Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dw | where are we?

+

Belakang badan aku ditolak perlahan olehnya. Secara automatik badan aku terdorong kehadapan dua langkah.

" apa hyung ni? Main tolak tolak. " jelingan maut diberikan.

Dengan muka selambanya, dia hanya mengangkat bahu dan menolak lagi badan aku supaya bergerak.

" aku tak ada masa nak main main dengan kau, budak. Jangan buang masa aku. Jalan cepat. " arahnya dengan tegas.

Aku hanya berdecit dan hanya menuruti kata katanya. Sesampai saja dihadapan bilik neraka aku, Juhyun memulas tombol pintu.

" kau tunggu apa lagi? Masuklah. " arahnya lagi membuatkan hati aku membara panas.

Lehernya aku cengkam dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi aku cengkam lengan kanannya.

" kau.. hyung yang sial. Jeon Juhyun sial. " kata aku dengan geram.

Juhyun memandang aku dengan pandangan menyampah. Lengan aku dipegang dan ditarik masuk ke dalam bilik.

" kau ni bodoh tahu tak? Kau ingat ni tempat biasa biasa? " soalnya seraya melepaskan pegangannya pada tangan aku.

" lepastu kau nak aku cakap bukan biasa biasa? Luar biasa? Macamtu? " soal aku kembali tersenyum sinis kepadanya.

Juhyun menunjal kepala aku kasar membuatkan badan aku terdorong kebelakang sehingga terlanggar dinding.

" kawalan disini ketat lah bodoh. Kau cubalah bermacam cara pun, kau tetap akan tertangkap. Kau ingat kami pakai teknologi zaman sekarang? Kau salah. Kami gunakan teknologi 5 tahun kedepan. " terangnya tanpa aku bertanya terlebih dahulu.

Tapi tetap aku terkejut dengan keterangan yang diberikannya. 5 tahun kedepan? Tak dapat dinafikan yang teknologi mereka sangat canggih. Mereka mendahului sebelum masyarakat pada 5 tahun akan datang gunakannya.

" keji betul. " kata aku perlahan.

" aku dengar. " sesekali Juhyun menjeling aku sekilas sebelum dia keluar dari bilik.

Belum sempat aku menahannya, dia sudah menutup pintu.

" sial. " carut aku apabila pintu tidak boleh dibuka.

Sah Juhyun kunci dan kurung aku dalam bilik serupa neraka dunia ini. Keluhan berat dilepaskan. Badan disandarkan kedinding.

Pada saat ini, apa yang aku harapkan cumalah keajaiban.


* * *

Juhyun memberhentikan langkahnya apabila terdengar suara orang orang mereka yang sedang bercakap mengenai sesuatu.

" mangsa yang baru tu, kau dah ambil matlumat dia? " soal salah seorang dari mereka yang merupakan ketua.

Lelaki yang disoal itu membelek belek fail berwarna hitam yang tertulis DARKWEB dihadapan fail. Kemudian, digelengkan kepalanya bagi menjawab soalan itu.

" kenapa tak ambil lagi? " soal ketua dingin.

Fail tebal itu ditutup dan diletakkan ditepi sebelum dia menjawab soalan tersebut.

" tak sempat. Harini banyak mangsa baru. Aku-- "

Meja ditepuk kasar sehingga bergegar menyebabkan beberapa gelas yang berada di atas meja terjatuh dan pecah.

" alasan. Padahal kau yang lembab. Huh.. " potongnya dengan tiada adabnya.

Orang jahat mana yang ada adab? Orang bodoh mungkin.

" aku tak nak dengar apa apa alasan lagi. Kau, pergi buat kerja sekarang! Buat apa yang perlu. " sambungnya lagi dengan arahan.

Lelaki itu sekadar mengangguk. Malas mahu menjawab lebih lebih, ketuanya pula jenis yang tak reti bawa bertenang.

" termasuk ujian tu? " soalnya menginginkan kepastian.

Sekali lagi meja ditepuk. Secara automatik lelaki itu dan beberapa yang lain lagi terhincut badan mereka kerana terkejut.

" pernah aku tak jalankan ujian tu? Si lembab? " soalnya kembali dengan jelingan maut.

Cepat cepat lelaki itu menggeleng dan menunduk maaf.

" kau dan kau, bertugas dengan dia. " jarinya ditudingkan ke arah lelaki yang berambut perang itu dan kemudian beralih pula pada lelaki disebelah lelaki.

Mereka tanpa menjawab apa apa, hanya menganggukkan kepala apabila mendengarkan arahan yang diberi itu.

Fail berwarna hitam itu dicapai. Mereka bertiga segera bangun dan keluar dari bilik itu untuk melakukan tugas yang sudah diarahkan.

Juhyun hanya memerhati mereka apabila mereka bertiga lalu disebelahnya. Dia kemudian masuk ke dalam bilik tersebut dan mengambil tempat duduknya.

" kau tak pernah bagitahu pun apa yang kau nak buat berdasarkan ujian yang kau jalankan atas mereka. " ujar Juhyun tidak memandang ketua itu sambil melipat lengan bajunya hingga ke siku.

Hilaian tawa kedengaran jelas dan sedikit bergema kerana bilik itu tidaklah terlalu banyak barang mahupun perabot. Ianya cumalah sekadar bilik mesyuarat yang diletakkan satu meja panjang dan kerusi kerusi yang mencukupi. Dan tak lupa juga satu perabot khas untuk fail.

" memang sengaja aku tak beritahu kepada orang orang kita sekarang. " balasnya menongkat dagu.

Juhyun mengangkat wajahnya memandang ketuanya itu dengan pandangan hairan.

" huh..? Sengaja? " soal Juhyun.

" kau orang semua tak perlu tahu sekarang. Bila tiba masanya, aku akan beritahu. " katanya dengan senyuman sinis.

Juhyun memandangnya tanpa sebarang reaksi. Padahal dalam hati sudah serumpah seranah ketua yang suka bermain tanda tanya dalam fikirannya. Memang menyusahkan.

" yang penting, rancangan aku ini sangat menarik. Kau sendiri akan berbangga dengan aku. Percayalah. " katanya lagi.

Juhyun menjongketkan sebelah keningnya. Makin lama, kelihatan makin pelik pula ketuanya ini.

" kau pasti? " soal Juhyun berani.

Tiada siapa yang berani mempersoalkan sebegitu kecuali dirinya disebabkan dialah yang paling rapat dengan ketua itu. Dan pangkatnya adalah bawah daripada ketua. Lebih kurang seperti orang kanan. Dia merupakan salah seorang daripada orang orang yang sangat setia dengan ketua.

Setia? Ya dia memang setia walau pada hakikatnya kadang kadang dia menyampah.

" kau tak percayakan aku, sahabat? Kau jangan mempersoalkan hal itu lagi. Aku pasti dan sangat yakin semuanya akan berjalan lancar. Strategi yang aku susun pasti berjaya. " katanya diakhiri dengan gelak tawa yang besar.

Juhyun sekadar memberikan senyuman pada ketuanya itu. Ikhlas? Langsung tak ikhlas. Dia hanya mengukirkan senyuman palsu.

* * *

Yoongi menggosok kepalanya beberapa kali disebabkan sakit kerana terhentak pada sesuatu. Dia berundur sedikit sambil matanya masih terpejam.

PAK!!!

" ugh.. " aduh seseorang seperti sedang kesakitan.

Yoongi seperti mengecam suara itu. Dengan lantas, dia membuka matanya. Manakala tangan kanannya masih setia memegang kepala.

" Seokjin? "

Lelaki itu memandang Yoongi dengan ketapan gigi menahan sakit dibadan dan dikepala.

" Yoongi? YOONGI! "

Seokjin mendapatkan Yoongi dan memeluk lelaki itu erat. Seperti lama mereka tidak berjumpa. Yoongi yang seakan bingung itu hanya membiarkan dirinya dipeluk.

" kita dekat mana? Dan, macam mana kita boleh ada dekat sini? " soal Yoongi masih bingung.

Seokjin meleraikan pelukannya. Dia memandang Yoongi dengan wajahnya yang sedih.

" tadi entah macam mana kau boleh jatuh. Tak lama lepastu, aku pun ikut jatuh. Akhirnya, kat sinilah kita. " terang Seokjin ringkas.

Yoongi terdiam. Cuba memproses semula kata kata Seokjin. Mungkin kerana kesan pada kepalanya yang mungkin membuatkan dia sedikit bingung.

" ah.. " lambat lambat Yoongi mengangguk faham.

" tapi.. tempat apa ni? " sambungnya lagi dengan soalan.

Seokjin baru tersedar tentang itu. Dia dengan pergerakan yang pantas terus memerhati sekeliling.

" aku.. tak tahu. " ujar Seokjin perlahan.

Mereka berdua tetap memerhati sekeliling dan cuba mengenalpasti dimana mereka berada.

Seokjin bangun diikuti dengan Yoongi. Mereka berdua berjalan disekeliling tempat tersebut.

Pandangan Seokjin terhenti pada pintu ditempat mereka berada itu. Pandangan dialihkan memandang Yoongi yang masih tidak dapat memproses apa apa.

Seokjin berlari anak diikuti oleh Yoongi dari belakang sehingga mereka betul betul berada dihadapan pintu.

Seokjin mendaratkan tangannya ke atas tempat pemulas pintu. Dengan perlahan pintu dibuka penuh berhati hati. Dia membuka pintu dengan sempit untuk langkah berjaga jaga.

Dia cuba mengintip dari dalam untuk melihat apa yang ada diluar. Lama juga Seokjin mengintip sehinggakan Yoongi berasa pelik.

" ada apa apa tak? " soal Yoongi tidak mahu menunggu lama.

Seokjin memberi isyarat tangan menandakan dia masih lagi cuba mengesan suasana diluar.

" Y-Yoongi.. aku.. tak pasti dengan apa yang aku nampak, tapi.. " perlahan lahan Seokjin menjarakkan diri sedikit daripada pintu.

Wajah Yoongi yang masih hairan itu dipandangnya. Wajah Seokjin pula jelas menunjukkan yang dia tidak sangka apa yang dilihatnya diluar.

" tapi apa? " soal Yoongi lagi.

Kerana Seokjin lambat memberikan respons, Yoongi terus mengintip sendiri. Seketika kemudian, dia memandang Seokjin.

Dari riak wajah Yoongi jelas menunjukkan yang dia juga seakan tergamam dan terpana.

" kau nak maksudkan yang kita.. "

Belum habis Yoongi berkata kata, Seokjin mengangguk dan menjawab.

" ya. Kita berada di tempat pengumpulan kapal terbang. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro