3
LANGIT yang terbentang luas bercorakkan bintikkan bintang yang sentiasa bersinar menjadi pemandangan indah buat Danial. Tiada hala tuju,sehinggakan diri sendiri yang membawa ke sini. Jauh daripada semua.
Rokok yang berada diantara celahan jari telunjuk dan jari hantunya dibawa ke dua ulas bibir merah jambunya lalu menyedut dalam asap rokok itu. Kemudian dia menghembus kembali. Berterbangan asap-asap itu bercampur dengan udara malam.
Punggungnya yang sedia bersandar pada seat motor itu dibetulkan bagi menyelesakan dirinya. Pandangannya kosong memandang langit. Sarat memikirkan beberapa perkara yang mengganggu fikiran remajanya. Nafas dihela berat.
Kelopak mata dipejam rapat. Berlayar kembali pergaduhan antara dia, kakak sulungnya dan abang keduanya di rumah agam mereka petang tadi.
Kerusi roda yang baru sahaja berpaling darinya dipegang kuat. Ianya juga membantutkan dan menyusahkan pergerakan seseorang. Beberapa kali cuba diputar,namun pegangan tangan anak lelakinya ini lebih cekap dan kuat sehinggakan tiada daya untuk dia.
"Umi" Dapat didengari jelas pada pendengaran wanita separuh usia itu akan suara anak bongsunya yang agak bergetar tatkala menyeru panggilan itu. Ya,Puan Sri Alana Lee adalah ibu kandung kepada lelaki bernama Danial.
"Let me go !" Kasar suara wanita itu minta dilepaskan. Sedikitpun dia tidak berpaling kebelakang melihat anaknya. Bersusah-payah dia mahu melarikan diri daripada Danial.
Danial tersentak. Ayat itu berjaya menjentik tangkai hatinya. Hatinya yang selama ini beku dan tidak berperasaan.
Namun,tidak pula genggaman tangannya melepaskan pemegang kerusi roda ini. Dia mahukan sebuah peluang.
Dia rindukan ibunya.
Kain selendang hitam yang bertutup di atas kepala uminya di tatap kosong.
"Umi..Danial.."
"Jangan panggil umi. Jangan teruskan ayat tu.." Wanita itu menggeleng perlahan. "..aku tak mahu dengar. Lepaskan genggaman ni"
Sampai hati.
Walaupun di tegah kata jangan,Danial tetap tidak melepaskan pegangan. Lagi bertambah,dia perlahan-lahan mahu memusingkan kerusi roda itu.
Wanita itu resah. Tidak senang duduk dibuatnya. Selendang yang ditutup itu diangkat menutup separuh mukanya. Kepalanya digeleng lagi. "Jangan.."
"I just miss the old you. Can I hug you just for a while?" Memerah telinga dan leher Danial. Dia menahan rasa. Sakit dadanya seperti ada sesuatu yang tidak boleh diluahkan.
"No! Just let me go!" Lantang wanita itu menengking serta-merta. Semakin gelisah apabila sedikit sahaja lagi dia akan berada betul-betul bertentang mata dengan anaknya. Ini tidak boleh terjadi!
"DANIAL !"
Suara garau seseorang mematikan perbuatan Danial. Kepalanya menoleh melihat figura yang berlari-lari anak daripada arah sana. Disebelahnya terdapat kakak sulungnya.
"What are you trying to do,huh?" Qiffran menyoal geram. Kornea matanya sedikit-sedikit teralih pada uminya yang sudah terdiam di atas kerusi roda itu.
Kelu.
"Lepaskan, Danial" Keras nada suara Amaya,kakaknya. Dengan berat hati Danial patuh, perlahan-lahan Danial melepaskan pegangannya pada kerusi roda itu.
Dari ekor mata,Danial memerhatikan pemergian si ibu.
Sunyi.
Tajam pandangan Danial terhadap abang dan kakaknya. Lama dia menenung wajah mereka sebelum kakaknya tiba-tiba membuka bicara.
"Why? Kenapa Danial buat macam ni semua?" Amaya menyoal. Tunak matanya memandang wajah geram adiknya. Penat dia masih tidak hilang terkejar-kejar daripada dapur datang kesini. Sudahlah dia sedang sarat mengandung.
Danial membuka langkah juga menghiraukan pertanyaan kakaknya. Pandangan berapi abangnya juga diendahkan. Jika dia membuka mulut,pasti pergaduhan akan tercetus tidak lama lagi. Lebih baik,dia pergi.
"I'm asking you. Stop right there Danial Keith Lee !" Tengkingan Amaya berjaya mematikan pergerakan Danial. Perlahan-lahan tubuhnya dipusingkan menghadap kakak dan abangnya.
"Answer me"
"Did I do something wrong? Is it wrong? Nak jumpa umi something yang salah? wow" Bibirnya menarik sengihan sinis.
Banyak kali soalan yang dilontarkan pada kakak dan abangnya itu di tanya pada diri sendiri. Salahkah dia?
"Salah Danial. Danial sendiri hadam,faham dan dengar sendiri apa yang umi cakap beberapa tahun lepas. Umi tak mahu jumpa kamu Danial. Dia tak mahu,tak nak ! Is it clear now? Or else Danial nak akak terangkan lagi? Huh? "
Padu.
Bagaikan sembilu yang mencucuk-cucuk ke dalam hati sehingga meninggalkan luka besar. Sakit,perit. Namun,memang itu kenyataannya. Uminya sendiri tidak mahu berjumpa dengannya.
"Salah ke kalau aku ni ada rasa rindu? Aku terpaksa tahan umi macam tu sebab aku nak jumpa dia. Secara berdepan. Aku.."
"Yes! Salah, Danial jangan ada rasa rindu tu. Buangnya jauh-jauh. Because she hate you!.."
Amaya tersentak dengan kata-katanya sendiri. Kelu lidahnya mahu meneruskan. Wajah kosong Danial dipandang sayu. Dapat dilihat ada takungan air mata lelaki itu. Sedikit sahaja lagi,ianya akan pecah.
"Enough" Qiffran bersuara perlahan. Dia juga terkejut dengan apa yang dilontarkan oleh kakaknya. Dia tahu,pasti kakaknya terlepas kata.
Danial masih terkedu dengan kata-kata kakaknya. Ya,dia sepatutnya sedar akan hal itu. Umi,benci akannya.
Lidahnya menolak isi pipi membuatkan pipinya mempunyai bonjolan kecil. Kemudian dia tersengih. Kalau boleh dia mahu menutup kesakitan yang dia rasai sekarang. Tipulah kalau kata dia boleh menanggung semuanya. Dia manusia biasa. Dan remaja yang masih ada sifat tidak matang.
"But..why? Ak..aku nak tahu sebabnya. Kau tau tak sebabnya?"
Amaya terkedu. Lama dia bertentang mata dengan adiknya sebelum perlahan-lahan dia menggeleng sebagai jawapan pertanyaan Danial. Tipu,dia tahu semuanya. Mengapa uminya membenci Danial. Dia tahu,tapi dia takut mahu memberitahu. Takut mulutnya ini terhambur kata-kata yang menyayat hati adiknya.
"Tapi,kalau umi benci aku.."
Jeda.
Tunak mata Qiffran dan Amaya memandang Danial.
"Kenapa aku dan umi mesti duduk serumah? Why!" Naik seoktaf suara Danial. Perasaannya kini bercampur baur.
"Just get out from this house!" Lantang suara itu daripada tingkat atas. Daripada tadi wanita separuh usia itu mendengar pergaduhan antara mereka berdua. Betul,betul sangat apa yang diperkatakan anak sulungnya itu. Disebabkan geram,akhirnya dia sendiri yang membuka mulut.
Danial tidak beriak. Bag adidas hitamnya disandang pada bahu. "Fine" Langkah di atur keluar daripada rumah agam itu.
"Danial wait! Danial..argh!"
Panggilan kakaknya diendahkan. Cepat,helmet disarung kemudian enjin motor dihidupkan lalu terus membelah jalan. Dipulas laju motor itu bagaikan melepaskan geram.
Mata dicelikkan kembali.Dan,dia di sini tanpa hala tuju. Dengan baju kemeja sekolah putihnya yang masih tidak bertukar. Dan bag sekolahnya yang masih bersamanya. Niat mahu menjejakkan kaki ke tempat biasa dia menghilangkan stres tidak pula dia berminat malam ini.
Ting
Notifikasi masuk bermaksud ada massage baru daripada telefonnya berbunyi. Daripada tadi telefonnya berbunyi namun tetap diendahkan.
Disebabkan kerap sangat telefonnya berbunyi, dia mengambil keputusan untuk menghidupkan telefonnya.
Kod password di masukkan. Lalu,aplikasi whatsap di buka. Sekilas dia memandang semua chat yang ada. Daripada rakannya,group rakan-rakannya, basketball team,abangnya,abang iparnya dan kakaknya.
Jarinya menekan chat daripada kakaknya.
sissy"
Danial, kakak minta maaf. Adik dkt mn syg?
[5:30 p.m]
Danial
[5:36 p.m]
Adik,balik sekarang
[6:00 p.m]
Jangan keluar lama sangat. Dahnak maghrib ni.
[6:47 p.m]
Jangan terasa dengan kata-kata umi
[7:15 p.m]
Balik cepat. Kakak risau
[7:33 p.m]
Danial..
[7:50 p.m]
Danial menekan butang keluar daripada chat kakaknya. Tidak pula rasa jari ini mahu menaip sesuatu. Bukan dia merajuk, namun dia perlukan masa bersendirian. Tenangkan fikirannya yang berserabut ini.
Chat daripada abangnya pula di buka.
qiff
Danial?
[6:55 p.m]
Mana kau? Balik cepat. Kami risau.
[6:56 p.m]
At least bgtau kau kemana. Kesian kakak ni.
[7:24 p.m]
Danial,amaya msk hspital.
[8:15 p.m]
Akhir sekali,chat daripada abang iparnya pula di buka.
hazriq
Danial,kak maya msk hsptl.
[8:30 p.m]
Dtgla klau nak.
[8:31 p.m]
Jaga diri,kak maya pesan.
[8:35 p.m]
Telefonnya dimatikan. Risau? Ya,terselit sedikit kerisauan dalam dirinya tentang kakaknya.
Apa yang jadi?
***
"GUYS"
Alif Ibbiyas memanggil rakan-rakannya yang masih sibuk menghadap telefon masing-masing. Inilah kawan, di ajak keluar,namun semuanya bermain telefon apabila bersua muka. Langsung tidak mengeluarkan bualan apa-apa sedari tadi. Lebih baik duduk di rumah,makan di rumah sahaja! Lagi best.
Bertambah sakit hatinya apabila panggilannya hanya dibalas 'hm' sahaja daripada tiga orang figura dihadapannya.
"Ea anak khinzir" Kaki meja plastik mamak itu ditendang sedikit kasar. Akibat bergegar,sedikit minuman tertumpah ke atas meja.
Justin lau meletak kasar telefonnya ke atas meja. Tajam pandangan matanya melihat Alif. "Bapak kau la" Hamburnya tiba-tiba dengan loghat pekat cinanya.
Syed Qais tergelak kuat. Kelakar mendengar kawan cinanya memaki di dalam bahasa melayu. Bukan semakin gerun,malah semakin comel pula rasanya.
Suasana kembali sunyi diantara mereka. Sebelum Justin membuka bicara. "Danial kau kata kakak kau masuk hospital eh?" Lama mereka menunggu jawapan daripada Danial yang hanya berdiam diri daripada tadi. Lain benar perangai lelaki ini malam ini.
Selalunya tiadalah ekspirasi keruh yang melekat pada wajah lelaki itu. Selalunya hanya ekspirasi beku sahaja. Tapi malam ini,keruh sahaja muka dingin rakannya ini.
Pasti ada sesuatu yang berlaku. Sudahlah,kawannya yang ini susah mahu membuka cerita. Meluahkan rasa atau mengadu sakan. Danial seorang yang lebih suka memendam. Apa yang dia rasa,hanya dia sahaja yang tanggung. Susah bagi mereka mahu meneka perasaan lelaki itu. Mereka yang rapat pun susah mahu meneka,apatah lagi yang sememangnya tidak pernah duduk semeja.
Danial melempar perlahan telefonnya ke atas meja. Kepalanya dijatuhkan berkali-kali.
"Kenapa?dia okay ke?" Alif pantas menyoal. Mereka sangat kenal dengan kakak kepada Danial. Wanita yang sangat lembut bahasanya. Cantik pula tu. Namun,bila angin monsun timur wanita itu datang,cubalah mengusik,mahu-mahu dulang melekat di muka.
"Dia bersalin je. Normal think " Lega juga hati Danial apabila dia bertanya tentang kakaknya pada abangnya,abangnya hanya memberitahu bahawa kakaknya bersalin.
"Yea..normal think. Tapi,yang tak normal tu kau. What happened to you? Any problem? Selalunya,kau tak ajak lepak sini tau" Syed Qais cuba mengorek apa yang lelaki itu simpan. Namun hampa,Danial hanya menggeleng perlahan.
Senyap.
"Malam ni.."
Mereka semua menumpukan perhatian kepada Danial lagi. Menunggu butir bicara lelaki itu.
"Aku tidur rumah korang" Datar sahaja suara Danial menuturkan hasratnya.
Masing-masing ternganga mendengar ujaran Danial. Alif pula sudah terbatuk-batuk. Kemudian dia menggeleng laju.
"No! Rumah aku tak boleh" Tangan di silang membuat tanda pangkah. Qais berkerut memandang Alif.
"Apahal pulak"
"Sebab,malam ni tiga-tiga kakak aku balik. Adik aku si Qisha tu memanglah ada melekat kat rumah. So, tak boleh. I'm sorry Danial"
Danial mengangguk. Takkan pula dia mahu menumpang tidur di rumah yang ramai anak dara. Dia pun tidak hingin.
"Aku pun tak boleh. Papa aku kat rumah malam ni,kau tau an perangai papa aku. Kang tak memasal aku terus kena halau keluar sebab bawak balik kawan perangai setan.." Qais memberi alasan. Di hujung ayat diperlahankan suaranya. Takut pula mahu bersuara kuat.
Bertambah gerun apabila terpandangkan mata tajam Danial yang menatapnya tidak lepas. Pasti lelaki itu terdengar butir bicaranya. Kecut perut dibuatnya. Tidak memasal kepalanya jatuh memandang jalan tar.
Danial memandang Justin. Sekarang ini hanya Justin sahaja yang berdiam diri daripada tadi.
"Aku.."
Serba salah Justin mahu menyambung ayatnya. Rumahnya pun tidak boleh. Bagaimana mahu memberi tahu Danial?
Danial diam. Hadam sangat dengan perangai rakannya. Kalau sudah diam sahaja,tidak bolehlah tu.
"Nah,it's okay. Aku tidur tempat lain" Akhirnya Danial membuat kata putus. Bukannya dia tiada duit untuk bermalam di hotel. Walhal,dia ada rumah sendiri lagi. Rumah yang jauh daripada keluarganya.
Disebabkan keluar main keluar,kunci semua di tinggal sahaja.
"Err,kau tidur mana malam ni?"
DONE ! FINALLY T_T
JEMPUT BACA SAYANG.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro