Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SKETSA 29: PAK PANDIR DAN KASUT GETAH

PAK Pandir bekerja sebagai penoreh getah. Dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tidak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah.

Isterinya pun memberinya sedikit wang dan menyuruhnya pergi ke pekan membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar harga kasut sebelum membayar.

Setelah Pak Pandir sampai di pekan, dia terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong.
Beliau diperhatikan oleh tokeh kedai tersebut.

Setelah mencuba dan
berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya mak Pak Pakdir pun bertanya harga kasut tersebut.

Tokeh itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah.
Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.

"Boleh kasi kurangkah, tokeh?".

Tokeh kedai bertanya, "Berapa awak minta kurang?"

Pak Pandir menjawab, " Kasi kurang dua ringgitlah..."

Tokeh itu berkata, "Okeylah. Pak cik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit."

Pak Pandir pun gembira lalu membayar harga yang di fikirkannya betul.

Tokeh kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah, Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya
perihal dia menawar harga kasut tersebut.

Isterinya bertanya, "Berapa harga kasut tu, bang?"

Pak Pandir menjawab, "Harganya enam ringgit setengah... saya tawar tokeh kasi kurang dua ringgit. Jadi saya bayar sepuluh ringgit lah..."

Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir. Dia bengong bagaimana harga ringgit setengah bila ditawar harga menjadi semakin tinggi.

Dia pun bertanya Pak Pandir kenapa harga enam ringgit setengah ditawar jadi sepuluh ringgit.

Pak Pandir selamba menjawab, "Harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar dua belas ringgit. Dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgitlah."







Sumber: http://himpunan-lawak-aku.blogspot.com/2013/03/pak-pandir-dan-kasut-getah.html?m=1

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro