Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14 | AMMAR

GENRE : ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 1700






ADA sesuatu tentang dia. Sesuatu tentang cara dia memandang ke arah aku. Mata lelaki itu sedang merenung tepat ke dalam anak mataku dan menyebabkan aku tidak keruan.

Kenapa?

Kenapa hati aku rasa berdebar apabila melihat sepasang mata itu? Apakah ini adalah pertunjuk dari Allah bahawa itu adalah jodoh aku?

Ish! Tidak mungkinlah. Siapa yang minat dengan perempuan yang selekeh macam aku? Takkan ada seorang pun yang jatuh cinta padaku. Tolong la jangan nak berangan, Fatiha.

Aku lihat lelaki itu terus berdiri dan menuju ke arahku.

Hah! Sudah. Kenapa dia datang ke sini? Sempat tak aku lari sekarang?

Lelaki itu terus menghampiri aku lalu menarik kerusi yang berada di hadapan. Tanpa segan silu, dia terus duduk.

Tiada secalit senyuman, tetapi tampan juga di mataku.

Dia terus memandang aku dengan tajam membuatkan aku makin tidak keruan.

"Kau Fatiha, kan?" tanya lelaki itu memulakan bicara.

"Ya... saya. Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja nak sebut nama kau. Sedap pulak."

Aku terus membulatkan mata. Pelbagai perasaan yang muncul terkejut ada. Gembira ada. Terkesima pun ada.

"Oh... te... terima kasih." Tergagap-gagap aku jadinya.

Dia mengambil begnya lalu mengeluarkan sebatang marker pen berwarna hitam. Aku tidak boleh menembak apa yang ada di fikirannya sekarang ini.

"Bak lengan kau tu."

"Hah! Nak buat apa?" Aku menjongketkan kening. Pelik betul dia ni. Tiba-tiba nak lengan orang.

"Bagi je la. Banyak tanya pulak."

Eh! Dia ni dah kenapa? Nak marah-marah orang pula? Harap saja muka elok, tapi perangai macam apa entah.

"Mesti la saya banyak tanya. Lengan saya."

Tanpa disangka, lelaki itu terus menarik lenganku lalu menulis sesuatu dengan menggunakan marker pen tadi.

Aku tiada pilihan lain hanya membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu.

Seusai itu, dia melepaskan lenganku. Aku terus melihat tulisan tersebut. Ada nama dan nombor telefonnya.

Ammar (Baby Sayang)

012-333 4567

Aku terus mengerutkan dahiku. Apa semua ni? Baby Sayang? Dia nak suruh aku save nombor dia ke?

"Tu nombor aku. Save nombor aku. Contact name aku tu save sama macam aku tulis kat lengan kau tu. Jangan nak ubah, faham?"

Aku hanya diam sahaja. Menggeleng tidak. Mengangguk pun tidak.

"Lagi satu, aku nak kau call aku malam ni. Kalau tak... tau la aku nak buat apa kat kau."

Automatik aku mengangguk. Suaranya sungguh dominan.

"Erm... kenapa awak bagi nombor ni kat saya? Saya tak minta pun."

Dia terus menghampiri wajahnya ke wajahku. Aku terus membulatkan mata. Dah gaya macam nak bercumbu saja.

Sudah kenapa lelaki ni nak dekat-dekat pula? Seram!

"Saja. Aku nak kau tahu yang nombor tu adalah nombor bakal imam kau yang akan bimbing kau ke syurga nanti. Jadi kau kena sentiasa ingat nombor ni dengan pemiliknya sekali."

Dia mengenyitkan matanya. Seusai itu, dia terus meninggalkan aku dalam keadaaan terkedu.

Hati aku berdebar-debar. Terus aku menekup mukaku kerana malu. Mesti mukaku sudah bertukar merah.

Oh my god! Handsome!

Oh Allah! Help me!

Aku yakin selepas ini aku akan angau dengan lelaki itu. Oh no!

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

AKU terus mengelap rambutku yang lembab. Segar sikit apabila dapat mandi dengan air yang sejuk.

Aku mengambil telefon bimbit yang terletak di atas meja solek. Teringat pula kata-kata Ammar sebentar tadi. Patut ke aku telefon dia?

Tapi... nak cakap apa? Aku bukannya kenal dia pun. Aduh! Memang pening kepala ni.

"Lantak la. Call je la."

Aku terus membuka skrin telefon bimbit, lalu mencari nombor telefonnya. Memang dari siang tadi aku sudah simpan nombor telefonnya dalam contact list.

Kemudian, aku melekapkan telefon bimbit ke telinga. Aku sangat berdebar menunggu panggilannya. Tengah fikir topik apa yang mahu bincangkan.

Tut...

Talian bersambung.

"Helo."

Terkedu aku. Ni suara perempuan. Kenapa ada perempuan yang mengangkat nombor ni? Takkanlah Ammar bagi nombor yang silap?

"He... helo. Erm... saya nak ber... bercakap dengan Ammar. Dia kata ada hal penting tadi."

Aku berdebar-debar. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ya Allah!

"Kejap, ya. Baby... ni ada perempuan call you."

Aku terkejut.

Baby?

Aku terus memegang dadaku. Kenapa aku tiba-tiba sahaja rasa sakit hati ni? Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa nak mengamuk ni?

Tanpa sedar, aku terus mengepalkan penumbuk.

Wah! Nampaknya Ammar hanya mahu mempermainkan hati aku saja. Kenapa dia suka cakap benda yang 'manis-manis' sedangkan dia tak memaksudkan apa-apa pun?

Yang paling menyedihkan sekali, kenapa aku mudah perasan?

Sakitnya hati!

"Helo."

Aku benci mendengar suaranya. Lantas aku terus menekan butang merah mematikan panggilan. Mesti dia pelik tapi peduli aku.

Aku terus baring di atas katil. Malas mahu memikirkan lelaki itu. Buat sakit kepala sahaja.  Tanpa disedari, aku pun tertidur jua.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

AKU terus berlari bagaikan tidak cukup tanah. Mana tidaknya... ada anjing yang sedang mengejarku.

Sedang aku berlari, tiba-tiba kakiku terjerumus masuk ke dalam longkang dan menyebabkan aku terjatuh kerana hilang keseimbangan.

"Argh! Sakit!" jeritku.

Aku cuba bangun tetapi tidak boleh kerana kakiku terseliuh. Alah... kenapa la nasib aku buruk seperti ini?

Tubir mataku sudah basah. Tiba-tiba sahaja aku mahu menangis. Sakit di kaki tidak dapat aku tahan lagi. Luka di lutut agak besar juga.

Macam mana aku nak balik ni? Takkan sampai esok aku duduk dalam longkang ni?

"Tolong!" teriakku. Aku harap ada orang yang sedar bahawa aku dalam kesusahan.

Aku melihat jam tangan. Sudah pukul 6:45 petang. Memang lewat sangat ni.

Tiba-tiba, ada seseorang yang menghulurkan tangan. Dalam hati aku mengucap rasa syukur kerana masih lagi ada orang yang baik hati menolongku.

"Boleh bangun tak?"

Aku terkaku. Macam kenal saja suara dia ni? Aku terus mendongakkan kepala melihat wajahnya.

Dan... aku terus terlopong.

Tak mungkin! Masa macam ni pula dia boleh muncul.

"Ammar!"

"Aik... Tengok muka bakal laki kau ni pun, dah terkejut beruk." Ammar sudah tersenyum sinis.

Oh! Tak mungkin! Apa malang nasib aku hari ni.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

"ADUH! Sakit!"

Aku meringis kesakitan. Doktor itu tekan di bahagian yang bengkak, mana tak sakit.

Aku sempat lagi menjeling Ammar yang berdiri di sampingku. Mulutnya ditutup. Aku tahu dia sedang menahan ketawa. Cis!

"Puan... bengkak di kaki puan tak teruk sangat. Jadi saya sarankan supaya jangan terlampau berjalan sangat. Rehatkan kaki tu. Biar bengkak tu cepat surut," ujar doktor.

Aku hanya mengangguk. Tapi aku tak puas hati. Kenapa panggil 'puan'? Aku belum kahwin lagi.

"Dan lagi satu, tolong jaga isteri encik ni elok. Jaga permakanan. Jangan biarkan dia bergerak banyak."

Isteri? Oh tidak... doktor salah faham ni.

"Baik, doktor. Isteri saya ni degil sangat. Dengar tu, sayang. Degil sayang ni. Nak kena babap ni balik nanti." Ammar terus mengusap kepalaku.

Wah! Suka hati dia saja nak menyentuh. Kurang ajar!

"Eh! Bukan, doktor. Dia ni buk..."

Belum sempat aku menghabiskan ayatnya, Ammar pula menyampuk.

"Kami balik dulu, doktor. Kesian... anak tengah tunggu kat rumah."

Doktor itu mengangguk sambil tersenyum.

Tanpa segan silu, Ammar terus mendukung aku. Aku terasa malu apabila doktor itu sudah tersenyum-senyum.

Aduh! Nak sorok kat mana muka ni?

"Sayang, kenapa makin berat ni? Mengandung, eh?"

Rasa nak pitam saja sekarang ni. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Saja Ammar nak memalukan aku.

Aku terus menjengilkan mata, tetapi Ammar membalas dengan kenyitan serta senyuman nakal.

Aku tak boleh buat apa. Hanya diam sahaja.

■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■ ■

AKU hanya diam membisu. Peristiwa tempoh hari masih lagi segar di ingatanku.

Di dalam kereta, hanya bunyi corong radio berkumandang sahaja. Tak adalah sunyi sangat.

"Kau marah aku ke?"

Aku memandangnya. Dia masih lagi fokus memandu.

"Tak la."

"Habis tu... kenapa lately ni kau tak jawab call and mesej aku?"

"Saya busy dengan kuliah."

Ammar mendengus. Dia tahu ke itu adalah sekadar alasan?

Dia membelok kereta ke kiri lalu mematikan enjinnya. Nasib baik kawasan itu tidak gelap kerana Ammar memberhentikan keretanya di hadapan restoran.

"Tu bukan girlfriend aku. Adik aku yang jawab call tu."

Aku tidak faham. Apa yang dia nak sampaikan ni?

"Saya tak faham la. Awak cakap berbelit."

"Aku tahu kau cemburu sebab ada perempuan jawab call kau hari tu. Dia saja panggil aku 'baby'. Biasa la adik aku tu... kalau perangai gila dia tu datang memang macam tu."

Aku pandang muka dia dengan riak tidak percaya.

"A... adik?"

Ammar mengangguk.

"Aku boleh je tunjukkan bukti kalau kau tak percaya," kata Ammar penuh yakin.

"Oh..." Perkataan itu saja yang keluar dari bibirku. Aku termalu sendiri. Kalau sudah dia kata begitu, mesti benar, kan?

Aku termalu sendiri. Tu la... lain kali siasat dulu sebelum tuduh melulu.

"Saya minta maaf. Saya ingatkan tu girlfriend awak." Aku berkata perlahan.

"Buat apa aku nak cari perempuan lain, sedangkan aku dah jumpa kau untuk jadi bini aku dan ibu bakal kepada anak-anak kita nanti."

Aku terdiam. Kenapa dia suka buat aku angau? Aku mesti tanya dia. Aku nak perjelasan yang sebenarnya.

"Awak memang betul-betul nak memperisterikan saya ke? Tolong jawab dengan jujur. Saya tak nak dipermainkan." Aku terpaksa tegas. Ini untuk kepentingan aku sendiri.

Ammar menarik nafas panjang, lalu dihembus perlahan. Bismillah...

"Ya... aku memang dah lama cintakan kau. Aku suka perhatikan kau dari jauh. Sebab kau lain dari yang lain. Memang orang nampak kau selekeh, lonely... tapi aku rasa kau menarik. Setiap kali aku pandang kau... aku rasa berdebar-debar. Rasa ni tak sama dengan mana-mana perempuan yang aku berkawan selama ni. Kau sorang je."

Aku terus menekup mulutku. Memang aku tak sangka aku akan berhadapan dengam situasi ini. Seorang lelaki yang meluahkan cinta kepadaku.

"Minggu depan aku nak jumpa mak bapak kau. Aku nak pinang kau terus."

Aku terus terlopong. Drastiknya. Aku tak cakap apa-apa pun lagi. Gelojoh!

"Eh! Saya tak cakap pun saya cintakan awak." Aku sengaja cakap begitu... padahal dalam hati memang aku suka dengan lelaki ini. Saja jual mahal.

"Tak kisah. Lepas kahwin nanti... tau la aku nak buat apa kat kau."

Terus aku menumbuk bahunya dengan kuat. Dia mengaduh kesakitan. Padan muka!

"Awak suka kacau saya. Kenapa ya? I hate you!" Aku sudah memandang ke tenpat lain. Sejak bila aku ni seorang yang suka merajuk.

"Kau comel tu je. And I love you more."

"Awak memang suka bagi ayat bergula."

Ammar memandang dalam ke anak mataku. Aku terbuai dengan pandangannya.

"Sebab kau terlalu manis untuk aku." Ammar sudah senyum mengusik.

Aku hanya tersenyum manis. Berkenalan dengan Ammar telah membuka lembaran baru hidupku untuk mengenal cinta.

Aku berdoa cinta yang dia taburkan pada aku akan kekal untuk selama-lamanya. Insyaallah...






SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro