Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

D. VIII

───────────────

[ Jungseo POV ]

Pagi itu, aku ke sekolah seperti biasa. Sampai sahaja dikelas, aku dikejutkan oleh seisi kelas yang berkumpul di meja aku. Entah apa yang mereka buat aku sendiri tak tahu, aku mendekati mereka.

"Apa yang- "

Mereka semuanya terkejut, lantas pandangan aku jatuh pada atas meja yang penuh dengan hadiah.

"Happy Birthday Uri-Jungseo !" Jerit mereka semuanya serentak.

Ya tuhan, aku sendiri lupa yang hari ini adalah hari kelahiran aku. Sepanjang 17 tahun aku hidup, aku hanya menyambut hari lahir bersama appa.

p/s : jungseo with her appa

Kali ini, tiada appa disini. Kalau dulu, asal sahaja appa sibuk di pejabat. Appa akan cuba cari masa- tak kira tengah malam untuk celebrate birthday aku.

"Jungseo, awak janganlah sedih." Pujuk Jiyoon.

"Kami tahu, mesti awak rindu appa awak kan?"

Aku mengangguk perlahan, kata-kata Jiyoung benar apa adanya. Aku perlukan appa disisi sekarang ini, kehadiran seluruh teman kelas tak dapat ubati rindunya aku pada appa.

"Itu, saya hadiahkan awak banana uyu tau !" Jihoon memberikan aku satu packet susu pisang.

"Saya lagi baguslah, terimalah patbingsu yang saya beli tu" Daehwi memberikan aku satu packet aiskrim kacang merah. "Sorry Jungseo, beli dekat kantin je hehe."

"Tak apa, atleast saya dapat kenyang haha." Jawabku.

"Okay! Memandangkan Haha-ssaem belum masuk.. Mungkin dia pergi buang air besar...." si ketua kelas mula bersuara, Yoon Jisung.

"LET'S PARTY !"

------

Balik dari sekolah, aku dah siapkan kerja rumah matematik yang cikgu Haha pesan tadi. Sekejap pun boleh siap, matematik tu- tutup mata pun aku boleh buatlah!

Snack-- potatochips, sotong kering bakar, bringles, dan minuman favourite, Cola menjadi teman menonton drama. Crash Landing On You.

Aku dikejutkan dengan kedatangan Seungyoun tiba-tiba. Dia mengambil tempat duduk di sofa, berjauhan sedikit denganku.

-Bukan namanya Cho Seungyoun kalau tak menjauh dengan perempuan.

"Kerja math dah siap?"

"Ha?" Aku sedikit terkejut, sejak bila orang ini ambil berat pasal kerja sekolah aku? Selama aku tinggal di rumah keluarganya ni, tak pernah-pernahnya dia sibuk hal sekolah aku.

"Ini kan dah malam, kenapa tak tidur lagi?"

"Tak boleh tidur." Jawabku ringkas, setan apa yang merasuki si Seungyoun ni, tiba-tiba dia banyak soal pulak malam ni.

Dia berganjak berdiri dan mendekati aku, diletakkan atas meja sekeping coklat Cadbury Dairymilk. "Itu tadi untuk Vernon, tapi diet."

Lantas, Seungyoun berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya. Aku menoleh mengejar entiti dirinya, pelik betul dia malam ini.

Di tangga dia berhenti dan memandang ke arah aku dibawah—

"Birthday girl tak baik tidur lewat malam."

—Eh, dari mana dia tahu yang hari ni birthday aku?

------

Esok hari, sebelum ke sekolah. Aku mengemaskan tempat tidur dan bersiap hendak ke sekolah. Dengan mata masih berbekalkan tahi mata— hasil daripada tidur nyenyak semalaman.

Seungwoo mengetuk pintu seraya masuk, untung sahaja aku dah masuk tandas, cuci muka dahulu sebelum mandi.

"Maaf, saya tak tahu pun birthday awak kemarin."

"Tak apa lah Seung- "

Kataku terpintas, Seungwoo mendekati aku yang sedang kemas jadual di meja belajarku. Dia kemudian ambil tempat duduk depan meja belajar sementara aku berdiri memandangnya.

"Saya ada hadiah untuk awak!" Seungwoo menyembunyikan kedua tangannya ke belakang badan. Mungkin, ada sesuatu yang dua sembunyikan dari aku.

"Wanna be my girlfriend?"

Seungwoo mengeluarkan tangannya dan membuat gaya mini heart sign. Tak lupa juga, matanya dikelipkan sebelah.

Aku sekadar roll eyes, Seungwoo ini bergurau apa pagi-pagi buta macam ni?

"Dah dah, jangan main-main Seungwoo."

Kedua tangan aku digenggamnya dalam genggaman tangannya, "Tapi, saya serious- "

Cleck

Pandangan mata kami berdua tertuju pada pintu yang dibuka luas, tadinya memang sudah terbuka tapi tak luas sangat. Refleks, aku melepaskan tanganku dari genggaman tangan Seungwoo.

" -Cepat siap. Hari ni mama hantar pergi sekolah."

Itu Seungyoun.

"Woo, keluar. "

"Yalah. Kacau daun betullah." Seungwoo berganjak keluar dari bilik aku.

"Kalau nak goda perempuan, jangan goda dia."

Mereka berdua pun berjalan masuk bilik mereka semula. Meninggalkan aku yang blank macam siput.

Apa maksud kata-kata Seungyoun tadi?

[ End POV ]

➳❥ tbc

───────────────

+ saya sedih jiyoon keluar dari bol4, due to her studying. tinggallah jiyoung sendiri promotion 😢. tapi, tak apa saya tetap stan bol4 since their first debut. tengoklah fanfic ni pun, saya buat mereka kawan dengan Jungseo.

siapa geng aku? mehlah kita menangis tak berhingus sama-sama 😭

btw, bosan dengan pov Jungseo? nak pov siapa pulak for next chapter?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro