dw | we can
+
Bau hanyir itu makin menjadi jadi apabila dia makin mendekati aku dengan cara merangkak. Aku pula makin berundur sehinggalah tiada jalan lagi.
Badanku sudah menyentuh pintu. Pada waktu ini, aku hanya berdoa didalam hati agar makhluk yang entah manusia atau sebaliknya ini tidak mengganggu aku.
Dia mendekatkan mukanya sehinggakan dapat aku rasa hembusan nafas kasarnya di mukaku. Aku memejamkan mata dengan rapat dan memalingkan muka ke tepi.
Hembusan nafas yang menyapa hangat di mukaku itu semakin tidakku rasa. Perlahan lahan aku membuka mata dan memandangnya.
Nampaknya, dia makin berundur sedikit tapi masih kekal setia berada di hadapan aku sambil memandang aku.
" pergi! Aku tak ganggu kau! Jadi, kau tak perlu ganggu aku! " ujar aku menghalau makhluk ini.
Apa yang dia buat adalah makin mendekat. Makin menggigil aku dibuatnya. Aku cepat cepat mencari akal untuk menghalau makhluk ini daripada terus mendekati atau mencederakan aku.
Aku memandang ke setiap tempat untuk mencari alat yang boleh dijadikan sebagai senjata.
Kayu.
Itulah satu satunya benda yang aku nampak, kayu. Dengan cepat aku mengesot ke arah kayu tersebut. Lutut aku terlalu lemah untuk berjalan mahupun berlari.
Tidak mahu melengahkan masa lagi, terus aku capai sebatang kayu itu. Aku mengemaskan pegangan tangan pada kayu tersebut.
Dengan sedaya upaya aku mengumpul tenaga didalam diri ini yang masih lagi tersisa. Aku dengan pantas bergerak ke arah pintu.
" hyung! Buka pintu ni! " teriak aku sambil memulas mulas pintu yang terkunci itu.
Kawalan disini sangat ketat. Mempunyai pintu yang automatik terkunci sendiri daripada dalam memang menyusahkan aku.
Nasib baiklah bilik aku tidak begini. Mungkin kerana aku diikat dan makhluk ini pula tidak? Tapi mereka tetap bodoh kan?
Seperti yang aku jangka, tiada respon daripadanya. Mana pula dia pergi disaat aku dalam kesusahan?
Aku kembali memandang makhluk itu kalau kalau dia tidak lagi berada dihadapan aku. Tapi tidak, dia masih ada lagi.
" tolonglah pergi.. " rayu aku sambil memeluk lutut dan menyembamkan muka.
Aku fikir dia memang tidak akan jawab apa saja yang aku cuba bicara dengannya tapi aku silap apabila dia membuka mulut.
" tolong aku.. "
Dengan suara sayunya itu membuatkan kata katanya memang seperti inginkan bantuan yang memang diharapkan olehnya.
Aku memandangnya dengan riak wajah yang agak terkilan. Dalam masa yang sama, tiba tiba saja pintu yang sedang aku bersandar itu seperti ditolak paksa oleg seseorang untuk membuka pintu.
" bukalah. " dingin saja suara Juhyun menyapa.
Aku baru sedar yang Juhyun datang kembali. Baguslah, aku sudahpun terselamat. Dengan cepat aku berganjak dari situ dan membiarkan Juhyun membuka pintu tanpa disekat oleh badan aku.
Dia membuka pintu dengan sepit dan terpacullah wajahnya yang sedang memerhatikan kiri dan kanan sebelum kembali memandang aku.
" line clear. Diorang dah pergi. Keluar cepat. " arahnya serta tetap setia memerhati sekeliling.
Aku angguk perlahan. Baru setapak aku melangkah, aku teringatkan kembali tentang kata kata makhluk itu.
Aku kembali memandang makhluk itu yang juga sedang memandang aku dengan pandangan yang sangat sayu. Dari anak matanya saja sudah menunjukkan yang dia sedang kesedihan. Anak mata yang menunjukkan 1001 kesedihan yang aku tidak tahu kisahnya.
Dia dengan pergerakan yang perlahan berundur hampa. Dia berlalu pergi apabila aku tidak menunjukkan sebarang reaksi setuju pada permintaannya tadi.
Tapi apa yang dia sangka itu adalah salah.
" aku akan kembali. " terus aku melangkah keluar dari bilik.
* * *
" firasat aku betul yang Jungkook memang tak ada dekat sini. Cuma telefon dia je yang ada. " Yoongi meramaskan rambutnya kasar.
Kesal juga dia, usaha punya usaha tapi akhirnya cuma ini yang mereka dapat.
" jadi, kau nak berputus asa? Kau tak kesahkan dia? " soal Jimin tidak berpuas hati.
Yoongi tidak membalas sebaliknya dia melangkah pergi kehadapan.
" kau nak pergi mana? " soal Seokjin hairan dengan lelaki itu.
Yoongi memusingkan badan malas dan menjawab pertanyaan itu.
" cari Jungkook lah. Aku ni setia kawan. Nak harapkan korang.. huh. Cuma ikut aku je adalah. Apa yang korang bantu sebenarnya? " kata Yoongi dengan nada yang kedengaran biasa tetapi kata katanya menusuk ke dalam jiwa.
Memang pedih dan mendalam walaupun hakikatnya apa yang dia katakan itu salah.
" kau ni bodoh atau apa? Kau ingat kau ketua? Tanpa sebab nak cakap yang kitorang tak membantu. Fuck off, Yoongi. " jawab Namjoon dengan geram.
Dia tahu yang Yoongi dalam keadaan yang tengah serabut dan geram. Tidak semena mena dia terlepas cakap.
" Fuck off kau balik. " balas Yoongi serta menjeling.
Suasana menjadi sunyi. Masing masing diam tidak bersuara. Hanya bunyi derapan kaki mereka yang mengikut jejak langkah Yoongi saja yang kedengaran.
" kau yakin yang Jungkook ada sekitar ni? " soal Hoseok yang sudah pun resah.
" hm. " jawab Yoongi ringkas.
Mereka teruskan berjalan walaupun suasana dihadapan mereka tersangat gelap. Tiada apa pun yang mereka nampak. Hanya kegelapan.
" Yoongi, gelap sangat-- YOONGI!! " kata kata yang belum habis diucapkan oleh Seokjin itu dihabiskan dengan jeritan nama Yoongi.
Terkejut mereka semua apabila tiba tiba saja Yoongi terjatuh dan terus hilang. Segera Seokjin menghalang mereka semua daripada terus berjalan.
" YOONGI?!!! "
" MIN YOONGI!!! "
Semua kelihatan sangat panik dengan kejadian yang berlaku pada lelaki itu.
" biar aku tengok. " ujar Seokjin selaku yang paling tua dikalangan mereka.
Mereka hanya angguk perlahan manakala Seokjin pula memijak jalan dihadapannya dengan sebelah kaki.
" tak ada lubang. Tapi macam mana Yoongi bole-- ARGH!!! " jerit Seokjin apabila dia juga ikut jatuh apabila kaki yang sebelah lagi memijak jalan dihadapannya itu.
Jeritan Seokjin itu membuatkan mereka semua terkejut tidak semena mena. Lagi terkejut apabila Seokjin juga turut ditimpa nasib yang sama.
" SEOKJIN HYUNG?!! " jerit Jimin memanggil nama lelaki itu.
" HYUNG??!! MANA KAU?! " kalini Taehyung pula memanggil Seokjin dengan suara yang lantang.
Esakan kecil kedengaran. Esakan daripada Jimin dan Taehyung itu membuatkan Namjoon dan Hoseok ikut sedih.
" korang.. tunggu sini. Biar aku pergi selamatkan Yoongi dan Seokjin. " kata Namjoon menawarkan diri.
Belum sempat dia ingin berjalan pergi meninggalkan rakan yang masih tersisa, tangannya direntap oleh Hoseok.
" kau gila? " soal Hoseok dengan muka yang memerah akibat tangisan yang ditahannya.
Namjoon memandang Hoseok hairan. Dibalas soalan lelaki itu dengan gelengan.
" aku tak nak hilang korang. Jadi, biar aku yang pergi okay? Andaikata cuma korang yang masih tersisa, teruskanlah kehidupan masing masing tanpa kami. Boleh? " tubir mata Namjoon dipenuhi dengan cecair yang jernih.
Apa yang dia rasakan waktu itu adalah kehilangan. Dia sudah buntu, tujuan mereka adalah untuk mencari Jungkook tapi, semuanya menjadi tunggang langgang.
Yang sepatutnya dicari itu hanya seorang. Dan ianya kini bertukar menjadi tiga.
" tak. Kami akan ikut. Kawan yang sejati tak akan sesekali tinggalkan yang lagi pada waktu susah mahupun senang. " balas Hoseok mencengkam Bahu Namjoon.
Namjoon terkesima dengan kelakuan Hoseok yang tidak pernah dilihatnya.
" aku sokong apa yang Hoseok cakap. Apa gunanya kehidupan kami tanpa korang? Tak lengkap.. " ujar Jimin dengan esakan yang masih tersisa.
Pandangan Namjoon beralih pada Jimin. Seakan kata kata itu menusuk masuk ke dalam hati dan jiwanya. Sangat terharu.
" bukannya hanya pada waktu susah dan senang. Kita juga gunakan prinsip hidup dan mati bersama sama. Cuma kita.. "
Serta merta tangisan yang ditahan Namjoon itu terhambur. Terharu apabila kesemua rakannya itu sanggup mengharungi antara hidup dan mati.
" kita boleh. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro