakutan yang disuntik dalam diri mereka hanya bertambah teruk apabila salah seorang murid lelaki tersebut mengeluarkan satu picagari dari poket seluarnya dan menyuntik dirinya pada lengan.
"Tak guna, kita dah terserempak dengan benda yang kita tak patut tahu," kata Nia. Mata masih lagi mengerling ke arah mereka. "Nak tegur ke?" Nia tanya dalam nada bisikan.
Cadangan yang diberikan Nia membuatkan Mina menumbuk lengannya. "Gila ke?" Dia marah. "Kau nak kita kena kejar dengan diorang ke? Nahas do nanti.."
"Dah tu, kau ada idea lain?" Nia tanya sekali lagi, sedikit berharap bahawa kawannya itu mempunyai idea yang bernas untuk menyelamatkan diri. Diikutkan hati, mahu sahaja Nia berjalan keluar dari tempat persembunyian mereka itu dan menegur samseng-samseng tersebut. Akan tetapi, dia tahu bahawa cadangannya itu adalah satu tindakan yang bodoh dan hanya akan memakan dirinya sendiri. Oleh disebabkan itulah, dia menyuarakan cadangannya dahulu pada Mina.
Mina memusingkan kepala. Muka Nia yang penuh harapan ditenung sejenak sebelum dia mengalihkan pandangan dan menggelengkan kepala.
Nia mengeluh kecil. "Habis tu, macam mana sekarang?"
"Sekarang, korang lari~!"
"HUH?!"
- - -
Sudah hampir 15 minit mereka menunggu, namun kelibat dua orang sahabat karibnya masih lagi tidak kelihatan. Aira berjalan secara mundar-mandir dengan kedua belah tangan digenggam erat. Kenapa diorang tak datang lagi ni?, fikir Aira. "Ery!", panggilnya. "Kau rasa diorang pergi mana?"
"Tak tahu do tapi entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Sumpah! Macam ada benda teruk nak jadi"
Langkah Aira terhenti. Dia mula berfikir, cuba mencari kemungkinan sama ada perkara yang dikatakan 'teruk' itu akan berlaku ataupun tidak. "Hm.. Jom pergi cari diorang!" Eryna laju mengangguk. Ya Allah, doa-doalah takde benda buruk berlaku, getus hatinya.
Kemudian, mereka berdua mula bergegas menuju masuk ke dalam bangunan sekolah. Kepala mereka tidak berhenti daripada menoleh ke kiri dan ke kanan sehinggalah satu jeritan yang memanggil nama mereka ditangkap telinga. "Aira! Ery! Laaarii!" Nia menjerit. Kain biru sekolah diangkat dan dipegang kuat olehnya. Biarpun dalam keadaan mereka sedang berlari. Tepat sekali, mereka sedang dikejar.
Pada awalnya, Eryna dan Aira berasa teragak-agak untuk berlari tapi sebaik melihat sekumpulan budak lelaki dengan berpakaian selekeh seperti samseng, mana tidaknya mereka mahu berdiri tercongok di tengah jalan. Lalu, mereka turut sama berlari di hadapan Nia dan Mina. Masing-masing mengangkat kain biru sehingga menampakkan seluar track di dalam. Habis show-off teruk!
"Apa yang korang dah buat ni?", jerit Aira sambil berlari. Tercungap-cungap dia dibuatnya cuba untuk bernafas dengan tenang. Peluh mengalir di wajahnya. "Macam mana korang boleh cari pasal dengan diorang, hah?!"
"Weh, kitorang tak cari pasal do!", jerit Mina.
"Kitorang terserempak dengan diorang waktu nak pergi kantin. Waktu tu, diorang tengah merokok dengan hisap dadah" Nia pula bersuara. "Penat do!"
"Ish, korang nih! Dahlah kitorang berdua baru lepas makan. Muntah baliklah jawabnya bihun sup aku.." Eryna menggeleng dengan kaki masih lagi bergerak dengan laju.
Nia tergelak. "Eh?" Dia memberhentikan langkahnya. Badannya menghadap satu laluan kosong dan gelap. Walaupun begitu, sempat dia menoleh untuk memastikan yang kumpulan samseng itu tidak berada hampir dengan mereka. Memandangkan mereka berempat telah memecut laju sepenuh hati mereka, itu telah menyebabkan mereka berpisah dengan kumpulan samseng tersebut.
Eryna yang menyedari bahawa kawan tingginya yang seorang itu telah berhenti berlari turut sama meberhentikan langkah. Dia memanggil nama kedua orang rakannya yang lain dan kemudiannya, menuding jari ke arah Nia.
"Apa pulak minah ni nak buat?" Aira menggaru kepala.
"Entah," balas Eryna pendek. "Nia, apahal kau berhenti?"
Nia menoleh. "Laluan ni menuju ke mana?" Jari telunjuknya dihalakan ke hadapan. Hairan dengan persoalannya, mereka bertiga menghampiri Nia. Eryna di kiri manakala Mina dan Aira berdiri di sebelah kanannya. Mereka berempat berdiri, memandang laluan kosong yang seakan-akan tidak pernah digunakan oleh mana-mana murid. Daun-daun kering yang di lantai hanya menambahkan suasana seram padanya.
"Ugh! Seram barai.. Laluan apa ni?" Eryna mengerutkan dahi. Kemungkinan bahawa laluan itu berhantu mula timbul dalam pelosok fikiran kepalanya. Dah ada lama ke laluan ni? Sejak bila? fikirnya. "Aku rasa tak sedap hatilah"
"Samalah," sokong Aira.
"Ish, benda korang ni. Takde apalah.." Mina dengan pantas membalas.
"Weh, kau jangan. Tadi pun Ery rasa tak sedap hati tau! Tup-tup kitorang jumpa korang tengah kena kejar dengan samseng," kata Aira. "Hah, apa cite?"
"Ya weh.. aku pun tak sangka yang perasaan tu betul. Dahlah, jom kita blah!" Eryna menarik lengan Nia.
"Hmmm.. Ap-" Belum sempat Nia menghabiskan ayatnya, ada satu suara memotong.
"Hah! Itupun diorang." Salah seorang murid lelaki daripada kumpulan samseng itu menjerit sebaik menjumpai kelibat mereka berempat.
Keempat-empat mereka terkejut. Jantung kembali berdegup kencang. Mereka memandang antara satu sama lain. Nia mengepal tangan menjadi penumbuk sebelum menarik tangan kawan-kawannya dan membawa mereka masuk ke dalam laluan gelap tersebut. Mina merentap kembali tangan, tidak mahu menggunakan laluan itu.
"Mina, benda kau buat ni? Kau nak kena pukul dengan diorang ke?"
"Gila ke? Mestilah taknak!"
"Dah, ikut aku."
"Tapi..."
"Takde tapi! Ery, Aira..jom"
Eryna dan Aira teragak-agak tapi melihat situasi genting yang merek hadapi sekarang menyebabkan mereka tiada pilihan lain selain daripada mengikut Nia dari belakang. Mina turut sama mengekori. Dalam hati, mereka berharap bahawa inilah jalan penyelesaian yang mereka harapkan. Akhirnya, keempat-empat remaja itu mendapati diri mereka sedang berlari di laluan itu.
Dengan keluasan sekolah tersebut yang saiznya adalah dua kali ganda daripada sekolah menengah biasa, tidak ada seorang daripada mereka pun dapat memikirkan kesudahan akan ke manakah laluan itu bakal membawa mereka. Saiz sekolah inilah yang menjadikan sekolah mereka sebuah sekolah yang unik dan terulung. Namun, bukan itu sahaja.. Usia bangunan sekolah ini yang boleh tahan lamanya juga membuatkan sekolah itu dikenali ramai oleh setiap lapisan masyarakat sehinggakan sekolah ini menjadi buah mulut penduduk setempat.
Ke mana laluan ni akan bawa kitorang?, soal Eryna dalam hati.
[BAB 2 - END]
"Bila kita nak berhenti berlari ni? Boleh kurus aku kalau macam ni"
"Tak tahu doo.."
"Nia! Kau yang pandai-pandai suruh kitorang masuk sini kan.. Bila kita nak stop?"
"Sabar.. kat depan tu aku ada nampak pintu. Nanti kita masuk bilik tu, lepas tu kunci."
"Arghhh! Macam manalah waktu macam ni, cikgu boleh tak jalan-jalan kat koridor?!"
*pssh! Teruk no cite aku.. no talent tul! btw, hope you like it :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro