Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Mamat PickUp Line Sebelah Rumah


PENULIS : Queeny_DD

INSTAGRAM : Irdnazzty

GENRE : Romance + Comedy

BLURB / DESKRIPSI CERITA :



AIRA TASNEEM Seorang gadis cantik yang menjadi idaman para lelaki di luar sana. Ayu, baik, peramah dan periang adalah sifat yang membuatkan ramai orang senang dengannya. Tidak pernah bercinta dari lahir lagi kerana cintanya hanyalah untuk Sang Suami.

Semua lelaki tidak dipandang, dia hanya mahukan lelaki yang mampu membimbingnya ke jalan yang benar. Kata-kata manis lelaki ditepis mudah tetapi tidak kata-kata daripada mulut Airil Hasyimi.

Lelaki itu tidak kenal erti putus asa demi mengejar cinta seorang Aira Tasneem. Sejak lelaki itu berpindah di sebelah rumahnya, setiap hari dia akan mendapat ayat-ayat power dari lelaki itu. Di pertemuan pertama mereka sudah banyak ayat memikat yang keluar dari mulut manis lelaki itu.

"Boleh tak saya nak ambik gambar awak? Nak tunjuk bukti kat kawan saya yang bidadari syurga memang wujud."

"Awak cuci muka pakai air gula ek? Asal muka awak ni manis sangat?"

"Nama panjang saya Airil..ly really love you"

Susah baginya untuk mendapatkan hati Cik Airanya itu malah bertambah lagi masalah apabila seorang jejaka yang sudah lama mendambakan cinta Aira datang ingin merebutnya kembali. Berlakulah perang dunia ke2 diantara Airil Hasyimi dan Tengku Ayden Aufan.

Kehadiran Tengku itu serba sedikit telah mengubah sikap Airil daripada Sweet Talker kepada Si Dingin.

"Ya lah saya tahu, saya ni hanyalah seorang kontraktor biasa yang menyemak kat hidup awak je. Bukannya Tengku ke, CEO ke, Putera ke. Memang betul cakap Ayden tu. Saya tak layak untuk awak," Airil Hasyimi

Masalah menjadi lebih besar apabila Si Gedik Raisya bekas kekasih Airil datang menyemak kehidupan mereka.

Betulkah Aira memang tiada perasaan terhadap Airil? Atau itu sekadar ego?  Siapakah yang akan mereka pilih untuk menjadi pasangan hidup?

"Memang selama ni semua tu tak betul. Semua kata-kata manis tu tak betul. Perkara sebenar awak belum tahu lagi," Airil Hasyimi

"Hati saya dah lama sakit sebab awak," Airil Hasyimi










UCAPAN PENULIS : Story yang saya tulis dengan sangat berhati-hati. Start dari buku ni saya akan jaga cara saya menulis. Saya penuhkan buku ni dengan lawak-lawak tak jadi saya dan saya jamin buku ni sweet bersemut kalau korang baca. HAHA. Hope you guys enjoy it. Thanks🎈✨









🎤 Jangan lupa baca, vote dan komen karya ini.

🎤 Masukkan di dalam library dan reading list.

🎤 Follow penulis di Wattpad dan Instagram.

🎤 Support ❤










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro