Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 | DEMI KAMU

GENRE : ROMANCE

PATAH PERKATAAN : 3062

NAMA aku Farah. Umur aku 22 tahun dan aku ada seorang adik kembarku yang paling aku sayang iaitu Sarah.

Kami mempunyai wajah yang sama tetapi personaliti kami berbeza. Aku lembut sedikit. Seorang yang berhijab. Kadang-kadang aku tiada keyakinan diri terutamanya dari segi penampilan. Aku juga seorang yang agak kurang bersosial. Asyik melekat dengan buku sahaja.

Sarah pula seorang yang agak sosial. Tidak berhijab seperti aku. Dia seorang yang pandai bergaya. Wajahnya selalu diconteng dengan alat solekan menambah seri di wajahnya. Sebab itulah ramai jejaka yang selalu ingin berdampingan dengannya.

Kadang-kadang aku berasa cemburu juga dengan Sarah. Tetapi aku tidak kisah dengan hal itu kerana aku suka menjadi diri aku sendiri.

Kami melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Memang rezeki kami berdua. Bukan itu sahaja, kami juga mendapat satu bilik dorm yang sama juga.

Tetapi, bidang yang kami ambil memang berbeza. Aku ambil bidang akauntan kerana aku memang sukakan nombor manakala Sarah pula mengambil bidang fesyen.

Sekarang ini aku dengan kembarku melepak di kafeteria. Badanku sangat penat hari ini disebabkan jadual kuliahku yang terlalu padat. Belum lagi dengan assignment yang berlambak. Sabar sahajalah.

Sekarang kami sedang menjamu selera. Aku memang sangat lapar hari ini. Sarah pula hanya memesan salad sahaja. Katanya mahu menjaga badannya.

Aku pun pelik juga. Buat apa nak jaga badan kalau badannya sudah kurus dan sempurna seperti itu.

Sedang aku menjamu selera, tiba-tiba bahuku ditepuk oleh Sarah.

"Farah... Farah... cuba kau tengok lelaki yang pakai baju putih kat hujung sana tu," kata Sarah kepadaku sambil tangannya menunjukkan ke arah seorang jejaka yang memakai baju putih sedang bersembang dengan kawan-kawannya.

Ya... aku kenal dengan jejaka itu. Namanya Rizqi Arshad. Dia sama course dengan aku. Dia agak famous juga dalam universiti ini disebabkan wajahnya yang tampan dan asal usulnya daripada keluarga yang kaya raya.

Sejujurnya, sudah lama aku menyukai lelaki itu tetapi aku merahsiakan sahaja. Aku yakin Rizqi Arshad tidak suka dengan perempuan yang biasa-biasa macam aku ini.

"Kenapa dengan lelaki tu?" tanyaku.

"Dia handsomelah wei..." puji Sarah.

Hati aku sudah mula risau. Jangan-jangan dia mula suka dengan lelaki itu.

"Wei... aku nak tegur dialah. Kau tunggu sini tau," kata Sarah.

Belum sempat aku menghalangnya, dia sudah bangun dan melangkah ke arah meja Rizqi.

Aku dapat lihat dari jauh Sarah dan Rizqi sedang bersembang. Kadang-kadang mereka ketawa dan menyebabkan aku rasa cemburu melihat situasi itu. Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari kafeteria tersebut. Daripada aku melihat mereka, baik aku siapkan assignmentku yang berlambak itu.




____________________________________





AKU masuk ke dalam bilik kuliahku. Nampaknya pensyarah masih belum sampai lagi. Fuh... selamat. Pagi tadi pun aku bangun lewat juga kerana lupa untuk mengunci jamku. Sarah pula tidak kejutkan aku seperti selalunya. Pelik juga perangai dia sekarang ini.

Tanpa membuang masa, aku terus  duduk di tempat yang kosong. Seusai itu, aku terus mengeluarkan notaku dan membacanya. Memang rutin aku jika pesyarah tiada, aku akan mengisi masa aku dengan membaca nota-nota kuliahku.

"Excuse me."

Aku tersentak seketika. Aku menoleh untuk melihat gerangan yang menegur aku.

"Sebelah kau ada orang tak?" tanya lelaki itu.

Aku pula terkejut apabila lelaki itu menegur aku. Macam dalam mimpi sahaja. Dia... Rizqi Arshad.

Aku hanya mengelengkan kepala sahaja tanda aku menjawab soalan tersebut. Tak sangka dia mahu duduk di sebelahku. Seronok? Mestilah. Gembira? Sangat-sangat gembira.

Aku lihat Rizqi Arshad terus duduk di sebelah aku. Hati aku tidak keruan. Berdebar-debar sahaja. Habislah... mesti aku tidak fokus nanti.

"Kau kembar Sarah kan?" tanya Rizqi. Aku hanya menganggukkan kepala. Terkelu lidahku apabila berhadapan dengan dia.

"Tapi kau orang berdua ni berbezalah. Seorang senyap... seorang lagi macam tergedik sikit," kata Rizqi.

Aku hanya tersenyum kecil sahaja. Sampai hati dia kata adikku gedik. Tetapi memang dia itu gedik sedikit.

"Kau memang tak suka cakap dengan orang ke?" tanya Rizqi lagi.

"Saya bukan tak suka cakap dengan orang tapi saya tak selesa cakap dengan orang yang baru saya kenal macam awak ni. Sorry kalau awak terasa," balasku dengan suara perlahan.

Aku memang perangai macam ini. Bukan aku sombong atau apa, tetapi aku bukan jenis peramah. Tidak sepertu kembarku, Sarah.

"Tak apa. Aku tak kisah pun." Rizqi Arshad memberikan senyuman manis kepadaku. Ya Allah... sungguh cantik ciptaanMu ini.

"Aku dengar kau ni top student juga, kan? So, aku nak ajak kau study group dengan aku petang ni. Kau free tak?"

Aku pula sudah terkedu lagi. Dia ajak aku untuk study group bersama dia? Perlu ke aku ikut? Tapi apa kata Sarah nanti? Biarkanlah dia itu. Buat apa nak fikir pasal dia? Lagipun aku hanya belajar sahaja. Bukannya buat benda yang tidak senonoh.

"Boleh. Saya jumpa awak dekat library nanti," kataku.

Aku lihat Rizqi Arshad tersenyum gembira.





____________________________________






AKU membuka pintu bilik dorm aku. Sekarang sudah pukul lapan malam. Aku terus masuk ke dalam bilik dorm. Kelihatan bilik ini kosong sahaja. Tiada tanda-tanda Sarah ada di bilik ini. Mana dia? Takkan tak balik lagi?

Aku terus membuka tudungku dan menghempaskan badanku ke atas katil. Badanku sangat penat dan letih hari ini.

Lama juga aku study group dengan Rizqi Arshad tadi. Memang seronok belajar dengan dia. Bagi aku dia seorang fast learner. Sangat senang belajar dengan dia.

Kami sempat bertukar nombor telefon. Dia kata mudah untuk dia bertanya tentang pelajaran jika dia ada nomborku.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang menghempaskan pintu. Aku terus bangun dari pembaringanku kerana terlalu terkejut dan aku lihat Sarah sedang mencerlung memandang aku.

Mukanya merah menahan marah. Giginya diketap kuat. Apa salah aku kali ini?

"Sarah, lambat kau balik. Kau pergi mana?" Aku memulakan bicara.

"Kau tak payah nak ambil berat pasal akulah. Aku tak sangka kau macam ni," marah Sarah.

Aku pula sudah mengerutkan dahiku. Aku tidak faham apa yang dikatakan oleh Sarah. Apa yang aku buat sampai dia marah macam ini.

"Kau cakap apa ni, Sarah? Aku buat salah apa?" tanyaku. Aku betul-betul tak faham sekarang ini.

"Kau ni memang perempuan tak tahu malu. Kau tahukan aku suka kat Rizqi tu. Yang kau nak tergedik dengan dia tu apahal? Carilah jantan lain. Aku punya juga yang kau nak rembat," tengking Sarah.

Aku pula sudah terkejut apabila mendengar tuduhan Sarah. Mesti dia nampak aku dengan Rizqi tadi.

"Kau dah salah faham ni. Aku cuma belajar dengan dia je. Bukan dating pun," jelasku.

Sarah hanya tersenyum sinis. Nampaknya dia tidak mempercayai kata-kata aku.

"Kau jangan macam-macam dengan aku. Aku takkan teragak-agak buat benda buruk kat kau walaupun kau tu kembar aku sekalipun," ugut Sarah. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

Kalau aku bersuara nanti mesti lagi teruk. Baik aku diam sahaja. Aku lihat Sarah terus keluar dari bilik dorm. Dia sempat memberikan jelingan sinis kepadaku. Aku harap pergaduhan ini tidak berpanjangan.







____________________________________








SUDAH beberapa minggu hubungan aku dengan Sarah dingin. Dia melayanku seperti musuhku sahaja. Kami juga tidak duduk di dalam satu bilik dorm yang sama.

Sarah sudah berpindah masuk ke bilik lain. Aku hanya pasrah sahaja. Kalau dihalang nanti, mesti dia benci lagi denganku. Dia juga sudah ada kawan-kawannya sendiri. Kalau kami terserempak di mana-mana mesti dia memberikan jelingan sinis.

Kadang-kadang, kawan-kawannya juga mengejek aku. Aku biarkan sahaja. Kalau itu dapat memuaskan hati Sarah, aku redha sahaja.

Hubungan aku dengan Rizqi Arshad pula makin akrab. Walaupun dia agak kasar, tetapi dia juga agak caring denganku. Ini yang membuatkan aku lagi jatuh cinta dengan lelaki itu.

Aku tahu Sarah marah kepadaku apabila melihat hubungan aku dengan Rizqi semakin akrab tetapi aku juga ada perasaan juga. Memang dari dulu lagi aku mahu berkawan dengan Rizqi.

Sekarang ini aku dalam perjalanan ke tasik kerana Rizqi mahu berjumpa dengan aku. Aku tak tahu apa motifnya.

Aku dapat lihat dari jauh Rizqi sedang berdiri menghadap tasik. Kedua-dua tangannya menyeluk ke poket seluarnya.

Wah... handsomenya dia buat gaya macam itu. Hati aku sudah cair.

"Rizqi," panggilku. Aku lihat dia menoleh kepadaku dengan senyuman manisnya. Hati aku sudah berdegup kencang. Kenapa dia lain sangat hari ini?

"Eh... kau dah sampai," ujar Rizqi sambil tersenyum.

"Kenapa awak nak jumpa saya?" tanyaku.

"Aku sebenarnya nak bagitahu kau sesuatu. Aku harap kau dapat terima apa yang aku akan cakapkan nanti," ujarnya. Matanya tepat menikam pandanganku.

Kenapa dia cakap macam itu? Macam aku buat salah besar sahaja.

"Awak nak cakap apa?" tanyaku dengan suara yang bergetar. Aku rasa takut sebenarnya.

Aku lihat Rizqi memberikan pandangan yang redup kepadaku dan membuatkan aku terleka.

"Aku... cintakan kau," ujarnya.

Aku pula sudah terkesima mendengar pengakuannya. Lidahku terkunci. Otakku buntu. Dia cintakan aku? Cintakan aku? Ataupun aku mimpi sahaja?

"Awak cakap apa?" tanyaku lagi kerana ingin meminta kepastian darinya. Aku takut aku tersalah dengar sahaja. Nanti aku juga yang malu.

"Aku... cakap... aku... cintakan... kau..." kata Rizqi satu persatu. Aku pula sudah menekup mulutku tanda tidak percaya. Macam mimpi sahaja.

Dia cintakan aku. Aku sangat gembira dengan pengakuan Rizqi. Memang sejak dahulu lagi aku ternanti-nantikan kalimah itu meniti di bibir Rizqi.

Tetapi aku terfikir juga dengan perasaan kembarku, Sarah. Apa yang akan jadi kalau dia tahu lelaki yang dia sukai ini membuat pengakuan cinta kepadaku. Mesti hatinya hancur berkecai.

Belum sempat aku membalas kata-kata Rizqi tadi tiba-tiba aku terdengar ada orang bertepuk tangan. Aku dan Rizqi serentak melihat gerangan tersebut.

Ternyata Sarah dengan seorang lelaki sedang tersenyum sinis memandang kami berdua. Aku tahu dari pandangan matanya, dia amat marah kepadaku. Mesti dia dengar pengakuan Rizqi tadi.

"Wow... romantiknya. Macam dalam drama TV pula. Nak muntah I tengok. Kan Syafiq?" Sinis sahaja suara Sarah. Aku lihat Syafiq menganggukkan kepala sahaja. Apa lagi yang mereka mahu lakukan kepadaku?

"Are you sure, Rizqi? Yang you cintakan dia. I rasa dia tak layaklah untuk you pun," ujar Sarah sambil melangkah mendekati Rizqi.

"Ya... aku memang cintakan dia. Dia layak untuk aku. Kau siapa nak tentukan." Keras nada suara Rizqi. Sarah hanya ketawa sinis.

"Oh... Rizqi. You ni memang bodoh tau. I kenal siapa kakak kembar I ni. I tahu perangai dia macam mana. FYI, dia bukan baik and suci macam yang you sangkakan," ujar Sarah sambil tersenyum sinis.

Ya Allah... sampai begitu sekali dia bencikan aku disebabkan oleh seorang lelaki sahaja. Hati aku sudah berdebar-debar. Apa lagi yang kau nak buat, Sarah?

"Apa maksud kau ni?" tanya Rizqi sambil memandang tajam kepada Sarah

Aku lihat Sarah sedang mengeluarkan telefon bimbitnya dan dia menunjukkan gambar kepadaku dan Rizqi.

Kelihatan gambarku dengan Syafiq tidur berpelukan diatas katil. Sangat mengaibkan gambar tersebut. Tetapi itu bukan aku. Aku tidak pernah tidur sekatil dengan mana-mana lelaki.

Aku juga tidak pernah cakap satu patah perkataan pun kepada Syafiq. Mana mungkin aku mahu tidur sekatil dengan dia? Ya Allah... dugaan apa lagi ini?

Aku tidak mampu menahan sabar lagi. Sepertinya maruahku ini dipijak-pijak sahaja. Sampai hati Sarah buat aku macam ini. Mana Sarah yang aku kenal dahulu? Takkan disebabkan lelaki dia berubah pernagai seperti inim

"Sarah, tu bukan gambar aku. Sampai hati kau buat fitnah macam ni kat aku," marahku.

"Wei... aku ada buktilah. Takkan aku nak menipu pula. Farah, aku tak sanggup nak menipu Rizqi lagi. Aku tahu kau ugut aku macam-macam. Sudahlah Farah. Berubahlah. Aku tak sanggup tengok kakak aku berperangai buruk macam ni," ujar Sarah berpura-pura sedih.

Aku sudah tidak dapat menahan air mataku lagi. Sanggup dia buat macam ini kepadaku? Sanggup dia taburkan fitnah terhadap aku.

"Kalau you tak percaya cakap I, you boleh tanya Syafiq."

Aku pula sudah buntu. Nampak Sarah bijak mengatur strategi mengenakan aku. Nampaknya aku tidak dapat membela diriku kerana aku tiada bukti yang cukup.

Nampaknya Rizqi memandang tajam kepadaku.  Aku sudah agak mesti dia percaya dengan gambar itu.

"Aku menyesal..."

"I tahu you menyesal kenal kakak I. I'm so sorry sebab sorokkan benda penting ni dari you," sampuk Sarah sambil memeluk lengan Rizqi.

Aku pula sakit hati melihat situasi itu. Nampaknya aku keseorangan sekarang. Tiada siapa mahu percaya denganku.

Kau memang plastik, Sarah.

"Aku tak habis cakap lagi. Aku nak cakap aku menyesal kenal orang macam kau ni Sarah. Sanggup kau fitnah kakak kau sendiri? Kau ingat dengan gambar bodoh ni, kau boleh tipu aku? Kau silap besar," tengking Rizqi sambil merentap tangannya dari pegangan Sarah.

Aku lihat muka Sarah dengan Syafiq sudah berubah. Aku pula sudah terkejut dengan kelakuan Rizqi. Dia percayakan aku.

"Aku tengok gambar tu pun, aku tahu gambar tu gambar edit. Aku tengok kau orang edit pun tak betul. Mana ada orang yang bahagian mukanya cerah tapi badannya gelap. Kontra betul gambar dia," jelas Rizqi sambil tersenyum sinis.

"A... apa yang you cakap ni? Ni me... memang gambar ori. Takkanlah I nak tipu you pula," balas Sarah dengan tergagap-gagap.

Aku lihat Rizqi mendekati aku lalu dia terus memeluk bahuku. Aku terkesima seketika. Tak pernah seorang lelaki pun yang memeluk aku seperti ini.

"Kau tak payah nak tipu aku Sarah. Aku boleh je minta tolong kawan aku detect gambar tu ori atau tidak sebab dia pakar dalam edit-edit macam tu.

And kau Syafiq... aku tahu kau jantan macam mana. Kau selalu usung perempuan ke tempat tidur. Tukar perempuan macam tukar baju. Mesti perempuan dalam tu salah satu bohsia kau," ejek Rizqi sambil tersenyum sinis.

Syafiq sudah mengetapkan giginya. Matanya sudah kelihatan merah menahan marah. Gerun juga aku melihat reaksi Syafiq. Minta-mintalah mereka tidak membuat kecoh di sini.

"Dahlah... aku malas nak cakap banyak. Kalau kau apa-apakan Farah, aku tak teragak-agak buat hidup kau orang merana. Terutama kau, Sarah." Keras nada suara Rizqi. Seusai itu dia terus menarik tanganku pergi dari situ.

"Hey! Kau orang jangan ingat kau orang boleh bahagia. Aku akan hancurkan kebahagiaan kau orang tu!" jerit Sarah.

Aku dengan Rizqi hanya membiarkan sahaja. Malas mahu melayan perangai sewel Si Sarah tetapi walaubagaimanapun dia tetap adik aku. Masih ada rasa kasihan dan serba salah juga terhadapnya.







____________________________________







SEKARANG ini kami berada di Baskin Robins menikmati semangkuk aiskrim. Kata Rizqi Arshad, dia mahu makan aiskrim kerana ingin menyejukkan hatinya yang panas tadi.

Aku pula hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Hari ini juga rezeki aku murah kerana Rizqi mahu belanja aiskrim mahal seperti ini.

"Terima kasih sebab percayakan saya," kataku memulakan bicara. Memang tadi aku nak ucap terima kasih kepada dia tetapi tiada kesempatan.

"Tak ada hal. Aku tahu kau bukan perempuan macam tu. Kalau kau nak tahu aku selalu je perhatikan kau. Cara kau belajar. Cara kau fokus dalam kelas. Tapi masa tu aku tak berani nak tegur kau sebab kau ni jenis pendiam sangat," luah Rizqi.

Aku hanya tersenyum apabila Rizqi mengatakan aku seorang yang pendiam. Nak buat macam mana. Itu memang diri aku.

"Habis tu sejak bila awak suka kat saya?" tanyaku. Memang ada rasa malu juga aku menanyakan soalan seperti ini tetapi disebabkan rasa ingin tahu yang terlalu tinggi menyebabkan perasaan malu tadi aku tepis.

"I don't know since when I'm falling for you. Tapi aku sedar perasaan aku ni sejak kita selalu lepak belajar sama-sama. Kau lain dari yang lain. Aku tak pernah jumpa perempuan lembut macam kau ni. Sebab tu kot aku tertarik dekat kau," jelas Rizqi Arshad Matanya redup memandang aku. Tidak keruan aku jadinya.

"Saya bukannya apa... kenapa awak pilih saya? Saya biasa-biasa sahaja. Saya tak pandai bergaya macam adik saya Si Sarah tu."

"Kalau kau tanya aku kenapa aku pilih kau, aku pun tak tahu jawapannya apa. Mungkin Allah dah tetapkan yang aku ni jodoh kau," katanya sambil tersenyum manis kepadaku.

Aku terkedu. Nampaknya Rizqi ini seorang yang sweet talker juga. Aku segera menjamah ais krim ku. Aku tahu Rizqi sedang merenungku tapi aku biarkan sahaja. Kalau ditegah nanti makin menjadi pula.








____________________________________







SUDAH dua bulan kejadian di tasik itu berlalu. Sekarang ini secara rasminya aku menjadi kekasih kepada Rizqi. Dia melayan aku dengan baik sekali. Kadang-kadang ada juga kami bergaduh tetapi tiadalah sampai ke tahap yang serius. Hanya gaduh-gaduh manja sahaja.

Sarah pula sudah sebulan aku tidak tahu keberadaan dia kemana. Aku pernah juga ingin memperbetulkan hubungan kami, tetapi Sarah tidak mahu.

Tentang gambar fitnah tersebut, Sarah pernah menyebarkan gambar tersebut di internet dan media sosial dan menyebabkan orang ramai bercakap buruk pasal diri aku. Pihak universiti juga hampir sahaja mengambil tindakan disiplin terhadap aku.

Tetapi mujur sahaja Rizqi menolong aku membersihkan namaku. Jadi gosip aku tersebut tidaklah teruk sangat.

Sekarang ini aku sedang menuju ke kedai buku untuk mencari novel keluaran terbaru. Tiba-tina mataku tertancap dengan seorang perempuan yang ingin melintas jalan. Dia... Sarah. Sudah lama aku tidak ketemu dengan adik kembarku.

Sedang dia mahu melintas jalan, tiba-tiba aku ternampak sebuah kereta sedang meluru kepada dia. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari meluru ke arah Sarah untuk menyelamatkannya.

"Sarah!"

Sarah berpaling melihat aku. Riak terkejut jelas terlakar di mukanya. Aku sempat menolak badannya. Tetapi aku dapat merasakan badanku sakit seperti dilanggar sesuatu.

Aku tercampak di tepi jalan. Pandangan aku berbalam-balam. Seluruh badan aku sakit.Ku dapat merasakan cecair hangat mengalir di dahiku. Baunya seperti darah.

"Farah!" Aku dapat lihat Sarah berlari ke arahku. Mukanya jelas cemas.

"Tolong! Tolong! Please someone call the ambulance !" jerit Sarah meminta tolong.

"Farah... kenapa kau selamatkan aku... aku banyak buat salah dengan kau. Aku minta maaf," kata Sarah bersama tangisannya.

Aku hendak mengatakan sesuatu tapi mulutku terkunci. Rasa sakit semakin menjalar ke seluruh badan. Pandanganku semakin gelap dan akhirnya aku tidak sedar apa yang berlaku.








____________________________________








KEJADIAN kemalangan tersebut sudah lima tahun berlalu. Disebabkan kemalangan itu, hubungan aku dengan Sarah sudah pulih. Dia meminta maaf kepadaku setelah aku sedar dari koma disebabkan kemalangan itu. Dia kata dia menyesal buat jahat kepadaku dan dia tidak akan mengulangi kesilapannya.

Sekarang ini dia sudah mendirikan rumah tangganya bersama Syafiq. Tak sangka mereka ada jodoh. Menurut Sarah, Syafiq memang cintakan dia dari dahulu lagi tetapi dia menolak cinta Syafiq disebabkan Rizqi. Sebab itulah Syafiq bertukar perempuan.

Tetapi sekarang ini dia dan Syafiq adalah pasangan paling bahagia dan saling mencintai. Syafiq juga aku lihat sudah insaf dan meninggalkan segala perangai buruknya demi kembarku Sarah.

Aku pula sudah mendirikan rumah tangga bersama Rizqi Arshad. Aku bahagia bersama dengan dia. Aku ingat lagi bertapa risaunya dia terhadapku setelah aku sedar dari koma. Aku sangat sayang dengan Rizqi.

Beberapa bulan selepas itu, Rizqi terus melamar aku menjadi isterinya. Aku dengan rasa teruja dan gembira menerima lamaran tersebut.

Sekarang ini kami dikurniakan dua pasang kembar lelaki. Rafiq dan Rifqi namanya. Walaupun Rizqi Arshad sibuk dengan syarikatnya, tetapi hari minggu dia wajib menghabiskan masa dengan keluarganya. Dia memang ketua keluarga yang bertanggungjawab.

Betul kata orang, air dicincang tidak akan putus. Begitu juga dengan hubungan adik beradik. Walau kita gaduh teruk sekalipun, hubungan adik beradik itu tetap tidak akan terputus.




Diyan_Cha

SHADHIA | 2020

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro