4
Kring!
BERPUSU-PUSU pelajar sekolah itu keluar berjalan daripada kelas masing-masing kemudian berlalu masuk ke kantin.
Sekarang adalah waktu rehat bagi sekolah itu. Dengan ini,panjanglah barisan bagi setiap lorong untuk membeli makanan.
Danial berjalan seorang diri. Dia keluar agak lambat sedikit daripada kelas. Malas mahu bersesak-sesak dengan lautan manusia yang begitu ramai.
Kedua-dua tangannya pula di masukkan ke dalam poket seluar slack hitam yang dipakainya. Dengan gaya pakaian badboy nya itu cukup menarik perhatian mata-mata nakal gadis di sekolah itu.
Walaupun dia cukup gerun dengan hanya melihat,tetap sahaja sesetengah gadis menyukainya. Menyimpan perasaan kepadanya. Dia hanyalah seorang pelajar yang banyak rekod buruk disiplin,banyak kali di panggil oleh kaunselor,kurang akademik. Malah seorang yang beku dan susah melayan perempuan. Bertambah-tambah lagi dia sangat kurang adab.
Disebabkan ini semua,dia mempunyai ramai musuh. Ramai yang menyimpan perasaan cemburu dengan apa yang dia miliki. Walhal,sedikitpun dia tidak hamak dengan semua itu.
Cinta? Sayang? Langsung tiada dalam kamus hidupnya. Sejujurnya,dia tidak pandai akan hal itu semua. Well,itulah kekurangannya.
Meja panjang yang sudah diduduki oleh tiga rakannya dihampiri. Kerusi ditarik lalu dia menghenyak punggungnya di situ.
"Mau makan apa? Aku pergi beli" Tawaran daripada Justin benar-benar memberi keterujaan kepada Qais dan Alif.
Cepat sahaja dia memesan makanan yang mereka mahukan. Justin pula patuh mendengar setiap pesanan mereka.
"Kau Danial?"
Danial menggeleng perlahan. Tiada mood dia mahu makan sekarang. Justin pula menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Faham lah dia,rakannya ini tidak mahu makan.
"Hey bitch"
Alif dan Qais memandang Justin. Kedua-dua mereka mengangkat kening.
"Duit mana duit? Kau ingat aku belanja ke? Jibaker betul " Hamburnya geram. Mengecil mata sepet Justin memandang Alif dan Qais.
Alif tersengih kambing. "Ingat kau belanja.." Duit lima ringgit dihulurkan kepada Justin. Cepat sahaja Justin pergi selepas menerima duit daripada Alif dan Qais.
"Eh Danial.." Tegur Qais. Matanya membulat bersinar-sinar.
Danial yang daripada tadi tekun bermain telefon di bawah meja mengangkat muka. Maklumlah,di sekolah tidak dibenarkan membawa telefon. Terpaksalah dia menyorok jika mahu bermain telefon. Jika tertangkap,sia-sia mendengar leteran cikgu dan membayar duit denda. Haih.
"Hm apa?" Pelik melihat mata kawannya yang membulat memandangnya.
"Kau dah pendekkan rambut lah! Kenapa aku baru perasan ni? Dah setengah hari kot kat sekolah. Ya allah.." Teruja melihat perubahan rambut Danial daripada panjang sudah dipotong pendek.
Disebabkan jeritan Qais yang agak kuat itu,berjaya menarik perhatian Alif untuk menoleh ke arahnya. Alif juga melihat perubahan Danial.
"Haah lah. Aku pun baru perasan,bodoh gila memasing.."
Gamat di kawasan itu dengan gelakkan kuat daripada Alif dan Qais. Baginya,itu sesuatu yang sangat kelakar. Dan,ianya berjaya menarik perhatian pelajar lain. Sudahlah masing-masing suara garau.
"Sakan gelak.." Tegur seseorang dengan suara yang sengaja di lenggokkan manja. Badannya juga sengaja dilenggokkan menggoda pada hujung meja itu. Sengaja,sengaja menarik perhatian lelaki. Ataupun lebih tepat,perhatian Danial.
Terhenti gelakkan Alif dan Qais. Ketiga-tiga figura lelaki itu memandang gadis yang tiba-tiba sahaja muncul di meja tempat mereka. Macam tiada meja lain sahaja yang dia mahu pergi. Penyebok!
Danial dan Qais menunduk serta merta. Tidak betah melihat baju kurung putih yang dipakai gadis itu. Bukan tidak betah kerana menahan nafsu,namun tidak betah kerana teramat geli memandang.
Memanglah jika sesetengah gadis memakai baju kurung itu boleh sedap mata memandang. Ini tidak! Terseksa mata lelaki mereka.
Langsung tiada sifat malu agaknya dalam diri perempuan ini. Sudahlah baju kurung putih yang dipakai gadis itu sangat jarang atau senang cerita nipis. Boleh pula gadis itu memakai pakaian dalam yang menjolok mata. Memang sengaja agaknya.
Bertambah pula butang baju kurung itu yang tidak dibutangkan. Terserlahlah kulit putih gebu gadis itu.
Danial langsung tidak mengangkat kepalanya. Bukanlah dia seorang lelaki yang baik menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Namun,gadis ini bukan cita rasanya.
Alif pula sibuk melambai-lambai sambil tersengih memandang Nelly. Biasalah, dia buaya tembaga yang terkenal satu sekolah. Lelaki yang terlebih peramah dengan perempuan. Terlebih peramah sehingga ramai perempuan tersakiti.
Namun hampa,sedikitpun lambaiannya tidak dibalas. Malah dijeling tajam oleh Nelly.
Qais pula tidak melayan kerana,gadis kesayangan berada di meja sebelah. Daripada tadi gadis kesayangannya melihat setiap perlakuannya. Jadi,janganlah dia tiba-tiba mahu mencari pasal. Tidak mahu dia menyakiti hati gadisnya.Biasalah,orang bercinta.
"Aku blah dulu" Danial pamit pergi. Dia membawa diri ke tempat lain. Rimas banyak mata yang memandang mereka. Menyampah pun ada!
Danial berjalan santai menghampiri mesin air yang terletaknya pada dinding sebelah surau.
Nelly juga berjalan mengikut perlahan langkah lelaki kesayangannya di hadapan. Sengaja mengikut jejak kemana sahaja lelaki itu pergi. Dengan lenggok menggodanya yang mampu menarik minat mata-mata nakal lelaki.
Tepat dihadapan mesin air Danial berhenti. Duit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tempat yang disediakan untuk mesin itu menarik masuk duitnya.
Air tin coca cola di tekan. Dan,bunyilah botol tin keluar daripada mesin air ini. Badan ditundukkan sedikit mengambil air tin itu.
Nelly yang masih dibelakangnya dikerling sekilas. Bukan dia tidak tahu gadis itu mengikutinya.
Penutup tin dibuka. Rakus dia menelan minuman bergas itu ke dalam rongga tekaknya. Ah,lega rasanya. Tin yang sudah kosong dibuang di dalam tong sampah berdekatan.
"Kenapa ikut aku?" Datar suara Danial menyoal. Menyampah melihat perilaku Nelly yang tidak habis-habis mengibas rambutnya kebelakang.
Tahulah sekarang mereka berada di surau,janganlah menunjuk sangat panas kerana terlampau banyak dosa. Dia pun masih boleh cover.
"Mana ada I ikut you. I memang nak beli air lah. You ni kelakar lah.." Gelak-gelak halus keluar daripada bibir munggil gadis itu. Sudahlah bibir macam kena sengat tebuan. Semacam besar. Bodoh!
"Beli air? Okay" Danial membuka langkah mahu beredar daripada situ. Tidak kuasa dia mahu berlama-lama dengan gadis itu.
"Eh,tapi boleh tak kalau you tolong belikan dulu. Duit I tertinggal kat kelas. Can you..? " Jari runcing Nelly naik menyentuh hujung kolar kemeja putih Danial. Kasar, Danial menepis.
Tanpa balasan,Danial memasukkan duit. Tin coca cola ditekan sekali lagi. Jatuh sahaja botol itu,Danial mengambilnya. Lalu dibaling kepada Nelly.
"Erm tak boleh buka lah you " Bercambah senyuman Nelly apabila Danial hanya melayan karenahnya.
"Thank you"
Jari runcing Nelly bermain-main di sekitar kawasan dada Danial lalu turun ke bawah sedikit. Dapat dia rasakan bentuk-bentuk otot disebalik kemeja dan t-shirt lelaki itu.
Pandangan gerun Danial sedikitpun tidak mematahkan niatnya,malah dia bertambah suka. Apabila jari runcing itu semakin ke bawah, pantas Danial menangkap tangan Nelly. Menghentikan segala perbuatan tidak senonoh Nelly.
"Kau goda aku huh?" Tajam mata Danial menikam mata Nelly.
Nelly tersenyum menggoda. "Of course sayang. Why? You teransang dengan sentuhan I ? Amazing.." Bibir merahnya digigit sedikit.
"Teransang? Tch,this girl .." Danial menggelengkan kepalanya perlahan. Bodohlah kalau gadis ini fikir dia teransang.
Bukan teransang,namun jijik!
"..bagus sebab kau try hard. Tapi sayangnya, godaan kau tu.." Danial mendekatkan bibirnya pada telinga gadis itu. Mahu membisikkan sesuatu.
"..belum cukup mantap,bitch" Tin coca cola yang berada di dalam genggaman gadis itu dirampas Danial. Pantas tin coca cola itu diremukkan sekali gus air di dalam tin itu sengaja dihalakan pada muka Nelly.
Padan muka kau!
Habis basah baju kurung gadis itu. Terserlahlah pakaian dalam yang dipakai gadis itu. Merah muka Nelly menahan geram.
"Kalau nak goda,pakai warna merah" Sengihan sinisnya dihadiahkan kepada Nelly.
Tin coca cola yang sudah remuk itu di baling di hadapan mata Nelly. "Kutip ni. Huh,disgusting"
Kemudian,Danial berlalu pergi. Tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar. Dia berjalan santai seakan-akan tiada apa yang berlaku.
Baginya,perempuan seperti Nelly itu patut diberi pengajaran. Dasar murah!
"Da..danial! You tunggu nanti ! "
***
POKOK - POKOK bunga yang cantik berbunga mekar itu menjadi tatapan Amaya Lee. Nafas berat dihela.
Dua hari dia keluar daripada hospital,selama itu juga adik bongsunya tidak pulang ke rumah.
Hatinya gundah-gulana. Perasaannya bercampur-baur. Risau,takut dan sedih bergabung. Tertanya-tanya hati kecilnya,kemana adik bongsunya pergi.
Di mana dia tidur?
Makankah dia?
Risau yang terlampau sangat hinggakan setiap malam dia tidak boleh tidur.
Semuanya salah dia. Kerana mulutnya,penyebabnya dia kerana terlalu mengikut emosi.
Haih.
“Ke mana Danial sayang ?”
Amaya menoleh kebelakang tatkala seseorang menyentuh bahunya. Terbit senyuman manis di bibir pucatnya.
"Kenapa sayang kat sini? Awak tu masih berpantang,jangan kasar sangat. Karang bentan" Hazriq,suami kepada Amaya. Hazriq duduk di sebelah isterinya. Merata dia mencari isterinya,rupanya di sini.
"Saya..rindukan Danial. Risaulah abang. Mana dia ni? Penat saya tunggu" Kepalanya di lentok perlahan pada bahu si suami. Menyesal sangat dengan apa yang digaduhkan tempoh hari. Sepatutnya dia menegur sedikit sahaja.
"Esok-esok karang baliklah Danial tu. Jangan risau sangat,awak boleh sakit nanti. Sudah,jom masuk. Hari dah lewat"
Amaya mengangguk. Dia juga perlu menjaga kesihatannya. Jari jemarinya erat menggenggam tangan suaminya.
Mereka berjalan memasuki rumah bersama.
"Kakak sentiasa titipkan doa supaya Danial selamat di luar sana"
DONE ! ALHAMDULILLAH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro