Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

ASAP rokok dihembus keluar daripada hidungnya kemudian disedut lagi. Tidak terkira banyaknya asap yang berkepul-kepul bertebangan di udara.

Batang pokok menjadi tempat sandarannya. Tali leher berwarna merah hati itu dilonggarkan. Dia memejam matanya rapat. Merehatkan fikiran yang serabut dengan banyak perkara.

Rokok disedut lagi. Berharap juga tiada sesiapa yang akan menganggunya di waktu berharga ini. Suara-suara guru yang terdengar daripada corong-corong dengungan mic dijadikan sebagai latar belakang musik rehatnya. Maklumlah,hari ini ramai pelajar sekolah lain yang berkunjung di sekolahnya. Nasib baik sedikitpun suara-suara bising itu tidak mengganggunya.

" Er awak?" Dia membuka sedikit matanya. Pemandangan kosong dihadapan matanya dipandang dengan perasaan geram. Siapa pula yang menganggunya ini?

" Awak? Maaf saya meng.."

Dia menoleh,melihat seorang gadis sedang berjalan ke arahnya dengan membawa sebuah kotak kecil di tangannya. Namun,gadis itu tiba-tiba sahaja berhenti.

Matanya langsung tidak lepas melihat daripada kasut hitam yang dipakai gadis itu,sehinggalah mereka bertentangan mata. Mata berwarna hazel itu benar-benar menarik minatnya.

"Maaf"

Tersedar,dia mengalihkan pandangannya. Buat malu sahaja. Lantas dia berdiri di bawah pokok itu. Kini,gadis kecil itu sudahpun berada satu meter jarak dengannya.

" Sebelum tu,maaf sebab ganggu awak" Arissa memandang rumput-rumput di bawah. Entah kenapa,dia boleh sampai ke sini. Niat mahu bertanya sahaja sebenarnya. Boleh pula sesat sampai ke sini.

Dia pula,menayang muka toya. Menyampah telinganya daripada tadi mendengar perkataan 'maaf' keluar daripada mulut kecil gadis ini. Apa murah sangatkah perkataan 'maaf' buat gadis ini?

"Apa kau nak?" Soalan terus diutarakan. Rokok yang sudah pendek itu dibuang lalu dipijak kasar.

Arissa hanya melihat tingkah lelaki dihadapannya. Kenapa rasa macam pernah jumpa ya? Lagi-lagi apabila terpandangkan kesan lebam disebelah bibir lelaki itu.

"Jangan berangan"

Arissa tersengih-sengih malu. Hadoi buat malu sahaja. Kemudian,dia berdehem kecil menutup rasa janggal dan malu. " Kat mana bilik makmal komputer eh? Daripada tadi saya cari,tapi tak jumpa. Saya pelaj.."

"Aku kenal kau ke?" Dia memandang lama muka gadis itu. Dapatlah juga mengesan yang terdapat dua jerawat pada dagu dan tepi dahi gadis itu.

Mata Arissa membulat tiba-tiba. "Err mungkin tak,sebab say.."

"Blok D,floor atas sekali bahagian dua daripada tepi"  Senafas dia membalas pertanyaan gadis itu. Kemudian,dia berpaling mengangkat bag hitamnya.

Arissa terkebil-kebil. Lelaki itu beritahu dia tempat ke tadi? "Ha? Boleh awak ulang? Saya tak dapat tangkap" Namun hampa,lelaki itu sudahpun mula melangkah mahu pergi.

"Eh sekejap! Tolong beritahu lagi sekali"

Dia berpaling. "Ingat sendiri" Baru sahaja dia mahu menyambung langkahnya, dia mendengar suara-suara yang amat dia kenali. "Bantu saya cari dia.."

" Damn " Dia berpaling semula. Bahu gadis itu di pegang kemas lalu di tolak melekap pada batang besar pokok itu. Kotak yang sedia ada pada tangan gadis itu jatuh namun cepat-cepat di sepak olehnya supaya tersorok di antara mereka.

Bag hitamnya di sangkut pada sebelah bahu sahaja. Dia juga turut menyorok di batang pokok itu. Tangannya melekap pada batang pokok menjadi penahan supaya badannya tidak melekat dengan badan gadis itu. Walaupun sekarang mereka sudahpun sangat dekat sehingga deruan nafas gadis itu jelas dapat didengarinya.

Arissa kaget. Terkejut,terkesima segala TER semua keluar. Automatik Arissa mencubit perut lelaki itu. Bukan sekejap,tapi lama dan sangat mendalam. Geram! Perangai tidak semegah langsung!

Dia berkerut menahan perih. Nampak sangat yang gadis itu tidak memotong kuku. Lengan berlapik gadis itu digenggam lalu ditarik kasar. Boleh berbekas cubitan gadis ini. Silap-silap,boleh berdarah perutnya. Suka hati nenek dia ja!

"Yang awak suk.."

Bag hitamnya cepat-cepat ditutup pada muka gadis itu. Serta-merta terdiam mulut kecil itu daripada berbunyi. Bag diturunkan kembali. Terserlah wajah cemberut bertambah dengan menyampah pada muka gadis itu.

"Shh"

Arisaa diam. Dia cuba berfikir positif. Mungkin lelaki ini mahu bersorok daripada sesiapa,jadi dia pun terjebak sekali.

"Mungkin di belakang ni tiada"

Dia menjengah sedikit tatkala mendengar suara-suara guru yang mencarinya. Nasib baik,gurunya sudahpun melangkah pergi daripada kawasan ini. Namun,matanya tetap meliar melihat kawasan sekeliling.

Kosong.

Nafas dihembus lega. Bag hitamnya di sangkut pada bahu sekali lagi. Tubuhnya dijarakkan sedikit daripada gadis kecil itu. Karang nangis anak orang naya dia.

Baru sahaja dia mahu membuka langkah,tiba-tiba pekikan seseorang dari arah bangunan mematikan langkahnya.

"Danial !"

"Keith !"

Oh,mungkin bukan seseorang. Tapi,bertiga. Ketiga-tiga setan dunia. Ini satu bala.

"Lee ! "

Danial Keith Lee,berpaling. Bukan ini yang dia mahukan. Suka-suka hati menjerit nama panjangnya.

Arissa juga turut berpaling. Akhirnya dia dapat juga mengetahui nama lelaki misteri ini. " Danial Keith Lee "

" Kat sini rupanya kau,penat kitaorang cari " Alief Ibbyas menghampiri Danial sambil bermain ranting pokok yang berada di dalam genggaman tangannya.

Alief Ibbyas,sebaris nama yang sedap didengar. Namun,perangainya buruk untuk dipandang. Akan tetapi,dengan kekacakan,kekayaan yang dia miliki,siapa sahaja yang mampu menolak anak bercampuran darah keturunan arab ini. Dialah,seorang lelaki yang berjaya memegang title playboy tersohor di dalam sekolah megah ini.

" wait,siapa perempuan ni? Is this your girl Danial? How could you,apahal aku tak tau?" Tanya Justin bertubi-tubi. Dia sudah menarik muka cemberut. Arissa pula dipandang atas bawah.

Mata Qais membulat. "Biar betul? Kau tengah dating ke? Peh bapak ah. Tak ada port lain agaknya kalau ya pun" Ketawa-ketawa halus sudah keluar daripada mulut masing-masing.

Danial pula masih dengan riaksinya yang beku dan tidak mudah ketawa. Dia menoleh memandang Arissa. Automatik Arissa berdebar tidak tentu arah. Panas kulitnya apabila dipandang oleh Danial seperti itu.

"Dia tak lawa,bukan taste aku" Selamba Danial membalas. Pandangannya memandang rakan-rakannya kembali. Sengaja? Ya memang pun.

Arissa kaku. "Choi mulut dia!" Matanya menjeling sekumpulan lelaki-lelaki itu. Kurang ajar betul! Kini bukan kulitnya yang panas,hatinya yang panas menggelegak. Lagi bertambah sakit hati apabila mendengar gelakkan-gelakkan yang kuat daripada rakan lelaki itu.

Kotak yang terjatuh tadi,segera Arissa ambil balik. Sudahlah memalukan orang! Berbaku-bakul makian dia berikan kepada lelaki itu. Namun hanya boleh diperkatakan di dalam hati sahaja.

"Tak reti nak bera.."

"Saya tahulah! Awak diam je. Sambung gelak sana" Arissa meniggalkan kawasan itu. Gilalah kalau dia masih memilih untuk berdiri tegak disitu. Namun langkahnya mati serta merta. Dia berpaling. "Hey tiang!" Danial menoleh. Tiang? Mereka bertentangan mata.

"Terima kasih!" Jerit Arissa. Mahu tidak mahu,dia perlu juga berterima kasih pada lelaki itu kerana membantunya tadi. Selesai sahaja,langkahnya di sambung semula.

Danial melihat pemergian gadis itu. Senyuman sinisnya ditarik.

" Aku tipu. Kau cantik,tapi buruk"


-TERIMAKASIH-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro