
Teaser 6
"Senyumnya mana?" DK menegur menghentikan tingkah Daneen yang asyik memutar penyedut minuman di hadapannya.
"Tak nak ah! I rimas pakai macam ni. Tengoklah. Semua orang tengah pandang I. Tak sukalah." Bertambah muncung mulut Daneen kali ini.
"Sebab you cantiklah semua orang tengok. You tu aje yang tak boleh nilai."
Daneen masam mencuka. Menyesal pula kerana menyetujui setiap permintaan DK. Kalaulah dia berkeras untuk tidak bersetuju, tak adalah dia terpaksa menyarung baju traditional ini lagi buat masa sekarang.
"I tak bebas bergerak bila pakai baju ni. Nak naik motor susah tau, DK." Daneen mengadu lagi dengan harapan lelaki itu akan memahami kesulitannya.
"Kan naik kereta dengan I. So, apa yang susahnya? I nak you kekalkan imej ni bila keluar dengan I."
"Mana boleh. I cuma ada satu ni aje kebaya. Yang lain dalam almari dekat rumah bonda. Takkan nak pakai yang sama aje setiap kali I keluar jumpa you?"
"Hari tu you kata kakak you bawa pakaian you. So, apa masalahnya lagi?" DK mempersoalkan hingga membuat Daneen tarik wajah cemberut.
"Dee tak bawak pun hari tu. Yang I pakai ni masa I kena kejar dengan orang jahat dulu."
"Okey, lepas makan kita shopping baju kebaya yang baru. Tak apa, I belanja." Tiba-tiba DK membuat saranan gila. Entah mengapa dia sanggup berhabis duit pula demi gadis ini. Lebih parah, cadangannya betul-betul mengejutkan Daneen.
"Aduh! You tu bukan boyfriend I pun. Tak payahlah berlebihan sangat, DK!" Daneen mulai rimas. Geram betul dia dengan kerenah lelaki ini. Berlagak prihatin mengalahkan calon suaminya pula.
"Kan sementara ni you kena mengaku yang I ni boyfriend you. Takkan dah lupa kut? I kan nak tolong you bebas dari Tengku Muzaffar tu. Atau you nak kahwin dengan Tengku tu aje?"
"Tak nak! I tak suka dia."
"Dah tu, you kenalah ikut syarat I. Tak susah pun kan?" DK masih tidak mahu mengalah. Dia cukup yakin yang Daneen akan mengikut kehendaknya.
"Ya, itu I tahu, tapi tak boleh ke syarat tu memudahkan I sikit? Kenapa yang I tak suka tu juga yang you nak?" Daneen membantah lagi dengan harapan DK memberinya sedikit kelonggaran.
"Sebab I suka."
Daneen ketap bibir. Serasa mahu ditelan saja mamat di depannya ini. Banyak sangat songehnya. Betul-betul menjengkelkan. Kenapalah juga dia ditemukan dengan mamat otak senget ni pun dia tidak tahu.
"Lagi satu, kalau si Tengku tu ada mesej atau telefon you, jangan lupa bagitahu pada I. I nak you hubungi Tengku dan aturkan pertemuan. Kita jumpa dia."
"Aduh..." Meleret nada Daneen. Sebenarnya dia agak keberatan dengan cadangan DK.
"Kalau you diam, I takut Tengku yang bertindak dulu. Melopong mulut you nanti." DK memberi peringatan.
"Okey... nanti I cuba." Akhirnya Daneen mengalah. Demi untuk tidak bergandingan dengan Tengku Muzaffar, dia terpaksa menerima cadangan DK walaupun sangat sukar untuk dia laksanakan.
Yang berminat boleh hubungi wasap saya 0126816031.
arenayidin
08 Mei 2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro