Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07 - KAMAR BAWAH TANAH


Kisah yang diungkapkan oleh Acantha kepadaku tidak mampu dilupakan mahupun diabaikan.

Aku tidak henti-henti memikirnya.

Ianya mengasak mindaku.

Kamar kecil itu, selama ini dia hanya duduk terkurung di dalam kamar itu. Kakinya telah dirantai. 

Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya diperlakukan begitu.

Ia sungguh sunyi dan sepi di bawah sana. Hanya terdapat sebuah jendela di ruang kecil itu. Namun, dia tidak mampu melihat permandangan apa yang dapat dilihat menerusi jendela itu. Jendela itu terlalu tinggi.

Cuma kadangkala terdapat cahaya yang begitu terang akan menyinggah masuk menerusinya. Dengan itu dia tahu, ia adalah waktu pagi. Apabila cahaya berlalu pergi, dia dapat tahu bahawa ketika itu adalah waktu malam. Malam yang begitu gelap.

Hanya setelah dia bertemu dengan aku, dia mampu mengenali kembali apa itu bulan.

Ianya sungguh menyayat perasaan.

Acantha.. Kehadirannya bagaikan satu soalan teka-teki. Namun, hadir di dalam jiwa aku akan satu perasaan mengatakan bahawa aku perlu melindunginya.

Setiap saat yang dia lalui sebelum ini begitu sunyi. Sehari hanya dua kali sahaja pintu kamar itu akan dibuka, akan bergilir-gilir mereka menghantar makanan untuknya. Mujur, di dalam kamar itu terdapat beberapa buah buku cerita dongeng yang mampu menghiburkan hatinya.

Dia beritahu kepadaku, kisah-kisah di dalam buku itu menceritakan tentang para gadis yang hidup dengan penuh penderitaan, tetapi di penghujungnya kebahagian pasti akan tiba.

Dia menaruh harapan.

Dia telah memohon agar satu hari nanti dia mampu melalui saat bahagia seperti mereka. Mereka akhirnya mampu berpakaian cantik, mereka mampu menghadiri majlis tari menari, mereka akhirnya mempunyai sahabat yang baik, mereka diselamatkan oleh seorang putera.

Dia terlalu berpegang dengan kisah dongeng tersebut.

"Di setiap penderitaan, pasti akan ada kebahagiaan."

Aku tersentuh.

Tanggungjawab itu aku perlu penuhi. Aku nekad.
Aku perlu lindunginya.Dan aku perlu tahu siapa diri Acantha sebenarnya.

Satu hari,  saat dia bersandar bersendirian di dalam kamar itu sambil memeluk erat buku-buku kisah dongeng itu, pintu yang seringkali tertutup dibuka.

Seorang wanita hadir. Namanya Laurien. Pandangan wajahnya sayu. Namun Laurien masih menghadiahkannya seulas senyuman. Kali pertama dia melihat wanita itu.

Laurien bukan hadir untuk memberikan makanan kepadanya. Wanita itu melutut dan mengusap perlahan rambutnya. Dia bertanyakan tentang impian Acantha saat melihat buku kisah dongeng yang berada didalam dakapan Acantha.

Acantha memberitahunya bahawa dia ingin menjadi seperti para gadis tersebut. Berpakaian cantik, menghadiri majlis tari menari...

Laurien tersenyum. Dia tersenyum bersama linangan air mata. Acantha  tidak mampu untuk memahaminya. 

Kenapa wanita itu berlinangkan air mata?

Seketika mudian, Laurin mengeluarkan sebentuk kunci. Gari pada kaki Acantha dibuka.

Laurien memberitahunya bahawa dia akan cuba membantu Acantha untuk memenuhi sebahagian daripada impiannya.

Laurien hadir bersama beberapa orang pembantunya membawa Acantha melangkah keluar daripada kamar sepi itu.

Laurien membawa Acatha ke kamar bersiram, kemudiannya Laurien membawa dia ke kamar tidurnya.

Laurien bersama-sama beberapa orang wanita membantu Acantha untuk berhias dan berpakaian.

Setelah itu Laurien terus melangkah keluar. Laurien memberitahu kepada pembantunya supaya membawa Acantha ke majlis tari menari. Ketika itu dia mampu melihat Laurien mula ingin mengalirkan air mata sebelum dia berlalu pergi.

Acantha hanya mengikut langkah di mana mereka membawanya.Sehinggalah Acantha tiba di sebuah kamar bawah tanah. Mereka tinggalkan Acantha di situ bersendirian.

Ketika itu Acantha mula buntu.

Pintu masih terbuka. Seolah-olah menantikan seseorang untuk hadir. Mungkin Laurien? Mungkin Varnel? Nama mereka kerap kali disebut.

Perbualan bisikkan daripada mereka Acantha cuba dengar. Terdapat perbalahan di antara mereka. Ianya kurang jelas kedengaran. Namun, salah seorang daripada mereka menyampaikan pesanan daripada Varnel.. Tuan Varne telah engarahkan mereka untuk membunuh dirinya.

Aku tertanya-tanya mengapa nyawa Acantha diburu?

Dan siapa lelaki bernama Varnel ini?

Acantha begitu takutkannya.

Sepanjang hari ini, aku hanya mendengar kisah kehidupan Acantha yang penuh dengan penderitaan dan kesesakkan dalam jiwa.

Aku perlu tahu kenapa mereka ingin membunuh Acantha. Aku perlu selesaikan masalah ini. Aku akan membantu Acantha untuk mencari kebebasan.

Aku ingin mencari ketenangan buat Acantha.

Aku Ignace Rainault, berjanji.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro