D. IX
──────
[ Seungyoun POV ]
Petang, hari dah nak malam. Tapi si naif tu tak pandai balik-balik lagi. Entah ke mana dia merayap.
Aku gagahkan diri untuk berganjak keluar dari rumah, apa lagi kalau bukan mencari Jungseo. Itu anak memang hobi dia merayap sama macam Seungwoo.
Lepas sekolah tadi, aku lihat bersama dua orang rakannya itu. Entah pergi ke mana? Disebabkan malas nak tahu, tak mahu ambil tahu walaupun sebenarnya aku risaukan dia.
Langkah kaki diatur berjalan kaki ke arah sekolah, disebabkan malas nak naik bas. Lebih baik aku berjalan kaki sahaja. Siapa tahu nanti terserempak dengan Jungseo dijalanan.
Aku ambil keputusan untuk berdiri di bawah pokok sebaik sahaja ternampak kelibat Jungseo berjalan kaki.
Itu dia, aku lihat ada Jungseo berjalan kaki. Mungkin sahaja, dia lepas dari study dengan kawannya.
"Eo? Seungyoun? "
Terkejut aku sebaik sahaja dia menegur. Reaksi cuba disembunyikan.
"Kenapa awak dekat sini?" Soalnya sambil berjalan mendekati aku.
"Ingat ini jalan nenek moyang kau sampai aku tak boleh berdiri sini?"
"Maksud sa— "
"Lain kali kalau balik lambat, bagitau aku."
"Atau, Seungwoo."
"Kau orang perempuan tiada takut-takutnya hah! "
Selesai sahaja membebel marahkan si naif itu, aku berganjak hendak pergi.
"Heh. Kenapa bingung disitu?"
"Bukan--"
"Mahu diserang pacik-pacik mabuk?"
"Ha?"
"Yah. Kalau kau mahu kena kacau orang mabuk, kau tinggallah disitu." Aku berjalan tinggalkan Jungseo.
Laju Jungseo mengejar aku dibelakang. "Seungyoun, tunggulah!"
------
Kami berdua putuskan untuk berjalan kaki sahaja. Taklah jauh sangat dengan rumah. Nak tanya mama, mama pergi jumpa aunty cheetah di Yeouido, Seungwoo pula merayap lagi.
Abang aku tu, dah macam lipas. Tak aman kalau duduk rumah, merayap sahaja kerjanya.
"Seungyoun." Panggil Jungseo.
Aku menoleh ke belakang, "Ada apa?"
"Aunty yoomi tak ada dekat rumah kan?"
Aku balas dengan anggukan. "Kenapa?"
"Nak tak kita buang masa?"
"Tak--"
Kataku terpintas sebaik sahaja, Jungseo menarik lenganku dan dibawanya menuju ke lapangan.
Lapangan bola keranjang dekat taman perumahan ini. Kebetulan di situ ada sebuah bola keranjang yang ditinggalkan.
"Kita main basketball." Ucapnya dengan girang.
Aku geleng, dan hendak berpaling jalan pulang. Malangnya, Jungseo tarik hujung lengan sweater aku.
"Kita buat taruhan." Katanya sambil sengih, "Yang kalah kena belanja Starbucks! "
"Deal." Aku berjalan menuju ke arah bola keranjang yang dibiar dilantai lapangan. Jiwa lelakiku pantang dicabar!
Kami mula bermain, sampailah hari dah nak naik malam.
------
" YES YES! I WON! "
Jungseo melonjak gembira, terloncat-loncat. Bukan sebab apa. Aku sengaja buat-buat kalah dengan dia.
" Tch. " Aku menjeling tajam, asal dia tahu saja. AKU SENGAJA KALAH!
"Belanja starbucks?" Jungseo dah dengan pout eyesnya. Oh no, aku tak boleh.
Aku tak boleh cair dengan rayuan perempuan. Lagi-lagi Jungseo.
"Hmm.." Muka ditelengkan pandang sisi lain, sembunyi senyuman. "Yalah."
Kami berdiri dari bangku kayu itu, hendak ke kedai Starbucks berdekatan. Seberang jalan sahaja.
Jungseo memandang tepat ke arah aku, pelik. Dengan senyuman dia yang-- ARGH ENTAHLAH KENAPA JANTUNG AKU RASANYA NAK COPOT MELONCAT DARI TEMPATNYA!
"Lain kali jangan senyum macam ni." Dahinya aku tunjal, buatkan dia terundur ke belakang, aku berjaya menepis jarak. Kalau tidak, memang meloncatlah ini jantung dari tempatnya.
Aku lajukan jalan, tinggalkan dia.
"Kenapa? Seungyoun? Hey? " Dia mengejar di belakang.
Aku berhenti sebaik sahaja dia disisi aku,
"Sebab kau jelek." Sekali lagi dahinya aku tunjal.
Entah kenapa aku rasa yang-- senyuman manis Jungseo tak patut jadi tontonan orang lain.
Jungseo merajuk kecil. Dia berhenti berjalan, disebabkan rasa kesian. Manalah tahu, dia terasa dengan kelakuan aku ke atasnya tadi.
"Heh. Jalan depan aku"
Jungseo akur dan berjalan laju dihadapan aku. Aku sendiri pelik, apa yang jadi dengan aku sebenarnya hari ini. Selalunya, aku yang jalan dahulu tinggalkan dia.
------
Balik sahaja dari Starbucks, tiba di rumah. Aku membuka handphone dan check instagram. Senyuman cuba disembunyikan dari Seungwoo.
Entah bila dia ambil gambar aku sendiri tak perasan, walaupun captionnya itu agak menyakitkan hati-- tapi jujur aku sebenarnya senang hati.
ejs._.jungseo
ejs._.jungseo orang kalah taruhan basketball @woodz_dnwm
liked by w_o_o_y_a, lee_gyul_gyul, woo.ddadda and 567 others
w_o_o_y_a tak ajak! 😡
*hey_miss_true seungyoun kalah? mustahil 😤
jiminxjamie atau sengaja kalah? 😬
**bnshazzn jungseo main basket? awwah 😮😮😮
woo.ddadda @hong.ran___
chwenotchew dating 😍
------
*ig ahn jiyoung
** ig woo jiyoon
+ lepas ni pov seungwoo pulak ya ? 😆
nah belanja pic our twins boi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro