Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 15

Trylah pasang lagu ni masa baca part ni. Rasa macam kena 🤣🤣🤣

(Hatimu Milikku - Nera AF9 |COVER BY AKIM)












______________________________________























HANNA terus menuju ke tempat Haziq dengan mulut terkumat kamit. Geram sungguh dia dengan perangai Haziq yang sangat menjengkelkan. Ada ke dia suruh dirinya yang cantik ini tolong bawakan beg sekolahnya? Menyampah pula!

"Bodoh betul! Kau ingat aku ni kuli bapak kau ke apa!" Pelbagai sumpah seranah terbit di bibirnya. Sempat lagi dia menghentak-hentakkan kakinya dengan kuat.

Dia terus mengangkat beg sekolah Haziq Arfan dan diletakkan di atas meja. Seusai itu, dia memasukkan tangannya di dalam laci meja. Takut ada barang-barang yang tertinggal pula.

Tiba-tiba, dia terasa dia memegang satu benda yang berbentuk petak. Terus sahaja Hanna mengeluarkan benda tersebut. Ternyata ada dua coklat Cadbury dan sehelai kertas kecil berwarna merah jambu.

Hanna terus sahaja membelek-belek bungkusan coklat tersebut. Dia tahu Haziq Arfan memang menggemari semua coklat tetapi tidak pula dia tahu Haziq selalu membawa coklat ke sekolah.

Hanna mengambil kertas kecil yang berwarna merah jambu itu. Hatinya tiba-tiba sahaja meronta-ronta untuk membuka kertas tersebut. Tapi dia takut kalau Haziq Arfan tahu.

"Kertas apa ni? Nak bukak… tapi takut Haziq tau pulak." Hanna mengeluh sendiri. Kertas merah jambu itu masih lagi dibelek-belek.

Setelah berperang dengan perasaan sendiri, dia akhirnya membuat keputusan untuk membuka kertas tersebut. Ada beberapa ayat yang tercatat di dalam kertas tersebut. Tangannya mengepalkan penumbuk dan giginya diketap apabila selesai membaca kertas itu satu persatu.












Saya tahu awak memang suka coklat. >_< Tapi saya nak awak baca kertas ni sampai noktah terakhir.

I'm not saying that
I think of you constantly
But I can't deny the fact
That each time my mind wanders
It's always finds some way back to you.

- SS











Hanna terus sahaja merenyukkan kertas tersebut. Api kemarahannya meluap-luap. Dia cukup tidak suka apabila ada orang yang ingin mengorat teman lelakinya iaitu Haziq Arfan. Dia tidak suka ada orang mengacau hak kepunyaannya. Nampaknya pemilik kertas merah jambu itu memang menempah maut darinya.

Nampaknya, dia perlu meminta penjelasan dari Haziq Arfan tentang surat ini. Hatinya sungguh tidak tenang. Dia tidak mahu Haziq curang dengannya. Rasa macam egonya tercabar pula kalau Haziq buat perkara jijik begitu.

Dia terus sahaja mengambil dua bungkus coklat tersebut lalu dimasukkan ke dalam poketnya. Seusai itu, Hanna pun terus sahaja keluar dari kelas tersebut dengan hati yang membara. Beg sekolah Haziq Arfan sengaja ditinggalkan di dalam kelas. Biarlah Haziq yang mengambil begnya sendiri.











______________________________________














"NAMPAKNYA tips aku berhasil. Sekarang ni, baru beberapa hari je... kau dah banyak improve dari segi percakapan kau. Tak adalah tergagap macam kau buat dalam ujian saringan dulu. Tapi, kau kena biasakan lagi. Suara kau ada jugak bergetar," ulas Azrin sambil memeluk lengannya.

Pada petang itu, mereka berada di dalam bilik pidato dan debat bersama pasukan debat yang lain. Walaupun baru beberapa kali mereka berjumpa untuk berlatih, tetapi Siti Safea banyak belajar tentang pendebatan dari Azrin sendiri. Cara Azrin menjelaskan ilmu itu, sangatlah mudah difahami.

Siti Safea hanya mengangguk laju. Dia perlu mengingati setiap ulasan yang diberikan oleh Azrin supaya dia tidak melakukan kesilapan yang sama pada masa akan datang.

"Jujurnya, masa saya mula bentangkan hujah kat depan awak… saya rasa awak macam gelakkan saya. Sebab tu suara saya bergetar lagi," luah Siti Safea dengan perlahan.

Ya… memang itu pun selama ini dia dihantui perasaan begitu. Dia memang tak ada keyakinan diri dalam menyampaikan hujah. Dia dapat merasakan orang yang mendengar sedang ketawakan mukanya yang banyak jerawat. Sebab itulah suaranya bergetar sahaja jika membuat pembentangan di khalayak ramai.

Azrin hanya ketawa kecil. Ada-ada sahaja jawapan gadis ini.

"Ya… memang aku tahan gelak tadi sebab gaya tangan kau kekok lagi. Macam orang patah tangan," ujar Azrin sambil ketawa kecil. Siti Safea sudah mencemberutkan mukanya. Mulalah kata-kata ejekan dan merepek dari Muhd Azrin.

"Tak payah nak muncing bibir tu. Yang pasal gaya tangan, aku boleh minta Rina ajarkan kau."

"Ke… kenapa pula awak tak ajar?" tanya Siti Safea polos.

Azrin hanya tersenyum dan tunak memandang Siti Safea yang setia menunggu jawapannya. Naif juga budak ini. Sebab itulah dia tertarik dengan gadis ini.

"Sebab kalau aku ajar, jadi lain pulak. Lagipun, nak ajar gaya tangan ni… kena bersentuhan. Takkanlah aku nak pegang tangan kau terus. Kan tak elok. Lainlah aku jadi laki kau, buat lebih dari pegang pun tak apa," jelas Azrin sambil ketawa kecil.

Siti Safea sudah terkedu mendengar ayat terakhir Azrin. Tiba-tiba sahaja dia berasa malu dan segan. Lain macam sahaja ayat terakhir itu. Nampaknya keadaan menjadi lebih janggal. Akhirnya dia meminta izin dari Azrin untuk pergi ke tandas sebentar. Azrin pula hanya membenarkan sahaja.

Rina pula dari jauh sahaja memandang Azrin dan Siti Safea yang kelihatan bermesra-mesraan. Ya… dia memang sukakan Azrin sejak tingkatan dua, tetapi Rina hanya memendamkan sahaja perasaannya. Dia takut dengan penolakan.

Rina tidak pernah melihat Azrin sangat mesra dengan pelajar perempuan termasuklah dirinya sendiri. Apa hebat sangat dengan perempuan berjerawat cendawan itu sampaikan Azrin pun boleh berubah?

Akhirnya, Rina bangun dari kerusi lalu keluar dari bilik tersebut. Dia tidak betah lama-lama di situ. Hanya menambahkan sakit hatinya sahaja.













______________________________________















HANNA terus sahaja menarik lengan Haziq Arfan sehingga ke taman yang berada di sekolah itu. Nasib baik ada mereka berdua sahaja di situ.Ada juga pelajar lain yang lalu tapi tidaklah ramai. Haziq Arfan sudah pelik dengan perangai aneh Hanna. Tiba-tiba sahaja mengajak untuk berbincang berdua.

"Hanna, kenapa ni?" tanya Haziq dengan lembut. Melihat muka Hanna yang bengis, dia sedar bahawa akan berlaku sesuatu yang buruk bakal terjadi.

"You tanya I kenapa? Hei! Apa benda ni?" Hanna terus mengeluarkan dua coklat tadi dan renyukan kertas lalu dicampakkan kepada Haziq.

Haziq terus sahaja menyambut coklat tersebut. Dia kenal coklat-coklat itu. Setiap hari dia mendapat coklat yang sama. Dia masih lagi tercari-cari siapakah pemberi coklat ini. Seba itulah Haziq tidak mahu Hanna tahu. Nanti Hanna akan marah dan membuatkan hubungan mereka semakin buruk.

"You curang dengan I ke, Haziq?" tanya Hanna. Penumpuknya dikepal kuat.

"Tak. Kenapa Hanna cakap macam tu. Biy tak pernah curang pun. Yang coklat ni semua… biy pun tak tahu siapa yang bagi."

Hanna terus menghentakkan kakinya. Dia tidak percaya. Mahu sahaja dia menjerit di situ. Memang geram sungguh dapat tahu ada orang mahu mengurat teman lelakinya.

"You tipu!" bentak Hanna. Haziq Arfan terus meraupkan mukanya. Dia sudah bercakap jujur. Tak tahu apa lagi cara nak meyakinkan Hanna bahawa dia bukan seorang yang penipu.

Haziq terus sahaja memegang kedua-dua lengan Hanna. Matanya redup tunak memandang Hanna seraya berkata, "Tak. Sumpah biy tak tipu. Biy pandang Hanna seorang je. Tak ada dah yang lain. Setakat hadiah coklat tu, apalah sangat. Nanti biy buang dalam tong sampah."

Hanna tersenyum suka. Dia sangat suka apabila Haziq hanya memandang dia seorang sahaja.

"Kalau macam tu… you kena belanja I makan kat Starbuck petang ni." Hanna terus memeluk lengannya memandang Haziq.

Haziq sudah meneguk air liur. Dia sudahlah tidak ada duit untuk makan di situ. Kalau setakat makan di kedai mamak atau KFC boleh dipertimbangkan lagi. Tapi Hanna memang tidak suka makan di kedai mamak.

"Petang ni tak boleh la. Biy tak cukup duit."

Hanna terus sahaja mendengus. Semuanya tak cukup duit. Menyampah pula. Baik dia minta Amar yang sahaja yang belanja.

"Hish! You ni… guna la duit biasiswa tu. Alah… sikit je pun. Bukan banyak."

Haziq Arfan sudah mengangguk perlahan. Biarlah. Kalau itu menggembirakan cinta hatinya, dia sanggup. Lalu, dia terus membuang dua coklat tersebut ke dalam tong sampah.

Dari kejauhan, ada seseorang yang melihat mereka di taman tersebut dengan linangan air mata. Siti Safea terus sahaja terkejut melihat Haziq yang tanpa rasa bersalah membuang semua coklatnya. Rasa sakit hatinya.

Sebenarnya Siti Safea dalam perjalanan ke tandas. Tapi apabila melihat Haziq Arfan dan Hanna yang berada di taman tersebut, terus sahaja dia menyorok di sebalik pokok-pokok bunga. Dia dengar sahaja ucapan cinta Haziq  kepada Hanna. Kenapalah hatinya sangat degil suka kepada seseorang yang membencikan dirinya?

Dia tak layak. Tapi dia hanya insan biasa yang susah untuk melupakan cinta pertama.




ShaDhia

Bersambung…

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro