Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BDHSBN : 01

PADA hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari paling bahagia bagi pasangan bercinta . Tapi bukan pada dia , perkahwinan ini seakan permulaan seksaan  bagi hidup dia .
Berkahwin dengan si jejaka tampan dan kaya , tapi buruk akhlaknya . Sungguh mencabar bagi dia .

Mereka berkahwin bukan atas dasar cinta .
Tapi atas dasar kasihan semata -mata .
Dia baru sahaja kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan teruk .
Jadi disebabkan itu , tuan kim taeho merupakan appa kim taehyung . Memaksa mereka berkahwin demi menampung hidup dia yang sebatang kara .

" Groom May kiss the bride now "

Kata-kata keramat itu diucapkan paderi .
Dengan degupan jantung yang bergerak pantas seakan berlari satu padang.
dia menanti bibirnya dicium dengan insan yang sudah bergelar suaminya .

Mata dipejam .
Sesaat dua saat , dia terasa basah didahinya .
Diingatkan bibirnya yang dicium , tetapi sangkaannya meleset .
Taehyung mencium dahinya sekilas dengan ekspresi muka lelaki itu langsung tiada senyuman.
Dingin sedingin ais kutub .

Akhirnya , pasangan itu rasmi bergelar suami isteri .

Tuan kim mendapatkan menantu nya dengan senyuman yang tersungging dibibir .
" Menantu appa "
Tangan didepa , memeluk badan kecil Jihyo .

Jihyo menyambutnya dengan senang .
Pelukan dileraikan , bahu Jihyo dipegang tuan kim lembut .

" Jaga anak appa dengan baik ye , appa mintak sangat kamu bertahan dengan perangai dia walau apa pun yang terjadi "

Pesan tuan kim .
Sedia tahu , anaknya kim taehyung bagaimana perangainya,
Sifat angkuh , degil ,panas baran dan suka menindas orang  .
Walaupun bergitu , seburuk manapun perangai nya , ada baiknya juga .

Jihyo tersenyum hambar .
" Nae appa "
Mata tuan kim meliar sekeliling mencari kelibat anaknya , namun hampa batang hidung pun tak nampak .
Kepala digeleng-geleng .entah apalagi yang patut dia ajar pada kim taehyung agar lebih menjaga adab .

Bagaimanalah Jihyo bertahan dengan sikap kim taehyung nanti ? Apa yang dia harapkan agar kedua pasangan ini bahagia , walaupun kedengarannya agak mustahil .

Puan kim hanya memerhati dari jauh .
Pandangan nya langsung tidak senang dengan menantu nya , berlainan pula dengan suaminya yang amat menyukai Hwang Jihyo .
Wanita separuh usia itu sekadar Mendecit sinis tatkala Jihyo berjalan kearah nya dengan senyuman yang tak pernah jemu menghiasi wajah .

" Omma "

" Jangan panggil aku omma lah , aku jijik tau tak ? Sampai bila -bila pun aku takkan terima kau jadi menantu aku "

Tegas puan kim menekan kan perkataan menantu pada Jihyo sebagai amaran untuk gadis itu supaya tidak mengelarnya sebagai omma kelak  .
Bagi dia , Hwang Jihyo langsung tiada keistimewaannya .
Gadis itu hanyalah sekadar anak yang  bukan dari golongan berada . Sungguh jauh dari menantu yang dia idamkan, sepatutnya menantu yang dia mahukan sudah tentu kaya yang dapat membanggakan lagi nama keluarganya . Tapi tak , semuanya disebabkan suaminya yang beria sangat mengahwinkan kim taehyung dengan perempuan yang Asal usulnya bawah tapak kakinya sahaja .

Jihyo tetap tersenyum walaupun tidak disukai puan kim .

" Pergi , aku tak suka kau ada depan mata aku "

Halau puan kim dengan nada yang perlahan .
Takut didengari tetamu yang hadir ,
Tak pasal-pasal dia dilabel jahat pula nanti .

Jihyo tertunduk , senyuman cuba dipamerkan sebelum dia meminta diri pergi .
Puan kim mendengus kasar .
Entah kenapa,
Bencinya membuak-buak tatkala melihat Jihyo dihadapan nya .
Walaupun gadis itu tak pernah berbuat salah padanya. Tapi bagi dia , kehadiran Jihyo seakan bala bagi dia .









Sementara itu , si pengantin lelaki terkumat kamit dengan telefon nya dilekap ditelinga .

" Maaf kan i sayang , i terpaksa teruskan perkahwinan ni kalau tak harta semua dapat kat perempuan tu "

Jelas kim taehyung , berusaha memujuk kekasihnya yang sedang membara api kemarahan .

" You tak guna ! Jangan jumpa i selama seminggu ! "

Tit .

Panggilan terus ditutup oleh teman wanitanya .
Taehyung merengus geram .
Phone dicampak kelantai hingga berkecai .

Uratnya lehernya jelas menegang , menunjukkan dia dalam mood marah tika ini .

" Sial ! Semua sebab perempuan tu ! Tak guna ! "

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro