
32 | DINA
GENRE : ROMANCE + FANTASY
PATAH PERKATAAN : 1765
DI sebuah negara yang penuh harmoni, tinggallah seorang gadis yang sangat cantik. Rambutnya berwarna keperangan dan beralun. Mukanya putih kemerahan dan matanya berwarna hijau muda. Gadis cantik itu bernama Dina.
Dina adalah seorang gadis yang sangat jelita di penempatan itu. Tetapi, malangnya ramai jejaka yang tidak ingin mengahwini dia kerana dia mempunyai satu kelemahan iaitu tiada kuasa magis.
Negara tersebut dinamakan Magiclit kerana semua penduduk yang menetap di Magiclit ini mempunyai kuasa magis yang luar biasa.
Setiap penduduk yang tinggal dalam kerajaan Magiclit ini mesti mempunyai salah satu unsur kuasa daripada lima unsur iaitu api, air, tanah, angin dan cahaya.
Rakyat biasa hanya ada satu kuasa sahaja, golongan bangsawan pula hanya memiliki dua atau tiga jenis kuasa sahaja. Kalau golongan pemerintah pula, kelima-kelima unsur tersebut mereka kuasai.
Tetapi, Dina tidak mempunyai apa-apa keistimewaan langsung. Dina tidak tahu kenapa dia tidak mempunyai kuasa apa-apa pun. Adakah memang takdir dia begitu? Ataupun dia terkena sumpahan?
Ramai orang tidak mahu berkawan dengannya disebabkan kelemahannya yang satu itu. Nasib baik ibunya, Evelyn seorang yang memahami anaknya. Dia selalu membela anaknya jika sesiapa mengejek Dina cacat atau tidak mempunyai kuasa langsung.
Dia tidak kisah apa orang lain katakan tentang Dina. Apa yang paling penting adalah dia percayakan Dina. Evelyn juga berjanji terhadap dirinya sendiri bahawa dia takkan sesekali mengabaikan Dina jika anak perempuan tunggalnya dalam kesusahan.
***
PETANG itu, Dina bersiar-siar di sebuah taman bunga yang sangat cantik. Dia memang suka pergi ke taman bunga kerana tempat itu sahaja yang boleh menggembirakan hatinya Dia suka melihat pokok bunga yang berwarna-warni itu. Sangat menceriakan hati dia.
Kadang-kadang, bunga-bunga tersebut mengeluarkan cahaya yang cantik pada waktu malam, dan mengeluarkan bau yang sangat wangi sehingga boleh menenangkan seseorang yang menghidu baunya.
Sedang dia bersiar-siar di taman itu, tiba-tiba tangannya direntap kasar lalu dia ditolak sehingga jatuh ke tanah.
Dia mengaduh kesakitan. Punggungnya terasa sakit. Dia terus mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan yang menjatuhkan dia sebegini.
Kelihatan ada tiga orang lelaki yang sedang memandangnya sambil tersenyum sinis. Hati Dina semakin gusar. Nampaknya, dia berada dalam keadaan bahaya sekarang ini. Dia kenal ketiga-tiga lelaki itu, iaitu Zack, Lof dan Will.
"Dina... Dina... kau ni cantik tau, tapi kau ni cacat," ejek Zack sambil tersenyum sinis.
Ya... cacat. Itulah tanggapan penduduk di Magiclit terhadap Dina kerana dia tidak mempunyai kuasa magis langsung.
"Korang pergilah! Jangan kacau akulah!" jerit Dina.
Ketiga-tiga lelaki itu hanya ketawa sahaja melihat muka Dina yang sudah berubah pucat.
"Guys, apa kata kita test power tenaga batin kita kat perempuan ni. Asyik test kuasa je," kata Zack sambil tersengih jahat. Lof dan Will hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Dina sudah semakin ketakutan. Dia faham makna yang tersirat di sebalik kata-kata Zack itu. Maknanya, mereka mahu merogol dirinya.
Tiba-tiba, Dina merasakan badannya berat seperti dihempap oleh objek yang sangat berat. Dia tidak dapat menggerakkan sedikit pun anggota badannya. Suaranya seperti tersekat-sekat. Dina tidak boleh mengeluarkan suaranya untuk meminta tolong.
Habislah dia kali ini. Nampaknya, tiga lelaki durjana itu sedang menggunakan kuasa magis mereka terhadap Dina dan menyebabkan Dina kaku tidak bergerak seperti itu.
Zack terus menghampiri Dina dengan senyuman seperti seorang perogol bersiri. Belum sempat dia mahu menarik baju Dina, Zack merasakan badannya tercampak ke dalam semak.
Dia amat berang kerana ada seseorang yang mengganggu kerjanya untuk mengenakan Dina. Dia terus bangun dan matanya tertancap kepada seseorang lelaki yang memakai topeng hitam. Matanya tunak memandang ke dalam anak mata Zack.
Zack sudah ketakutan. Lof dan Will pula sudah pun melarikan diri. Dia tidak sedar pun sejak bila kawan-kawannya itu meninggalkan dia dalam kesusahan begini.
"Tolong... jangan apa-apakan aku. Aku janji, aku takkan kacau Dina lagi," rayu Zack sambil merapatkan tangannya seperti orang yang memohon simpati.
Tetapi, lelaki bertopeng itu hanya mendiamkan diri sahaja. Tiba-tiba, lelaki itu mengangkat tangannya lalu mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Setelah itu, tangannya mengeluarkan satu bebola cahaya yang berwarna merah dan ungu.
Lalu, dia mencampakkan bebola cahaya tersebut ke arah Zack dan menyebabkan seluruh tubuh badan Zack berubah menjadi debu.
Dina yang dari tadi menjadi pemerhati sejati berasa sangat terkejut melihat kejadian itu. Disebabkan rasa yang terlampau terkejut itu, akhirnya Dina pengsan di situ juga.
Lelaki bertopeng itu terus menghampiri Dina dan mengangkat tubuh genit gadis itu.
"I'll protect you, girl. Because I love you so much," ucap lelaki bertopeng lalu dia mengucup dahi Dina.
Lalu, dia pun menggunakan kuasa halimunannya untuk menghantar gadis malang itu pulang ke rumahnya. Lelaki bertopeng itu buat tindakan seperti itu kerana dia tidak mahu identitinya terbongkar.
***
KEESOKAN harinya, Evelyn menyuruh anaknya, Dina pergi ke hutan untuk mencari ulam-ulaman. Tiba-tiba, Evelyn teringin hendak makan ulam-ulaman. Pelik.
Tanpa sebarang bantahan, Dina pun pergi ke hutan tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Pada mulanya, Evelyn menawarkan diri untuk menemani anaknya pergi ke hutan, tetapi Dina menolak pertolongan itu. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya. Sudahlah sejak kebelakangan ini, kesihatan Evelyn kurang baik.
Dina sangat risau jika terjadi perkara yang buruk terhadap Evelyn jika menemaninya masuk ke dalam hutan nanti. Biarlah dia seorang sahaja yang pergi.
Setelah Dina sampai ke dalam hutan, dia pun terus mencari ulam-ulaman yang diminta oleh ibunya.
Tiba-tiba, ada suara yang menegurnya dari belakang dan menyebabkan kerjanya terhenti.
"Dina."
Dina tersentak lalu dia memusingkan badannya ke belakang. Kelihatan ada seorang lelaki bertopeng sedang berdiri sambil memegang bakul. Bakul itu tertutup. Jadi, Dina tidak nampak isi dalamnya.
Dia kenal dengan lelaki bertopeng ini. Lelaki itulah yang menyelamatkan dirinya tempoh hari. Dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki bertopeng itu. Ya... inilah masanya.
"Awak yang selamatkan saya, kan?" tanya Dina ingin tahu. Lelaki bertopeng itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Err... saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab selamatkan saya. Kalau awak tak tolong saya masa tu, tak tahulah apa yang akan jadi nanti," ujar Dina tetapi lelaki itu hanya diam sahaja.
Dina sudah semakin pelik melihat perangai lelaki bertopeng itu. Takkanlah dia bisu? Badan pula sudahlah sasa.
Lelaki bertopeng itu menghulurkan bakul tersebut kepada Dina. Dina pula sudah terpinga-pinga. Bakul apa pula yang lelaki bertopeng ini bagi?
"Bakul apa ni?" tanya Dina.
Lelaki bertopeng itu hanya senyap sahaja. Tanpa membuang masa, Dina terus mengambil bakul tersebut lalu melihat isi dalamnya. Ternyata isi bakul tersebut dipenuhi dengan ulam-ulaman. Berbagai jenis pula itu.
Bagaimana lelaki bertopeng itu boleh tahu yang sekarang ini dia sedang mencari ulam-ulaman untuk ibunya? Pelik.
Dia terus melihat ke hadapan semula. Kelibat lelaki bertopeng itu sudah hilang. Mana pula pergi lelaki itu?
Mata Dina melilau-lilau sekeliling untuk mencari lelaki bertopeng itu, tetapi tidak nampak langsung.
"Mana pula dia pergi ni? Tadi baru sekejap dia berdiri depan aku. Sekarang ni... dia terus hilang. Hebat betul kuasa magis dia," gumam Dina sendirian.
Tanpa Dina sedari, lelaki bertopeng itu memerhatikan dia dari atas pokok. Dia sengaja berbuat begitu supaya Dina tidak tahu identiti sebenarnya.
Lelaki bertopeng itu sudah tersenyum lucu melihat wajah comel Dina yang gelabah mencari dirinya.
Lelaki bertopeng itu tahu bahawa Dina selalu dicaci oleh masyarakat kerana dia tidak memiliki apa-apa kuasa magis. Jadi, lelaki bertopeng itu menggunakan kuasanya untuk membuat gelembong bulatan ajaib. Gelembong itu bukan sahaja dapat melindungi Dina bahkan dapat menghentikan cacian dan makian daripada masyarakat.
Dia akan buat apa sahaja untuk Dina kerana gadis itu akan menjadi permaisuri dan bakal ibu kepada anak-anaknya nanti.
***
SEJAK kebelakangan ini, kehidupan Dina semakin aman. Tiada seorang pun yang berani mengacau atau memarahi dia.
Pada mulanya, Dina agak pelik dengan perubahan itu, tetapi dia hanya menghiraukan sahaja. Dia amat bersyukur kerana kehidupannya semakin baik.
Pada suatu hari, Dina dan ibunya dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang diadakan di istana pemerintah Magiclit.
Sebenarnya, penduduk-penduduk di Magiclit tersebut tidak tahu rupa sebenar raja mereka kerana baginda tidak pernah menunjukkan mukanya yang sebenar. Tetapi, ada ura-ura mengatakan bahawa raja itu sangat muda usianya iaitu sekitar 30-an.
Ramai orang yang mahu sekali melihat wajah sebenar raja tersebut termasuklah Dina.
***
DI majlis makan malam tersebut, Dina menggunakan gaun yang sangat cantik. Sesuai dengan bentuk badannya. Ramai yang terpegun melihat kecantikan Dina. Tidak kisahlah lelaki atau pun perempuan.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki bertopeng sedang menapak menuju ke arahnya. Dina kenal dengan lelaki bertopeng ini kerana lelaki ini banyak membantunya.
Dia tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada lelaki bertopeng itu kerana bersusah payah menolongnya.
"Will you dance with me?" Lelaki bertopeng itu sudah menghulurkan tangannya.
"Sure," jawab Dina sambil menyambut huluran tangannya.
Lalu, mereka pun menari mengikut alunan muzik yang dimainkan. Langkah tari mereka sangat teratur. Tiba-tiba, ada satu cahaya berwarna merah jambu. Cahaya itu mengelilingi mereka. Ramai yang terkejut melihat cahaya itu termasuklah Dina.
Mengikut ajaran mereka, cahaya merah jambu ini menandakan bahawa raja akan bertemu dengan jodohnya.
Dina sudah terkejut beruk di situ. Maknanya, lelaki bertopeng ini adalah raja di Magiclit ini. Dia terus memberhentikan langkah tarinya. Begitu juga dengan lelaki bertopeng itu.
"A... awak ni se... sebenarnya siapa?" tanya Dina tergagap-gagap.
Lelaki bertopeng itu terus membuka topengnya. Ramai terpegun melihat ketampanan lelaki itu.
"Beta adalah Raja Zaliq. Maafkan beta, kerana menyorokkan identiti beta selama ini," kata Raja Zaliq.
Dia amat terkejut. Maknanya, lelaki bertopeng yang selalu menolongnya selama ini adalah Raja Zaliq, iaitu pemerintah Magiclit sendiri.
Dia tidak mahu berkata apa lagi. Lidahnya memang betul-betul terkelu.
Tiba-tiba, Raja Zaliq melutut di hadapan Dina, gayanya seperti orang melamar sahaja. Raja Zaliq mengeluarkan sehelai tisu dari poketnya, lalu dia menukarkan tisu itu menjadi cincin dengan menggunakan kuasa magisnya.
Dia menatap dalam ke arah anak mata Dina dan menyebabkan gadis itu terpana.
"Dina, will you marry me?"
Dina sudah terkedu. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa Raja Zaliq melamar dirinya. Apa yang perlu dia jawab? Patut ke dia menerima lamaran Raja Zaliq? Dia sudah buntu sekarang ini.
***
KEJADIAN tersebut sudah enam tahun berlalu. Ya... dia sudah menjadi isteri kepada Raja Zaliq selama enam tahun. Dia menerima lamaran Raja Zaliq itu.
Pada mulanya, Dina menerima lamaran tersebut kerana dia terhutang budi kepada Raja Zaliq kerana raja itu sentiasa menolongnya ketika dalam kesusahan.
Tetapi, sekarang ini dia sudah mencintai Raja Zaliq dengan sepenuh hati. Raja Zaliq pun tidak berputus asa mengambil hatinya. Lagipun, Raja Zaliq seorang yang romantik. Sebab itulah, Dina semakin terpikat dengan suaminya.
Selama enam tahun mereka berkahwin, Raja Zaliq dan isterinya dikurniakan sepasang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.
Raja Zaliq juga mengajar isterinya untuk menguasai kuasa magis. Sekarang ini, Dina begitu pakar dalam menguasai lima unsur kuasa magis tersebut. Itu pun berkat ajaran daripada suaminya.
Kini, hidup Dina semakin bahagia, kerana dikurniakan seorang suami penyayang seperti Raja Zaliq dan kehadiran ketiga-tiga cahaya matanya. Dia tidak perlukan yang lagi. Keluarganya adalah segala-galanya.
SHADHIA | 2020
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro