Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SKETSA 57: MANA SATU

SEORANG pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya. Tanpa berfikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf, dik. Tumpang tanya... apa betul ini Jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab, "Ha'ah."

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawapannya adalah betul.

Dia masih dalam kebingungan. Pelancong itu terjumpa seorang remaja yang berada di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya, "Maaf, dik. Tumpang tanya... apa betul nama jalan ini adalah Jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar."

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawapannya adalah betul.

Dia masih juga dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa. Lalu, pelancong itu segera bertanya, "Maaf, encik. Tumpang tanya... apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya, pelancong itu merasa puas tapi masih kehairanan. Lalu, untuk menghapus rasa keraguannya, dia pun bertanya lagi.

"Saya keliru. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'. Lalu  saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawapannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje. Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah. Kalau yang menjawab 'betul' pula, pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu.

"Jadi... anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana, ya?" tanya pelancong lagi.

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah."



Sumber: http://ceritalawakje.blogspot.com/2016/06/cerita-lawak-mana-satu.html#ixzz5qGgnFG7g

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro