SKETSA 88: HISAP ROKOK
SEORANG anggota polis cuba menegur seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil menghisap rokok.
POLIS: Kenapa kamu merokok?
PELAJAR: Suka hati saya la.
POLIS: Dari mana kamu dapatkan duit untuk membeli rokok?
PELAJAR: Diri duit belanja sekolah saya.
POLIS: Berapa banyak kamu hisap dalam satu hari? Dan berapakah harganya?
PELAJAR: Satu hari, satu bungkus dan harganya lebih kurang RM6.
POLIS: Kenapa kamu bakar RM6 setiap hari? Cuba kamu kumpulkan duit itu selama setahun. Mungkin kamu sudah boleh membeli motorsikal. Tidak perlu lagi menunggu bas seperti sekarang ini.
PELAJAR: Boleh saya tanya encik sesuatu?
POLIS: Boleh.
PELAJAR: Encik merokok?
POLIS: Tentunya tidak.
PELAJAR: Habis, kenapa saya tidak nampak motosikal encik. Encik sendiri memandu motosikal hak milik kerajaan?
Sumber: http://apithorrible.blogspot.com/2009/06/cerita-lawak-bodohgelak-dalam-ati-jeh.html?m=1
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro