03 - GADIS BERKAKI AYAM
Pagar tempawan perak bercorak floral dibuka. Bunyi pagar memecahkan sunyi malam.
Ignace melangkah masuk ke perkarangan satu villa kecil. Dia memijak lima anak tangga. Tangannya menggenggam tombol pintu dan memulasnya. Pintu kayu itu cuba dibuka.
Kening Ignace berkerut.
"Kunci?!" Ignace membuntangkan biji matanya. Dia baru tersedar! Saku seluar diraba. Kunci tidak dibawa! Kunci rumahnya tertinggal di dalam kamar tidurnya.
Ignace menepuk dahinya sendiri. Cuai betul!
"Maaf.. saya terlupa bawa kunci pula." Ignace memberitahu gadis yang dibawanya pulang itu. Gadis berpakaian pengantin putih bersulam biru yang baru sahaja diselamatkannya.
Tiada jawapan daripada gadis itu.
Ignace menoleh.
Gadis itu hanya diam merenung langit. Matanya jingganya terkaku merenung cahaya purnama.
"Err... cik??" Ignace menegur gadis itu. Kening dijongketkan.
"Apa tu?"Gadis itu kemudian menoleh memandang Ignace.
"Apa?" Dahi Ignace berkerut. Apa yang apa?
"Bola cahaya di atas sana." Gadis itu bertanya.
"Maksud awak bulan?" Terkebil-kebil Ignace mengutarakan soalan itu.
"Bulan?" Gadis itu bertanya lagi inginkan kepastian.
"Ah, ya.. bulan. Rembulan pun boleh. Punarma pun boleh." Ignace keliru. Biar betul? Adakah gadis ini tidak pernah tengok bulan?
"Terangnya... saya suka.. Bulan sangat cantik." Gadis itu kembali merenung langit.
"Tak pernah tengok bulan ke?" Ignace mempamerkan raut wajah yang penuh dengan tanda tanya.
"Emm..dah lama tak tengok. Saya tak ingat." Tulus gadis itu memberi penjelasan.
Ignace semakin keliru. Gadis ini sungguh misteri. Siapa dia? Dan kenapa dirinya dikejar para pengawal? Para pengawal yang entah datang dari mana. Para pengawal yang lengkap berjubah berkerudung hitam.
Dan gadis ni pula?! Berpakaian pengantin? Adakah dia seorang puteri?
Tidak.
Tak mungkin. Puteri Kota Raegan sudahpun berkahwin. Sebagai rakyat Raegan mustahil dia tidak mengenali siapa puteri dan siapa ratu.
Apakah dia benar-benar bidadari yang sesat di alam fana???
Ohhhh..itu bahaya. Di Ghais Lavanark, bidadari makan roh manusia. Roh manusia yang baik.
Ignace tersenyum seperti kerang busuk. Orang yang baik tak akan mengaku dirinya baik kan?
Oh, Ignace! Hentikan permainan teka-teki ini! Apa kata tanya sahaja pada si empunya badan!
"Maaf, awak dari mana?" Ignace mula bertanya.
Gadis itu berhenti merenung sang rembulan. Pandangan matanya kini beralih pada wajah Ignace. Gadis itu berkerut dan menggelengkan kepalanya. Seolah-olah tidak mahu meberitahu.
Ataupun dia takut untuk mengimbas kembali tentang tempat asalnya?
"Awak tak tahu?" Ignace bertanya lagi.
"..............." Gadis itu hanya sekadar membisukan dirinya. Pandangan matanya kini beralih pada bawah. Kakinya menguis perlahan pada rumput hijau.
Ignace berkerut. Gadis ini telah membuka pintu hati Ignace untuk mengenalinya lebih mendalam.
"Dan kenapa awak bepakaian begini?" Ignace memandang gadis itu dari atas sampailah kebawah. Merenung kakinya yang sedang bermain dengan rumput hijau. "Dan ..awak berkaki ayam?"
"Saya..tak sempat nak pakai..." Kakinya berhenti bermain dengan rumput. Matanya hanya sayu sahaja merenung kakinya yang kotor dengan sisa tanah dan juga kesan luka-luka halus.
"Hah?" Ignace semakin keliru. "Tapi kenapa awak pakai macam ni?" Sekali lagi Ignace bertanya.
"Sebab cantik. Saya suka." Tulus gadis itu menjawab. Dia tersenyum tawar.
Ignace terdiam. Apa ni? Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan itu maksudnya. Ya, memanglah cantik tapi...
"Maksud saya awak pakai macam ni nak ke mana? Majlis perkahwinan?"
"Bukan..."
"Habis tu?" Eh..banyak tanya pulak.
"Mereka bertanya kepada saya tentang impian saya. Mereka mahu tunaikan." Gadis itu merenung pandangan wajah Ignace.
"Jadi?"
"Jadi saya mahukan pakaian yang cantik seperti gadis-gadis lain."
"Kejap? Mereka? Siapa mereka?"
"Mereka.. mereka.. emm..saya tidak tahu nama mereka.Tetapi mereka orang bawahan Tuan Varnel. " Gadis itu berusaha ingin menjelaskan apa yang berlaku.
"Apa?" Penjelasan apa ni? Siapa Tuan Varnel pula. Ignace tidak faham. Kenapa gadis ni seolah-olah baru keluar dari alam dongeng.
"Saya ingin menyertai majlis tari menari."
"Jadi? Awak lari dari sebuah majlis tari-menari?" Ignace bertanya lagi.
Gadis itu menggeleng. "Mereka kata mereka ingin membawa saya ke sana. Tetapi mereka tipu saya." Gadis itu meneguk air liur menanahan sebak.
"Jadi? Mereka membawa awak ke mana?"
"Mereka bawa saya ke sebuah bilik bawah tanah. Dan saya terdengar salah seorang daripada mereka berbisik. Mereka ingin bunuh saya atas arahan daripada Tuan Varnel." Suara gadis itu mula kedengaran terketar-ketar.
Khusyuk Ignace mendengar kisah yang diceritakan gadis itu. Kotak fikiran ligat berfikir. Cuba ingin merumuskan kisah gadis tersebut. Tetapi ianya kedengaran tidak masuk akal. Kenapa mereka ingin bunuh gadis yang tidak bersalah ini? Dan siapa Varnel? Macam pernah dengar pula. Dan persoalan paling penting. Siapa gadis ini?
"Siapa awak sebenarnya?" Terpacul soalan itu tiba-tiba dari mulut Ignace disebabkan perasaan ingin tahu dalam dirinya telah membuak-buak.
"Saya Acantha.." Gadis itu menjawab.
Jadi namanya Acantha.
Acantha..
"Dan nama awak?" Giliran gadis itu pula bertanya. Pandangan mata jingganya merenung pandangan mata Ignace.
"Hah? Nama saya Ignace. Panggil sahaja Ignace."
"Ignace..." Gadis itu tersenyum. "Terima kasih kerana selamatkan saya."
"Ah..ya...sama-sama." Ignace entah kenapa terasa segan pula. Mungkin kerana senyuman gadis itu telah berjaya membuatkan hatinya cair. Tanpa disedari rona pada pipinya menjadi merah.
Tak dapat nak menipu. Senyuman dia manis.
Oh.. tapi..
Kenapa... kenapa mereka ingin membunuh Acantha?
"Kau bercakap dengan siapa,Iggy?" Tanpa disedari pintu dibuka sedikit dari dalam. Kelihatan daripada celah pintu itu susuk tubuh seorang wanita berpakaian kemeja nipis yang separuh bahagian bawahnya tidak berbutang sehingga menampakkan perutnya. Wanita itu pula hanya berseluar pendek. Dia memanggil Ignace dengan nama Iggy.
"Nachel!" Ignace teruja apabila pintu dibuka oleh kakaknya.
"Kau cakap dengan siapa?" Sekali lagi Nachel bertanya.
"Ahh.. Aku ada bawa tetamu." Ignace tersenyum seperti kerang busuk.
Acantha yang masih berdiri di perkarangan rumah hanya berdiri memerhatikan Ignace bercakap dengan seseorang daripada celah pintu.
Nachel berkerut. "Tetamu? Siapa? Tengah-tengah malam buta macam ni." Masih enggan membuka pintu dengan lebih luas. Mana tidaknya. Cara dirinya berpakaian langsung tidak sopan.
"Jangan risau. Dia seorang gadis?"
"Apa?! Kau nak buat apa hah? Malam-malam buta bawak balik anak dara orang!" Nachel berbisik dalam nada geram.
"Bukanlah!" Ignace melenting.
"Habis tu?"
"Ada terpaksa selamatkan dia daripada dibunuh." Ignace juga berbisik dalam nada geram.
"Apa kau merepek ni. Masuklah! Cepat!" Nachel terus beredar dari situ. Mungkin ingin menyalin pakaian yang lebih sopan.
Ignace menghembuskan keluhan lalu membuka pintu. "Acantha, masuklah." Ignace mempelawa.
Acantha hanya mengangguk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro