08 - GERAK HATI IGNACE
Igncace hanya berdiri merenung Acantha yang sedang duduk di atas katil Nachel. Menangis teresak-esak selepas menceritakan segala keperitan yang dilaluinya. Perasaan takut akan dibunuh telah menguasai dirinya.
Acantha terlalu takut dibunuh.
Baginya, nyawanya sentiasa diburu. Diburu setiap ketika.
Kamar itu sunyi sepi. Hanya kedengaran cumalah esakkan daripada gadis itu.
Simpati.
Cuma itu sahaja yang terasa di hati Ignace. Simpati akan nasib yang menimpa dirinya.
"Acantha... " Ignace perlahan-lahan menyentuh perlahan kepala Acantha.
Gadis itu terdiam seketika. Cuma sekali-sekala dirinya tersedu-sedu.
"Jangan risau, saya akan melindungi awak.."
Acantha tersentak. Pandangan matanya dibuka luas. Titisan air mata jatuh dan menitis dari dagunya.
" ........ .. Maksud awak? Saya tidak akan dibunuh?" Pandangan matanya yang berkaca-kaca tepat merenung wajah Ignace.
"Ya, tiada sesiapa akan dapat bunuh awak..Selagi saya masih ada." Ignace membalas renungan mata Acantha. Telapak tangannya masih diletakkan di atas kepala Acantha.
"..Janji?" Terketar-ketar bibir Acantha memohon akan sebuah perjanjian daripada Ignace.
"Saya berjanji..."
❤
11:00 Malam
Nachel selamat pulang dari kerja. Pintu rumahnya dibuka.
"Selamat pulang, Nachel." Ignace tersenyum dimuka pintu menyambut kepulangan kakaknya.
Nachel membuntangkan biji matanya.Terkejut dengan kehadiran Ignace. Tidak pernah Ignace menyambut kepulangannya. Keningnya lantas dijongketkan. "Kau sakit apa, Iggy?" Hah, ni mesti ada sesuatu ni.
"Tak ada sakit apa-apa.. cuma ada perkara yang perlu dibincangkan." Ignace tersenyum seperti kerang busuk. Ya, bukan perkara kecil. Bukan perkara yang boleh dibuat main.
❤
Suasana di ruang tamu rumah tersebut sunyi. Ignace dan Nachel berdua sedang duduk di atas kerusi sofa berhadapan dengan pendiang api.
Ignace menceritakan segalanya kepada Nachel. Segala apa yang Acantha luahkan kepadanya, dia ceritakan kembali kepada Nachel.
Ignace juga telah memaklumkan kepada kakaknya bahawa dirinya ingin membantu Acantha. Dia ingin membantu mencari kebebasan untuk Acantha.
Dalam erti kata lain, Ignace kini sudah nekad ingin melindungi Acantha.
"Jadi, Acantha macam mana sekarang?" Nachel bersilang kaki, menghirup secangkir teh. Nachel nampaknya tiada masalah dengan tindakan yang hendak diambil Ignace. Dia menghormati keputusan adiknya.
"Acantha baru je tertidur, Dia ada tidur dalam bilik aku. Kau tak payahlah risau, bolehlah kau tidur balik dalam bilik kau."
"Iggy!" Nachel tersentak. Pandangan mata birunya tajam merenung wajah Ignace. Lantas cangkirnya dihentakkan di atas meja kecil yang berada di hadapannya.
"Apa?!" Ignace juga terkejut dengan nada suara Nachel yang tiba-tiba meninggi. Apahal nak terpekik lolong malam-malam buta ni.
"Kau ada niat lain ke, hah?! Gatal!" Nachel menuduh membuta tuli. Dahinya berkerut seribu merenung wajah adiknya. Pandangan yang penuh dengan syak wasangka!
"Apa?!" Ignace terperanjat lagi sekali!
Suka-suka hati panggil dirinya gatal! Ini melampau! Pandang pesong terhadap adik sendiri.
"Kau nak tidur dengan Acantha lagi ke?!"
Kepala otak dia! Itu yang Nachel fikirkan!?
"Gila! Aku boleh tidur kat sinilah! Aku jahat sangat ke?!"
"Kau lelaki!"
"Aku bukan lelaki jahat!"
"Tapi kau mungkin boleh jadi lelaki gatal." Nachel merengus.
"Aku tak akan buat perbuatan terkutuk tulah! Melampau betul kau ni." Ujar Ignace dengan nada geram.
"Kau lelaki!"
"Nachel" Ignace tidak berpuas hati.
"Baiklah.." Nachel kemudian berdiri. "Jangan berani kau apa-apakan Acantha, kalau tidak.." Sengaja Nachel biarkan ayatnya tergantung. Ianya merupakan amaran keras.
"Kalau tidak apa?!" Ignace geram.
"Kalau tidak.... aku patahkan senjata kau." Nachel menjuihkan mulutnya pada bahagian sulit Ignace. "Aku akan piuh-piuhkan." Cukup keras amaran yang Nachel berikan.
"APA?! Aku tak akan buatlah!" Ignace meninggikan suaranya. Geram. Merah padam wajahnya jadi. Celaka betul.
Bukan dia tak tahu. Kakaknya sengaja nak kenakannya.
"Aku nak tidur, selamat malam Iggy."
Nachel terus berlalu pergi dari situ sambil ketawa kecil.
Gurau, gurau jugak. Amaran tetap amaran.
Nachel melangkah pergi meninggalkan Ignace seorang diri di situ.
Tak inginlah Ignace nak mengucapkan selamat malam kembali.
❤
Sedang nyenyak tidur, tiba-tiba sahaja biji mata Acantha terbuntang luas. Terbuntang dengan luas dan terkaku.
Matanya jigganya merenung atas.
Namun pandangan matanya hanya kosong. Bola mata jingganya kemudian berkaca-kaca.Perlahan-lahan air mata mengalir keluar.
Tubuhnya terasa kejang. Seluruh tubuhnya.
Tangannya menggenggam erat selimut yang membaluti tubuhnya.
"Sa...kit..." Ujarnya perlahan tersekat-sekat. Seluruh tubunya terasa sakit dan kejang.
"Ig...nace" Mulutnya terketar-ketar. Cuba memanggil nama Ignace. Namun suaranya seolah-olah tersangkut di kerongkongnya.
❤
Ignace yang sedang tidur lena di atas kerusi sofa empuk terjaga dari tidur. Pantas lelaki itu duduk. Pandangan matanya hanya merenung pendiang api. Apinya masih menyala meliuk-meliuk seiring dengan bayangnya.
Malam ini terasa sungguh sejuk dan entah kenapa hatinya terasa seolah-olah Acantha telah memanggilnya.
Adakah Acantha benar-benar memanggilnya?
Kenapa perasaan aneh ini hadir dalam diri?
Adakah ia membawa sebarang erti?
Adakah ia mungkin hanya sekadar permainan mimpi?
Matanya melirik pada pintu biliknya.
"Mungkin hanya perasaan aku."
Ujarnya perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro