Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28 | SEMANGAT WAJA

GENRE: CHICKLIT + ACTION

PATAH PERKATAAN : 1500

ANIS adalah seorang perisik rahsia. Ramai yang tidak tahu bahawa Anis ini adalah seorang perisik kerana dia menggunakan identiti Red Rose jika dia melakukan misinya. Lagipun, dia memakai topeng. Jadi, orang ramai tak tahu pun wajah sebenar dia.

Sekarang ini, Anis baru sahaja selesai melakukan misinya. Dia pergi ke pejabat penyiasatannya sebentar untuk mengambil barangnya.

Semasa Anis menuju ke sana, dia terserempak dengan kawan baiknya, Aminah yang baru sahaja keluar dari bangunan pejabat itu.

"Anis," tegur Aminah.

"Ya."

"Kau buat apa kat sini? Bukan kau ada mission ke?" tanya Aminah dengan wajah yang sangat pelik.

"Aku nak ambik barang sekejap," kata Anis.

"Sebelum kau nak ambik barang kau tu, aku nak bagi sesuatu kat kau."

Aminah terus membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sekeping coklat berjenama Cadbury  lalu menghulurkannya kepada Anis.

"Kenapa kau bagi coklat ni kat aku pulak?" tanya Anis.

"Ini bukan untuk kaulah. Ni untuk anak kau. Aku kan dah janji dengan dia, nak belanja coklat."

Ya... Anis seorang janda dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ana yang berusia lima tahun.

Sebenarnya, Anis pernah berkahwin dengan seorang jutawan yang terkemuka di Malaysia. Tetapi, perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana kehadiran orang ketiga.

Bekas suaminya menceraikan dia di mahkamah semasa dia mengandungkan anak perempuannya. Bekas suaminya tidak pernah langsung menjenguk anaknya dan menyebabkan Anis semakin kecewa.

Dari situlah Anis mulakan hidup barunya. Selepas Ana dilahirkan, Anis terus mengambil keputusan bekerja sebagai perisik di sebuah syarikat perisikan yang terkemuka di dunia. Dia mahu buktikan kepada orang di luar sana bahawa wanita seperti dia tidak akan bergantung kepada. seorang lelaki.

Walaupun tiada suami, dia boleh hiduplah!



***

KEESOKAN harinya, Anis melakukan kerjanya seperti biasa. Bekerja sebagai perisik memerlukan penelitian dan kebijaksanaan.

Sedang dia khusyuk melakukan kerjanya, tiba-tiba ada seseorang yang mengetuk mejanya dan menyebabkan Anis sedikit tersentak. Dia terus menoleh melihat gerangan itu.

Kelihatan Aminah sedang berdiri sambil menunjukkan senyuman yang agak nakal. Kenapa dengan dia ni?

"Kenapa kau ni?" tanya Anis. Terbantut kerjanya tadi.

"Aku nak bagitau kau sesuatu ni," kata Aminah. Anis sudah mengerutkan dahinya. Apa benda yang penting sangat ni?

"Apa dia?"

"Bos besar nak jumpa kau."

"Nak jumpa aku?"

Aminah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Anis pula sudab mula risau. Selalunya, kalau bos besar sampai mahu berjumpa dengan perisiknya sendiri, mesti ada kesalahan besar.

Anis agak takut bercampur hairan. Rasanya, dia tidak melakukan apa-apa kesilapan pun semasa melakukan misi-misinya. Apa yang berlaku ni?

"Bila dia nak jumpa aku?" tanya Anis lagi.

"Sekaranglah. Takkan tahun depan pulak," jawab Aminah dengan penuh sarkastik. Anis sudah mencemberutkan bibirnya apabila mendengar jawapan daripada kawan baiknya.

"Okaylah, aku pergi sekarang," kata Anis. Dia terus bangun daripada duduknya. Lalu, dia mengemas sedikit barang-barangnya yang bersepah di atas meja.

Seusai itu, dia terus menuju ke lif untuk berjumpa dengan bosnya. Harap tiada benda buruk yang berlaku nanti.

***

ANIS sudah berdiri di hadapan pintu bosnya. Dia merasa agak takut untuk mengetuk pintu itu. Boleh tak kalau dia mahu berpatah balik sekarang ini?

Anis terus menepuk dahinya. Takkanlah dia mahu berpatah balik. Kerja bodoh namanya.

Dengan hati yang berdebar, dia terus mengetuk pintu itu sebanyak tiga kali. Kalau lebih atau kurang daripada tiga kali, pihak syarikat akan memotong gaji mereka sebanyak 5%.

Nampak macam mengarut sahaja peraturan tersebut. Tetapi, peraturan yang sebegitulah yang terpaksa para-para perisik yang lain wajib ikuti.

"Masuk."

Anis terus membuka pintu tersebut lalu memboloskan dirinya masuk ke dalam ruangan pejabat itu. Anis melihat dekorasi yang terdapat dalam pejabat ini. Sangat mewah. Selama dia bekerja di sini, tidak pernah sekalipun dia masuk bilik pejabat yang mewah seperti ini.

Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusinya. Matanya masih menatap tajam kepada Anis.

Dia kenal lelaki itu. Namanya Zuhairi, pemilik syarikat perisikan ini. Zuhairi merupakan duda tetapi tiada anak. Walaupun umurnya hampir menginjak 40-an tetapi dia masih lagi menjaga penampilan dirinya dan menyebabkan dia kelihatan nampak muda daripada umurnya yang sebenar.

"Ada apa bos nak jumpa saya?" tanya Anis tenang.

"Duduk dulu, Anis," arah Zuhairi. Anis hanya akur sahaja.

Zuhairi terus mengeluarkan sebuah fail lalu menghulurkannya kepada Anis. Anis terus membuka fail tersebut.

"Aku ada misi baru untuk kau. Aku nak kau siasat lelaki ni. Aku dapat tahu dari orang kanan aku yang dia ni seorang penculik yang paling dikehendaki kat Malaysia ni. Ramai kanak-kanak yang mati dalam tangan dia. Aku nak kau siasat dan tangkap dia sekali," ujar Zuhairi dengan panjang lebar.

Anis hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia takkan sesekali menolak apa-apa misi pun kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai perisik.

"Baik, bos. Saya akan selesaikan misi ni dengan secepat yang mungkin," kata Anis dengan begitu bersemangat. Biarpun berkecai tulang di badan, dia tidak akan berputus asa untuk menyelesaikan misi yang diberikan walaupun agak mencabar.

Zuhairi sudah tersenyum dalam diam. Nampaknya, dia tidak silap untuk mengarahkan Anis menyelesaikan kes-kes besar seperti ini. Dia yakin Anis boleh menguruskan kes penculikan ini.


***

SUDAH dua minggu Anis mengumpulkan maklumat tentang penculik itu. Nampaknya, identiti penculik itu masih lagi belum terbongkar.

Nampaknya, penculik ini memang betul-betul bijak menyusun strategi.  Tetapi, Anis tidak akan mengalah. Dia akan cuba menggali identiti penculik itu walau dengan apa cara sekalipun.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Pada mulanya, Anis menghiraukan sahaja panggilan tersebut. Tetapi, bunyi panggilan itu semakin membingitkan telinganya. Dengan hati yang sebal, dia terus mengangkat panggilan itu.

"Hello."

"Ibu, tolong Ana. Ada o... orang jahat yang culik Ana!"

Luluh jantungnya apabila mendengar suara anak perempuannya yang menangis ketakutan.

"Ana! Ana kat mana sekarang?"

"Aku nak kau datang malam ni kalau nak anak kau selamat. Aku bagi alamat nanti. Kalau kau tak datang, aku bunuh anak kau," kata seorang perempuan diselangi dengan ketawa sinisnya.

"Hei! Kau sape, hah?!" tengking Anis.

Tetapi, perempuan itu terus ketawa sinis lalu mematikan panggilan telefon tersebut. Anis sudah bengang  dengan kelakuan biadap perempuan itu.

Walau apa pun yang berlaku, dia tetap akan pastikan yang penculik itu akan mendapat balasan setimpal kerana menculik anak kesayangannya.

***

MALAM itu, Anis pergi ke gudang kosong. Menurut penculik itu, dia mahu berjumpa dengannya di gudang kosong ini.

Anis terus membuka pintu gudang tersebut. Nampaknya, suasana dalam gudang tersebut amat gelap dan sedikit menyeramkan.

Tiba-tiba, dia ternampak ada seorang budak perempuan yang diikat di atas kerusi. Mulutnya sudah ditampal dengan salotape. Kaki dan tangannya pula sudah diikat.

Ya... itu adalah anaknya, Ana.

Dia terus berlari menuju kepada anaknya. Tetapi, belum sempat dia berbuat demikian, tiba-tiba dia terdengar ada seseorang yang melepaskan tembakan dan membuatkan langkah Anis tadi terbantut.

"Selangkah kau dekat dengan anak kau, aku tembak kau," kata perempuan itu.

Anis tidak dapat melihat wajah sebenar perempuan itu kerana wajahnya ditutup dengan topeng. Anis tahu perempuan bertopeng yang sedang mengacukan pistol ini adalah penculik yang paling dikehendaki di Malaysia ini.

"Kau memang pengecut, kan? Kalau kau berani sangat, kau tunjukkan muka kau sekarang!" tengking Anis tetapi perempuan bertopeng itu hanya ketawa sinis.

"Takkan kau tak kenal aku, Anis," kata perempuan bertopeng itu dengan nada suara yang amat menjengkelkan.

"Kau siapa?"

Tanpa membuang masa, perempuan bertopeng itu terus menanggalkan topeng tersebut. Anis berasa sangat terkejut apabila melihat wajah sebenar penculik itu. Terkelu lidahnya.

"A... Aminah."

"Hahaha... terkejut? Kau memang bodohlah, Anis," ejek Aminah.

"Kau buat apa ni? Kau tau tak, benda ni salah. Kenapa kau sampai nak culik budak-budak. A... aku tak sangka kau macam ni," luah Anis dengan suara yang terketar-ketar.

Tiba-tiba, Aminah melepaskan satu das tembakan kepada Anis, tetapi nasib baik Anis sempat mengelak.

Aminah menapak maju ke arah Anis sambil bersuara, "Aku tak tau kenapa aku jadi macam ni. Tapi, aku nak sangat bunuh budak-budak. Aku suka. Aku suka tengok darah diorang mengalir," kata Anis sambil ketawa seperti orang gila sahaja.

Anis sudah semakin berang. Hatinya meluap-luap. Nampaknya, dia terpaksa membelasah perempuan gila ini.

Dengan sepantas kilat, Anis pun menerpa ke arah Aminah lalu menyepak perutnya sehingga Aminah terjatuh. Anis terus memijak perut Aminah. Aminah pula sudah meringis kesakitan. Pistolnya tidak tahu tercampak ke mana.

Anis terus mencengkam rambut Aminah dengan tangan kirinya lalu dia menariknya dengan kuat. Tangan kanannya pula menumbuk pipi Aminah berkali-kali sehingga pecah bibirnya.

Bukan itu sahaja, Anis juga menyepak tubuh Aminah dengan kuat sehingga Aminah tidak terdaya untuk melawan balik. Badannya sudah semakin lemah. Akhirnya, Aminah pengsan juga di situ akibat penangan kuat daripada Anis.

Anis tersenyum puas. Dia amat puas dapat membelasah perempuan itu. Seusai itu, dia terus berlari pergi kepada anaknya. Lalu, dia segera melepaskan ikatan.

Anis terus mendakap anaknya dengan kuat seperti 1000 tahun tidak berjumpa sahaja lagaknya. Dia amat bersyukur, anaknya tidak mempunyai apa-apa kecederaan.

***

AKHIRNYA, Aminah dikenakan hukuman gantung sampai mati atas kes-kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak yang dia lakukan.

Anis pula dinaikkan pangkat sebagai ketua perisik. Dia juga dianugerahkan sebagai perisik paling berdedikasi di Malaysia ini. Ramai perisik-perisik bawahan menghormati Anis dan menganggap Anis sebagai idola mereka.

Kini, hidup Anis dan anaknya bertambah gembira.

Prinsip hidup Anis senang sahaja. Walaupun pelbagai halangan, dia tetap berusaha menghadapinya. Biar peluru tembus di dada, dia tak akan sekali mengaku kalah.




SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro