Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11

Lega Kaysa Adara apabila hubungan Syaz dengan Yara sudah kembali seperti biasa. Kedua-dua kawan baiknya itu hadir ke kenduri abangnya bersama-sama. Syaz sudah kembali ceria, sudah kembali bergurau dengan mereka.

Tutup cerita lama, buka cerita baru. Buang air yang keruh, ambil air yang jernih. Beginilah persahabatan mereka selama bertahun-tahun. Bukannya tidak pernah bergaduh, tidak pernah berkelahi, tidak pernah bertengkar. Namun, mereka memilih untuk memaafkan antara satu sama lain dan mengekalkan silaturahim. Lagipun mereka sudah serasi bersama.

Kaysa Adara duduk berbual dengan kawan-kawannya di meja bulat. Rancak sungguh berbual umpama mereka sudah lama tidak bertemu padahal dekat rumah pun mereka boleh bersembang.

Dalam masa yang sama, Kaysa Adara memerhati sekeliling, menanti kehadiran seseorang. Jam sudah hampir menunjukkan pukul empat petang tetapi bayang Ed pun dia tidak nampak. Para tetamu yang memenuhi dewan pun sudah beransur pulang. Telefon pintar sentiasa di tangan. Risau jika Ed menghubunginya tetapi dia tidak sedar.

Tiba-tiba kerusi di sebelah Kaysa Adara diduduki seseorang. Tiga pasang mata terus terhala ke situ.

Terukir senyuman di wajah Kaysa Adara apabila melihat Ed di sebelahnya.

"I ingat you tak jadi datang," ucap Kaysa Adara.

Ed senyum dan senyumannya membuatkan Kaysa Adara terpukau. Gadis itu cuba mengawal getaran dalam jiwa.

"I tak pernah mungkir janji," balas Ed.

Kemudian, lelaki itu menghalakan pandangan ke arah Syaz dan Yara yang seakan-akan terkejut melihatnya di situ.

"Hai, Syaz... Yara," tegur Ed. Ramah.

Kaysa Adara turut menoleh ke arah Syaz dan Yara.

"We're now officially in a relationship," beritahu Kaysa Adara kepada kawan baiknya. Tidak mahu berahsia.

"Since when?" soal Syaz yang memang tidak tahu apa-apa.

Gadis itu kelihatan terkejut dengan bicara Kaysa Adara sementara Yara hanya tersenyum simpul. Dia sudah dapat agak sewaktu Kaysa Adara memberi hint kepadanya.

"Since three days ago. Aku bukan tak nak beritahu tapi..."

"Okey, aku faham."

Cepat-cepat Syaz potong. Tak suka bila kisah tiga hari lepas diungkit semula.

"Jaga kawan I elok-elok ya," pesan Syaz pada Ed.

Ed senyum sahaja.

Kaysa Adara kembali memandang Ed.

"You nak makan?"

"Boleh juga. I belum lunch lagi."

"Hesy, kenapa belum lunch? You dari mana? Kenapa lambat?"

"Ada kerja sikit."

Kerja? Kaysa Adara tersenyum penuh makna. Teringat akan peristiwa semalam. Namun, dia tidak berniat untuk berbicara tentang kerjaya Ed sekarang. Dia akan cari waktu yang sesuai untuk berbicara tentang itu.

"Jomlah. I teman you."

"Oh... Patutlah Kaysa tak nak makan tadi. Tunggu someone rupanya," kata Yara dengan nada mengusik.

Ed sedikit terkejut.

"You pun tak makan lagi?"

Kaysa Adara tarik sengih lalu menggeleng perlahan.

"I tunggu you. Nak makan sama-sama."

"Oh, I'm so sorry sebab buat you tunggu lama."

"Tak apa."

"Eh, sebelum kau orang ambil makanan, kita orang nak minta diri dulu," tutur Syaz yang sudah mengangkat punggung, diikuti oleh Yara.

"Dah nak balik ke?" soal Ed.

Syaz mengangguk bersama senyuman penuh makna tertampal di wajahnya.

"Dah lama sangat kita orang kat sini."

"Lagipun, kita orang tak nak kacau daun," usik Yara bersama tawa kecil.

Kaysa Adara tersipu malu apabila diusik sebegitu. Sebaik sahaja ditinggalkan berdua, Kaysa Adara mengajak Ed mengambil makanan di meja hidangan.

"Cantik," ucap Ed perlahan seakan-akan berbisik sewaktu mereka berjalan beriringan.

"Terima kasih," balas Kaysa Adara bersama senyuman nipis.

"Baju you."

Hati yang berbunga-bunga terus layu. Huh! Dia puji baju aku rupanya.

Langkah mereka terhenti saat mereka bertembung dengan Encik Khairul dan Puan Saafia. Melihat Kaysa Adara bersama seorang lelaki, Puan Saafia terus melontarkan soalan bersama senyuman yang cukup manis di wajah.

"Kawan Kaysa ke?"

Kaysa Adara menganggukkan kepala.

"Ed," beritahu Kaysa Adara, memperkenalkan lelaki itu kepada ibu bapanya. Kemudian, dia memandang Ed.

"Ini papa dengan mama I."

Ed mengukirkan senyuman. Pandangan matanya dihalakan ke arah Encik Khairul. Merenung lelaki itu dengan renungan penuh makna sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Kawan istimewa?" tanya Puan Saafia yang kelihatan gembira apabila melihat anak perempuannya bersama seorang lelaki.

Selama ini Kaysa Adara tidak pernah bawa mana-mana lelaki ke rumahnya atau mana-mana majlis. Yang selalu gadis itu jemput hanyalah Syaz dengan Yara. Itu sahaja. Dia memang tidak kenal kawan-kawan anak perempuannya yang lain.

Kaysa Adara menganggukkan kepala. Mengeyakan. Tidak mahu berselindung.

Lebar senyuman Puan Saafia melihat anggukan anaknya.

"Jemputlah makan. Auntie dengan uncle nak layan tetamu. Nanti bila senang, jemput datang ke rumah. Boleh kita berkenalan," ucap Puan Saafia.

"Insya-Allah," balas Ed bersama hati yang gembira.

Namun, terselit juga rasa tidak puas hati kerana Encik Khairul masih tidak mengingatinya. Adakah lelaki itu benar-benar sudah melupakan dia?

Baju kurung masih tersarung di tubuh Kaysa Adara sewaktu dia dan Ed bersiar-siar di Taman Botani Putrajaya. Lelaki itu yang mengajaknya dan Kaysa Adara laju sahaja memberikan persetujuan. Sengaja mereka bersiar-siar di situ. Mengambil angin. Penat berjalan, mereka berehat berhampiran dengan tasik.

"Ed..."

Ed menoleh ke arah Kaysa Adara.

Klik!

Kaysa Adara tersenyum gembira. Taktiknya berjaya.

"Nice," ucap Kaysa Adara merujuk kepada gambar yang dia tangkap sebentar tadi.

"Our first selfie on our first date at Taman Botani Putrajaya."

Kaysa Adara menoleh ke arah Ed semula. Senyuman masih tertampal di wajah.

"Well... Itu lebih baik daripada first date dekat majlis abang I, kan?"

Ed tergelak kecil.

"Thanks ajak I ke sini."

"Patutlah you nampak happy. You suka bila I ajak you ke sini?"

Laju Kaysa Adara menganggukkan kepalanya. Jelas keterujaan gadis itu.

"You suka I ajak you ke sini atau you suka I ajak you keluar dengan I?"

"I suka you ajak I keluar dengan you," akui Kaysa Adara tanpa segan silu.

"Nampaknya I kena selalu ajak you keluar."

"Of course!"

Bibir Kaysa Adara mengulum senyum. Gadis itu tertawa perlahan apabila Ed memandangnya. Tawa itu bukannya disebabkan pandangan mata Ed tetapi disebabkan perasaan malu yang bertapak dalam hati dek sikap bersahajanya.

Walaupun gadis itu seorang yang selamba, seorang yang bercakap lepas tetapi dia masih ada sifat malu dalam dirinya. Cuma tak berapa nak tebal. Nipis aje perasaan malu gadis itu.

"Dara ssi..." tutur Ed senafas.

Kaysa Adara tersentak. Dia yang tadi menyembunyikan wajah daripada Ed, terus memandang lelaki itu.

"Apa you panggil I?"

"Dara ssi..." ulang Ed.

Kaysa Adara kaku sesaat sebelum menghamburkan tawa. Teringat saat dia memperkenalkan diri kepada Ed sewaktu mereka di Kundasang. Lawak pula gadis itu rasa bila Ed panggil dia Dara ssi tetapi kalau Ed panggil dia Kaysa, dia berdebar.

"Kenapa tiba-tiba panggil I macam tu? I main-main ajelah. Tak ada siapa panggil I macam tu..."

"Saja nak usik you. You dah 25 tahun tapi tak nampak macam 25 pun. Macam budak sekolah."

Kedua-dua tapak tangan terus melekap ke pipi.

"Muka I nampak macam budak belasan tahun, kan?" soal Kaysa Adara bersama mata yang sengaja dikelip-kelipkan.

Dengan wajah tanpa perasaan, Ed menggelengkan kepala.

"Muka you dah nampak 25 tahun tapi perangai you macam budak bawah umur. Tak matang."

Terus wajah Kaysa Adara berubah. Ed dijeling.

"You ni kan... Tak boleh ke kalau tak sakitkan hati I? Oh, lupa... You ada cakap yang you are not a good guy. Tak gentlemen. Memang pun! Diakui."

Ed tersenyum senget.

"How old are you then? You look like 40."

Giliran Kaysa Adara pula yang mengusik Ed.

"29," ucap Ed tanpa nada.

Usikan Kaysa Adara tidak diendahkan. Wajahnya tidak beriak. Lelaki itu sedang memikirkan sesuatu. Memikirkan bicara Kaysa Adara.

"Kaysa..."

Hampir gugur jantung gadis itu bila Ed menuturkan namanya dengan nada yang sebegitu. Perlahan dan mendalam.

Bagaikan dipukau, Kaysa Adara menoleh ke arah Ed. Lelaki itu hanya merenungnya tanpa sebarang bicara. Kaysa Adara turut mendiamkan diri. Membalas renungan Ed.

"When I said I'm not a good guy, I really mean it. I'm a bad guy. Really bad.... To the extent that you can't imagine. I strongly advise you to run away from me," ucap Ed masih dengan nada yang sama. Datar.

Ini peluang terakhir you, Kaysa. Lepas ni, I akan pastikan you tak boleh lari daripada I, bicara Ed dalam hati.

Kaysa Adara terdiam. Terkesima. Pandangan mata masih terhala ke arah Ed. Lama.

"You pembunuh?"

Geleng.

"You penjenayah yang diburu polis?"

Geleng.

"You perogol bersiri?"

Geleng.

"You penagih?"

Geleng.

"You kaki pukul?"

Geleng.

Kaysa Adara berhenti menyoal. Senyuman terukir di bibir. Gadis itu menghelakan nafas perlahan.

"Tak ada sebab kenapa I kena lari daripada you. I pun bukannya perempuan yang baik. Mama I selalu cakap I anak derhaka."

Senyuman di wajah Kaysa Adara bertukar hambar. Dia membuang pandang ke arah lain.

"Hubungan I dengan famili I tak berapa baik. Lebih-lebih lagi dengan papa I. Sebab tu mama selalu cakap I anak derhaka," cerita Kaysa Adara. Nada suaranya perlahan sahaja.

Ed turut memalingkan wajahnya. Tekaknya dibersihkan. Rambut dikuak ke belakang. Dengan nada yang bersahaja dia melontarkan soalan. Soalan yang ringkas.

"Kenapa?"

"Entahlah... Dari kecil lagi I tak berapa rapat dengan dia orang. Mungkin sebab papa I lebih suka abang I daripada I. Hmmm, Asyraf tu selalu dengar cakap dia, tak melawan. Tapi I jenis yang melawan kalau pendapat kita orang berbeza."

Sepi seketika.

"You?" soal Kaysa Adara tiba-tiba.

Wajah gadis itu sudah bertukar ceria semula.

"You rapat tak dengan famili you?" soal Kaysa Adara dengan lebih jelas bersama perasaan ingin tahu.

Ed terdiam.

"Parents I dah tak ada. Ibu I meninggal sebab kanser. Ayah I meninggal masa nak pergi hospital lepas dapat tahu ibu I dah kritikal."

Ibu dan ayah Ed meninggal pada hari yang sama, tutur Kaysa Adara dalam hati. Gadis itu mendiamkan diri. Tidak memberikan sebarang respons.

Ed menoleh ke arah Kaysa Adara. Dia tersenyum segaris apabila melihat riak muka Kaysa Adara yang kosong. Seolah-olah tidak terkesan dengan cerita Ed.

"Kenapa you pandang I macam tu? Bukan waktu macam ni orang selalunya tunjuk simpati pada I, comfort I?"

Kaysa Adara menelan liur. Wajahnya segera ditundukkan.

"Sorry. I just..." Bicara Kaysa Adara terhenti. Nafas dihela perlahan.

"I just tak tahu macam mana nak react..."

"It's okay. I suka reaksi you. That's better than sympathetic look."

"Dah lama?" soal Kaysa Adara bersama perasaan ingin tahu.

Ed mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Masa I sembilan tahun."

Kaysa Adara memandang Ed dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Barangkali gadis itu sedang membayangkan hidup Ed selepas pemergian kedua-dua orang tuanya.

"Siapa jaga you lepas dia orang dah tak ada?"

"Rumah anak yatim," balas Ed bersama senyuman nipis.

"It must be hard for you," komen Kaysa Adara perlahan. Hampir tidak kedengaran.

Ed menggelengkan kepala.

"Tak... I dapat ramai kawan kat sana. I kenal erti hidup yang you tak mungkin faham."

Dahi Kaysa Adara sudah berkerut.

"Kalau I tak faham, you fahamkanlah I."

"No... You kena lalui apa yang I lalui, baru you tahu. Hidup ni tak semudah yang kita sangka."

"Wow... Deep!"

Ed melemparkan senyuman penuh makna. Mungkin satu hari nanti you akan faham juga Kaysa, tutur Ed dalam hati.

Suasana kembali sepi apabila masing-masing mendiamkan diri. Melayan perasaan.

"Red..."

Kaysa Adara berjeda seketika sebelum menyambung bicara.

"Za..."

Sengaja gadis itu berhenti lama pada suku kata nama Redza. Ingin melihat reaksi lelaki itu. Tersimpul senyuman di bibir Kaysa Adara apabila melihat perubahan di wajah Ed.

"Kenapa tiba-tiba you panggil I Redza?"

"Saja. Tadi you panggil I Dara ssi. I saja nak usik you."

"Hmmm... Memang betullah you ni belum matang lagi."

Kaysa Adara tayang sengih.

"Malangnya nasib you date dengan orang yang tak matang lagi. Ada rasa menyesal tak?"

Ed tidak segera memberikan jawapan. Dia pura-pura berfikir. Ingin mengusik gadis itu.

"Menyesallah juga..."

Lelaki itu mengerling ke arah Kaysa Adara. Dia cuba menahan diri daripada tersenyum apabila melihat wajah masam Kaysa Adara.

"Tapi sekarang I dah boleh terima perangai kurang matang you."

"Okeylah... I cuba jadi matang lepas ni."

Ed senyum senget.

"I panggil you tadi sebab I nak tanya something sebenarnya."

"Apa dia?"

Kaysa Adara menghalakan pandangan ke arah Ed.

"Boleh I tahu you kerja apa?"

"I kerja biasa aje. Tak kerja hebat macam you."

Kaysa Adara melepaskan gelak.

"Apa yang hebat dengan kerja I? I ni pembantu aje. Pembantu kepada setiausaha syarikat. Papa I pun selalu pandang rendah pada kerja I."

"Okeylah tu kerja ofis. I kerja dekat kafe. You mesti menyesal date dengan pekerja kafe, kan?"

"Menyesal ke I? Tapi kenapa I tak rasa menyesal?"

"Oh, serius?"

Kepala Kaysa Adara dianggukkan. I tak rasa menyesal sebab I tahu you siapa, Ed. Bila you nak beritahu I, ya? Atau you memang nak rahsiakan daripada I?

"Kenapa you tak kerja dengan papa you?"

Soalan Ed menimbulkan tanda tanya dalam hati Kaysa Adara.

"Macam mana you tahu papa I ada company sendiri? I tak pernah cerita pun dekat you."

Ed mengetap bibir. Dia cuba mempamerkan riak wajah yang kosong. Cuba menyembunyikan perasaan sebenar.

"I terdengar orang berbual pasal company papa you dekat majlis."

"Oh..."

Kepala Kaysa Adara terangguk-angguk.

"I tak suka kerja dengan papa I," beritahu gadis itu tanpa nada.

Kaysa Adara menarik nafas dalam lalu dihela perlahan-lahan.

"Kak Elly mesti terkejut bila nampak kita berdua tadi, kan?" soal Kaysa Adara. Tidak mahu berbicara lebih lanjut tentang papanya.

"You sengaja kenalkan I pada dia dengan abang you, kan?"

Gadis itu tarik sengih.

"You tak suka ke?"

"Taklah. I rasa bertuah sebab you kenalkan I pada famili you on our first date."

Kaysa Adara melepaskan tawa. Tawa yang gembira kerana hatinya berbunga-bunga bila dengar Ed sebut first date. Ya, ini date pertama mereka dan dia akan kenang sampai bila-bila. Mungkin date pertama mereka biasa-biasa sahaja. Tidak menarik seperti orang lain tetapi bagi dia inilah date yang paling bermakna dalam hidup dia. The first date ever in my life, tutur gadis itu dalam hati.

"Kaysa..."

Tegas nada suara Encik Khairul memanggil anaknya yang baru pulang ke rumah.

"Duduk sini kejap. Papa nak cakap."

Dengan perasaan malas, Kaysa Adara mengayunkan langkah menghampiri Encik Khairul di ruang tamu. Punggungnya dihempaskan ke atas kerusi. Tika itu, hanya Encik Khairul yang berada di situ. Puan Saafia, Khalil Asyraf dan Elly tidak kelihatan di mana-mana.

"Kaysa pergi mana? Lepas habis majlis, terus hilang. Tak nampak batang hidung."

"Kaysa keluar dengan kawan," balas Kaysa Adara tanpa nada.

"Kawan yang mana? Lelaki tadi?"

Gadis itu menganggukkan kepala.

"Kenapa tak beritahu papa dengan mama Kaysa nak ke mana?"

Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Kaysa pergi taman botani aje. Bukannya jauh."

"Tak jauh pun, tak boleh nak beritahu ke? Susah?"

Kaysa Adara memilih untuk mendiamkan diri. Pandangan mata dijatuhkan ke arah permaidani tebal. Malas nak pandang wajah serius Encik Khairul.

"Kaysa serius ke dengan lelaki tu?"

Kepala dianggukkan.

"Dah lama kenal?"

"Baru lagi."

"Baru kenal dah kata serius?"

Diam. Bibir ditutup rapat.

"Ajak dia ke rumah minggu depan. Papa nak jumpa dia."

Hah? Kaysa Adara terkejut. Terus kepalanya menoleh memandang Encik Khairul.

"Kenapa papa nak jumpa dia?"

"Kenapa? Tak boleh ke?"

Gadis itu mengeluh perlahan.

"Kaysa baru aje nak kenal dialah, pa."

"Sama ada Kaysa bawa dia jumpa papa atau papa pergi jumpa dia sendiri."

Hesy, papa ni... Tiba-tiba Kaysa Adara rasa menyesal mengajak Ed ke kenduri abangnya. Tak pasal-pasal papa nak ambil tahu pasal Ed. Rimas!

"Yalah... Nanti Kaysa beritahu dia."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro