Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 - BAYANGAN ULAR JADIAN

Kunci? Ignace pelik. Kenapa dikunci?

Tiada sesiapa dirumah ke? Saku seluar diraba. Mujur kunci rumah dibawanya. Pintu dibuka.

"Nachel??" Ignace memanggil kakaknya. Sunyi sungguh ruang di dalam rumahnya itu.

"Acantha?" Nama Acantha juga dipanggil.

Namun tiada suara kedengaran.

Ke mana mereka pergi?! Anehnya.
Mungkin bersiar-siar?

💙

Ignace terus melangkah ke kamarnya. Terkejut dia melihat Acantha terlena diatas katilnya sambil memegang sebuah buku. Barangkali buku cerita yang dipinjamkan dari Nachel.

"Acantha?" Ignace terpinga-pinga. Sangkanya tiada sesiapa. Tetapi di mana Nachel? Tak ada pula Acantha ketakutan bersendirian? Mungkin sudah biasa. Kalau tidak pasti akan menangis takut dibunuh.

Ignace sudah agak lama tidak menghabiskan masa di rumah. Terlalu banyak fokus pada reka ciptanya untuk pertandingan yang bakal dianjurkan.

Baiklah, Ignace tidak mahu mengganggu Acantha jadi rasanya lebih baik dia keluar.

Acantha tersedar dari alam mimpi. Kehadiran Ignace dirasainya. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"Ignace..." Kedengaran halus sahaja suara Acantha memanggil namanya. Menghalang Ignace untuk terus melangkah.

"Acantha?"

Acantha terus duduk di atas katil.

"Acantha. Saya ganggu awak ke?"

"Nachel ada berikan surat..." Acantha menggosok matanya.Langsung tidak menjawab soalan Ignace. Nachel telah amanahkan dirinya supaya berikan Ignace surat. Sebenarnya ia merupakan nota.

"Surat?" Ignace pelik? Surat apa pula? Duduk serumah tetapi ingin surat menyurat pula.

Acantha berdiri dan terus menghulurkan surat yang sejak dari tadi berada di dalam genggamannya kepada Ignace.

Ignace megambilnya.

"Iggy, aku ada kecemasan, jadi aku perlu pergi. Ada pesakit yang memerlukan aku. Selain itu, ada kajian yang perlu aku lakukan. Jadi mungkin aku akan pulang lewat. Jaga Acantha! Tapi tak bermakna kau boleh sentuh dia! -Nachel "

Ignace berkerut. Aku jahat sangat ke?

💙

Beberapa minggu sudahpun berlalu. Waktu begitu pantas bergerak. Sang Rembulan dan Sang Suria silih berganti menghiasi langit.

Apabila bercerita tentang waktu, ianya akan dikaitkan dengan jangka masa kita bersama dengan seseorang.

Nachel kerap kali pulang lewat dan kadangkala tidak pulang langsung. Katanya ada perkara yang perlu diselesaikan. Perkara yang amat penting. Ianya berkaitan dengan nyawa seseorang. Selaku seorang doktor, khidmat Nachel amatlah diperlukan.

Maknanya... hanya Ignace dan Acantha sentiasa menghabiskan masa berdua di rumah itu. Tapi janganlah buruk sangka dengan Ignace. Ignace masih ingat lagi pesanan kakaknya.

Tapi bukan semua itu yang mengganggu Ignace. Ada sesuatu yang lain? Sesuatu yang datang tanpa disedari. Ianya datang secara tiba-tiba.

Ianya kini ada di dalam hati Ignace.

Apakah perkara yang mengganggu hatinya?

Di dalam hatinya seolah-olah ada taman? Taman apa? Taman bunga?

Tidak.

Berhenti merepek Ignace Rainault!

Selama ini, dirinya terlalu sibuk mereka senjata dan mencipta medan sihir. Terlalu sibuk dengan seni reka cipta. Sehinggakan tidak peduli dengan perkara lain. Dalam erti kata lain terlalu taksub dengan seni reka cipta antara teknologi dan sihir.

Namun kehadiran Acantha telah mengubah segalanya. Seorang gadis yang telah berjaya mengalihkan tumpuannya daripada teknologi sihir.

Kehadirannya bukanlah hanya sekadar kehadiran. Dia membawa sesuatu yang tidak mampu dilihat tetapi mampu dirasai.

"Tolong.....selamatkan saya..." Ujar gadis tersebut saat dia mendakap tubuh pemuda tersebut. Dakapannya sungguh erat. Gadis itu dalam ketakutan.

Kehadiran Ignace di penghujung hutan Raegan bukanlah satu kebetulan. Ignace yakin, dirinya telah dipilih untuk melindungi Acantha.

Masih dirinya tidak akan lupakan saat gadis itu menangis teresak-esak takut dibunuh.

"Acantha... " Ignace perlahan-lahan menyentuh perlahan kepala Acantha.

Gadis itu terdiam seketika. Cuma sekali-sekala dirinya tersedu-sedu.

"Jangan risau, saya akan melindungi awak.."

" ........ .. Maksud awak? Saya tidak akan dibunuh?"

"Ya, tiada siapa akan dapat bunuh awak..Selagi saya masih ada."

"..Janji?" Mata Acantha yang bewarna jingga berkaca-kaca merenung wajah Ignace.

"Saya berjanji..."

Janji itu telah dilafazkan. Apabila satu janji telah dilafazkan bermakna satu ikatan telah wujud. Aku bertanggubjawab untuk melindunginya.

💙

Ignace tekun duduk di dalam kamarnya. Membuat kajian serta lakaran bagi senjata baru. Sesuatu yang hebat dan mudah diguna. Dirinya mahu memenangi pengiktirafan pereka cipta Ghais Lavanark.

Pemuda itu sudahpun memenangi pengiktirafan daripada Kota Raegan. Kali ini dirinya mencabar untuk ke peringkat dunia. Tiga tahun lalu, dirinya telah gagal. Namun, Ignace tidak akan berputus asa. Kali ini dirinya akan berusaha lebih keras. Sekiranya dirinya gagal, dia harus menunggu tiga tahun lagi. Pengiktirafan peringkat Ghais Lavanark akan dilakukan tiga tahun sekali.

Ignace mencemik. Rekaannya tidak memuaskan. Masa sudah suntuk. Walaupun berbulan-bulan lagi masa yang tinggal, tapi ianya seolah-olah tidak akan sempat.

Buah fikiran tidak datang-datang. Rasanya sudah lama terperuk dalam bilik ni. Naik rimas kepala otak jadinya. Mungkin perlu keluar sekejap menikmati udara segar. Ignace pantas berdiri. Melangkah keluar daripada kamarnya. Rimas.

Agaknya apa yang Acantha sedang lakukan? Membaca sahaja ke? Tak bosan? Acantha banyak menghabiskan membaca buku cerita di kamar Nachel.

Sedang Ignace melangkah dihadapan kamar Nachel. Pintu bilik Nachel terbuka. Acantha melangkah keluar.

Jantung Ignace berdegup. Aduhai, kenapa perlu terserempak saat aku memikirkannya? Ignace sejak bila kau jadi macam ni. Resah tak tentu pasal.
Bertenang...Kau cemas kerana kau terserempak dengannya saat kau memikirkannya? Tolong jangan mengarut. Sudah serumah. Pastilah akan terserempak.

Acantha berkerut. Kenapa Ignace merenung dirinya begitu?

Mata hijau Ignace masih merenung wajah Acantha. Mata gadis yang bewarna jingga itu telah mencengkam pandangan matanya. Tidak mampu penglihatannya melepaskan cengkaman erat itu.

"Ignace kenapa?" Perlahan sahaja Acantha bertanya. Terpinga-terpinga melihat Ignace yang galak merenung dirinya. Agak tidak selesa direnung sedemikian.

"Ah?" Ignace tersedar dari lamunan. Malunya. Rona pada pipinya bertukar merah.

"Ada sesuatu yang berlaku?" Acantha bertanya.

"Tak..tak ada." Ignace mengalihkan pandangan matanya daripada Acantha. Ignace terus berlalu pergi dari situ.

Acantha hanya memerhati Ignace yang berlalu pergi. Hatinya terasa sedikit keliru. Kenapa? Kenapa Ignace berlalu bergitu sahaja? Adakah Acantha mengganggu dirinya? Ignace tidak pernah berkelakuan sedemikian.

💙

MALAM, Kota Raegan.

Mata kuning kehijauan Uluxe merenung tajam disebalik daun-daun hijau. Lelaki berkerudung itu sakit hati. Geram. Pemuda berdarah ular jadian itu galak merenung seorang lelaki dari satu jarak yang tersembunyi. Matanya galak memerhatikan lelaki yang sedang mengekori seorang gadis.

💙

Heda berjalan seorang diri di lorong-lorong sunyi yang hanya diterangi dengan lampu-lampu jalan. Pada tangannya memegang lampu minyak tanah. Sebelah lagi pula sedang memeluk satu beg kertas yang dipenuhi dengan daun-daun herba.

Sunyi dan sepi Kota Raegan. Para penduduk sudahpun menamatkan aktiviti harian mereka di kawasan luar. Namun tidak bagi Heda.

Dia dalam perjalanan pulang ke rumah majikannya. Heda merupakan seorang pembantu di rumah agam milik keluarga Luter. Setiap hari dirinya dikerah untuk mencari daun-dauh herba di dalam hutan. Tidak kira pagi ataupun malam, Heda terpaksa melakukannya. Namun begitu, semua itu tidak menjadi halangan buat Heda. Semuanya perlu diatasi demi wang untuk menyara hidup.

Akan tetapi, malam ini terasa ganjil. Tidak seperti malam yang lain. Hari ini dirinya diekori oleh seseorang. Dada gadis itu cemas. Bunyi telapak kaki seseorang begitu jelas kedengaran mengekori langkahnya. Semakin lama semakin hampir bunyinya kedengaran.

Heda memberanikan dirinya untuk menoleh.

Tidak! Seorang lelaki sedang mengekorinya.

"Apa yang aku perlu buat?" Bisik hatinya. Heda cemas. Takut. Ke mana dirinya perlu melangkah. Dia tidak mahu lokasi tempat tinggalnya dikesan. Bagaimana sekiranya hari-hari lain, dirinya akan terserempak dengan lelaki itu?

Langkah Heda dipercepatkan. Langkah lelaki yang mengokorinya juga dipercepatkan. Jelas kedengaran bunyi langkahnya. Mendebarkan lagi, lelaki yang mengekorinya itu ketawa memerhatikan dirinya.

Heda semakin takut. Pulang terus ke lokasinya atau bergerak ke arah lain?! Dadanya cemas. Matanya mula berkaca-kaca. Takut. Tiada sesiapa disekeliling. Tiada sesiapa mampu menyelamatkan dirinya. Beg kertas yang dipegangnya digenggam lebih erat. Otaknya buntu. Tanpa berfikir panjang dirinya terus membelok ke satu selekoh. Berharap dirinya akan terus belok dan membelok agar dirinya tidak mampu dikesan.

Tidak!

Nasib Heda malang!

Jalan mati?

Pantas Heda patah balik, berlari keluar dari selekoh tersebut.

"Kau nak lari ke mana?" Satu suara kedengaran. Pergelangan tangan Heda digenggam erat. Lampu minyak yang dipegangnya terus terjatuh. Mujur ianya tidak pecah. Kalau tidak pasti api akan merebak.

Heda cuba untuk menarik tangannya. Namun ianya sia-sia. "Lepaskan aku..." Ujar Heda tersekat-sekat. Air matanya mula mengalir.

"Kenapa nangis sayang? Aku cuma ingin berseronok..." Lelaki itu ketawa. Tersenyum sinis sambil mata buaya daratnya galak memerhatikan tubuh gadis itu.

"To..long.." Heda memejamkan matanya erat. Tolong.. sesipa.. Perasaan takut terlalu menguasai dirinya. Suarnya tidak mampu untuk menjerit. Bagaikan tersekat di kerongkong.

Lelaki miang itu ketawa sinis. Seronok melihat Heda yang ketakutan. Tangannya mula ingin menyentuh Heda namun-------------------

Tiba-tiba Heda terasa satu libasan angin muncul dihadapannya. Tangan lelaki yang menggenggam pergelangan tangannya pantas terlerai. Biji mata Heda terus terbuka.

Satu kelibat seperti lelaki berkerudung telah menyambar lelaki yang cuba menyentuhnya!

Sekelip mata sahaja lenyap ditenggelami langit malam. Lelaki miang itu pula telah lenyap entah kemana. Mungkin diheret sama oleh si penyambar.

Siapa? Apakah yang berlaku?!

Jantung Heda berdegup kencang. Kelihatan titisan-tisan darah merah segar pada atas jalan. Darah siapa? Darah itu menitis serentak apabila tubuh lekaki itu disambar kelibat yang muncul tadi.

Suasana sunyi. Tiada sesiapa. Takut dan cemas. Pantas Heda berlari pulang!

Adakah seseorang telah menyelamatkan dirinya? Sekiranya ya? Siapakah dia?

💙


Hati Uluxe panas! Darah sejuk yang mengalir di dalam tubuhnya terasa hangat memerhatikan lelaki itu merentap pergelangan tangan Heda.

"Aku akan bunuh kau.." Suara halus Uluxe kedengaran. Urat-urat biru pada kulit putih bersisiknya jelas kelihatan timbul. Kemarahannya tidak mampu disekat lagi.

Mata ularnya galak memerhati lelaki itu. Bagaikan ular yang merenung mangsanya. Daripada dahan pokok Uluxe terus melompat ke arah lelaki itu. Sepantas kilat dirinya terus menyambar mangsanya!
Jari-jemarinya pantas mencengkam leher lelaki itu sehinggakan kuku-kuku pada setiap jarinya terbenam pada leher lelaki itu. Darah merah pekat terus tersembur keluar dan menitis jatuh.

Dengan bantuan kuasa sihir Uluxe meneggelamkan dirinya dengan bayangan hitam. Menghilangkan dirinya daripada pandangan mata kasar.

Uluxe masih belum selesai lagi dengam mangsanya. Nyawa lelaki itu perlu ditamatkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro