07
Angin embun lembut menyentuh durja dan kulit ku. Aku menggigil kecil kerana kesejukan.
"Sejuknya malam ni." Bumantra gelap ku tenung dalam. Tiada bintang mahupun mega yang menemani sang rembulan.
"Kesian bulan tu. Mana pergi bintang dengan awan yang lain?" Mulut kering serta pucat ku basahkan dengan saliva dari lidahku.
"Bulan mengorbankan dirinya. Menerangi tanah bumi seorang diri pada malam hari yang sejuk dan dingin." Kakiku mengorak langkah sambil mata ku merenung kaki sendiri.
"Tak apalah. Walaupun bulan tu bersendirian, dia tetap teguh berdiri dan bersinar."
Tanpa diriku sedar, aku sudahpun sampai pada jambatan kegemaran ku.
Di situ, kita boleh lihat neon lampu dari bangunan tinggi dan di bawahnya pula ada laut.
Laut yang sangat dalam.
"Mati. Mati Jeon Jungkook. Buat apa lagi jika hidup di dunia tetapi tidak bermakna apa-apa? Tiada orang tersayang sisi, tiada siapa yang hargai. Jadi, mati lah."
"Engkau sama seperti bulan itu Jungkook. Bersendirian di atas sana, tiada sikit pun belas kasihan bintang ingin menemani si bulan."
Nafasku mula sesak. Tangan merahku cepat-cepat mencapai tiang lampu lalu aku terduduk longlai.
"Tetapi, bulan membawa faedah dan kebaikan pada orang lain. Kau tidak. Kau menyusahkan dan hanya layak mati."
Ayat pedas dari si dia yang berbisik tepat menusuk pada kalbu hatiku. Rasa sakit kian terasa senak di dada.
"Argh, s-sakit." Perasaan apa ini? Ia terasa kosong, sudah bermacam cara aku cuba mengisinya tetapi ia tetap terasa kosong dan menyesakkan.
Pandangan mataku mulai kabur dek air mata hangat yang bertakung.
"Mungkin, aku memang patut mati. Aku tak guna, pembawa sial. Menyusahkan orang dan bodoh. Aku tak layak di tangisi dan di berikan kasih sayang."
Dalam keadaan lemah aku mula bangun dari duduk. Nafas ditarik lalu dihembus. Bebola mata diliarkan bagi mencari manusia lain. Hampa, hanya aku seorang saja di sini.
Sendirian.
"Ya, akhirnya kau sedar Jeon Jungkook! Kau memang patut mati, jadi tunggu apa lagi? Pergi terjun. Bawa sekali semua dosa-dosa kau hanyut ke dalam dasar lautan itu."
Aku mula memanjat palang pada jambatan. Tangan yang berpeluh aku biarkan di luar. Membiarkan angin meniupnya.
"Terima kasih. Walaupun kau hanya berbisik tentang kematian, kau saja yang selalu ada bersama aku. Waktu menangis meraung, kau saja yang ada di sisi."
"Terima kasih Tuhan. Walaupun hidup aku seakan-akan kesilapan besar yang pernah terjadi di dalam dunia ini, aku tetap bersyukur. Dapat juga aku melihat dunia yang kejam ini.."
"Buat kali yang terakhir."
Aku tersenyum hambar. Air mata sudah kering dari mata. Kini yang tinggal hanya satu.
Mati. Kematian. Aku ingin ucapkan selamat tinggal. Hari ini tanggal 1 September 2020 tepat pada hari jadi yang ke-17 aku akan mati kurang dari beberapa saat dari sekarang.
Semua penderitaan yang aku tanggung selama ini akan hilang. Semuanya.
"Selamat tinggal."
━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro