
3 | DALAM KEGELAPAN
GENRE : SERAM
PATAH PERKATAAN : 499
PROMPT :
AKU kaku melihat skrin komputer riba aku. Komputer riba aku terpadam dengan sendirinya. Aku melihat plag pengecas. Tetapi, apa yang peliknya plag tersebut masih terpasang.
Aku mengeluh sendiri. Sedang seronok bermain game seram ini, tiba-tiba sahaja komputer ribanya termati. Baru pertama kali, aku bermain game seram ini, yang berjudul 'Overcall'. Game ini sangat mencabar kerana klu dan tugasannya betul-betul mencabar minda.
Aku melilau sekeliling. Suasana di bilikku amatlah gelap. Hanya ada sorotan cahaya lampu meja yang memberikan sedikit pencahayan. Aku termenung sendiri. Aku melihat jam dinding. Jarum jam yang pendek sudah menunjukkan pukul tiga pagi.
Aku membuat keputusan untuk pergi ke dapur. Aku mengambil telefon bimbitku lalu lampu kamera dipasang. Suasana yang amat gelap menyebabkan aku tidak nampak apa-apa.
Belum sempat aku memulas tombol, tiba-tiba sahaja tingkap bilikku diketuk.
Aku melangkah perlahan-lahan. Selangkah demi selangkah aku aturkan. Air liur diteguk perlahan. Langsir tingkap dibuka perlahan-lahan. Tetapi, alangkah terkejutnya kerana ada seekor kelawar yang melekat di kaca tingkap dengan berlumuran darah.
Tanpa membuang masa, aku segera menutup langsir semula. Aku tertanya-tanya sendiri. Apa yang sedang berlaku? Kenapa tiba-tiba sahaja ada bangkai kelawar melekat di tingkap itu?
Sudahlah malam ini, ayah dan ibu tidak ada di rumah kerana mereka ada urusan kerja di luar negeri. Dia hanya keseorangan pada waktu ini. Aku berdoa saja supaya tidak ada benda buruk yang berlaku.
Aku menuju ke dapur untuk mengambil susu kotak. Air susu boleh membuatkan seseorang mengantuk. Dia mahu melelapkan matanya dengan segera.
Aku dapat merasakan ada seseorang yang meniup di bahagian telingaku dan menyebabkan aku terasa geli. Aku melihat di sebelah tetapi malangnya tidak ada sesiapa pun di situ.
Aku segera meneguk air susu itu dengan rakus. Aku mahu cepat-cepat untuk masuk ke bilik kerana aku dapat rasakan seperti ada seseorang yang memerhati segala perlakuannya.
Tiba-tiba, pintu dapur diketuk dengan kuat. Air kotak susu yang berada di pegangan terjatuh ke lantai disebabkan rasa tekejut yang teramat sangat. Bukan itu sahaja, lampu dapur terpadam dengan sendirinya.
Aku dapat rasakan hembusan nafas seseorang yang betul-betul berada di hadapanku. Bau busuk menusuk ke dalam rongga hidung. Dengan keberanian yang aku ada, perlahan aku menyuluh cahaya lampu kamera ke hadapan.
Mataku terpaku dan seluruh badanku sudah menggeletar. Ada seekor makhluk yang sedang tersenyum ke arahku. Lidahnya panjang terjelir keluar. Matanya merah menyala. Hidungnya tajam dan telinganya bersisik. Kukunya berwarna hitam dan tajam.
Kakiku seperti dipaku, tidak boleh bergerak. Lembaga itu semakin menghampiri. Pandanganku semakin berbalam-balam dan akhirnya aku tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.
* * * * *
AKU dapat rasakan ada seseorang yang menepuk badanku.
"Kimi! Bangun."
Aku membuka mataku perlahan-lahan, dan ternyata ibu bapaku memandang pelik ke arahku. Aku terus sahaja bangun dan apa yang paling mengejutkan aku terbaring di luar rumah.
"Macam mana kamu tidur kat luar ni. Mengigau ke?" tanya ayahku.
Aku hanya diam. Aku pun tidak tahu apa yang terjadi. Semenjak dari peristiwa itu, aku sudah nekad tidak bermain game sehingga lewat malam kerana aku tahu ada 'benda lain' yang memerhatikanku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro