Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 1

Deruman enjin Mercedes-Benz yang meluncur masuk dan berhenti di hadapan lobi sekolah menarik perhatian kesemua pelajar yang ketika itu sedang berjalan ke hulu dan ke hilir, menuju ke destinasi mereka yang tersendiri. Warna hitam berkilatnya jelas menampakkan kemewahan pemilik kereta tersebut. Seolah-olah magnet yang tertarik pada kutub yang berlainan, Eryna dan kawan-kawannya turut sama melontarkan pandangan, masing-masing dengan riak ekspresi yang mereka yang tersendiri.

Mulut Aira dan Eryna tebuka luas, melihat kereta mewah tersebut. Cahaya mentari yang menyinari ke arah kenderaan besi itu memantulkan semula cahaya, secara tidak sengaja menyilau mata sesiapa sahaja yang memandang. Wow, attention seeker betul, getus hati Nia, memusingkan matanya.

Eryna memandang Mina, menarik lengan bajunya sedikit kuat. Gadis berkaca mata itu menjeling tajam. "Dah apahal main tarik-tarik lengan baju aku?"

Dia tersengih busuk. "Kereta siapa tuh? Tak pernah nampak pun."

"Tak pernah nampak?" Nia mengangkat kening. "Are you kidding me?" Mukanya kelihatan seakan-akan tidak percaya dan perasaan bengang sedikit sebanyak bercampur-baur. Sumpah ah minah ni, bisik Nia. Eh, tak mungkinlah..

"Taaakk.. Kenapa?" Eryna hairan. "Kau tahu ke Aira?", tanya gadis itu kepada kawannya yang masih lagi ternganga, memerhatikan kereta hitam itu. Identiti pemandu misteri itu masih lagi tidak diketahui. "Hmm..?" Matanya yang bulat itu dialihkan ke Eryna. Dengan perlahan, kepalanya digelengkan. "Tak tahu do.. Kereta siapa?"

Mina dan Nia bertukar pandangan sebelum masing-masing menjawab, "Faniq"

"Hah?!" Tersentak dua sahabat itu apabila mendengarnya.

"Jap! Kau biar betul? Boyfriend aku kot.. macam mana aku boleh tak tahu nih." Eryna menggaru kepala. Memandangkan dia ialah seorang stalker yang berjaya, untuk dia tidak mengetahui kereta Mercedes-Benz itu adalah satu hakikat yang tidak boleh diterimanya. Ia seakan-akan pengetahuan Eryna tentang jejaka itu telah menjadi semakin pudar daripada ingatan. "Bila korang berdua tahu ni?"

"Hmm.. ada sekali tu tapi tak ingat bila."

Nia mengeluh. "Nilah, waktu tu..yang kau tumpang tu!"

"Oh, yalah! Umm..waktu tu, aku tumpang jap dekat rumah minah ni. So, on the way balik tulah kitorang nampak dia dengan kereta baru tu. Dia nak balik kot tak silap aku," jawab Mina.

"Ohh.." Mulut Aira membulat. "Eh, bukan dia pakai Ferrari ke?"

"Kereta lainlah.. apa lagi"

Eryna tercengang. "Bapak banyak sia kereta dia tapi, kenapa tukar?"

"Sebab kena marah dengan ayah dialah tu," kata Nia sambil menyilangkan kedua belah tangannya.

"Apa maksud kau?", soal Aira hairan. Muka bengang Nia ditenung. Dah apahal pulak dia bad mood tetiba nih?

"Yalah.. Ferrari kan lagi mahal. Bawak gi sekolah, mahu orang curi kereta tu. Bazir jelah kalau dah hilang." Cara bercakapnya yang kasar mula menjengkelkan Eryna.

"Kau kenapa.. Bad mood tetiba?"

"Sejak bila pulak aku bad mood. Aku okey jelah"

"Yalah tu" Nia merenungnya lama. Sesaat kemudian, dia berpusing membelakangi kawan-kawannya. "Aku nak blah.. Naik muak aku dibuatnya kalau aku tengok muka dia. Gi dulu!" Dia berlalu pergi.

Yang lain terdiam. Eryna melepaskan keluhan berat. Kadangkala, ada juga sebahagian atau mungkin segelintir dalam dirinya yang menyampah dengan sikap Nia yang suka naik angin. Walaupun, ia melibatkan hal sekecil-kecil zarah. Sikit-sikit nak bad mood... Aira dan Mina pula, mereka tidaklah berapa peduli kerana itu adalah personaliti seseorang. Mana mungkin mereka boleh mengubahnya melainkan seseorang itu sendiri mempunyai kehendak untuk berubah. Lagipun, mereka sendiri tahu akan benci Nia pada Faniq, lelaki yang Eryna sukai.

"Annoying sia.. asyik-asyik nak bad mood. Fikir aku tak rasa menyampah ke?", lepas Eryna, geram. "Duk menghadap minah ni satu hari.. mahu aku jadi gila nanti." Dia merungut sambil bercekak pinggang.

"Kau sendiri pun tahu yang dia tak suka kat Irfan. Pandang mamat tu, dia taknak.. cakap pasal mamat tu pun, dia taknak. Apatah lagi, dengar pasal dia. Haihh!" Mina laju menjawab. Kemudian, dia melihat ke arah jam tangannya. "Eh, aku naik dulu boleh? Korang nak usha dia, hah memang sangat dialu-alukan tapi aku nak cao. Naik dulu!" Mina berkata dengan nada 'savage' seraya melambaikan tangan dan berlalu pergi. Botol merah jambunya berada erat dalam pegangan tangannya.

"Tak boleh nak kata apa tapi betullah tu," sokong Aira. Riak wajahnya kelihatan serius. "Kalau nak relate dengan aku.. memang takleh ah. Hmm, kau nak usha dia ke?"

Eryna tersengih lagi buat kali kedua. "Tak"

"Ehhh?!" Aira terkejut. "Pahal?"

"Entah, lain kali kot.." Walaupun jawapan yang keluar daripada mulutnya kedengaran negatif, hakikat yang sebenarnya, hatinya yang sedang berdegup kencang itu sedang menjerit 'nak' namun mungkin bukan sekarang masanya untuk dia meng-usha cinta hatinya yang satu itu.

"Ikut kaulah.. Aku nak usha Fairuz jerps. Hehe.." Kata-kata yang dilontarkan Aira itu membuatkan Eryna ketawa. "Kau ni.."

"Dahlah, jom balik kelas," ajak Eryna. "Waktu rehat nanti, kita usha sama-sama dalam kelas 5-B okey?"

"Awal!" Kemudian, mereka berdua pecah dalam gelak ketawa. Tanpa mereka sedari, satu susuk tubuh sedang berdiri di sebalik dinding berdekatan tangga blok A, menjeling tajam ke arah mereka. Memerhatikan setiap gerak langkah mereka sebagai seorang musuh yang bakal dihadapi mereka.

- - - - -

"Mengantuk barai," rungut Nia. Kedua belah tangannya diregangkan dengan luasnya di atas meja sehingga menganggu rakan-rakan sekelasnya yang ingin berjalan ke loker untuk mengambil buku bagi mata pelajaran selepas rehat. Al-maklumlah, tempat duduknya berada (aka dekat giler) dengan loker menyebabkan kesemua yang ingin mengambil buku ataupun barang di loker mereka mesti melepasi mejanya dahulu.

"Tangan tu kalau tak regang, tak boleh ke?", tanya Mina yang berdiri di sebelah mejanya.

Nia mengangkat kepala, memandangnya dengan pandangan yang penuh malas. "Huwaah..!" Dia menguap sambil belakang tangan menekup mulut. Subjek matematik bukanlah subjek kegemarannya dan disebabkan itulah, dia mudah terlelap dan terlena di dalam kelas. Kalau ditukarkan dalam peratusan, sudah pasti hampir 50% adalah dirinya yang asyik tersengguk.

"Meja aku. Ikut suka hati akulah!" Mata layunya digosok lembut."Mana Ery dengan Aira? Tak makan ke?"

"Diorang pergi tandas jap. Katanya, nanti nak gerak terus ke kantin"

Nia mengangguk kecil. "Habis tu, nak pergi teruslah ni?" Dia mula berdiri dari tempat duduk. Bajunya yang terangkat dibetulkan sehingga kemas.

"Haah, makan tak?", soal Mina, lengan baju Nia ditariknya lembut.

"Makan kot..." Dia teragak-agak. "Eh, makan-makan!"

.

.

.

"Mina dengan Nia?", tanya Aira. Pinggan makanannya diletakkan di atas meja. Dia memandang sekitar kawasan kantin, cuba mencari kelibat dua orang kawan baiknya tapi malangnya, tiada harapan. Perlahan, Aira menggelengkan kepala. Disebabkan Eryna, waktu rehat telah dibazirkan selama 10 minit 15 saat kerana kawannya itu ingin menunaikan hajat. "Cepatlah sikit korang"

Eryna menepuk bahu sebelum dia mengambil tempat disebelahnya. "Tak sampai lagi ke diorang? Lamanya.. aku yang duduk dalam tandas lama ni pun, dah sampai sini."

Aira menjongket bahu. "Entah, tak nampak pun.."

"Hmm... diorang ada tolong cikgu kot. Mungkin tu sebabnya diorang lambat?" Eryna cuba berhusnuzon(?) tapi jauh dalam sudut hatinya, dia dapat rasakan sesuatu akan berlaku. Kenapa eh? Kenapa aku macam rasa tak sedap hati ni? getus hatinya sambil pandangan mata dilemparkan ke dalam mangkuk bihun sup yang baru dibelinya. Asap yang kelihatan dan aroma herba yang memikat hati, mana mungkin dia mampu menolaknya. Tanpa membazir masa, dia terus menerkam makanan yang berada di hadapan mata.

[BAB 1 - END]

"Tak guna! Kita dah terserempak dengan benda yang kita tak patut tahu," kata Nia, mata masih lagi mengerling ke arah mereka. "Nak tegur ke?"

"Kau gila ke?" Mina marah. "Kau nak kita kena kejar dengan diorang ke? Nahas do nanti.."

"Habis tu, kau ada idea lain?"

Mengalihkan pandangannya, Mina menggeleng.

"Dah sekarang macam mana?", soal Nia yang kini berdiri menghadap kawan baiknya.

"Sekarang, korang lari~"

"HUH?!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro