Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SKETSA 140 : BATU NISAN

MAMAT dan Ali baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. 

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. 

Mamat dan Ali bersuara, "Ah... terkejut kami. Ingatkan Pak Cik ni hantu tadi. Buat kami terkejut aje." 

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya, "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni?" 

Tibat-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah, "Bodoh! Dia orang salah eja nama aku!"





Source: https://www.ceritalawak.com/2013/10/331-mengetuk-batu-nisan-di-perkuburan.html

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro