Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 30

PUAN Halimah menggeleng sahaja apabila melihat Encik Sharifuddin sedang tidur terbongkang di atas sofa. Kadang-kadang, dia sungguh kesal melihat suaminya itu. Katanya sudah berubah tapi perangai lamanya masih sama sahaja. Setiap hari Encik Sharifuddin tiada di rumah. Alasannya mahu mencari kerja tapi beberapa minggu ini masih lagi tiada perubahan. Encik Sharifuddin masih lagi tidak mendapat apa-apa kerja. Sebenarnya, dia agak risau juga kalau Encik Sharifuddin membuat perangai lamanya itu.

Puan Halimah melangkah perlahan-lahan ke arah suaminya. Kaki Encik Syarifuddin digoyang-goyangkan sedikit untuk mengejutkan lelaki itu. Puan Halimah mengetap bibir. Sungguh mencabar kesabarannya.

"Bang! Bangun!" Kaki Encik Sharifuddin digoyangkan dengan laju. Berkerut dahi Encik Sharifuddin. Dia mendengus kasar. Sungguh pantang baginya kalau tiba-tiba sahaja ada orang sedang menganggu tidurnya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kepalanya agak pening kerana ada orang mengejutknnya secara mengejut.

"Apahal, Mah? Tak nampak ke abang tengah tidur ni?" marah Encik Sharifuddin. Mengacau sahaja perempuan tua ini. Sudahlah badannya penat. Mahu tidur sekejap sahaja, sudah diganggu.

"Tu la kerja abang. Tidur je! Asyik mengangkang je. Kerja malas nak cari. Abang nak jadi apa? Abang ni macam biawak hidup! Bini pulak nak tanggung makan. Sepatutnya abang yang kena sara bini dengan anak. Bukan membongkang tidur macam ni!" bebel Puan Halimah. Dia sudah penat dengan perangai suaminya itu. Tidak berubah dari dulu. Pemalas! Dia sudah tidak tahan lagi!

Encik Sharifuddin mendengus kasar. Dia terus meramas rambutnya. Isterinya suka sangat membebel. Itu tak kena. Ini pula tak kena. Nak berehat pun, tak senang!

"Abang penat ni, Mah. Abang bukan saja-saja tak duduk rumah. Abang cari kerja. Tapi… nak buat macam mana, tak dapat." Encik Sharifuddin menyandarkan kepalanya ke sofa. Tangannya sengaja memicit-micit kepala supaya Puan Halimah terpedaya dengan lakonannya. Selama dia keluar pun, bukan mahu mencari kerja.

"Ya ke cari kerja? Kenapa semalam Mah nampak abang kat kedai Toto tu? Abang buat apa kat sana? Tikam nombor? Hah?" tanya Puan Halimah bertubi-tubi. Semalam, dia ada juga keluar rumah untuk membeli barang basah di pasar. Ketika itulah Puan Halimah ternampak kelibat suaminya di kedai judi tersebut.

"Bila masa abang pergi sana? Memandai-mandai je."

Puan Halimah mengetap bibirnya. Banyak pula helah suaminya. Dia tidak rabun lagi. Dia mash kenal sosok suaminya itu. Dia sudah tidak tahan lagi. Sudah bagi peluang tapi hanya dipersiakan begitu sahaja. Suaminya memang tidak pernah berubah. Baik dia minta fasakh sahaja di pejabat agama. Ada suami pun seperti tidak ada suami.

"Saya dah penat dengan perangai abang ni! Kata nak berubah! Tapi sama je! Lebih baik kita bercerai. Senang. Saya tak pening kepala dah!" marah Puan Halimah. Seusai itu, dia pun berlalu dari situ. Penat cakap dengan orang tua degil begitu.

Encik Sharifuddin mengepalkan penumbuknya. Dia takkan sesekali menceraikan isterinya. Rumah ini sahaja tempat yang selamat untuk bersembunyi daripada lintah-lintah darat yang memburunya.

"Aku takkan ceraikan kau, Mah. Kau je lubuk duit aku sekarang." Encik Sharifuddin berkata perlahan sambil tersenyum sinis.










"SAYA dah semak semua kertas jawapan awak semua. Ada markah yang maintain. Ada juga yang meningkat dan menurun. Ada jugak yang gagal. Dapat markah 'telur ayam'. Saya tak tahulah… dia buat apa kat rumah sampai dapat markah macam ni." Cikgu Liza sudah berdiri di hadapan kelas dan di tangannya ada beberapa kertas peperiksaan untuk diedarkan kepada pelajar.

Siti Safea sudah meramas tangannya yang sudah berpeluh. Ada dua kemungkinan sahaja sekarang ini. Jika dia lulus dengan cemerlang peperikasaan subjek Matematik ini, maka dia tidak perlu untuk tutor bersama Haziq Arfan. Jika sebaliknya berlaku, dia terpaksa menghadap lelaki berlagak itu.

"Saya akan panggil dulu nama yang mendapat  markah yang tertinggi iaitu…" Cikgu Liza berjeda seketika. Matanya melihat kesemua pelajar yang khusyuk memandangnya. Siti Safea pula semakin berdebar. Adakah dia? Adakah nama orang lain yang terbit di bibir cikgunya itu?

"Iaitu… Siti Asmidar binti Mohd Hafizi dengan memperolehi markah 95 peratus. Tahniah!" Siti Safea semakin berdebar. Baru nama pertama.

"Yang kedua ni, saya sangat terkejut sebab markah exam dia kali ini sangat meningkat dengan mendadak. Saya pun terkejut dan berbangga dengan percapaian ini walaupun ujian awal tahun. Jadi, saya umumkan dengan markah 87 peratus diperolehi oleh…"

Siti Safea semakin tidak tentu arah. Adakah nama dia. Tolonglah! Dia berharap sangat namanya yang disebut. Dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki berlagak itu.

"Oleh... Siti Safea binti Sharifuddin. Tahniah!" Tersentak Siti Safea apabila namanya disebut. Tidak tahu mahu cakap apa lagi. Gembira dan teruja bergabung menjadi satu. Siti Safea terus bangun perlahan-lahan untuk mengambil kertasnya. Tak sangka dia boleh sepandai ini dalam subjek Matematik.

Seterusnya, Cikgu Liza menyebut nama pelajar satu persatu. Aqilah pula memperoleh markah 80 peratus. Seusai itu, Cikgu Liza memanggil Siti Safea. Ada beberapa benda yang mahu dibincangkan dengan gadis itu. Terutama sekali tutor dan prestasi gadis itu dalam subjek Matematik.

Siti Safea melangkah ke meja guru. Cikgu Liza hanya tersenyum sahaja. Dia memang yakin gadis itu boleh berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam subjeknya tapi perlu ada bimbingan tutor yang bagus seperti Haziq Arfan.

"Bagus. Markah ujian awal tahun awak sangat memberangsangkan. Rasanya kamu nak sambung tutor dengan Haziq Arfan lagi ke? Atau kamu selesa untuk belajar sendiri?" tanya Cikgu Liza. Walaupun Siti Safea mendapat markah yang bagus dalam ujian kali ini, tapi pretasi gadis itu masih lagi di bawah pemerhatiannya.

"Saya nak belajar sendiri, cikgu," jawab Siti Safea dengan perlahan.

Cikgu Liza hanya mengangguk sahaja seraya berkata, "Okey. Tapi saya nak bagitahu kamu awal-awal. Kalau markah ujian pertengahan tahun menurun, kamu terpaksa jugak sambung tutor dengan Haziq. Jadi kekalkan momentum tu, ya?"

Siti Safea tersenyum sambil mengangguk. Tiba-tiba sahaja dia risau. Sudahlah ujian makin lama makin susah soalannya. Harap sangat dia boleh melakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang akan datang nanti.








AZRIN masuk ke dalam tandas lelaki. Figuranya yang terbias di cermin diamati dengan sedalam-dalamnya. Hanya dia sahaja yang berada di dalam tandas itu. Pili air yang berada di sinki dibuka. Air mengalir dengan laju masuk ke dalam lubang sinki tersebut.

Azrin terus mencuci mukanya. Memang itulah tabiatnya apabila dia stres. Dia akan mencuci mukanya kerana baginya air yang terkena di bahagian muka dan dahi akan membuatkan dia lebih segar dan tenang. Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu Akmar lagi dan sedikit sebanyak membuatkan hatinya risau.






Azrin mengetuk pintu bilik Cikgu Akmar sebanyak tiga kali. Seusai mendapat keizinan, dia pun menolak pintu tersebut untuk masuk ke dalam ruangan itu. Kelihatan Cikgu Akmar sedang melihat komputer ribanya dengan wajah berkerut.

"Duduk, Azrin."

Azrin hanya mengangguk sahaja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi empuk tersebut. Memang selalunya Cikgu Akmar akan berjumpa dengan Azrin kerana berbincang tentang pertandimgan debat yang diadakan tidak lama lagi. Kesemua laporan akan diberikan kepada Cikgu Akmar setiap minggu untuk melihat perkembangan persiapan para peserta di sekolah ini.

"Kenapa cikgu panggil saya? Rasanya report peserta minggu lepas saya dah bagi kat cikgu semalam."

"Bukan pasal tu. Ni pasal peserta. Kamu ambil student yang  belum pernah masuk pertandingan ni, kan?" tanya Cikgu Akmar. Azrin hanya mengangguk mengiyakan sahaja.

"Saya dah dapat tema untuk pertandingan tahun ni. Tahun ni tema pendebatan susah. Saya pun tak banyak sentuh pasal tema ni masa kamu semua berlatih hari tu," ujar Cikgu Akmar lagi.

"Tema apa tu, cikgu?" tanya Azrin sambil mengerutkan dahinya.

"Tema tahun ini pasal 'Alam sekitar dan Teknologi'. Kita ada kurang dari dua minggu. Saya memang cakap terus terang… saya kurang menyentuh tema-tema macam ni semasa dalam latihan debat. Sebab tema ni jarang digunakan dalam pertandingan debat sebegini. Saya risau sekarang ni. Lagi-lagi peserta yang dipilih belum ada pengalaman lagi."

Azrin hanya diam seketika. Suasana menjadi sepi. Cikgu Akmar dan Azrin masing-masing memikirkan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kalau boleh, mereka mahukan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bergawan membawa pulang satu piala.

"Kalau nak cari orang lama memang dah tak sempat, cikgu. Lagipun, kita dah tak ada pilihan lain. Kena teruskan jugak dengan pasukan yang baru ni."

Cikgu Akmar mengangguk perlahan. Sudah tak ada pilihan. Pasukan yang ada sekarang ini perlu diteruskan. Akhirnya keluhan kecil dilepaskan.








Azrin tersentak. Dia melihat orang di sebelahnya sedang mencuci tangan. Dia baru tersedar entah berapa lama dia termenung di depan cermin tandas tersebut. Tiba-tiba, orang tersebut terlanggar bahu Azrin dan membuatkan badannya hampir terjatuh.

"Sorry," ucap orang itu.

Azrin terus mengusap bahunya. Boleh tahan keras juga lengan lelaki ini. Dia pun melihat gerangan tersebut. Tiba-tiba sahaja kemarahan Azrin meluap-luap. Kenapa masa begini berjumpa dengan orang paling dia tidak suka?

"Kau apahal tolak aku?" marah Azrin

Haziq Arfan hanya mengerutkan dahinya.  Dia pun tidak perasan Azrin berada di sebelahnya. Keluhan kasar dilepaskan. Nasibnya kurang baik pula pada hari ini. Macam mana pula dia tidak boleh perasan bekas kawannya itu berada di sebelahnya. Kalau tidak sudah lama dia keluar mencari tandas yang lain.

"Aku tak nampak, kan? Bongok! Aku dah cakap 'sorry', kan?" marah Haziq Arfan. Nak tengking-tengking pula. Malas mahu melayan. Lebih baik dia mengangkat kaki sahaja. Belum sempat Haziq Arfan melangkah pergi, tiba-tiba Azrin menahan.

"Kau kenal Siti Safea?" tanya Azrin sambil tersenyum sinis. Terus sahaja Haziq Arfan menoleh. Kenapa Azrin menyebut nama gadis itu?

"Kalau aku kenal dia pun, apa masalah kau?" Kasar sahaja nada suara Haziq Arfan tapi Azrin tidak takut. Sudah alang-alang mereka berjumpa di sini, baik dia luahkan semuanya mengenai hal Siti Safea dan Haziq Arfan yang terjadi beberapa minggu yang lepas.

"Tak ada masalah kat aku. Tapi aku nak warning kau awal-awal. Kau boleh hina-hina dia. Kau boleh cakap macam-macam kat dia. Kalau aku ada kat sekolah masa tu, dah lama aku tampar kau, bro. Jadi, macam nilah… aku dengan Saf pun kawan rapat, tak lama lagi maybe kitorang akan jadi 'Couple of the Year' macam kau dengan Hanna. Kau tak payah ganggu hidup dia." Sengaja Azrin menambahkan 'perasa' dalam kata-katanya itu. Dia perasan muka Haziq Arfan sudah mula berubah.

"Kau kan benci dia, kan? Dia pun dah tak suka kau. Jangan risau. So… kau boleh berambus dari life dia." Seusai berkata begitu, Azrin terus keluar dari tandas. Sempat lagu dia melanggar bahu Haziq Arfan. Azrin berasa sungguh puas sekarang ini.

Haziq Arfan mengetap bibirnya. Mulutnya diketap kuat. Memang perbuatan Azrin tadi sangat mencabar kesabarannya. Tapi perasaan geram tadi tiba-tiba sahaja bertukar menjadi risau. Kenapa dia merasakan seakan-akan takut apabila gadis itu sudah beralih arah? Perasaan pelik apakah ini?

ShaDhia

Bersambung…


















Hai readers... So macam yang korang tahu... Siti Safea ni umur dia 15 tahun. So... Kalau ikut logik... Dia akan hadapi peperiksaan besar iaitu PT3, kan? (Even cerita ni tak logik mana pun 🤧🤣😪). So... Saya memang nak sentuh bab-bab exam PT3 dalam cerita ni.

Tapi... Ada sebab menghalang saya. Yang saya tahu PT3 dulu dan sekarang lain. Zaman saya dulu PT3 (2014) iaitu First batch PT3... Memang lain la... Means soalan PT3 yang first batch dulu tak sesusah batch2 sekarang ni... (Ya ke?👀)

And apa yang saya tahu... Banyak perubahan subjek PT3. Zaman saya ada subjek "Kemahiran Hidup Bersepadu" PT3 sekarang katanya subjek tu dah dimansuhkan and diganti dengan subjek lain? Ya ke 👀?

And perubahan gred and markah... Dengar cerita markah 85 dan ke atas... Baru dapat 'A'... Ya ke, beb 👀? Zaman first batch PT3 (2014) ikut standart la 80 markah dah dikira 'A'

Kalau saya buat Elemen exam PT3 ikut zaman saya... Mesti ada yang kata "Kak, PT3 bukan macam tu la." Mesti punya cakap macam tu padahal dia tak tahu zaman aku and zaman dia lain 🤣🤣. Haih... Saya rasa terlalu tua... 😪

Okey... Back to the story...

So saya nak minta pendapat anda semua, boleh cerita pengalaman PT3 Korang... Tak kisahlah perubahan markah ke gred ke... Kerja kursus ke... Geografi, Sejarah... And whateverlah pasal PT3.

Almaklumlah dah lama tinggal zaman-zaman persekolahan. So tak berapa nak ingat. 😪

Siapa yang komen ini, saya nak cakap awal-awal. Terima kasih kerana membantu saya ❤.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro