Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15

Usai menunaikan solat zohor, Kaysa Adara turun ke dapur rumahnya. Rumah keluarga bukan rumah sewa. Gadis itu ingin menyediakan dessert untuk tetamu yang akan berkunjung ke rumahnya malam nanti. Tetamu yang cukup istimewa. Siapa lagi kalau bukan Ed.

Sunyi sahaja suasana di dapur. Hanya Kaysa Adara yang ada di situ. Ke hulur ke hilir mengeluarkan bahan-bahan dan juga peralatan yang akan dia gunakan. Semuanya diletakkan di atas meja.

"Buat apa tu?" tanya seseorang dengan nada yang ceria. Sekaligus memecahkan kesunyian.

Kaysa Adara menoleh ke belakang. Gadis itu sedikit terkejut melihat kakak iparnya di situ. Duduk di kerusi bar, menghadap Kaysa Adara. Ingatkan tiada siapa di rumah ketika itu.

"Eh... Akak tak ikut along dengan mama ke?"

Elly melemparkan senyuman.

"Tak. Akak cakap nak teman Kaysa kat rumah. Kaysa nak buat dessert untuk malam ni ke?"

Kaysa Adara hanya menganggukkan kepalanya. Gelatin tanpa perisa ditaburkan di dalam periuk kaca yang sudah diletakkan secawan susu segar lalu dibiarkan seketika.

"Dessert apa?"

"Italian dessert. Panna Cotta," balas Kaysa Adara bersama senyuman.

"Wah, sedapnya... Mesti Ed suka."

Periuk kaca yang dibiarkan tadi sudah diletakkan di atas api yang sederhana dan dikacau untuk melarutkan gelatin.

"Dah lama ke akak kenal Ed?" soal Kaysa Adara ingin tahu.

"Hmmm... Tak adalah lama sangat. Akak kenal dia awal tahun ni," balas Elly dengan nada yang datar.

Baru sahaja Kaysa Adara nak ajukan soalan yang lain, Elly kembali bersuara.

"Kaysa tahu Ed tu siapa?"

"Maksud akak yang dia tu penulis novel?"

Kaysa Adara memandang Elly sekilas sebelum memasukkan bahan-bahan lain ke dalam periuk kaca.

Elly tersenyum segaris. Kepalanya dianggukkan perlahan.

"Nampaknya Ed memang serius dengan Kaysa. Dia beritahu Kaysa yang dia tu penulis. Dengan akak, dia tak beritahu pun walaupun akak minat novel dia. Kita orang kawan macam biasa sampailah akak mula syak dia tu Red. Akak pergi event dia untuk confirmkan," cerita Elly dengan nada yang sama. Datar dan bersahaja.

Kaysa Adara mendiamkan diri seketika. Ed pun tak beritahu dia. Dia yang tahu sendiri. Adakah Ed tidak serius dengannya?

Kepala Kaysa Adara terus digelengkan. Mengusir tanda tanya yang telah menerbitkan rasa sangsi dalam hatinya. Jangan fikir yang bukan-bukan Kaysa, nasihat gadis itu kepada dirinya sendiri.

Api dipadamkan. Kaysa Adara memusingkan tubuhnya ke belakang. Memandang Elly sambil bersandar di kabinet dapur.

"Akak masih ada hati pada Ed ke?"

Nada suara Kaysa Adara kedengaran serius. Tangan disilang ke dada.

Elly senyum dan geleng.

"Akak dah ada suami, Kaysa... Kaysa tak perlu risau. Ed anggap akak kawan aje. Dan kita orang keluar hari tu pun sebagai kawan."

"Baguslah kalau macam tu. Sekarang ni, akak dah boleh terima along?"

Elly mengangguk-anggukkan kepalanya.

Kaysa Adara kembali menumpukan perhatian pada Panna Cotta. Strawberi dikeluarkan dari peti ais lalu dibelah dua.

"Along tahu pasal akak dengan Ed?"

"Dia tahu akak kenal Ed tapi dia tak tahu yang akak pernah suka Ed."

"Kenapa akak tak beritahu dia?"

"Sebab akak rasa dia tak perlu tahu."

Kaysa Adara menoleh ke arah Elly, meminta penjelasan.

"Akak takut dia cemburu tak tentu pasal pada bakal adik ipar dia," seloroh Elly bersama tawa kecil.

Kaysa Adara turut tergelak.

"Betul juga tu. Nanti dia tak nak terima Ed jadi adik ipar dia. Kaysa juga yang susah. Tapi..."

Kening Elly ternaik.

"Tapi apa?"

"Perlu tak Kaysa risau hubungan akak dengan Ed?"

"Akak faham perasaan Kaysa tapi Kaysa tak perlu risau."

"Boleh Kaysa percaya akak?"

Elly mengangguk yakin.

"I will trust you then."

Khalil Asyraf dan Puan Saafia yang baru pulang dari pasar raya muncul di dapur bersama beberapa beg plastik di tangan. Sekaligus mematikan perbualan Kaysa Adara bersama kakak iparnya tentang Ed.

"Dekat sini rupanya Kaysa dengan Elly. Patutlah sunyi aje kat depan tu," kata Puan Saafia.

"Kaysa buat Panna Cotta untuk malam ni, ma," beritahu Elly.

"Kamu berdua berbual pasal apa? Macam serius aje."

"Eh, tak adalah ma. Kita orang berbual pasal Ed."

"Ed tu kawan Elly, ma," sampuk Khalil Asyraf.

"Laaa... Ya ke? Dah lama Elly kenal Ed?" tanya Puan Saafia seraya duduk di sebelah menantunya itu.

"Tak adalah lama sangat."

Khalil Asyraf sudah menghilangkan diri entah ke mana. Tinggallah Puan Saafia, Kaysa Adara dan Elly di dapur. Puan Saafia menghalakan pandangan ke arah Kaysa Adara yang masih sibuk dengan Panna Cottanya.

"Kaysa..."

"Hmmm..."

"Kaysa tak nak cerita dengan mama ke pasal Ed?"

Kaysa Adara menoleh ke arah mamanya sekilas.

"Apa yang mama nak tahu?"

"Ceritalah... Macam mana Kaysa kenal dia?"

"Haah, Kaysa. Ceritalah. Akak pun nak tahu."

"Kaysa kenal dengan Ed dekat Sabah. Mama ingat tak mama ada call Kaysa tapi lepas tu terputus? Mama ingat Kaysa sengaja letak phone."

Puan Saafia menganggukkan kepalanya.

"Kaysa jumpa dengan Ed masa tu ke?"

"Haah. Kaysa kena kejar anjing masa tu. Eh, tak... Kaysa nampak anjing, Kaysa takut dan Kaysa terus lari. Anjing-anjing tu pun kejar Kaysa. Ed pula masa tu... Sebab nak elak daripada terlanggar Kaysa yang lari lintang-pukang, terbabas. Tapi nasib baik dia tak ada apa-apa. Luka sikit aje."

"Hmmm, kalau masa tu Kaysa kenal Ed, maknanya baru sebulanlah Kaysa kenal dia. Kaysa pergi Sabah awal bulan lepas, kan?"

Sekali lagi Kaysa Adara menganggukkan kepalanya.

"Love at the first sight la tu, ma," ucap Elly dengan nada mengusik.

Elly melirikkan pandangan ke arah Kaysa Adara.

"Kaysa ada rasa berdebar tak masa tu?" soal Elly.

"Bukan setakat berdebar. Kaysa boleh dengar lagu Korea pula masa tu," balas Kaysa Adara cukup selamba bersama tawa.

"Serius ke, Kaysa?" tanya Elly, tidak percaya.

Kaysa Adara menganggukkan kepala. Panna Cotta yang sudah diletakkan di dalam gelas-gelas kaca, disimpan ke dalam peti ais. Kemudian, dia mengayunkan langkah ke arah Puan Saafia dan Elly. Ingin menyambung ceritanya.

Cukup bersahaja Kaysa Adara bercerita tentang perkenalannya dengan Ed kepada mama dan kakak iparnya. Namun, tidak semua dia cerita. Dia cuma cerita macam mana Ed selalu tolong dia tetapi dia tidak pula cerita tentang Ed yang tiba-tiba ajak dia date sebanyak sepuluh kali. Rasanya Puan Saafia mahupun Elly tidak perlu tahu tentang itu.

"Hmmm, makin tak sabar pula mama nak berkenalan dengan Ed malam ni. Nak tahu lelaki yang macam mana berjaya buat anak mama jatuh cinta. Kaysa ni susah jatuh cinta tau, Elly..."

"Oh... Kiranya Ed ni first love Kaysa?"

Kaysa Adara menganggukkan kepalanya bersama senyuman nipis.

"Sama jugalah dengan Ed. Setahu akak, dia tak pernah bercinta sebelum ni."

"Tak lama lagi bolehlah mama tengok anak dara mama pula bersanding," seloroh Puan Saafia dengan hati yang riang.

"Hesy, mama ni... Macam tak sabar pula. Kaysa baru aje kenal dia."

"Eh, apa salahnya... Kalau dah dua-dua suka sama suka, kahwin ajelah terus. Betul tak, Elly?"

Elly hanya menganggukkan kepalanya. Bersetuju dengan Puan Saafia.

Meriah sungguh suasana di rumah Encik Khairul dan Puan Saafia malam itu. Sesudah menjamu selera, mereka semua duduk berbual di ruang tamu. Menikmati manisan Panna Cotta yang Kaysa Adara buat petang tadi. Tersenyum senang Puan Saafia melihat Ed yang begitu berselera menjamah Panna Cotta yang anak dia buat.

"Kaysa yang buat Panna Cotta tu," beritahu Puan Saafia.

"Oh, ya ke? Ingat aunty yang buat. Saya tak pernah makan sebelum ni. Apa nama dia tadi?"

"Panna Cotta," ucap Kaysa Adara bersama senyuman manis.

"Sedap tak?" soal gadis itu.

"Sedap. Manis yang cukup."

"Secukup manisnya senyuman I untuk you," balas Kaysa Adara bersama kenyitan di mata.

Puan Saafia terus menepuk paha Kaysa Adara di sebelahnya. Gatal betul anak dara seorang ni.

Dalam masa yang sama, Khalil Asyraf dan Elly menghamburkan tawa. Geli hati dengan jawapan selamba daripada Kaysa Adara.

"Kamu kerja apa?" soal Encik Khairul yang sedari tadi mendiamkan diri. Di meja makan pun lelaki itu senyap sahaja. Sekadar memerhati.

Ed menoleh ke arah Encik Khairul. Liur ditelan saat mereka saling berpandangan.

"Saya... Hmmm, saya buat business."

"Business apa?"

"Saya buka kafe dengan kawan."

"Macam mana kafe tu? Ada potensi untuk bertahan lama?"

"Insya-Allah."

"Parents kerja apa?"

Ed terdiam. Wajahnya sedikit berubah. Dia jarang terkesan dengan soalan tentang kedua-dua ibu bapanya. Namun, kali ini hatinya berasa pedih. Barangkali kerana soalan itu diajukan oleh seseorang yang ada kaitan dengan kematian kedua-dua ibu bapanya.

"Parents Ed dah tak ada," jawab Kaysa Adara bagi pihak Ed setelah menyedari perubahan di wajah lelaki itu.

"Sejak bila?" tanya Puan Saafia dengan nada simpati.

"Masa saya sembilan tahun."

Lelaki itu cuba mengawal riak wajahnya. Cuba mempamerkan riak tenang. Berbicara tentang kedua-dua ibu bapanya dengan keluarga Kaysa Adara bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak semena-mena, Ed terimbau peristiwa bertahun-tahun yang lalu membuatkan hatinya kembali berasa pedih bagaikan dicucuk-cucuk sesuatu.

"Meninggal sebab apa?"

Puan Saafia jeda seketika. Bagaikan tersedar sesuatu.

"Eh, maafkan aunty. Banyak pula yang aunty tanya."

Ed memaksa diri untuk mengukirkan senyum.

"Tak apa. Ayah saya meninggal sebab kemalangan. Ibu saya pula sebab sakit kanser."

"Kamu serius dengan Kaysa?"

Encik Khairul kembali bertanya.

Ed menganggukkan kepala. Yakin.

"Ada plan nak kahwin dengan dia?"

"Pa!"

Kaysa Adara sudah menjerit tidak puas hati. Wajahnya tampak bengang.

"Papa tanya Ed. Bukan Kaysa."

Hesy, papa ni... Dah mula la tu. Rungut gadis itu bersama dengusan kecil.

Ed menoleh ke arah Kaysa Adara. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis.

"Ada," ucap Ed, membalas soalan Encik Khairul.

Puan Saafia tersenyum gembira apabila mendengar jawapan Ed sementara Khalil Asyraf dan isterinya hanya memerhati. Sedikit pun Khalil Asyraf tidak mencelah. Lelaki itu tidak mahu mengganggu Encik Khairul yang sedang menyoal siasat bakal adik iparnya.

"Kamu yakin boleh jaga Kaysa?"

Ed menganggukkan kepalanya.

"Saya mungkin tak mampu nak limpahkan kemewahan untuk anak uncle tetapi saya mampu berikan dia sebuah rumah yang mencukupi segala keperluan dan kebahagiaan."

Kaysa Adara terkesima. Mungkin bagi orang lain, ayat yang Ed ucapkan itu biasa sahaja. Namun bagi Kaysa Adara, ayat itu mampu membuatkan dia diawang-awangan. Sumpah, dia cair masa dengar Ed cakap macam tu.

Ya Allah, serius ke Ed dengan aku? Kenapa makin lama aku nampak dia serius dengan aku? Atau ini semua perasaan aku sahaja?

"Dah bersedia nak jadikan Kaysa sebagai isteri kamu?"

Ed menganggukkan kepala.

"Bolehlah hantar rombongan lepas ni," ucap Encik Khairul tanpa nada. Seolah-olah sudah memberi restu pada hubungan anaknya dengan Ed.

"Rombongan apa?"

Kaysa Adara tampak terpinga-pinga. Blur. Tak tahu apa yang sedang dibicarakan. Barangkali terlalu terbuai-buai dengan perasaan indah.

Puan Saafia tertawa perlahan.

"Rombongan meminang Kaysalah," ucap Puan Saafia bersama sisa tawa.

"Hah?"

"Pura-pura terkejut pula adik aku ni... Tadi macam dah gatal sangat nak kahwin," perli Khalil Asyraf.

Kaysa Adara menghadiahkan sebuah jelingan tajam buat abangnya sebelum memandang Encik Khairul.

"Pa... Apa semua ni?" tanya Kaysa Adara tidak puas hati.

"Papa nak jumpa Ed sebab nak berkenalan aje, kan? Kenapa pula masuk isu kahwin? Hesy, malulah Kaysa macam ni."

Sungguh, Kaysa Adara malu. Langsung dia tak pandang Ed. Entah apa-apa aje papa ni... Baru kenal sibuk nak cakap pasal kahwin. Nampak macam aku desperate pula, rungut gadis itu dalam hati.

"Papa tak pernah cakap papa nak jumpa Ed untuk berkenalan aje. Itu apa yang kamu sangka. Ed tak kesah, kan?"

Laju Ed menggelengkan kepala.

"Tak... Saya tak kesah pun."

Memang ini yang saya nak. Ed menyambung bicara dalam hati.

"Agak-agak bila Ed nak hantar rombongan?" soal Puan Saafia.

"Ma!"

Sekali lagi Kaysa Adara terjerit.

"Mama pun sama aje macam papa."

Dengan wajah yang masam, Kaysa Adara terus keluar dari rumah.

Puan Saafia tertawa perlahan.

"Biarkan ajelah dia. Malulah tu."

Ed senyum nipis.

"Kaysa tu nampak aje macam kasar dengan kami, macam memberontak... Tapi dia tu manja sebenarnya," kata Puan Saafia lagi. Tidak mahu Ed berfikir buruk tentang perangai anak daranya.

Kaysa Adara duduk mencangkung berhampiran dengan motor Ed. Sebelah tangannya memeluk lutut. Sebelah lagi bermain dengan ranting kayu. Menanti Ed di situ. Kaysa Adara mula berdiri apabila telinganya menangkap derapan tapak kasut Ed yang semakin dekat dengannya. Wajah ditundukkan ke bawah.

"Sorry..." ucap Kaysa Adara tanpa memandang Ed.

"For?"

Kaysa Adara melepaskan keluhan perlahan.

"I tak tahu yang famili I akan tanya macam-macam pada you."

"Oh... I okey aje. Famili you layan I dengan baik. Lebih-lebih lagi mama you."

Kaysa Adara diam. Tekaknya yang terasa kesat, dibersihkan.

"Yang pasal rombongan meminang tu, you ignore aje. Pasal kahwin pun you ignore. I tak rasa dia orang serius. Saja nak uji you kut."

Gadis itu masih lagi tidak memandang Ed. Pandangannya dilarikan ke kiri dan ke kanan tetapi tidak pada Ed. Seboleh mungkin dia cuba elak daripada memandang lelaki itu.

"Tapi I rasa dia orang serius."

"Serius ke, tak serius ke... You ignore ajelah."

"Kenapa I perlu ignore kalau itu yang I nak?"

Dek rasa terkejut yang amat, Kaysa Adara terus pandang Ed.

"I serius, Kaysa. I tak main-main. Masa I ajak you date, I dah ada plan untuk kahwin dengan you."

Hah! Sekali lagi Kaysa Adara terkejut. Rahangnya terjatuh. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.

Gadis itu cuba mengawal dirinya. Nafas ditarik sedalam mungkin dan dihela perlahan-lahan.

"Wow! I'm surprised. You memang pandai buat I terkejut."

Ed senyum segaris.

"Kalau you serius masa tu, kenapa you minta I date you untuk sepuluh kali aje? I ingat you saja nak main-main dengan I. I pun follow ajelah game you."

Ed menggeleng perlahan.

"Nope! I tak main-main. Itu cara I nak tackle you."

Gulp! Kaysa Adara telan liur.

"So, you serius tertarik pada I?"

Dengan muka tak tahu malu, Kaysa Adara bertanya. Kaysa ni ada ketika malu tak bertempat. Ada ketika tak tahu malu langsung.

Ed melemparkan senyuman. Senyuman yang cukup memikat jiwa sesiapa yang memandangnya. Kepala lelaki itu dianggukkan.

"Ya... I memang tertarik pada you."

"Boleh I tahu kenapa?"

Kaysa Adara semakin berani. Ed dihampiri bersama tangan memeluk tubuh.

Ed merenung Kaysa Adara. Lama.

"You dah bersedia ke nak dengar jawapan I?"

"Kenapa I perlu bersedia?"

Ed senyum lagi. Senyuman yang sama.

Kaysa Adara cuba mengawal getaran di jiwa.

"I takut you terpengsan dekat sini."

Gadis itu tergelak kecil.

"Power sangat ke jawapan you sampai I boleh pengsan?"

"Mungkin," balas Ed kedengaran nakal.

Kaysa Adara mencebikkan bibir.

"Okey. Cepatlah beritahu. I dah bersedia. Curious juga I nak tahu kenapa you tertarik dengan I padahal masa I jumpa you dekat wedding abang I, you cakap you tak berminat pun nak bercinta."

"You curious?"

Kaysa Adara menganggukkan kepala.

"Then, I pilih untuk simpan jawapan I sehingga you sah jadi milik I."

Sengaja lelaki itu main tarik tali. Hakikatnya, dia tiada jawapan untuk soalan Kaysa Adara. Mana mungkin dia beritahu yang dia tertarik pada Kaysa Adara disebabkan gadis itu anak Khairul Anuar.

Jahat?

Kejam?

Mungkin itu tanggapan orang pada lelaki sepertinya. Namun, mereka semua tidak tahu apa yang keluarganya terpaksa tempuhi setelah Khairul Anuar menganiaya mereka sekeluarga. Dia tidak berniat untuk membalas dendam. Dia hanya nak dapatkan semula hak keluarganya. Adakah itu salah?

Mungkin separuh salah memandangkan dia menggunakan Kaysa Adara untuk dapatkan semula hak mereka.

"Macam tu, lamalah I kena tunggu. Tapi... Ikut suka you lah. Mesti you tertarik pada kecomelan I, kan?"

Ed melepaskan tawa. Tawa yang pendek. Dalam masa yang sama, dia berasa lega kerana Kaysa Adara menerima sahaja helahnya.

"Esok you free?" tanya Kaysa.

"Kenapa? Nak date dengan I?"

Kaysa Adara tayang sengih.

"Cinema date."

"Okey."

"Kita jumpa dekat IOI Mall teruslah. I nak drive. Sebab lepas tu I nak terus balik Subang."

"Pukul berapa?"

"Lepas zohor."

"Okey. Set. Jumpa esok."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro