SKETSA 19: PAK PANDIR
PAK Pandir dan Mak Andeh mengadu kepada doktor tentang masalah ingatan yang mereka alami. Selepas membuat pemeriksaan, doktor memberitahu , kesihatan Pak Andeh dan Mak Andeh, okey. Atas saranan doktor supaya tidak mudah lupa, mereka dinasihatkan menulis apa yang mereka inginkan di atas kertas.
Malam itu, sambil menonton cerita P. Ramlee, Pak Pandir meminta Mak Andeh tolong masakkannya mei segera perisa kari. “Tulis tu… perisa kari!” pesan Pak Pandir.
“Alah, tak payah, saya boleh ingat!” jawab Mak Andeh.
Baru Mak Andeh hendak ke dapur, Pak Pandir berkata lagi, “Jangan lupa, masukkan sebiji telur.”
“Okey.”
“Tulis pada kertas. Nanti lupa.”
“Alah, saya ingat.”
“Satu lagi,” kata Pak Pandir.
“Masukkan cili padi sikit. Mak Andehnya, tulis kat kertas. Nanti lupa!”
“Alah, saya ingatlah. Maggi kari taruk telur dengan cili.”
Dua puluh minit kemudian, Mak Andeh kembali ke ruang tamu. Tapi yang dibawanya bukan maggi kari yang ada telur dn cili padi, tetapi cekodok. Pak Pandir memang marah betul.
"Kan saya dah cakap tadi! Tulis! Tulis! Tulis! Tapi awak degil! Ha… kan awak dah lupa bawa sosnya!"
Sumber: https://akubudakbarubelajaq.wordpress.com/category/lawak-pecah-perut/
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro