SKETSA 50: PEGUAM DAN SAKSI
DI dalam sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan, seorang peguam sedang menyoal seorang saksi yang penting.
PEGUAM: Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
SAKSI: Kenal tuan.
PEGUAM: Boleh awak beritahu kepada kami?
SAKSI: Itu gambar, tuan.
PEGUAM: Bukan... maksud saya orang dalam gambar ni.
SAKSI: Oh! Itu gambar seorang perempuan, tuan.
PEGUAM: (Mula tension) Yang aku nak tau nama dia la, bukannya lelaki ke perempuan!
SAKSI: Nama dia Saodah binti Sameon, tuan.
PEGUAM: Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
SAKSI: Baru kejap tadi tuan.
PEGUAM: Hah? Bagaimana awak boleh melihatnya kejap tadi?
SAKSI: Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.
PEGUAM: Bukanlah. Maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
SAKSI: Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.
PEGUAM: Aku bukan bercakap pasal gambar ni! Aku bercakap pasal mangsa! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)
SAKSI: Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
PEGUAM: Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
SAKSI: Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
PEGUAM: Hah! Kenapa awak tunjuk pada saya?
SAKSI: Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
PEGUAM: Argh! Apa yang kau merepek ni, syaitan?! Aku bukan cakap pasal gambar tu! Aku cakap pasal mangsa yang kena bunuh tu la!
Sumber: http://ceritalawakje.blogspot.com/2016/10/lawak-peguam-dan-saksi.html#ixzz5qGNtgixW
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro