CHAPTER 6
"Kook sini jap,"panggil Jimin sengaja nak mengacau Jung Kook yang tengah tekun study.
"Hmm..." Jung Kook menyahut pendek sambil tumpuannya masih melekat kepada buku Biologi yang dibaca.
"Jung Kook, sinilah kejap! Jung Kook!"suara Jimin lebih menggesa.
"Pe? Bising la kau ni,"
"Hoi aku panggil kau kan ni,"Jimin yang geram tak diendahkan oleh Jung Kook terus melempar bantal ke arah belakang kepala Jung Kook. Jung Kook mencebik ketika memalingkan wajahnya ke arah Jimin. Boleh pulak Jimin senyum dengan muka tak bersalah.
Nasib baik kau cute pendek, kalau tak aku cucuk biji mata kau dengan pen ni.
"Kau nak apa Jimin,"Jung Kook tutup buku Biology untuk bagi tumpuan pada Jimin. Kan merajuk pulak mamat tu.
"Nak kau,"
"Bwo?"mulut Jung Kook ternganga. Yang Jimin cakap tadi dia tak salah dengar kan?
"Hahahah macam ni...aku nak mintak pendapat kau ni...,"Jimin senyum penuh makna. Jung Kook tahu sangat si Jimin ni nak mengadu pasal Emma la tu. Puiii!
"Pasal Emma kan,"sambung Jung Kook yang sedia boleh agak apa yang ada dalam kepala Jimin.
Jimin tepuk tangan. "Wuishh hebat la kau...macam tahu tahu je apa aku nak cakap,"baginya Jung Kook kawan yang paling sangat memahami. Sebab tu dia lebih selesa kongsikan hal hal pribadinya pada Jung Kook sebelum merujuk kawan kawan yang lain.
Jung Kook bangun dengan malas dari kerusi. Dia menuju ke katil dan duduk berlunjur di sebelah Jimin. "Kenapa dengan awek kau,"soal Jung Kook.
Jimin hela nafas yang kedengaran berat. "Hmm aku dah fikir masak masak yang aku nak konfess kat Emma hari ni jugak,"wajahnya ditekup ke bantal lalu dia menjerit kecil. "Pabo!! Tapi aku takde keyakinan!!!"
"Hello, hello....sejak bila kau jadi penakut ngan yeoja ni,"Jung Kook merangkul bahu Jimin erat.
Jimin mengangkat kepala. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Jung Kook. Wajahnya nampak buntu. "Aku paranoid sebenarnya. Kalau aku terus in serious relationship dengan Emma, aku takut something bad akan jadi. Aku takut dia tinggalkan aku ke, dia tak ihklas ngan aku ke. Kau faham kan trauma aku dulu macam mana,"
Jung Kook gelak kecil bila teringatkan kembali bagaimana teruknya keadaan Jimin ketika putus cinta dulu. Memang macam orang hilang separuh nyawa. "Yee kau nyaris nak terjun bangunan sebab frust ex kau main dengan jantan lain depan mata kau. Nasib aku selamatkan kau," ya, dia jadi rapat dengan Jimin kerana peristiwa tersebut.
"Hehehhe, sebab tu la aku sayang kau Jung Kook. Kau ada time aku perlu,"Jimin peluk leher Jung Kook. Pipinya dilagakan dengan pipi Jung Kook. Jung Kook agak tergamam.
"Kalau kau tak perlukan aku, kau akan buang aku la,"
"Errr...."
"Never mind. So, kalau kau betul betul sayang kat Emma...kau perlu buktikan pada dia,"
"Maksud kau?"
"Pergi la konfess kat dia cepat cepat. Kan dia kena rembat, kau jugak yang melepas. Lepas tu mula la nak gi terjun bangunan,"
"Serius ni?"Jimin usap bawah dagunya sambil berfikir cadangan Jung Kook.
"Ke kau nak aku bagitahu kat dia,"
"No no, tak romantik. Amacam kalau aku purpose Emma jadi makwe aku depan kawan kawan kita. Lagipun, kau sorang je yang tahu pasal Emma dengan aku. At least, aku tak nak membelakangkan kawan kawan aku,"
"Good idea,"angguk Jung Kook.
"Jap ehh, aku call Emma. Kau tolong bagitahu kat diorang kita berkumpul kat tempat biasa,"Jimin nampak betul betul teruja, terus menggapai telefon.
"Emma, hmm petang ni you free tak. Serius free ni. Cantek. Kita keluar nak. I ambik you ok,"
"Okeh....,"Dalam diam, Jung Kook simpan satu perasaan yang cukup kecewa dalam hatinya.
* * * *
Meja paling hujung menjadi tempat duduk mereka. Kafe bertemakan ala ala hipster ni agak ramai pengunjung pada waktu petang terutamanya anak anak muda seusia mereka. Ada yang datang untuk dating bersama pasangan. Sekumpulan perempuan tepi meja mereka pula tengah bergosip sambil usya usya lima jejaka heloks yang mencuri tumpuan mereka.
"Tu tu, kau tengok namja yang gigi arnab tu...mak aihh cute gila,"
"Tak yah nak gatal bijik la, namja tu aku dah chop tadi kan. Kau ambik yang muka dingin tu....auchh mesti barang besar kan,"
"Yang rambut pink tu macam bapok tu. Mesti gayboy kan,"
Jin yang duduk di kerusi paling hampir dengan budak budak popuan gedik tu cuba curi curi dengar perbualan mereka. "Bukan main diorang jadikan kita bahan lucah diorang,"bisik Jin kepada Taehyung.
"Ahh, tak payah layan diorang tu. Budak budak masuk air,"balas Taehyung tengah khusyuk main mobilel legend.
"Kita datang sini buat apa nyah. Tunggu kiamat ke," Jin flip rambutnya beberapa kali. Sebenarnya Jin nak tunjuk dia kaler rambut dia warna pink. Diorang notice je, tapi saja buat buat tak tahu. Kan kalau puji, naik kepala pulak si Jin tu.
Taehyung menggeleng. "Tak tahu. Tanya Jung Kook la. Dia yang ajak kita kan,"dia bagi lirikan mata ke arah Jung Kook.
Jung Kook yang kelihatan monyok dari tadi bersuara. "Tunggu dalam lima minit lagi Jimin sampai la tu,"lalu dia sembamkan wajahnya ke meja seperti orang broken.
"Eh Jung Kook pehal murung semacam je? Tak dapat ketum eh,"Jin dengan lawak bodoh dia memang buat mood Jung Kook lagi spoil.
"Takde apa,"balas Jung Kook ringkas.
"Emm korang, ada dapat apa apa berita dari Hoseok tak,"Yoongi mencelah. Dia musykhil kerana Hoseok dah lama tak lepak sama sama dengan diorang.
"Ntah wei. Last jumpa dia masa malam unboxing hari tu. Lepas tu 3 hari dia tiba tiba tak datang sekolah. Sakit kot?"Namjoon yang satu kelas dengan Hoseok menjawab. "Kau tak try call, chat dia ke?"dia soal Yoongi balik. Yoongi mengeluh sambil mempamerkan skrin telefonnya. Dia tunjuk chat dia dengan Hoseok di whatsapp yang hanya double tick saja serta beberapa call yang tak dijawab.
"Kau rasa?"Yoongi jongket sebelah keningnya.
"Ntahlah, mamat tu selalunya kalau jadi apa apa mesti bagitahu kita,"kata Taehyung.
"Dia dah mati kot, tak pun kena telan dengan bumi,"celah Jin dengan sindiran pedas yang mengudang kemarahan Yoongi.
"Woi mulut kau tu aku sumbat gelas ni kang,"Yoongi dah sedia angkat gelasnya.
Perbualan mereka terhenti bila kelihatan Jimin melangkah masuk ke dalam cafe. Seorang perempuan cantik mengekori belakang Jimin sambil memegang tangan lelaki itu. Mereka bersorak pada Jimin dari jauh.
"Wow, abang Jeman bawak awek la,"usik Taehyung. Namjoon pulak tak lepas memandang perempuan seksi sebelah Jimin.
"Hai guys, sorry lama tunggu!"Jimin melagakan penumbuk dengan kawan kawannya.
"Kenalkan...ni Emma,"dia memperkenalkan Emma kepada kawan kawannya. Emma menunduk sedikit sebelum berjambat tangan dengan mereka penuh sopan.
"Take your sit,"Jimin mempersilakan Emma melabuhkan punggung di sebelah kerusi Jung Kook.
Jimin tarik nafas ketika pandang semua kawan kawannya. Sesekali ekor matanya mengerling Jung Kook. Jung Kook sekadar memberikan senyuman pendek pada Jimin.
"Kejap eh,"Jimin pergi ke kaunter, membiarkan Emma rancak berbual dengan kawan kawannya. Dalam beberapa saat Jimin balik semula ke meja mereka. Betul betul di hadapan Emma, dia melutut sambil mengangkat sejambak bunga ros merah jambu. Mereka bersorak sehingga semua pengunjung memberikan tumpuan pada mereka. Emma menekup mulut kerana terharu.
"I tahu I ni rupa takde lah kacak mana...hmm pendek 3 cm dari you, but will you accept me to become someone special for you. Aii macam mana nak cakap ni, ok saya cintakan awak Emma. Jom kita kapel,"membahang merah muka Jimin kerana malu.
"You terima jelah kawan I ni Emma,"Jin menepuk bahu Emma bagi sokongan.
"So sweet," Emma menyambut jambangan bunga tersebut. Saat Jimin bangun, dia memeluk pinggang Jimin membuatkan semua yang menyaksikan mereka bertepuk tangan. Jimin memimpin Emma ke sebuah meja khas untuk mereka berdua.
"Terbaik la PARK JIMIN. MOGA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN EMMA TU,"jeritan Taehyung mengundang tawa yang lebih kuat. Terus Jimin pergi tumbuk perut Taehyung secara perlahan.
Jung Kook angkat punggung dari kerusi. "Sorry guys, aku kena pergi. Ada hal sikit,"
"Kau nak pergi mana?"tegur Jimin.
"Cam ni, aku dengan Jung Kook plan nak melawat Hoseok. Korang enjoy la ye,"Yoongi turut sama bangun untuk cover Jung Kook.
"Kirim salam aku kat Hoseok. Nanti korang berdua datang lah lepak rumah aku malam ni. Esok kan dah start cuti sekolah,"kata Jimin. Jung Kook dan Yoongi mengangguk serentak.
* * * *
"Hmm kau yang lambat sangat. Melepaslah jawabnya. Kalau kau take action lagi awal dari si Emma tu, boleh la aku tolong sikit,"Yoongi masih menenangkan Jung Kook yang kecewa. Mereka berdua duduk di bangku yang menghadap tasik.
Jung Kook kesat air mata sebelum melepaskan tawa kecil. "Mengarutla kau ni,"dia laga bahu Yoongi dengan bahunya perlahan.
Yoongi angkat penumbuk yang digengam. "Dont worry la. Diorang baru kapel je pun. Anytime boleh break. Kau ada chance lagi doo,"dia bagi semangat pada Jung Kook supaya jangan mudah give up.
"Ah malas dah aku nak fikir. Anyway, kau simpan pasal aku ni sampai bila bila tau. Malu la aku kalau diorang tahu yang aku ni...."
"Ni Yoongi lah. Aku simpan rahsia kau tu sampai masuk kubur. Dah ah, jom gi rumah Hoseok. Entah apa jadi kat dia tu,"
"Caring gila kau kat Hoseok. Kau homo jugak ehh,"
"Hahahah tak okay. Ni caring sebab kawan je,"
* * * *
Yoongi mendahului Jung Kook masuk ke perkarangan rumah Hoseok. Semua pintu rumah kelihatan tertutup rapat termasuklah tingkap bilik Hoseok. Yoongi tekan doorbell sebanyak tiga kali. Mereka menunggu pintu rumah dibuka. Tapi 10 minit berlalu, tak nampak gaya rumah tersebut berpenghuni. Omma dan appa Hoseok mungkin masih di tempat kerja pada waktu sebegini. Yang peliknya, mana Hoseok sekarang?
Jung Kook cuba menghubungi Hoseok. Tut tut tut dia menunggu penuh debar talian disambungkan kepada Hoseok.
"Yow!"suara Hoseok kedengaran dari corong telefon. Jung Kook tukar mood loud speaker supaya Yoongi boleh dengar sama.
"Kau kat mana sekarang. Aku dengan Yoongi kat depan rumah kau ni. Kau ada kat dalam ke?"
Suara Hoseok termengah mengah seperti menyambut panggilan ketika sedang berlari. Detak dentum tapak kaki Hoseok sedikit menenggelamkan suaranya.
"Yoongi, Jung Kook.....kau kena tolong aku! Kita dalam bahaya. Mereka tengah buru kita. Aku simpan rahsia besar mereka,"
* * * *
Hoseok melajukan lariannya. Van hitam yang mengejar di belakang semakin menghampirinya. Shit dia ingatkan van tu tak dapat kejar dia dah.
"Kau kat mana sekarang. Aku dengan Yoongi kat depan rumah kau ni. Kau ada kat dalam ke?" suara Yoongi dan Jung Kook memanggilnya cemas.
"Yoongi, Jung Kook.....listen to me! Kita dalam bahaya. Mereka tengah buru kita. Aku simpan rahsia besar mereka,"Telefon yang ditelekapkan ke telinga melucut jatuh ketika kepala van merempuh belakang tubuh Hoseok. Dia rebah tapi cepat cepat bangun semula. Dia semakin hampir dengan rumahnya. Cuma beberapa meter lagi. Dari jauh dia melihat Jung Kook dan Yoongi keluar melalui pagar rumahnya. Malangnya van laju memintas bersebelahan Hoseok.
Seorang lelaki bertopeng muka menolak pintu van dan menarik Hoseok ke dalam perut van. Belum sempat Hoseok menjerit, hidungnya ditekup sapu tangan yang dibasahi ubat pelali.
* * * *
Sebuah van berwarna hitam melintas di hadapan Yoongi dan Jung Kook sewaktu mereka meninggalkan rumah Yoongi. Panggilan Hoseok tadi terputus dengan tiba tina. Yoongi cadangkan mereka buat report pada polis sebab Hoseok ada sebut sesuatu yang bahaya terjadi pada 'mereka'.
Tinggg! Notifikasi pesenan yang masuk ke telefon Jung Kook berdenting. Jung Kook tarik lengan Yoongi supaya baca sama sama mesej yang Hoseok hantar.
Hoseok:
Bro, aku ok je. Tdi kena kejar dgn anjing. Btw aku kat rumh haelmoni aku ni. Nanti kita jumpa ye! Rindu korang
Yoongi angkat bahu tidak tahu nak respons apa. "Hmm dia ok la tu kot,"
"Kau yakin ke,"Jung Kook masih curiga. Dia balas mesej Hoseok itu. "Malam nanti kau call aku. Aku nak make sure kau selamat,"
Hoseok:
Ok :)
"Dah ah, jom gi makan teabboki. Aku belanja. Malam nanti kau join tak lepak kat rumah Jimin,"ajak Yoongi.
"Join kot....."balas Jung Kook.
"Eleh mestilah kan. Kau sayang Jimin lagi kan....kan kan,"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro