Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31

HILMAN menuruni tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Hari ini moodnya kurang baik. Sudahlah motornya rosak. Kena marah pula dengan Cikgu Hanis kerana peperiksaan Matematik Tambahannya hanya cukup-cukup makan sahaja. Belum lagi perangai Haziq Arfan dan Haikal seakan-akan ingin menjauhi dirinya. Entah kenapa dia dapat rasakan sekarang ini persahabatan mereka bertiga tidak begitu akrab seperti dahulu sejak Haziq Arfan memutuskan hubungannya dengan Hanna.

Sedang Hilman mahu menuju ke tandas untuk membetulkan gaya rambutnya, tiba-tiba matanya tertancap ke arah Siti Safea yang keluar dari bilik debat di sekolah itu. Entah kenapa dia mahu mengenakan budak rabun berjerawat batu itu. Hilman hanya tersenyum sinis.

Tanpa membuang masa, dia pun menghampiri Siti Safea. Gadis itu masih lagi tidak perasan ada seseorang yang menghampiri dirinya. Dia ralit mengikat tali kasutnya.

Tanpa rasa bersalah, Hilman terus sahaja menyepak kasut sekolah Siti Safea sehingga masuk ke dalam longkang. Siti Safea tersentak lalu dia mendongak untuk melihat siapa pelakunya.

Hilman hanya tersengih-sengih seperti orang bodoh sahaja. Siti Safea sudah mengetap bibir. Apa lagi lelaki ini mahukan? Tak bolehkah melihat dirinya tenang di sekolah ini? Akhirnya, Siti Safea membuat keputusan untuk mengendahkan sahaja kewujudan Haikal. Dia malas mahu mencari gaduh. Akhirnya, Siti Safea terus mengambil kasutnya di dalam longkang.

Belum sempat dia mahu melangkah menjauhi Hilman, tiba-tiba tudung Siti Safea ditarik ke belakang. Terus sahaja gadis itu meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

"Lepaslah!" jerit Siti Safea. Tangannya menahan tangan Hilman yang menarik tudungnya dengan kuat. Dia tidak mahu tudingnya tercabut dan menampakkan auratnya. Tangan Siti Safea memukul-mukul Hilman.

"Lepaslah! Apa masalah kau, hah?" jerit Siti Safea.

"Entah. Aku tak suka kau sebab muka kau menggerutu macam kodok kat tepi paya. Aku rasa kau menjijikkan." Hilman menarik kuat tudung Siti Safea. Rambut Siti Safea sudah terkeluar dari anak tudungnya. Dia sempat berdoa dalam hati supaya ada orang menyelamatkan dirinya dari dibuli oleh lelaki itu.






HAZIQ Arfan keluar dari bilik guru dengan hati yang resah. Baru sahaja dia selesai berjumpa dengan Cikgu Liza. Ternyata Siti Safea sudah tidak mahu tutor dengan dirinya. Entah kenapa dia berasa sungguh kecewa. Bukankah sepatutnya dia gembira kerana gadis itu sudah mahu menjauhi dirinya? Sebaliknya, dia berasa sedih. Akhirnya keluhan berat dilepaskan.

Selama beberapa minggu ini, dia hanya melihat Siti Safea dari jauh sahaja. Ada juga dia menjenguk Siti Safea di Instagram tapi dia tidak berani untuk menegur. Dia berasa malu. Dia tahu ramai pelajar di sekolah ini mengutuk kebodohan dirinya kerana mempercayai Hanna. Dia sanggup menghadapi risiko itu.

Seusai memakai kasutnya kembali, Haziq Arfan terus menuju ke tangga untuk pergi ke kelasnya semula. Anak tangga dipijak satu persatu. Apabila sampai di tingkat paling bawah, kedengaran ada suara yang sepertinya seorang perempuan menjerit.

Haziq Arfan melilau mencari punca suara itu. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah seseorang yang dia kenali sedang menarik tudung Siti Safea. Haziq mengetap bibirnya. Geram pula melihat perangai Hilman  yang melampau itu. Hatinya sudah panas menahan amarah.

"Hilman!" jerit Haziq Arfan sambil melangkah menghampiri Hilman. Tangan Hilman masih lagi memegang tudung Siti Safea. Haziq segera merentap tangan Hilman dan automatik jatuh terduduk. Siti Safea kelam kabut membetulkan tudungnya.

"Kau buat apa ni?" tanya Haziq dengan nada yang marah. Hilman hanya tersengih-sengih sambil mengurutkan tengkuknya. Dalam diam dia menyumpah Haziq Arfan dalam hati. Kalau Haziq tidak muncul, sudah lama dia menarik tudung Siti Safea sehingga terkoyak. Tapi rancangannya itu tidak berapa menjadi.

"Budak menggerutu ni kacau aku tadi. Aku tarik la tudung dia. Dia tak dapat kau, nak goda aku pulak. Geli aku." Hilman menunjukkan riak gelinya.

Haziq terus menghampiri Siti Safea yang sedang menunduk sambil memegang tudungnya. Siti Safea sudah berdebar. Dia takut kalau Haziq Arfan mahu memarahi dirinya. Dia tidak mahu lagi menanggung malu. Peristiwa beberapa minggu yang lepas pun masih lagi tidak hilang malunya. Dia mahu sahaja berlalu dari situ tapi langkahnya seakan-akan terpaku di situ.

"Kau okey?" tanya Haziq dengan lembut. Siti Safea terkedu. Dia tahu jarak antara mereka sangatlah dekat kerana bau minyak wangi Haziq Arfan sangatlah kuat. Siti Safea mendongak perlahan-lahan. Dan akhirnya, mata Haziq Arfan dan Siti Safea bersatu.

Mata Siti Safea yang berkaca membuatkan Haziq Arfan semakin tertarik untuk melihat mata itu. Siti Safea mengesot ke belakang. Soalan Haziq Arfan hanya dibiarkan sepi. Dia tidak mahu rapat dengan bekas crushnya itu. Lebih baik dia menjauhkan diri. Tanpa membuang masa, Siti Safea terus bangun dan berlari ke tandas.

Haziq Arfan hanya melihat Siti Safea dengan pandangan yang sayu. Baru sahaja dia mahu meminta maaf tapi gadis itu seakan-akan mahu menjauhi diri darinya. Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahunya perlahan. Haziq tersentak.

"Baik sangat kau dengan budak menggerutu tu? Takkan kau suka dia kut." Hilman bersuara. Haziq menepis laju tangan Hilman yang masih berada di atas bahunya. Matanya menatap tajam menikam pandangan Hilman. Hilman memang seorang yang kurang ajar. Kenapalah dia ada seorang kawan yang sebegitu.

"Apa masalah kau, hah?" marah Haziq. Penumbuknya dikepal kuat.

"Masalah? Masalah apa kau ni? Dia yang tiba-tiba nak ngorat aku. Kau ingat aku nak hadap ke perempuan rabun macam tu. Aku pun ada taste la, wei."

Haziq Arfan hanya tersenyum sinis. Hilman ingat dirinya bodoh mahu mempercayai kata-kata nista itu. Hilman memang silap oranglah.

"Aku tak percaya. Dah la, Man. Kau ingat aku bengap sangat ke nak telan semua kata-kata kau. Apa masalah kau? Otak kau tak betul ke? Yang kau tarik tudung Safea tu dah kenapa? Kau bodoh, eh?" jeda Haziq Arfan.

Belum sempat Hilman mahu memberikan alasan, Haziq terus menyambung semula kata-kata yang terjeda tadi.

"Aku bagi warning kat kau. Kalau kau sentuh Saf lagi... aku tak teragak-agak buat kau hidup tak tenteram kat sekolah ni. Kau banyak buat 'tahi' tau. Jangan sampai 'benda busuk' kau nanti sampai kat pengetua. Silap haribulan kau yang kena gantung sekolah." Seusai kata begitu, Haziq Arfan terus berlalu ke tandas.

Hilman mengenggam penumbuknya. Sejak bila Haziq berubah perangai seperti ini? Sepatutnya Haziq membela dirinya bukan membela 'kodok' rabun itu.

"Ni sebab kau la perempuan aku kena warning."











ENCIK Sharifuddin menyepak tong sampah berwarna hitam sambil menyumpah seranah. Pelbagai kata-kata kesat yang terkeluar dari mulutnya. Hari ini nasibnya begitu malang. Sudahlah nombor judinya tidak terkena. Duitnya pula sudah berkurangan. Sekarang ini pun hubungan dia dan isterinya tidak berapa baik.

"Argh! Bodoh! Bodoh! Macam mana aku nak bayar hutang ni?" Encik Sharifuddin meramas rambutnya dengan kuat. Dia begitu stres. Mana lagi dia mahu mencari duit?

Siti Safea.

Sebaris nama anak perempuannya tiba-tiba muncul di benaknya. Akhirnya, senyuman sinis terbit di bibir gelap Encik Sharifuddin. Hanya dua pilihan sahaja sekarang ini. Jual Siti Safea pada bapa-bapa ayam ataupun mencuri duit simpanan anak perempuannya itu.

Atau pilihan ketiga menjual isteri dan anaknya sekali? Encik Sharifuddin terus meletakkan jari di dagunya. Kalau diikutkan kesemua pilihan, pilihan ketiga sahaja yang boleh memberikan untung dengan cepat.

'Sanggup kau jual anak bini kau sebab nak penuhkan nafsu serakah kau tu.'

Encik Sharifuddin tersentak. Tiba-tiba sahaja dia tersedar. Dia memandang sekeliling. Tiada pula orang yang lalu lalang di situ. Siapa pula yang berkata-kata tadi? Atau mungkin halusinasi dia sahaja?



'Kau memang tak sedar diri, Din. Kau memang jantan dayus. Laki tak guna! Taubat la, Din.'

'Taubat la, Din.'

'Taubat la, Din.'




Suara tersebut seakan-akan bergema sehingga menyakitkan telinga Encik Sharifuddin. Encik Sharifuddin terus menutup telinga dengan kuat sambil menggeleng kepalanya dengan laju.

"Pergilah, sial!" jerit Encik Sharifuddin. Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya berulang kali. Automatik suara-suara tersebut hilang begitu sahaja. Encik Sharifuddin menoleh. Kelihatan ada seorang lelaki tua sedang memandangnya dengan pandangan yang pelik.

"Kamu okey ke? Pak cik tengok kamu menjerit-jerit tadi. Ada orang kacau kamu ke?" tanya lelaki tua itu.

Encik Sharifuddin hanya menggeleng sahaja. Dia meraupkan mukanya. Mungkin suara-suara itu adalah halusinasi sahaja. Tanpa sepatah kata, Encik Sharifuddin terus meninggalkan pak cik tua itu yang kelihatan terpinga-pinga.

"Macam orang gila cakap sorang-sorang," ujar pak cik tua itu sambil menggaru kepala botaknya yang tidak gatal.







ShaDhia

Bersambung…
















• Hai... Terima kasih bagi readers yang jawab dan respons soalan saya dalam bab yang lepas. Saya dah catat la beberapa isi-isi berdasarkan komen2 awak bagi dalam bab 30 tu… ada yang DM saya lagi sampai bagi penerangan panjang2… Saya baca ya sampai titik akhir. Dan ianya memang sangat membantu. Saya hargai effort korang semua2… terima kasih sangat2. Saya ada jugak rujuk internet… dan alhamdullillah… sedikit sebanyak saya boleh create something la untuk scene PT3 Kat dalam cerita DMBC. Mengikut silibus sekarang ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro