BAB 9
HAZIQ Arfan terkocoh-kocoh pergi ke bilik guru. Tiba-tiba sahaja ada orang memberitahunya bahawa Cikgu Liza mahu berjumpa di bilik guru. Rasa berdebar pula. Macam ada buat kesalahan yang besar.
Pintu kaca ditolak lalu matanya melilau mencari meja guru Matematiknya. Kelihatan Cikgu Liza sedang sibuk bersembang dengan guru yang lain. Haziq Arfan terus sahaja menghampirinya.
"Cikgu."
Cikgu Liza terus sahaja menoleh lalu dia tersenyum. Gerangan yang ditunggu sudah pun tiba. Cikgu Liza terus sahaja meminta diri lalu membawa Haziq Arfan ke mejanya. Banyak hal yang perlu diperbincangkan.
"Kamu dah jumpa Siti Safea?" Pertanyaan pertama yang keluar dari Cikgu Liza membuatkan dahi Haziq berkerut. Siti Safea yang mana? Takkanlah budak nerd itu?
"Yang mana, cikgu?" tanya Haziq pula sambil menggarukan telinganya. Cikgu Liza menggeleng perlahan-lahan. Nampak sangat Siti Safea dan Haziq Arfan belum berjumpa lagi.
"Nampak sangat kamu belum jumpa dia lagi. Siti Safea dari Kelas Tiga Bestari. Dia pakai cermin mata dan pendiam."
Haziq sudah meneguk air liurnya perlahan-lahan. Takkanlah Siti Safea yang bermuka menggerutu itu? Kenapa pula dia kena berjumpa dengam budak itu? Akhirnya, Haziq menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
"Kenapa dengan dia, cikgu?"
"Mulai hari ni, saya nak minta tolong awak jadi tutor kepada Siti Safea. Ajarkan beberapa tajuk silibus Matematik yang dia lemah. Saya harap sangat awak boleh tolong dia. Sebab dia berpontensi untuk mendapat 'A' dalam subjek saya."
Haziq hanya diam sahaja. Permintaan Cikgu Liza amatlah berat. Takut nanti dia pula tidak berasa selesa kerana melihat muka Siti Safea yang banyak ditumbuhi jerawat. Mood untuk mengajar pun boleh hilang entah ke mana.
"Kenapa pilih saya?" tanya Haziq semula. Sudahlah sekarang ini dia sibuk sedikit dengan latihan olahraga. Masalah dengan kekasih hati pun belun lagi selesai. Tiba-tiba, masalah lain pula yang muncul.
"Sebab kamu pandai dalam subjek saya. Dah terbukti semasa kamu mengajar Lily dan Samad subjek saya, mereka mudah menguasai. Sebab itulah saya letakkan harapan pada kamu, Haziq. Jadi… boleh, kan?"
Haziq hanya mengeluh perlahan. Nampaknya, bebannya semakin bertambah dan terpaksa bertaha buat seketika cuma. Harapnya keputusan yang dilakukan itu memang terbaik.
"Baik, cikgu. Saya akan tolong dia. Rehat nanti saya jumpa dia."
Cikgu Liza hanya mengangguk dan bibirnya menguntumkan senyuman. Harap Haziq dapat menggalaskan tanggungjawabnya dengan baik. Haziq pula mula menyesal dengan keputusannya. Nak tarik balik, agak bersalah pula kerana nampak sangat Cikgu Liza meletakkan harapan yang sangat tinggi padanya.
______________________________________
SITI Safea memicitkan kepalanya. Kenapalah soalan Matematik ini terlampau susah baginya? Sudah banyak kali Cikgu Liza mengajar topik yang sama tapi satu apa pun dia tidak faham. Sudah esok pagi kena hantar tugasan itu.
Akhirnya, Siti Safea membuat keputusan untuk menutup bukunya sahaja. Kalau lagi stres, lagi dia tak dapat jawapan kepada soalan itu. Sekarang ini, waktu rehat masih berjalan. Siti Safea hanya duduk di dalam kelas.
Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula. Akhirnya, dia pun mengambil dompet di dalam begnya lalu terus keluar dari kelas. Hari ini dia tidak meletakkan sebarang coklat dan lolipop di bawah meja Haziq Arfan kerana hari ini dia terlalu sibuk. Tidak sempat untuk membeli coklat dan lolipop.
"Woi! Perempuan!" panggil seseorang dari jauh. Siti Safea menoleh belakang. Kelihatan HazIq Arfan sedang memanggil seseorang. Siti Safea tidak menyahut. Mungkin Haziq Arfan panggil orang lain. Dia ini bukan siapa pun di mata orang crushnya itu.
Siti Safea terus sahaja melangkah ke kantin. Tiba-tiba, lengannya dipegang kejap dan menyebabkan Siti Safea terdorong ke belakang.
"Kau ni pekak ke apa, hah? Aku panggil kau tadi!" marah Haziq Arfan.
Siti Safea membetulkan cermin matanya yang terlorot. Sekarang ini dia berasa sangat berdebar. Tiba-tiba sahaja dirinya gemuruh lagi Haziq Arfan sangat dekat dengannya. Apa perlu dia buat sekarang ini.
"Sa… saya min… minta maaf," kata Siti Safea perlahan. Wajahnya ditundukkan. Perasaan malu bercampur takut telah bergabung menjadi satu.
Haziq Arfan hanya meraupkan wajahnya. Kenapalah dia kena berurusan dengan perempuan nerd itu? Kalau ikutkan hatinya, tak ingin dia mahu dekat dengan gadis berjerawat ini. Disebabkan Cikgu Liza yang meminta tolong, dia hanya lakukan sahaja walaupun terpaksa.
Entah berapa lama dia boleh bertahan untuk mengajar perempuan berjerawat ini, dia pun tidak tahu sampai bila. Terpaksalah dia menahan sabar.
"Cikgu Liza cakap apa kat kau?" tanya Haziq dingin.
"Cikgu cakap awak la yang kena ajar saya Matematik tu." Siti Safea semakin menundukkan wajahnya. Malu apabila Haziq semakin menghampirinya. Tidak pernah mereka sedekat ini.
"Kau memang cakap pandang lantai je, eh? Kalau orang cakap tu… pandang muka bukan lantai," kata Haziq Arfan dengan nada yang amat sinis.
Siti Safea tersentak. Akhirnya dia mendongak wajahnya melihat Haziq Arfan. Terus sahaja Haziq Arfan terkedu. Jantung tiba-tiba berdebar. Bukan kerana wajah Siti Safea yang berjerawat tapi mata Siti Safea yang polos itu membuatkan tiba-tiba sahaja dia tertarik.
'Cantik pulak mata perempuan ni.' Sempat lagi Haziq memuji. Tetapi terus sahaja dia menyedarkan diri.
"Ehem… kau free bila?" tanya Haziq lagi sambil membetulkan kerongkongnya.
"Sa… saya free petang dan hujung minggu. Tapi kadang-kadang petang saya ada aktiviti kelab debat." Haziq mengangguk perlahan lalu dia mengeluarkan sekeping kertas kecil dan pen. Dia terus sahaja menulis sesuatu di atas kertas tersebut
"Ni nombor aku. Malam ni aku busy dengan makwe aku. So, jangan chat aku hari ni. Chat esok. Hujung minggu, kau datang rumah aku. Aku bagi location nanti."
Siti Safea hanya mengangguk kepalanya dengan perlahan-lahan sahaja. Dia hanya pendam sakit hatinya sahaja. Nampak sangat Haziq sangat sayangkan Hanna. Kenapa harinya degil sangat mencintai lelaki ini?
Dia mengambil kertas kecil itu dan menyimpan ke dalam poket baju kurungnya. Tidak mengapalah! Sekurang-kurangnya dia sudah ada nombor telefon Haziq Arfan. Walaupun tidak selalu chat tapi boleh melihat statusnya di Whatsapp.
Dari kejauhan, kelihatan ada seseorang yang memandang mereka dari jauh. Giginya diketap kuat dan penumbuknya dikepal. Sudah lama Hanna memerhatikan Siti Safea dan Haziq Arfan dari jauh. Nampak sangat perempuan berjerawat itu suka dengan teman lelakinya. Dari cara pandangan sahaja dia sudah dapat mengagak.
"Dasar perempuan tak sedar diri!"
Sarah yang berada di sebelahnya mengeluh perlahan. Dia bukan marahkan Siti Safea tetapi dia cukup kesal dengan Hanna. Perangai sombongnya masih lagi tidak berubah.
"Kau macam cakap dengan diri sendiri pula," getus Sarah dengan berani. Terus sahaja Hanna memberikan pandangan maut kepada Sarah. Dia cukup geram kerana kawan rapatnya tidak membela dirinya.
"Kau cakap apa? Perempuan menggerutu tu tak sedar diri! Kau tak nampak dia tengok Haziq tu macam mana?" marah Hanna tidak puas hati.
Sarah hanya tersenyum sinis. Tiba-tiba rasa kelakar pula dengan reaksi Hanna. Tahu pula marah apabila Haziq itu rapat dengan perempuan lain.
"Kau marah pula kalau perempuan lain dekat dengan Haziq tu. Tapi diri kau ni… yang keluar dengan budak Amar tu, kau tak fikir pulak perasaan Haziq tu kalau dia tahu kau sekarang curang dengan dia." Sinis sahaja suara Sarah menuturkan ayat tersebut dan membuatkan Hanna tersentap.
"A… aku bu… bukan curang. Aku kawan dengan Amar je." Hanna cuba membela dirinya.
Sarah menggeleng perlahan seraya berkata, "Kalau dah tak suka orang tu, putuskan hubungan korang tu. Jangan bagi Haziq harapan palsu. Jangan mainkan perasaan orang." Seusai itu dia menepuk bahu Hanna perlahan-lahan.
Hanna hanya diam sahaja. Nasihat itu umpama asuk ke telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Nasihat itu tidak memberikan kesan apa-apa terhadap dirinya. Tapi yang penting baginya, dengan wajah yang cantik ini dia boleh mendapat apa yang dia mahukan termasuklah cinta dan barang mahal. Dia sangat gembira mempunyai wajah yamg cantik ini.
ShaDhia
Bersambung…
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro