Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 37

SITI SAFEA merenung jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Sekarang ini, pasukan debat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bergawan telah tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Meranti. Hari ini merupakan hari pertama perlawanan debat di peringkat daerah.

Siti Safea agak terpegun melihat suasana sekolah itu. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Meranti itu lebih luas. Banyak bangunan dan reka bentuknya lebih moden. Terlopong sebentar Siti Safea. Kelihatan ada beberapa pasukan dari sekolah-sekolah lain sudah tiba lebih awal.

Pasukan Sekolah Menengah Seri Bergawan menghantar 12 pasukan untuk debat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Setiap debat akan dipecahkan kepada dua kategori iaitu kategori menengah rendah dan kategori menengah tinggi. Siti Safea mewakili sekolahnya dalam acara debat Bahasa Melayu bagi kategori Menengah rendah.

Lebih kurang empat guru pengiring yang menghantar pasukan-pasukan debat ini. Kebetulan Siti Safea, Rina, Pavitra dan Azrin menumpang kereta Cikgu Akmar. Esok sudah mula hari pertama persidangan pendebatan. Jadi, pihak penganjur sudah menyediakan beberapa tempat penginapan untuk para pasukan debat nanti. Segala pembayaran tempat penginapan telah dibayar oleh pihak sekolah sebelum liga pendebatan berlangsung.

Siti Safea sempat lagi melihat bayangan dirinya yang terbias di cermin kereta. Hari ini dia lebih berkeyakinan kerana segala cacat cela di mukanya ditutupi dengan krim foundation. Nasib baik Aqilah sempat lagi mengajar tutorial untuk memakai krim tersebut. Walaupun sedikit tidak selesa, Siti Safea tidak kisah kerana hanya beberapa hari sahaja.

"Dahlah tilik muka tu, muka kau tu dah lawa pun."

Tersentak Siti Safea. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Azrin sedang menyilangkan tangannya sambil menggeleng. Senyuman manis terbit di bibirnya. Siti Safea termalu sendiri. Matanya melilau sekeliling. Kelihatan Cikgu Akmar dan beberapa peserta yang lain sudah jauh ke hadapan.

"Sejak bila?" tanya Azrin tiba-tiba.

"Sejak bila apa?" Siti Safea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya memandang Azrin meminta penjelasan.

"Sejak bila pandai pakai krim foundation tu?" tanya Azrin tersengih-sengih.

Siti Safea terkedu. Tebal sangatkah lapisan foundation itu sampaikan Azrin pun boleh perasan. Buat kali keduanya Siti Safea termalu sendiri. Rasa seperti beria-ria sahaja padahal pergi ke liga pendebatan sahaja.

"Erm… baru malam tadi saya belajar pakai benda tu. Lagipun, saya tak nak malukan pasukan debat sekolah kita sebabkan dapat wakil sekolah yang muka menggerutu macam ni," jawab Siti Safea perlahan.

Azrin meraup mukanya. Siti Safea masih lagi rendah diri dan tidak berkeyakinan membawa penampilan dirinya. Belum sempat Azrin mahi memulakan bicara. Tiba-tiba, ada seseorang memanggil namanya.

Terus sahaja Azrin menoleh. Kelihatan ada beberapa orang pelajar sedang memandangnya dengan tersenyum sinis. Azrin berdecit perlahan. Inilah salah satu masalah apabila setiap kali datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Meranti. Mesti akan terserempak dengan sekumpulan budak-budak yang galak mengatakan mereka adalah seorang pendebat yang hebat. Siapa lagi kalau bukan pasukan debat dari SMK Seri Meranti sediri.

"Wow! Wow! Dan wow! Azrin… long time not see."

Azrin menjeling tajam. Lalu dia menjulingkan matanya ke atas. Malas mahu melayan Rafiq yang merupakan musuh sejatinya di liga pendebatan sehingga di luar pertandingan juga.

"Jom Saf. Cikgu Akmar dah tunggu," ajak Azrin sambil memandang Siti Safea. Siti Safea pula hanya mengangguk. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara Azrin dengan sekumpulan pelajar itu. Siti Safea tertanya-tanya sendiri.

Belum sempat Azrin melangkah, tiba-tiba bahunya ditahan. Terus sahaja Azrin merentap tangan tersebut. Ini sudah melampau! Suka hati mereka sahaja mahu memegang badannya. Ada pula yang mati kejap lagi.

"Kau nak pergi mana cepat-cepat? Jomlah sembang-sembang. Aku rindu dengan 'kawan lama' aku." Rafiq menepuk bahu Azrin perlahan sambil tersenyum sinis. Kesabaran Azrin semakin memuncak. Penumbuknya digenggam dengan kuat. Siti Safea hanya melihat senario itu sahaja tanpa berbicara dang mengeluarkan sepatah kata. Dia memang tidak faham apa yang terjadi sekarang ini.

"Jangan sentuh aku. Aku tak suka anjing menyalak sentuh badan aku. Nanti samak," kata Azrin sambil tersenyum sinis. Walaupun nada suaranya tidak tinggi melengking tetapi kata-kata kiasan dan perlian itu sedikit sebanyak menyebabkan Rafiq dan kawan-kawannya terasa.

"Huh! Tak payah nak berlagak la, Azrin. Sekarang ni kau kat sekolah aku. So behave. Jangan ingat ni tempat mak bapak kau yang punya. Ini kawasan aku. Dan aku akan pastikan debat kali ini pasukan aku yang menang." Sempat lagi Rafiq menolak bahu Azrin.

Siti Safea sudah berang. Giginya diketap kuat. Rafiq sangat kurang ajar. Orang tidak mengacau dia pun. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi tetapi Rafiq memang biadab.

"Awak ni tak ada kerja lain nak buat ke, hah? Sibuk je nak kacau orang!" marah Siti Safea. Azrin memandang Siti Safea dengan riak tidak percaya. Manakala Rafiq mengerutkan dahinya. Entah budak perempuan mana yang tiba-tiba sahaja mahu masuk campur.

Rafiq memandang Siti Safea dari atas ke bawah. Lalu dia tersenyum sinis. Dia mahu melangkah lebih dekat ke arah gadis itu tapi Azrin terus sahaja menolak kasar bahu Rafiq.

"Woo... aku tak pernah nampak kau, perempuan. Kau mesti baru masuk debat, kan? Huh! Tak sedar diri." Siti Safea mengepalkan penumbuknya. Geram sungguh apabila mendengar kata-kata Rafiq yang sungguh lancang itu. Mahu sahaja dia menampar pipi lelaki itu. Sangat menyebalkan!

"By the way, Azrin... kirim salam kat bekas kawan kau tu… siapa nama dia… Haziq Arfan, kan? Pelik jugak aku. Dah dua tahun tak masuk debat. Mesti kau tamak, kan? Sampai dia pun tak sanggup ada kaitan dengan kau lagi?" ejek Rafiq sambil tersenyum sinis. Lagi puas hatinya apabila melihat muka Azrin seakan-akan terkedu.

Siti Safea mengerutkan dahinya. Dia sungguh tidak faham sekarang ini. Apa kaitan antara Haziq Arfan dan Azrin? Tiba-tiba sahaja perasaan ingin tahunya membuak-buak. Lagi-lagi berkaitan dengan Haziq Arfan. Sepertinya ada satu hal yang besar sudah berlaku.

Azrin pula memandang sekilas ke arah Siti Safea. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu gadis itu tahu pertelingkahan yang berlaku antara dirinya dan Haziq. Biarlah menjadi rahsia saja. Dek mulut Rafiq yang terlampau celupar itu membuatkan segala rahsianya bakal terbongkar. Lagi-lagi melihat pandangan Siti Safea kepadanya yang seakan-akan menuntut penjelasan.

"Tak payah masuk campur urusan aku. Doa banyak-banyak. Maybe tahun ni sekolah aku pulak menang debat ni. Yang penting… aku tak main cara 'kotor' macam kau buat tahun lepas. Behave, ya." Azrin tersenyum sinis. Sempat lagi dia melemparkan 'paku buah keras' kepada Rafiq semula. Akhirnya, Azrin terus sahaja mengajak Siti Safea neninggalkan kawasan itu.





"DARI sekolah mana?" tanya pengurus cenderamata peserta. Tangannya sudah tersedia pen dan pembaris. Tugasnya hanya memberikan cenderamata kepada peserta dan guru pengiring yang terlibat.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bergawan. Kami hantar empat pasukan dalam setiap kategori bahasa. Maknanya kesemua sekali ada 12 pasukan," jawab Cikgu Akmar.

Pengurus cenderamata tersebut hanya mengangguk sahaja seraya berkata, "Okey, cikgu. Setiap peserta akan dapat sebuah beg goodies Dalamnya ada buku nota, pen, button badge, air mineral dan roti. Semoga berjaya."

Cikgu Akmar tersenyum lalu mengucapkan terima kasih. 12 beg goodies tersebut sudah diambil oleh Nazirul dan Azrin. Lalu, beg goodies tersebut diberikan seorang demi seorang peserta. Seusai itu, mereka pun pergi  ke kantin kerana sarapan pagi sudah disediakan.

"Semalam cikgu dah dapat kunci bilik dari penganjur. Diorang dah sediakan tempat penginapan untuk kita. Apa info yang cikgu dapat ialah, semua peserta akan menginap hotel yang dekat dengan sekolah ni. Sekolah kita dapat lapan bilik. Kebetulan pasukan debat yang kita bawa ada enam perempuan dan enam lelaki. Maknanya dua orang setiap satu bilik. Lagi dua bilik untuk guru-guru pengiring. Cikgu dah tentukan roomate kamu," ujar Cikgu Akmar dengan panjang lebar. Kesemua peserta hanya mengangguk sahaja.

"Semua boleh tengok grup Whatsapp. Saya dah hantar senarai."

Siti Safea terus sahaja mengeluarkan telefon pintarnya. Ikon aplikasi Whatsapp ditekan. Ada satu notifikasi dari grup debat tersebut. Siti Safea segera membuka notifikasi itu. Namanya dicari dan akhirnya Siti Safea terkaku.


BILIK A109
1. NURUL SYAZRINA MUHD TALIB
2. SITI SAFEA SHARIFUDDIN



Siti Safea menggigit bibirnya. Tiba-tiba sahaja hatinya merasa risau. Dia tahu Rina memang tidak suka akan dirinya. Apa puncanya pun dia tidak tahu. Siti Safea memandang sekilas ke arah Rina. Kebetulan Rina juga sedang memandang tajam ke arahnya. Jantung Siti Safea sudah berdegup kencang. Habislah dia kali ini.






ShaDhia

Bersambung…








Hai guys... Hari ni double update. Saja nak bagitahu... Boleh slide ke bab 38. 😘😉😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro