CHAPTER 3
Pintu rumah diketuk bertalu talu dari luar. Jimin tarik pintu dengan takut takut.
Kepala Jin terjengul di balik pintu dengan muka masam. "INGATKAN BARU TAHUN DEPAN KAU NAK DATANG BUKAK PINTU NI," Jin mendengus geram. Lagi buat dia naik marah bila Jimin menghalang dia masuk ke dalam rumah.
"Tepi la. Asal tak bagi aku masuk. Aku siap tolong belikan burger untuk korang semua ni,"plastik di tangannya diangkat. Malangnya, tiada sesiapa pun yang memberikan respon gembira. Jin pelik kerana kawan kawannya yang lain di belakang Jimin memerhatikan ke arahnya semacam makhluk asing.
Taehyung menggosokkan mata beberapa kali. "Ok, aku tak tahu nak cakap apa dah....but apa yang jadi tadi memang gila,"ujar Taehyung. Jin mengerutkan dahi kerana tak faham.
Jimin tahan dada Jin. "Before kau masuk, aku kena make sure kau ni betul betul manusia,"tangannya merayap ke seluruh tubuh Jin. Jimin dapati tubuh Jin berjirim, berjasad. Kalau hantu, mesti tangan Jimin dah menembusi tubuh Jin. Lagipun, tapak kaki Jin memang rapat sentuh lantai.
"Lol Jimin. Aku tahu la malam ni aku cun gila sampai kau stim raba raba aku. Agak agak la wei depan diorang kot. Dalam bilik boleh bincang baik baik bro,"Jin masih boleh buat lawak hambar.
Jimin masih ragu ragu. "One question. Kalau kau boleh jawab soalan ni kitorang percaya kau betul betul Kim Seok Jin. Bukan hantu,"
"Apa lagi? Aku tak fahamlah dengan korang ni,"keluh Jin.
"How many times Namjoon masturbate dalam seminggu,"soal Jimin. Hanya betul betul member je yang tahu jawapan kepada soalan ni.
"Pehal sial tanya soalan macam tu,"Namjoon menjerit malu.
Bibir Jin tersenyum senget. Jarinya dipetik penuh gaya. "Zero sebab Namjoon ada masalah mati pucuk. Puas hati kau,"dengan yakin dia menjawab.
Jimin mengangguk dan mengizinkan Jin untuk masuk. "Silakan tuan puteri...."
Benda pertama yang diorang terus terkam adalah beg plastik berisi burger di tangan Jin.
* * * *
Masing masing melahap burger yang Jin belanja. Mereka duduk berkumpul di dapur (tempat paling selamat kata Jimin). Jung Kook sedang membancuh hot coklat sementara kawan kawannya yang lain bercerita satu persatu kepada Jin apa yang dah jadi tadi.
"Seriuslah aku ada masa korang buat unboxing tu?"Jin macam susah nak percaya bila diberitahu kewujudan Jin kedua yang bersama diorang sekejap tadi. Naik meremang bulu roma.
"Kitorang tak syak apa apa pun tu bukan kau. Sebab 'benda' tu memang pandai gila menyamar jadi kau,"jelas Jimin. Mulut penuh mengunyah burger.
"Seram wei dapat tahu kita unboxing sama sama dengan hantu,"tambah Yoongi.
"Habis tu benda tu ada lagi ke sekarang ni?"Jin cuak. Tak ke gila kalau identitinya dicuri hantu. Dan hantu tu terus menyamar sebagai dirinya, menjalani hidup sepertinya. Tak rela dia ada kembar.
"Tak pasti. Taehyung cakap benda tu terkurung dalam bilik. Nanti kita check sama sama jap agi,"kata Namjoon.
"Aku rasakan, kita kena kacau sebab Hoseok bukak kotak tu. Mybe kita dah bebaskan something. Kau tak rasa apa apa ke Seok,"Jimin pandang Hoseok.
"Takde pun. Biasa je!"Hoseok menggeleng tenang. Dia mengelap mulut yang melekat sos.
"Hmm lebih baik kita buang je barang barang tu. Kalau simpan, mungkin benda tak elok akan jadi,"Jung Kook membawa dulang berisi tujuh buah mug. Dia aturkan mug ke meja sebelum melabuhkan punggung di kerusi sebelah Jimin.
"Sedap air kau buat,"puji Jimin yang menghirup hot coklat yang masih berasap.
"I love you 3000,"balasan Jung Kook buat Jimin tersedak.
"Hah?"
"What? Aku baca tulisan kat mug kau tu," kata Jung Kook.
"Hoi, nak bersweet pun tunggu settle masalah ni dulu,"pintas Jin yang tak puas hati kalau tengok Jung Kook bersemut dengan Jimin.
"Sayang la kalau buang. Kau tak nak tahu ke siapa perempuan dalam gambar tu? Barang barang tu semua ada misteri. Ni macam riddle. Kita kena cari tahu apa jadi pada yeoja tu and korang ingat lagi tak nota....."Hoseok nampak lebih berminat.
"Mengarut. Kau nak cari nama setan tu? Stop it Hoseok. Aku tak nak terlibat benda benda ada kaitan dengan setan ni,"laju Taehyung memotong kata kata Hoseok.
Namjoon tepuk meja. "Alright, buat undian baru adil. Saper undi kita buang je barang barang tu,"dia angkat tangannya sendiri. Diikuiti Taehyung, Jung Kook, Jin dan Jimin.
"Yang tak nak buang?"
Yoongi dan Hoseok angkat tangan.
"So buang je. Muktamad!"
"Dah dah, ikut aku naik atas. Kita buang barang barang tu malam ni jugak. Kan tak pasal pasal rumah aku jadi berhantu lepas ni," Jimin tolak mugnya. Dia bangun mengajak kawan kawannya ke tingkat atas.
* * * *
Mereka tolak Jimin ke hadapan.
"Kau jalan dulu. Rumah ni rumah kau kan. Dan barang barang tu kau yang beli,"senang je mereka letakkan semua kesalahan pada Jimin. Tak nak gaduh, Jimin mendaki beberapa anak tangga dengan berhati hati. Mereka mengekori dari belakang Jimin. Jimin menjongketkan kaki mendongak biliknya di atas yang cuma beberapa anak tangga lagi. Pintu bilik kelihatan masih tertutup rapat.
"Kita gi bukak pintu tu sama sama. Apa apa jadi, korang jangan lari tinggalkan aku,"pesan Jimin sebelum dia betul betul berdiri di hadapan pintu bilik.
"Mengucap banyak banyak Jimin,"Jin genggam belakang tubuh Jimin. Dia dapat rasa getaran dari tubuh kekar Jimin. Jimin menelan air liur seraya menulas tombol pintu. Daun pintu ditolak perlahan. Sumber cahaya dari telefon disorot ke sekeliling ruang bilik yang gelap.
"What the hell!"mereka terbeliak menjenguk lantai yang berlimpah darah. Balang kaca yang berisi darah dah pecah mungkin jatuh ke atas lantai. Bau bangkai bercampur hanyir darah meloyakan tekak.
Masing masing menekup hidung. Mereka menapak ke meja di tengah bilik. Kotak hitam masih terletak elok di atas meja. Cuma di permukaan meja kayu terdapat tiga garis kesan cakaran panjang.
"Aku try baiki lampu,"Jimin panjat naik ke atas meja untuk menukar tiub pendaflor yang baru. Dalam 5 minit, bilik tersebut terang dengan cahaya. Baru mereka perasan ada banyak helaian rambut dalam lopak darah di lantai.
"Organ dalam balang tadi dah hilang,"Yoongi bersuara sambil menunjukkan serpihan balang kaca berdekatan kaki meja.
"Dah kena makan kot,"balas Jung Kook. Hoseok dan Namjoon tolong mop darah kat lantai. Jin kutip sisa sisa kaca dan helaian rambut yang cukup banyak.
"Mana datang rambut rambut ni semua kalau rambut dalam botol ni ada lagi," Yoongi angkat botol yang berisi darah dan rambut. Botol tu masih elok berada di tepi kotak kayu. Barang barang lain memang tak terusik.
"Ntah la. Aku takde jawapan yang logik,"Jimin bersandar pada dinding. Dia pandang tingkap biliknya yang luas terbuka.
"Tak heran lepas ni bilik kau berhantu. Hihihihi!"usik Jin.
"Sokay je, bukan hantu tu boleh cederakan aku pun. Kemas siap siap cepat. Dah lewat malam ni,"Jimin tolong Hoseok masukkan semula barang barang ke dalam kotak besar untuk dibuang. Bilik Jimin bersih semula dalam masa 30 minit.
* * * *
"Kalau jadi apa apa call kitorang,"Namjoon menepuk bahu Jimin ketika keluar dari rumah.
"Jangan risau. Jung Kook ada temankan aku,"Jimin ranggul tangan Jung Kook erat.
"Gudnite. Aku balik luh!"
* * * *
1 pagi. Hoseok menyorok di sebalik tiang lampu jalan berhadapan dengan rumah Jimin. Dia perhatikan rumah tersebut. Bilik Jimin kelihatan dah gelap. Dia pandang sekeliling sebelum melangkah perlahan ke arah tong sampah di luar pagar rumah. Suasana sunyi malam memberi rasa seriau. Sesekali lolongan anjing menyapa sayup sayup dari kejauhan. Tidak menunggu lama, dia menggeledah sampah di dalam tong sampah. Dia hiraukan tangan dan bajunya menjadi kotor.
"Dapat pun,"Hoseok memasukkan kotak hitam yang dijumpainya ke dalam beg. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tersembunyi mengenai kotak tersebut. Dia meninggalkan rumah Jimin dengan mengayuh basikal yang diletakkan di sebuah kedai lebih kurang 10 meter dari rumah Jimin. Memang tak lah dia nak jalan kaki balik rumah.
Dahi yang berpeluh dikesat dengan belakang tangan. "Haduih, pehal tiba tiba jadi berat pulak basikal aku ni,"Hoseok mengayuh dengan sekuat tenaga namun basikalnya tetap bergerak perlahan seperti ada beban yang menumpang di tempat pembonceng.
"Lambat lagi ke nak sampai rumah ni,"Dia tak berani nak toleh ke belakang. Mata terus pandang ke hadapan sehinggalah dia melihat bumbung rumahnya. Nafas dihela lega.
* * * *
Ukiran pada kotak kayu hitam yang dipegang Hoseok itu terlihat sangat unik. Lama dia memerhatikan setiap simbol simbol pada kotak. Yang dia tahu simbol bintang lima bucu dalam bulatan adalah simbolik kepada Satanic atau penyembahan Syaitan. Simbol simbol yang selebihnya dia perlu kaji sendiri terutama satu simbol bulat berwarna emas di tempat buka kotak.
Pukul 2.00 pagi. Matanya sukar untuk lelap selagi persoalan yang berlegar di dalam kepalanya tidak menemuai jawapan. Dia mengambil beberapa keping gambar simbol yang berwarna emas. Dia scan gambar tersebut di peranti google. Hasil carian menemukannya kepada beberapa maklumat yang mengejutkan.
"BAEL?"Hoseok menyebut nama khusus simbol tersebut. Jarinya menscroll beberapa gambar lakaran wajah Bael.
Setiap info yang dibaca berkaitan Bael di laman wikipedia membuatkan bulu romanya naik meremang.
𝙱𝚊𝚎𝚕 𝚊𝚍𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚜𝚢𝚊𝚒𝚝𝚊𝚗 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚣𝚊𝚖𝚊𝚗 𝚔𝚞𝚗𝚘. 𝙳𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚋𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚖𝚒𝚝𝚘𝚕𝚘𝚐𝚒 𝚔𝚞𝚗𝚘, 𝙱𝚊𝚎𝚕 𝚍𝚒𝚐𝚊𝚖𝚋𝚊𝚛𝚔𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚊𝚒 𝚛𝚊𝚓𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚋𝚎𝚛𝚜𝚞𝚊𝚛𝚊 𝚜𝚎𝚛𝚊𝚔 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚖𝚒𝚕𝚒𝚔𝚒 𝚔𝚎𝚔𝚞𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚊𝚒𝚋𝚔𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊 𝚍𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚖𝚎𝚛𝚒𝚗𝚝𝚊𝚑 𝚔𝚎 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝟼𝟼 𝚙𝚊𝚜𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚒𝚋𝚕𝚒𝚜. 𝙱𝚊𝚎𝚕 𝚊𝚝𝚊𝚞 𝙱𝚊𝚊𝚕 𝚋𝚎𝚛𝚖𝚊𝚔𝚜𝚞𝚍 𝚛𝚊𝚓𝚊, 𝚔𝚎𝚝𝚞𝚊.
𝙱𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚙𝚎𝚗𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚐𝚊𝚖𝚋𝚊𝚛𝚔𝚊𝚗 𝙱𝚊𝚎𝚕 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑 𝚖𝚞𝚗𝚌𝚞𝚕 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚋𝚎𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚔𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐, 𝚔𝚊𝚝𝚊𝚔, 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊 𝚊𝚝𝚊𝚞 𝚋𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚐𝚊𝚋𝚞𝚗𝚐𝚊𝚗𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚖𝚎𝚗𝚝𝚊𝚛𝚊. 𝙱𝚊𝚎𝚕 𝚓𝚞𝚐𝚊 𝚍𝚒𝚔𝚊𝚝𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚖𝚞𝚗𝚌𝚞𝚕 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚋𝚎𝚛𝚔𝚎𝚙𝚊𝚕𝚊 𝚔𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐, 𝚔𝚊𝚝𝚊𝚔, 𝚍𝚊𝚗 𝚖𝚊𝚗𝚞𝚜𝚒𝚊 𝚜𝚎𝚌𝚊𝚛𝚊 𝚜𝚎𝚛𝚎𝚗𝚝𝚊𝚔.
"𝙿𝚘𝚕𝚒𝚜 𝚜𝚎𝚖𝚙𝚊𝚝 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚊𝚕𝚊𝚗𝚐 𝚛𝚒𝚝𝚞𝚊𝚕 𝚙𝚎𝚖𝚞𝚓𝚊𝚊𝚗 𝙱𝚊𝚊𝚕 𝚍𝚒 𝙲𝚊𝚕𝚒𝚏𝚘𝚛𝚗𝚒𝚊,"
"𝙳𝚞𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚊𝚍𝚒𝚔 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚍𝚒𝚔 𝚍𝚒𝚙𝚎𝚛𝚌𝚊𝚢𝚊𝚒 𝚍𝚒𝚌𝚞𝚕𝚒𝚔 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚍𝚒𝚓𝚊𝚍𝚒𝚔𝚊𝚗 𝚔𝚘𝚛𝚋𝚊𝚗 𝚛𝚒𝚝𝚞𝚊𝚕 𝚙𝚎𝚖𝚞𝚓𝚊𝚊𝚗 𝙱𝚊𝚊𝚕,"
"𝚂𝚎𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚎𝚕𝚊𝚔𝚒 𝚍𝚒 𝙰𝚖𝚎𝚛𝚒𝚔𝚊 𝚍𝚒𝚙𝚎𝚛𝚌𝚊𝚢𝚊𝚒 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚞𝚗𝚞𝚑 𝚔𝚎𝚜𝚎𝚖𝚞𝚊 𝚊𝚑𝚕𝚒 𝚔𝚎𝚕𝚞𝚊𝚛𝚐𝚊𝚗𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚋𝚊𝚐𝚊𝚒 𝚔𝚎𝚝𝚊𝚊𝚝𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚍𝚎𝚠𝚊 𝙱𝚊𝚊𝚕,"
Hoseok menggapai semula kotak tersebut. Dia type setiap perkataan yang terukir pada bahagian atas kotak di google translate.
𝐇𝐚𝐞𝐜 𝐚𝐮𝐭𝐞𝐦 𝐚𝐫𝐜𝐚 𝐟𝐨𝐫𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐥𝐱𝐯𝐢 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫𝐞 𝐞𝐭 𝐜𝐮𝐦 𝐥𝐞𝐠𝐢𝐨𝐧𝐢𝐛𝐮𝐬 𝐢𝐧 𝐦𝐮𝐧𝐝𝐮𝐦.
"These things, however, with his legions, and the ark of the hole where Isa to let them go into the world,"Hoseok menggaru kepalanya. Habuk pun dia tak faham. Dia termenung sekejap menerung anak patung di dalam kotak. Jarinya menekan bahagian kepala anak patung yang terasa keras. Lantas dia mengambil gunting dan membelah kepala anak patung.
"Pendrive?"Hoseok terus mencucuh pendrive ke dalam port laptop. Dia klik pada devices yang bernama "Kim Yuna" kemudian muncul beberapa file dan pdf. Dia klik file pertama yang berlabel "Budak budak hilang,". Ada lima keping gambar berserta biodata dan tarikh mangsa mangsa dipercayai hilang secara misteri. Hoseok back ke file "video". Cuma ada tiga video. Kesemua video itu merakam aktiviti sekumpulan manusia berjubah hitam yang berjalan perlahan mengelilingi simbol Bael. File pdf pula berkaitan informasi ringkas pemujaan Baal dan jurnal milik seorang wartawan bernama Kim Yuna yang menjejak kumpulan penyembah Bael.
Hoseok habiskan masa sehingga subuh dengan membaca dan meneliti bahan bahan di dalam pendrive. Tanpa sedar, dia tertidur di meja belajar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro