Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SKETSA 72: JANGAN MINUM DAN MEMANDU

CERITA ini kawan aku yang bagitahu. Sampai nak pecah perut dibuatnya. Peristiwa itu berlaku Jalan Loke Yew.

Pada suatu malam, kawan perempuan aku iaitu Joyah baru saja balik dari parti. Tak tahulah berapa banyak gelas arak yang dia minum. Jadi, memang dia betul-betul mabuk.

Sedang dia mahu pulang ke rumah, tiba-tiba ada polis menghalang keretanya dan menanyakan tentang lesen kereta dan lain-lain.

Malangnya... pada masa yang sama, ada kemalangan yang berlaku di kawasan yang berdekatan. Polis itu terus meninggalkan Joyah untuk perfi ke kawasan kemalangan tersebut.

Jadi, Joyah pun sudah berasa gabra. Dia tak tahu nak fikir apa lagi. Dia pun membuat keputusan untuk melarikan diri sahaja. Joyah terus masuk ke dalam keretanya semula dan pulang terus ke rumahnya yang terletak di Klang.

Keesokan paginya polis datang mengetuk pintu rumah Joyah. Polis itu bertanya, "Awak pergi mana semalam?" 

"Saya tak pergi mana-mana, encik. Saya duduk di rumah saja," jawab Joyah. 

Polis itu bertanya lagi, "Betul ke?" 

Joyah pun menjawab, "Betul, encik. Sumpah! Saya tak pergi mana-mana. Tanyalah housemate saya kalau encik tak percaya." 

"Ya ke?" Polis itu bertanya sambil ketawa.

"Mari sini. Keluar kejap." Polis itu mengarahkan Joyah untuk keluar dari rumah itu. Joya pula hanya akur sahaja.

Selepas itu, polis itu menunjukkan ke arah sesuatu.

"Hah! Kereta siapa tu?"

Joyah rasa mahu pengsan kerana dia sudah terbawa kereta polis  malam tadi balik rumahnya. Dia ingatkan kereta polis itu keretanya kerana warnanya sama, iaitu berwarna putih.

Bezanya, kereta Joyah tiada sticker polis di tepi pintu. 

Tak pasal-pasal kena saman RM1000 dan digantung lesen selama satu tahun. 






Sumber: https://www.tapatalk.com/groups/choppersgarage/koleksi-lawak-pecah-perut-t2447.html

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro