sunflower
"Sedap gila cookies ni." Kata Irsyad selamba sambil terus menjamu cookies dalam balang. Kalau ni rumah dia, dah lama dia habiskan cookies tu. Tapi sekarang dia berada di rumah kawannya jadi kenalah control sikit.
"Adik aku buat." Rakannya Aidan menjawab.
"Oh, adik perempuan kau, eh? Apa nama dia? Amalia?"
Aidan mengangguk.
Waktu itu Irsyad darjah 6, dan Amalia rasanya darjah 3 kot?
"Weh, dia bukan darjah 3 ke?! Pandai gila dia buat." Irsyad sendiri terkejut lepas buat pengiraan tadi.
"Hobi." Sepatah Aidan menjawab. Malas mahu melayan kawan sendiri.
Setiapkali Irsyad datang ke rumah Aidan, jarang dia mahu jumpa adik beradik perempuan dia sebab, yelah, dorang malas nak pakai tudung dalam rumah.
Sekali sekala je Irsyad pernah nampak si gadis yang telah memikat perutnya itu. Sehinggalah dia form 4 dan Amalia masuk sekolah sama dengannya sebagai pelajar form 1, barulah Irsyad sedar, cute jugak adik Aidan ni.
"Weh, tengok tu. Amirah lepak dengan adik-adik kau." Irsyad memberitahu Aidan sambil melihat dari jauh 3 manusia sedang duduk bersama-sama di kantin selepas habis waktu sekolah. Siapa Amirah? Pendek cerita, dia die-hard fan Aidan.
"Jom, lepak sekali. Kita buat family reunion." Irsyad mengajak. Tapi sebenarnya dia nak duduk sebelah Amalia je.
Aidan menjeling Irsyad. Siapa je nak lepak dengan adik beradik sendiri kat sekolah? Tambahan, ada peminat yang dibenci pulak tu. Tergelak Irsyad dibuatnya, "Kau taknak sudah. Aku nak join dorang. Bye." Lalu Irsyad meninggalkan sahabat baiknya.
Dia mengambil tempat duduk kosong di sebelah Amalia, "Hello, nak join boleh?"
"Mana best friend kau?" Macam biasa Amirah cari Aidan je.
"Best friend aku tak ngaku korang adik-adik dia. Jadi dia balik kelas." Selamba Irsyad menjawab sambil makan sepotong kek coklat yang ada di depan dia.
"Tapi aku bakal isteri dia." Amirah memuncungkan bibir. Semua orang di situ mencebik selepas dengar ayat tu.
Irsyad tergelak, pada masa yang sama dia kagum dengan kelazatan kek coklat tadi, "Sedapnya! Siapa buat?"
"Saya." Amalia dengan bangganya mengangkat tangan sekali dengan package senyuman riang.
Makin jatuh si Irsyad. Dia ada idea bernas dalam minda. "Jual tak? Kalau nak order boleh ke?"
"Boleh je."
Maka selepas itu setiap bulan ada saja Irsyad request macam-macam dari Amalia. Bukan kek coklat je dia minta, malah apa-apa yang dia request semua Amalia buatkan, dengan harga berpatutan. Bukan nak tunjuk yang dia ni minat kat Amalia, tapi makanan yang dibuatnya memang sedap. Amalia dah jadi macam personal baker dia dah.
Setahun lebih jugak Irsyad jadi pelanggan setia Amalia.
Satu hari Aidan beri Irsyad satu kotak kek vanila disaluti whipped cream dan dihiasi buah-buahan sempena birthday si Irsyad.
"Woi, besar bodo kek. Untuk aku ke? Kau lanje aku ke? Terharu sia." Irsyad mengelap air mata palsu.
"Adik aku buat." Aidan berkata.
Irsyad ternganga. Jantungnya berdebar. Tapi dia tak nak syok sendiri dulu, "Kau upah Amalia untuk buat kek ni, kan? Aduh, malu ah."
Aidan menjeling Irsyad. Tak faham bahasa ke? Senyuman Irsyad hilang, "Weh, adik kau buat khas untuk aku ke? Tanpa diupah?"
Aidan mengangguk, "Hadiah untuk pelanggan setia." Gumamnya.
Rama-rama mula berterbangan dalam perut si Irsyad. Aduh, ingatkan Amalia bagi dia makan benda manis je, rupanya rama-rama pun diberi jugak.
🍰
happy birthday abang irsyad 😁
Irsyad menerima mesej dari Amalia malam itu. Aidan mesti tak tahu yang Irsyad selalu contact dengan Amalia.
tenkiu Amal 😭
sedap gila kek Amal buat
free pulak tu 😭
satu family sukaaa
aduh terharu ah
hahaha sedap kee
thank u 😁
Selalunya camtu jelah chat mereka. Takde bual kosong, hanya short conversation je. Banyak business related.
Bagi Irsyad, dia tak mboh la camni je. Tapi dia tak nak try advance kan relationship dorang. Dia terfikir macam mana kalau Amalia anggap dia macam abang je? Kena brotherzoned kang, sakit betul.
Jadi dia biarkan saja hubungan mereka begitu. Amalia sweet orangnya, tengok senyuman dia pun cukuplah. Kalau Amalia anggap Irsyad macam abang, maka Irsyad pun redha jelah. Irsyad harap Amalia dapat berbahagia dengan sesiapapun.
"Abang Irsyad tak minat dah ke dessert yang Amal buat?" Kata Amalia dengan nada rajuk apabila mereka terserempak di taman ketika Irsyad berehat dari joging dan Amalia menunggu kawan untuk berjumpa.
"Mana adaaa. Abang takde duit dah huhuhuhu. Nantilah lepas SPM abang kerja pastu abang order banyak-banyak dari Amal." Irsyad memujuk.
Amalia tergelak, "Gurau jelah. Bila abang Irsyad SPM?"
"5 November nanti huhuhu. Pastu last paper 5 Disember. Doakan tau!"
"Baiklah."
"Cepat, doa sekarang."
Amalia menadah tangan, "Ya Allah, permudahkan urusan abang Irsyad dan kawan-kawannya untuk jawab SPM. Kurniakanlah mereka result yang cemerlang gemilang dan terbilang!"
Tersenyum riang Irsyad dibuatnya. Si Amalia ni berdoa macam abang dia sendiri tak wujud.
🍰
"Esok malam futsal jom, Dan." Irsyad mengajak Aidan pada hari terakhir mereka menjawab paper Kimia SPM.
Aidan terdiam sebentar sebelum dia menjawab, "Takleh kot. Esok malam nak sambut birthday adik aku."
Irsyad membesarkan mata, "Adik mana satu?!" Hampir menjerit dia.
Aidan mengerutkan kening dengan tingkah laku busybody rakannya itu, "Amalia."
Irsyad ternganga, walaupun sejak tahun lepas minat kat adik kawan sendiri, tapi tak pernah tahu birthday dia.
"Adik kau punya favorite food apa?" Irsyad cuba mengorek maklumat.
"Entah."
Hampa. Dia lupa si abang ni sejenis yang kisah pasal diri sendiri je.
Pulang ke rumah, Irsyad terfikir sejenak. Hari tu waktu birthday dia Amal hadiahkan kek, jadi dia nak balas balik.
Amal!
ye saya!
esok Amal bukak order tak 😬 nak order boleh?
sempena self reward habis SPM heheh
🍰
Telefon berdering, terpampang nama Amalia pada skrin.
"Hello, assalamualaikum." Irsyad menjawab.
"Abang Irsyad nak jumpa sekarang boleh?!"
Eh? Jawab salam dulu, dik.
Beberapa minit kemudian mereka berjumpa di taman perumahan, disinari cahaya matahari yang hangat pada petang itu.
"Apa ni?" Soal Irsyad apabila Amalia menghulurnya kek yang diorder semalam.
"Abang order, kan?"
Irsyad tergelak, "Eh~ kan abang ada request Amal buat writing atas dia."
"Amal dah tulis dah."
"Jadi?"
"Jadi?"
"Tu Amal punyalah. Happy birthday, Amalia."
Amalia memuncungkan bibir, "Apa ni, kek birthday sendiri tapi kena buat sendiri."
"Hahaha, sorrylah. Nak buat surprise gituh. Anggaplah hadiah Amal, abang bagi duit je, haaa kek tu Amal makan tau."
"Abang kata ni untuk self reward abang?"
"Betullah tu~ Self reward abang adalah tengok Amal happy."
Amal masih dengan muncungnya, "Thank you. Jomlah makan sama-sama."
"Aik?"
"Amal bawak 2 sudu."
Irsyad tersenyum ceria. Lalu mereka duduk di bangku dan Amalia membuka bungkusan kek itu. Terpampang tulisan 'Happy Birthday, Amalia' dengan ilustrasi 3 bunga matahari, sebijik macam apa yang Irsyad request. Cute betul decorationnya.
"Kenapa bunga matahari?" Amal bertanya sambil menyuapkan sesudu kek red velvet itu ke dalam mulut.
"Sebab Amal selalu ceria dan bubbly orangnya, macam bunga matahari. Lagipun, bunga matahari cute, kan?"
"Saya cute ke?"
"Cute! Adik paling cute di dunia!" Tanpa ragu-ragu Irsyad menjawab.
Kelihatan Amalia mencebikkan mukanya, "Abang Irsyad anggap Amal macam adik je ke?"
Irsyad yang baru sahaja mahu makan tu terhenti. Eh? Soalan apa tu?
"Um, yelah." Tiba-tiba Irsyad yang tak pernah tahu malu tu mula tersipu-sipu.
"Oh, yeke." Amalia mengalihkan pandangannya dari Irsyad.
"Kalau abang cakap abang minat kat Amal, tak creepy ke?" Tanya Irsyad dengan straightforward-nya.
Amalia mengangkat muka untuk pandang Irsyad semula, "Mana ada creepy. Amal lagi suka adalah."
Hahaha. Haha. Ha. Tak cukup rama-rama dalam perut, jantung Irsyad sekarang pun tengah buat konsert. Laju betul berdegup.
Tapi kenalah jantan sikit. Irsyad melegakan tekak, "OK, um, jom kahwin." Boh, terus ke kahwin. Irsyad tersasul agaknya.
Amalia ketawa riang, "Laju betul."
Lalu mereka ketawa bersama-sama. Itu jelah cara nak hilangkan kejanggalan.
Selepas puas makan kek dalam kesunyian, Irsyad menghantar Amalia pulang ke rumah. Jalan kaki je.
Selepas Amalia selamat sampai ke rumah, Irsyad mula berjalan pulang ke rumah sendiri. Dia memandang langit jingga.
Tak sangka, suka sama suka? Bukan ke kebarangkalian benda tu terjadi ialah 1 dalam 100?
Ceh, main cakap je.
Apa-apa pun, Irsyad lelaki paling bahagia pada hari itu.
🍰
"Dah lama sia tak pergi rumah kau." Irsyad berkata kepada Aidan semasa mereka berdua naik bas ke rumah dari tempat kerja. Mereka berdua bekerja di kedai berlainan tetapi dalam mall yang sama.
"Buat apa nak pergi rumah aku?" Aidan bertanya.
"Jumpa sunflower."
"Huh?"
"Yelah, sunflower. Mak kau suka tanam bunga en?" Irsyad cuba cover. Dia takleh kasi Aidan tahu yang sunflower tu sebenarnya gelaran untuk Amalia.
"Memang dia suka tanam bunga. Tapi takde sunflower."
"Oh, yeke."
Kemudian mereka tukar topik. Nasib baiklah Aidan ni sejenis tak senang curious.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro