8 | JAM DINDING
GENRE : FANTASI
PATAH PERKATAAN : 500
AKU hanya melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen. Banyak filem yang menarik sempena Hari Halloween.
Tiba-tiba, pintu rumah diketuk. Dengan malas, aku terus bangun dan menuju ke pintu hadapan untuk membukanya.
Pintu dibuka. Kelihatan ada sebuah kotak hadiah di hadapan pintu. Aku terus menggarukan kepalaku yang tidak gatal.
Siapa pula yang bagi hadiah ni?
Aku terus mengambil hadiah itu dan membawa masuk ke dalam rumah. Tanpa membuang masa, aku terus membuka pembalut hadiah itu.
Alangkah terkejutnya aku kerana ada sebuah jam dinding berwarna hitam dan sekeping kad.
Aku terus mengambil kad tersebut lalu membacanya.
Anna, berdirilah di depan jam ini pada 30 Oktober, pukul 12 tengah malam. Kebahagiaan yang kau impikan selama ini akan tercapai walaupun sebentar.
Happy Halloween,
Aunty Emily.
Aku meletakkan kad itu semula ke dalam kotak. Hadiah ini daripada ibu saudaraku, Emily. Aku hairan juga, kenapa dia memberikan hadiah ini sedangkan selama ini dia tidak buat pun begitu.
Seram pula. Dahlah ada desas desus mengatakan bahawa Aunty Emily merupakan seorang penyihir.
Aku terus menyangkutkan jam itu pada dinding. Hari ini 30 Oktober. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11:57 malam. Hanya tinggal tiga minit sahaja lagi sebelum pukul 12 tengah malam.
Kebahagiaan apa yang Aunty Emily maksudkan itu? Aku tidak dapat menangkap maksud tersirat ucapan yang ditulis dalam kad itu.
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi loceng berdenting.
Ting!
Ting!
Aku melihat ada cahaya putih terbias keluar dari jam dinding itu. Aku terus menutup mata kerana cahayanya terlampau silau.
Selepas itu, pandangan aku menjadi gelap. Aku tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.
■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■
KEPALA aku terasa pening. Aku mahu membuka mata perlahan-perlahan. Pandanganku kabur sedikit.
Baru aku perasan, aku berada di luar rumah. Mataku terus tercelik luas. Aku bingkas bangun dari pembaringanku.
Aku bingung. Kenapa tiba-tiba aku berada di luar pula?
Tiba-tiba, aku dapat merasakan ada sesuatu yang bergeser di kakiku.
Kejap!
Ni Johnny. Kucing aku yang sudah mati kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada hari Halloween juga.
Aku tidak dapat menahan perasaanku. Aku sangat rindu dengan dia.
Aku terus memeluk badannya, dan sempat mencium kepalanya.
Aku membawanya masuk ke dalam rumah. Dari kejauhan, aku lihat ibu sedang menyediakan gula-gula untuk 'trick or treat.'
"Ibu, hari ni hari apa?"
"Hari Halloween."
"Tarikh?"
"31 Oktober 2009."
Aku terus tercengang. Maknanya, aku berada di masa lalu. Patut la, Johnny masih hidup.
Aku terus mencari Johnny. Sepanjang Hari Halloween, aku tidak keluar untuk 'trick or treat'. Aku hanya meluangkan masa dengan Johnny kerana ini sahaja peluang yang ada untuk melepas rindu.
Sedar tak sedar, sudah pukul 12 tengah malam. Bunyi loceng yang sama berdenting.
Aku lihat ada cahaya berwarna biru keluar di sebalik jam dinding tersebut. Aku faham kerana cahaya itu menandakan aku terpaksa balik ke tahun asal.
Aku terus mencium dahi Johnny lama. Terus air mata keluar mengalir berlinangan di pipi.
Mungkin kali terakhir kita dapat bersua. Kalau tidak sempat aku melihat kucing kesayanganku di dunia ini, mungkin di syurga nanti kami akan bertemu.
Bagi aku, sambutan Hari Halloween kali ini sangat bermakna.
SHADHIA | 2020
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro