||Prologue
「 1 universe 9 planets 204 countries 809 islands 7 seas and I had the privilege of meeting you 」
✾
Langkah dibawa berjalan ke arah kelas 3-A manakala buku-buku rujukan masih kemas dipeluknya. Bunyi tapak kaki yang jelas kedengaran lansung tidak diambil peduli oleh pelajar-pelajar yang sedang merokok didalam kelas.
Pintu dibuka, lalu kelihatan pelajar-pelajar yang merokok tadi sedang duduk di atas meja yang sepatutnya bukan untuk diduduk.
"Alamak! Kantoi!" Kata salah seorang daripada mereka.
"Ala, berani ke dia nak report pasal kita?" Kata seseorang lalu mereka bertiga gelak.
Choi Jihye yang hanya mampu buat bodoh dengan mereka menjeling sekilas.
'Ada kelas sendiri pun nak lepak kat kelas orang lain' fikir Jihye sebelum dia mengeluarkan buku latihan matematik tambahannya.
Tiba-tiba kedengaran pintu kelas dibuka dengan kuat. Suatu jeritan bergema di segenap ruang kelas.
"Ong Seongwoo! Park Woojin! Ha Sungwoon!" Jerit seorang cikgu yang tiba-tiba membuat Jihye peka mendengar nama-nama itu. Lantas mereka bertiga turun daripada meja lalu lari ke pintu yang lagi satu.
"Mana nak lari?!" Jerit cikgu tersebut yang memang sudah kenal perangai mereka. Lelaki tua itu pun mula mengejar mereka bertiga yang sememangnya akan merokok semasa rehat.
"Ong Seongwoo..." kata Jihye dengan perlahan apabila kelibat mereka sudah tidak kelihatan. "Dia teruk..."
Itu yang difikirkan Jihye dari awal tahun lagi. Pada hari pertama persekolahan, Ong ialah pelajar yang datang lewat ke kelas. Namanya asyik disebut dalam keadaan marah oleh cikgu semasa mengajar pada waktu itu. Sejak hari itu, dia mula kenal Ong kerana namanya asyik disebut.
Tempat duduk kosong di sebelahnya dipandang. Jihye tiada kawan dalam kelas. Malah dia lebih suka menyendiri dan duduk sorang-sorang. Baginya, itu lebih senang untuk dia fokus belajar.
"Jihye~!"
"Cheon, Min Ha, aku fikir kau nak rehat kat kafeteria" kata Jihye apabila ternampak kelibat 2 orang rakannya yang berlainan kelas.
"Dah lama tak rehat dengan kau. Saja lepak disini" kata Cheon sambil duduk di sebelah Jihye lalu membuka bekalnya.
"Lagipun tadi Chanyeol takde" kata Min Ha yang mengundang tawa kecil Jihye.
"Aku fikir kau dah move on" kata Jihye membuatkan Min Ha tersipu-sipu malu disitu.
"Entah lah. Dia... dia lain dari crush aku yang lain. Terlalu handsome, terlalu charming, rasa macam aku tak mampu nak lepaskan dia, tak mampu nak kongsi dia dengan sesiapa. Aku rasa aku sayang dia sangat-sangat" kata Min Ha dengan teruja yang mengundang rasa janggal Jihye dengan Cheon.
"Eh? S-sayang?" Tanya Cheon.
"Kenapa? Betul lah! Dengan kekacakan dia itu. Aduh, aku fall in love! Belum lagi bila dia smirk, belum lagi dengan badan dia yang bertatoo. Nakal tau dia ni buat aku jadi macam ni. Nak je aku culik pastu rogol dia"
Min Ha makin lain.
Biasanya dia takkan suka seseorang sampai ke tahap sebegitu.
Ahh, biarlah! Mungkin itu cuma perasaan, fikir Jihye.
━━✾━━
Bunyi dengkuran jelas kedengaran, di segenap ruang kelas. Cikgu berjalan ke arah Heyi yang sedang tidur nyenyak memimpikan erm... tidak sanggup saya tulis. Cukuplah dengan bermimpi video yang dia tengok semalam.
Video apa? Tanyalah Heyi yang berotak warna-warni itu ( ͡° ͜ʖ ͡°)
"Hyeki" Cikgu Song Jihyo menolak sedikit bahu Heyi. "Hyeki" kali ini, Cikgu Song menolak dengan lebih kuat.
"Park Hyeki!" Jerit Cikgu Song yang membuatkan Hyeki cepat-cepat bangun lalu mengelap air liur di bibir.
"Tidur lagi dalam kelas ye!? Habis kelas, jumpa di bilik disiplin nanti!" Kata Cikgu Song dengan tegas sambil Heyi mengangguk dengan gaya malas.
"Eish budak ni, pergi duduk luar!" Kata Cikgu Song.
"Baiklah Cikgu Song tersayang~" kata Heyi dalam gaya menyanyi sambil dia berjalan ke arah pintu kelas. Dia menjeling Cikgu Song apabila dia tidak memandang. Eish, kacau mimpi orang je. Dah lah part klimaks.
"Pergi duduk luar!" ajuk Heyi dengan suara yang pelik dan nada yang perlahan.
"PARK HYEKI!!" Jerit Cikgu Song. Terus Heyi berlari membuka pintu lalu keluar dari kelas.
"Jangan lari! Berdiri sana diam-diam!" Jerit Cikgu Song membuatkan langkah Heyi terus terhenti. Dia menutup pintu lalu dengan muka temboknya dia berdiri di luar kelas.
Kebetulan Kang Daniel dan Kim Taehyung yang sedang ponteng kelas lalu di situ. Terus terbahak-bahak Taehyung ketawa.
"HAHAHAHAHAHAHAHA kena denda lagi? Tak serik ke?" Kata Taehyung pada Daniel.
"Itulah HAHHAHAHA" Ejek Daniel sebelum mereka berlalu pergi padahal mereka berdua tidak sedar yang mereka pun 2×5 saja.
"Eih budak ni. Minta cari nahas ke?" Marah Heyi. "Sendiri lagi teruk. Pergi ponteng kelas"
'Budak yang jalan sebelah Taehyung tu Daniel kan?' Fikir Heyi.
Heyi kenal Daniel, nama itu sentiasa disebut-sebut dikalangan pelajar perempuan. Lelaki seksi, panggilan Daniel. Apabila gadis yang lain cuba mahu mendekati Daniel, Heyi hanya buat tidak tahu. Malah, dia seboleh-bolehnya menjauhi lelaki itu. 'Dia suka menyusahkan orang. Kalau aku ada kena-mengena dengan dia, makin susah aku nanti'
"Classmate kau ke Taehyung?" Tanya Daniel pada Tae.
"Haah, budak kelas aku. Tapi selalu kena marah lagi-lagi dengan Cikgu Song.
"Kesian, tapi comel juga budak tu"
"Lawak apa kau buat ni? Muka cam beruk camtu kau suka?"
"Kau hari-hari hadap muka dia, memang kau rasa camtu. Cuba Kang Min Jee, budak kelas kau tu. Cantik je dia, kenapa kau tak minat?"
"Eh, tak nak aku"
"Dia kan minat kau, siap sayang lagi"
"Gila! Dah macam psiko dah aku tengok dia. Terpaksa aku ponteng kelas semata-mata tak nak jumpa dia"
"Kesiannya dia, HAHAHAHHA"
━━✾━━
Air disimbah pada gadis yang sudah terduduk itu. Dia hanya mampu mencengkam bajunya yang basah itu dengan rasa geram.
"Itulah padahnya! Mengatal lagi dengan Jun-Oppa!" Jerit Park Jaera pada telinga Kim Nayle dengan harapan gadis itu pekak.
"Ta-" terus pipinya ditampar kuat. Ada kesan merah yang ketara pada mukanya.
"Nak melawan? Jun milik aku, hak milik aku. Aku ulang... HAK MILIK AKU! KAU SIAPA NAK MENYIBUK?!"
Nayle mengeluh dalam hati. Gila agaknya perempuan ni. Jun hanya membantu Nayle semasa dalam kesusahan. Itupun mahu cemburu teruk. Bukannya Jaera itu isteri dia.
"Jom pergi, Ji Dam. Kenapa lah semakin hari, semakin ramai betina nak rampas suami kita?" Kata Jaera sambil meninggalkan Nayle keseorangan dalam bilik stor dengan keadaan yang basah.
Nayle bangun dengan keadaan payah. Haih, apalah nasib dia? Sentiasa dibuli.
Nayle ni, jenis blur ataupun clueless dan senang ditipu. Bukan itu sahaja, dia juga agak lemah, lagi-lagi bila melawan. Dia selalu ditimpa masalah yang dia cari secara tidak sengaja. Jadi, dibuli lah jawabnya.
Keluar sahaja dari bilik stor, akibat tidak tengok jalan, dia terlanggar seorang lelaki. Basah terus baju lelaki itu
Lelaki itu memandang Nayle dengan pandangan membunuh. Nayle menelan air liur, dia sedar akan kesalahan dia.
Lelaki itu ialah SCoups, ketua kumpulan budak nakal yang bernama Seventeen. Disebelah SCoups, Kim Mingyu memandangnya dengan senyuman sinis.
'Alamak! Geng Mingyulah!' Fikir Nayle.
Kaki diangkat lalu berlari pergi dengan selaju yang boleh. Gila mahu cari pasal dengan badboy sekolah!
Kim Mingyu ialah budak nakal kelas Nayle. Mungkin Mingyu tidak pernah sedar akan kewujudan Nayle. Tapi Nayle sentiasa sedar. Kerana Mingyu sangat popular di kalangan budak perempuan, popular kerana dikenali sebagai playboy.
Dia nakal. Itu yang difikirkan Nayle dan jauhi dia ialah keputusan yang terbaik. Lagi-lagi bila baru tadi dia 'ter'cari pasal dengan ketua geng.
'Harap-harap dia tak kenal aku tadi' fikir Nayle.
"Siapa budak tu?" Tanya Seungcheol pada Mingyu.
"Pft, budak nerd kelas aku"
"Berani betul dia kotorkan baju apa. Apa nama dia?"
"Entah, tak ingat. Tapi yang pasti, nama dia pelik. Dah lah hari-hari kena buli" jawab Mingyu sambil mereka sambung berjalan.
"Tadi yang keluar dari bilik stor tu, Jaera kan? Budak yang obses dengan Jun"
"Hahaha, aku kesian dengan Jun. Ada budak cinta dengan dia" kata Mingyu dengan nada memerli. Padahal dia tak sedar, dia pun ada orang cintakan dia.
━━✾━━
Kim Hye Jin berjalan ke arah loker sebelum membukanya. Timbunan buku-buku jatuh.
"Alamak" kata Hye Jin sambil mengutip semua buku-buku tersebut.
"Lupa nak bawa balik semua buku lagi?" Kata satu suara sambil tuan punya suara itu bersandar pada loker.
Dengan sepasang matanya yang cantik, Hye Jin memandang gadis menawan itu. Im Jaeyoon, juniornya yang dia paling rapat.
"Mungkin kot..." omel Hye Jin. "Macam mana dengan Mingyu?"
"Mingyu-oppa? Macam biasalah, dia kacak. Tapi perempuan yang dia paling suka mestilah saya" kata Jaeyoon sambil flips hair.
Memang itu anggapan semua orang, Jaeyoon sudah lama meminati Mingyu, malah berkali-kali menyatakan cintanya. Playboy Mingyu itu memang akan melayan sahaja. Sebab itu Jaeyoon percaya yang Mingyu hanya mempermainkan perempuan lain dan sayangkan dia seorang.
Sebab Jaeyoon paling cantik, dan paling rapat antara peminat Mingyu yang lain, ramai beranggapan Jaeyoon ialah gadis kesayangan Mingyu. Padahal semua itu fake hope semata-mata. Eih, manusia macam ni lah yang kita patut baling ke dalam laut🌚.
"Unnie, saya dengar kelas unnie kena denda cuci tandas" tanya Jaeyoon apabila teringat khabar yang dia dengar baru-baru ini. Hye Jin menganggukkan kepalanya. "Bukan pesalah yang sebenar ialah budak Jepun kelas unnie tu ke? Apa nama dia? Kentang?"
"Takada Kenta, kelas 3-C. Pemegang rekod disiplin paling tinggi di kalangan kumpulannya, JBJ setakat ni" kata Hye Jin yang mengingati maklumat berkenaan dengan Kenta sambil menyusun buku-buku pada loker.
Agak berselerak, kemudian buku-buku itu jatuh lagi. Terpaksa Hye Jin kutip lagi.
"Unnie, biar saya to-" belum sempat Jaeyoon menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kawasan loker menjadi riuh dengan kehadiran sekumpulan budak lelaki. Panjang umur, Kenta pun muncul lalu membuka loker yang ada berdekatan dengan loker milik Hye Jin.
Buku Hye Jin yang masih berjatuhan di lantai dipijaknya dengan kurang asam.
"Eh, sampah mana pula ni" kata Hyunbin, rakan kepada Kenta.
"Entah, buang je di tong sampah" kata Kenta. Buku itu ditendangnya sehingga terkena tong sampah yang disediakan di korirdor.
"Jomlah" kemudian kumpulan mereka berlalu pergi meninggalkan Hye Jin yang terpaksa mengutip buku-buku tersebut.
"Lelaki tu takde adab. Buku kan ilmu" kata Hye Jin sambil memandang kelibat Kenta yang berjalan dengan kawan-kawannya. "Mama kata, jauhi orang yang takde adab"
"Lurus seperti biasa..." omel Jaeyoon.
━━✾━━
"Airin, boleh tolong hantar buku ni kat Cikgu Lim tak? Terima kasih!" Dengan itu, pelajar itu terus beredar meninggalkan buku latihannya pada Airin.
"Eh? Bukan cikgu nak buku ni minggu lepas ke?" Omel Airin. Hmn, ni mesti kes kerja tak siap. Akibat takut dimarahi oleh sang guru yang garang, biarlah Lee Airin yang menjadi mangsa.
Lee Airin, terkenal kerana menguasai akademik, sukan dan sahsiah, serta menjadi pemanah kebanggaan sekolah. Dia juga terkenal dengan gelaran 'anjing sekolah'.
Ya, memang tak masuk akal mendapat gelaran sebegitu tetapi akibat sifatnya yang sentiasa membantu orang dan tidak berani berkata 'tidak', dan juga atas faktor dengki, dia mendapat gelaran yang begitu teruk.
'Omo, itu Lai Guanlin!' Bisik hati Airin apabila dia ternampak Guanlin bersama rakan-rakannya berjalan ke kelas.
Sambil berjalan ke bilik guru, badboy itu dipandang Airin dengan tidak berkelip. Lelaki itu turut memandang Airin lalu berlaku pertentangan mata dalam masa beberapa saat.
"Anjing" bisik kawan-kawan Guanlin lalu mereka ketawa kecil. Airin mengetap bibir menahan geram. Tapi dia tidak berani menunjukkan amarahnya.
"Dia dengan Nayle sama je, dua-dua noob" kata seorang lagi.
"Kawan baik, memanglah bodoh tu berjangkit"
Sakit hati Airin dengar. Apa salah dia terhadap mereka? Apa yang mereka mahukan?
"Dah lah korang, berhentilah" kata Guanlin, membuatkan Airin terharu sekejap. Fikirnya, Guanlin akan membelanya dihadapan kawan-kawannya itu. Tetapi sangkaan Airin serta merta meleset mendengar ayat Guanlin yang seterusnya. "Buat apa kau nak sibuk cakap pasal anjing? Takde topik lain ke?"
Hmph! Guanlin sama sahaja dengan tiga ekor tu. Anjing yang sebenar ialah mereka kerana suka menganjing orang.
Ya ampun, apa salah anjing ni ;-;
Airin mempercepatkan langkahnya. Tanpa dia sedar, Guanlin memperhatikan setiap langkah Airin sambil tersenyum sinis.
Dengan hati yang sedih tapi ditabahkan, Airin memasuki bilik guru lalu berjumpa dengan Cikgu Lim. Kebetulan Cikgu Lim sedang memarahi seorang gadis yang berdiri dengan gaya malas dihadapannya.
"Kamu ni Eunhee, sampai bila jadi macam ni? Asyik tak fokus dalam kelas saja" Marah Cikgu Lim. Eunhee hanya terdiam.
"Dan kenapa kamu sembunyikan semua buku Hye Jin dalam loker dia?" Kata-kata Cikgu Lim membuatkan Eunhee menjadi cuak.
"Eh! Bukan saya cikgu! Kenapa saya nak buat?"
"Bohong! Hyo Jung nampak kamu buat. Lagipun sebelum ni kamu pernah kan curi kertas jawapan dia supaya dia dapat markah kosong?"
"I-itu... itu hal lama" kata Eunhee dengan nada yang perlahan. Pahit mengenang kisah lama. Habis dia dikecam selepas didapati melakukan perkara itu. "Tapi percaya cakap saya cikgu! Bukan saya yang sorokkan buku-buku Hy-"
"Haih, saya dah penat bercakap dengan kamu. Balik ke kelas sekarang" kata Cikgu Lim sambil tangannya diletakkan di dahi menunjukkan betapa penatnya dia melayan karenah pelajar.
Muka Eunhee merah, matanya berair. Eunhee dengan pantas berlalu dari situ dengan keadaan marah.
Airin kekal terpaku berdiri disitu selepas melihat adengan drama di hadapan mata. Macam drama yang betul-betul tertayang di kaca televisyen pula.
"Ya, kenapa?" Tanya Cikgu Lim pada Airin dengan nada suara yang masih dalam keadaan marah.
"Cikgu, ini buk-"
"Lain kali, jangan hantarkan buku kawan awak. Biar kawan awak hantar buku dia sendiri, faham?"
"B-baiklah" kata Airin perlahan-lahan meletakkan buku itu diatas meja Cikgu.
"Buku tu baling di kolam sekolah. Ini arahan dari saya. Kata dengan pelajar tu, pergi kutip dan hantar sendiri"
Terkejut Airin mendengar kata-kata Cikgu Lim. Kejamnya. Tapi Cikgu Lim memang begitu, tegas, garang dan kejam dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.
━━✾━━
Lina mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mendengar Cheon membebel pasal crushnya. Mulutnya dari tadi tidak berhenti-henti berkata-kata dengan expresi wajah yang dramatik.
"Weyh lagi satu! Aku menyampah dengan seorang junior tu!" Dengan menggunakan tangan, Cheon menghempas meja dengan keadaan yang kuat.
"Siapa?" Tanya Lina, tiba-tiba berasa curiga dengan junior yang berjaya buat Cheon marah sampai begitu sekali.
"Jinguji Sakura! Eish, gedik gilos, sikit-sikit mengedik nak ambil hati Cikgu Lee Jong Suk, cikgu kesayangan aku tu! Geram" bebel Cheon yang tidak sedar dirinya pun sama gedik.
"Apa dia buat?"
"Dia jatuh, pastu beria-beria nak minta tolong Cikgu Lee"
"Eh? Bukan masa itu memang masa Cikgu Lee mengajar dia ke?"
"Ye lah, tapi banyak-banyak orang, kenapa mesti Cikgu Lee?"
"Sebab takde orang lain nak tolong dia?"
Jelingan dihadiahkan dengan rasa geram serta bibir dimuncungkan. "Kau ni kawan aku ke kawan dia? Yelah, aku je salah. Dah lah, pi sana"
Ha, mula lah tu. Lina hanya mampu mengeluh, malas melayan. Tapi tidak perlu susah-susah dipujuk, lama-lama okay lah tu. Cikgu tiada, manakala kelas pula bising macam kandang zoo. Lagi-lagi kumpulan Jaehyun yang sedang bising macam ayam disana.
Akibat rasa menyampah dan panas duduk di dalam kelas, Lina buat keputusan untuk keluar dari kelas.
"Buat apa tu?" Kata Jaehyun pada Lina dengan gaya mengusik. "Nak keluar kelas ke?"
Lina tidak mengendahkan mereka lalu keluar dari kelas. Ponteng kelas, biarlah, bukan ada cikgu pun. Itu yang difikirkan Lina.
Sampai di suatu korirdor, kelihatan seorang gadis sedang berjalan disebelah seorang lelaki yang tinggi. Gadis Jepun itu ialah gadis yang baru disebut Cheon tadi, Jinguji Sakura.
Kelihatan Sakura sedaya-upaya untuk bercakap dengan lelaki itu tetapi dia lansung tidak melayan Sakura.
"Eh itu..." Lina cuba mengingati nama lelaki itu. "Kuali ke? Aik, betul ke nama dia kuali?"
"Nama dia Guanlin" kata seseorang yang membuat Lina terkejut seperti jantung terlompat akibat jatuh cinta. Ceh.
Lina segera memandang tuan punya suara itu. Lelaki itu, Jung Jaehyun memandang Lina dengan pandangan miang.
"Hai ( ͡° ͜ʖ ͡°)"
Lina menundukkan kepalanya dan pipinya membahang akibat rasa malu.
Jung Lina, hanya dengan kawan baik sahaja dia akan bersifat sporting. Tetapi dengan kawan biasa yang lain atau dengan orang yang tidak dikenalinya, sifat pemalunya akan mengambil alih. Tak banyak cakap tapi dia pendengar yang baik. Bila bertemu dengan orang baru atau dalam keadaan malu, pasti mukanya akan bertukar merah semerah gula-gula strawberry.
"Ala sian dia muka merah-merah. Nak cendol?" Tanya Jaehyun dengan nada mengusik.
"Gatal lah kau ni" kata Lina. Terus dia menekup mulutnya sendiri. Lagi satu perkara tentang Jung Lina, dia selalu terlepas cakap. Apa yang terlintas di fikirannya, dia akan kata di dunia realiti. Dan selalunya pada timing yang salah. Contohnya, sekarang.
Kedua-dua mereka terpaku sekejap lalu Lina membulatkan matanya. Lina mengundur sedikit demi sedikit sebelum kakinya dibawa lari dengan laju. "Minta maaf!"
'Tolonglah jauhkan aku dari dia. Aku taknak kena serang. Dah lah badboy' fikir Lina dalam keadaan yang cemas. Seboleh-bolehnya, mahu sahaja dia tukar sekolah sekarang ini.
━━✾━━
Eunkyun berjalan ke bilik guru sambil membawa buku-buku pelajar kelasnya. Badannya yang kecil asyik terhuyung-hayang akibat membawa buku yang berat serta banyak itu.
Tiba-tiba dia terlanggar seseorang lalu buku-buku itu jatuh bertempiaran manakala badanya jatuh menghadap lantai.
"Aduh" Eunkyun bangun lalu memegang pipinya yang terkena lantai. Pelajar yang lain ketawa melihat dia.
Sedikit demi sedikit Eunkyun memandang pelajar yang dia baru langgar tadi. Perempuan itu menjeling Eun Kyun dengan muka yang menyampah.
"Kau, sengaja kan?" Kata perempuan itu. Eunkyun sudah menggigil ketakutan sambil mengelengkan kepalanya. Perempuan itu tersenyum sinis lalu menunduk dan mengambil satu buku. Pada buku itu tertulis nama 'Park Jihoon'
Perempuan itu membuka tingkap korirdor, membuatkan Eunkyun menjadi cuak. "J-jangan!" Perlahan sahaja suara Eunkyun mahu menghentikan perempuan itu tetapi dia tidak mengendahkan suara itu lalu membaling buku itu pada sebuah pokok.
Kelihatan buku itu tersangkut pada pokok, perempuan itu tersenyum sinis. "Jangan cari pasal dengan Park Jungmin" perempuan itu memberi amaran sebelum berlalu pergi. Sempat lagi Jungmin memijak kaki Eunkyun.
Eunkyun kekal terpaku sekejap sebelum sedar apa yang dia perlu buat lalu mengemas semua buku yang jatuh bertempiaran tadi. Buku-buku itu diletakkan di tepi korirdor lalu kakinya pantas berlari menurun tangga.
Sampai sahaja di pokok di mana buku itu tersangkut, dia berfikir sejenak cara untuk mendapat balik buku itu.
Eunkyun mengambil batu lalu cuba baling pada buku itu tetapi tidak berhasil. Malah, batu itu terkena burung yang sedang bertenggek di atas pokok.
Cara kedua, dia cuba untuk mengoncang pokok itu. Tetapi dengan saiz badan Eunkyun yang kecil itu, daun-daun pun tidak bergerak, apa lagi kalau mengoyangkan dahannya supaya buku itu jatuh.
Sedang Eunkyun mengeluh, tiba-tiba bahunya ditepuk. Eunkyun dengan segera menoleh ke belakang dan menjauhi lelaki itu. Lelaki itu, Park Jihoon.
"Tu buku aku kan?" Tanya Jihoon lalu Eunkyun mengangguk. "Tak payah ambil, biarkan je. Lagipun aku tak siap kerja yang kena bagi tu" kata Jihoon lalu menerima anggukan dari Eunkyun.
"Kau bisu ke?"
Eunkyun menggeleng sambil menunduk, malu untuk bersuara. Secepat yang mungkin, dia terus berlari meninggalkan Jihoon keseorangan di situ. Lebih baik dia segera menghantar buku itu.
Jihoon tersenyum sinis memandang Eunkyun. "Comel"
━━✾━━
"Yah, Bae Jinyoung!" Panggil Kwon Mira pada seorang lelaki yang suka suki dia je jalan tak tunggu orang.
Bae Jinyoung berhenti lalu Mira berlari ke arahnya. Tetapi malang bagi Mira, sampai sahaja disana, kepalanya diketuk.
"Aduh! Yah, apa ni!?" Marah Mira sambil menumbuk lengan Jinyoung.
"Oppa, panggil oppa" kata Jinyoung seperti sedang bercakap dengan seorang budak kecil. "Cuba ikut oppa sebut. Op-pa!"
Muka Jinyoung yang kecil terus menerima tumbukan daripada Mira. "Woi, aku bukan budak kecil lah"
"Dah kau tak reti nak panggil aku oppa, memang nak kena ajar jawabnya. Lagipun, ingat sikit, kau tu muda 2 tahun tau" kata Jinyoung dengan bangga. Mira memandang Jinyoung atas bawah atas bawah, tak tahu apa yang nak dibanggakan sangat kalau dah jadi tua.
"Menyampah" kata Mira sambil flips hair lalu berjalan meninggalkan abang angkatnya itu.
"Eh tunggu aku!" Kejar Jinyoung. "Stop! Stop! Ingat aku dah diberi tanggungjawab untuk jadi abang angkat kau. Jadi keselamatan kau itu tanggungjawab aku"
Mira meletakkan tangan di bahu dan matanya dijulingkan ke atas. "Nak muntah aku dengar"
"Eh! Betul lah! Sebab itu aku kena jalan dulu, untuk memastikan jalan yang kau lalu selamat" kata Jinyoung dengan ayatnya yang agak skema. Secara tiba-tiba, sekumpulan pelajar lelaki berlari ke arah mereka.
"Eh, Hyunjin. Budak kelas aku" kata Mira apabila nampak kelibat Hyunjin yang berlari dengan kawan-kawannya yang lain ala-ala shinobi dalam cerita Naruto.
"Kebudak-budakkannya" Bae Jinyoung facepalm. Tiba-tiba, kedua-dua bahu Mira dipegang Jinyoung.
"Ingat, jangan nak memandai nak dekati mereka, apatah lagi berkawan. Diaorang tu suka bagi pengaruh yang buruk, tahu" kata Jinyoung dengan serious.
"Baik oppa" kata Mira, membuatkan Jinyoung tersenyum. Dia mengelus lembut rambut Mira.
"Bagus, dengar cakap Oppa, nae?"
Mira tersenyum kecil, tapi dalam hatinya patah seribu. Bae Jinyoung, dikenali sebagai lelaki ketam beku dan dingin, mempunyai ramai peminat tapi semua direjectnya. Mira pula, tidak perlu confess, sudah tahu yang dia kena sister-zoned. Mira tertanya-tanya, perempuan jenis apa yang Jinyoung minat?
Mira mengeluh kecil sementara Jinyoung sambung perjalanannya ke perkarangan sekolah. Dia memandang Hyunjin yang rupa-rupanya sedang memandang ke arahnya. Hyunjin dengan rasa malu cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Mira tersenyum kecil.
"I got you!" Katanya sebelum berlari ke arah Jinyoung.
"Oh, mian sunbae-nim" kata Mira apabila bahunya terlanggar sedikit dengan seorang gadis yang cukup cantik paras rupanya bagaikan bunga.
"Annyeong Mira. Gwenchana" kata gadis itu sambil tersenyum lalu berlalu pergi.
Mira terus menekup mulutnya. "Oh my gosh!" Kata Mira.
"Wae?" Tanya Jinyoung.
"Senpai already notice mehh!!! Noumi-sunbae kenal saya! Oemji! Kyaa!!" Mira fangirl.
"Oi, kau okay ke?"
"Weyh, dia popular di kalangan kami. Budak laki kelas aku asyik dok pot pet pot pet pasal dia" kata Mira sambil berpeluk tubuh.
"Kalau kau nak tahu..." kata Jinyoung dengan nada misteri. "Itulah ideal type aku"
Mendengar kata-kata itu, terus mata Mira membulat. "Betul ke!?"
Bae Jinyoung hanya tersengih kerang busuk. "Tak tahu, tak tahu"
"Ala bagitahulah!" Mira terus menerus memukul belakang Jinyoung sampailah mereka pergi ke kelas masing-masing.
Tapi tanpa mereka sedar, seorang gadis sedang memerhatikan mereka.
━━✾━━
Hyun Ryu Ae kekal dengan posisi tegaknya sambil memerhati pelajar-pelajar jika ada yang tidak pengikut arahan.
Tag nama 'prefect' dipin kemas pada blazer uniform sekolahnya. Haih, sebenarnya dia bukan pengawas pun. Tiba-tiba Cikgu Cheng suruh Ryu Ae menjaga korirdor kelas.
Sudah berkali-kali Cikgu Cheng meminta Ryu Ae untuk menjadi pengawas sekolah tapi Ryu Ae selalu tolak. Tapi gaya Ryu Ae sudah serupa dengan pengawas sekolah. Mana taknya, Ryu Ae menjadi pelajar kegemaran Cikgu Cheng, cikgu hal ehwal murid. Setiap kali meminta tolong, mesti dia meminta tolong Ryu Ae. Malah hasil kerja Ryu Ae jauh lebih excellent daripada ketua pengawas sekolah ini.
Ryu Ae ternampak seorang gadis kelihatan agak pelik. Gayanya seperti sedang menge'stalk' seseorang.
"Awak" tegur Ryu Ae sambil jarinya mencuit bahu gadis itu. Gadis itu terkejut lalu sedikit demi sedikit memandang belakang.
"Y-ya?"
"Awak buat apa disini? Ini kawasan pelajar grade 3" tegur Ryu Ae. Dia memandang tempat yang diintip gadis tadi, kelihatan Bae Jinyoung dan rakan-rakannya sedang berbual di korirdor sekolah.
"Er... hehehe" respons gadis yang mukanya suci, murni seperti seseorang yang lansung tidak bersalah.
"Nama awak siapa?" Tanya Ryu Ae.
"Kim Hayeon, jangan tulis nama saya! Saya tak buat apa-apa!" Kata gadis itu sebelum terus melarikan diri dari tempat itu. Ryu Ae hanya mampu melihat Ryu Ae yang berlalu pergi turun tangga.
Sudah habis waktu Ryu Ae bertugas. Dia berjalan menaiki tangga untuk ke kelasnya.
"Kakak pengawas~" kata seorang lelaki. Ryu Ae memandang ke arah punca suara itu lalu ternampak badboy terkenal sekolah, Hwang Minhyun mengenyitkan mata ke arahnya. Ryu Ae mengalihkan pandangan matanya seraya berlalu pergi.
"Heh, sombong" kata Jisung. Dia sedang lepak dengan kumpulan badboy yang mempunyai ramai peminat, Wanna One. Sebelum masuk ke kelas, Ryu Ae memandang mereka sekejap. Lebih tepat lagi, Hwang Minhyun.
'Dia budak nakal, dia teruk'
"Hei kau" panggil Minhyun pada seorang pelajar lelaki yang sekelas dengannya.
"Eh?"
"Nanti salin semua nota, aku nak tidur"
'Suka menyusahkan orang, jauhi dia adalah perkara terbaik'
Ryu Ae memasuki kelas. Suara Minhyun jelas kedengaran dengan kuat dari korirdor kelas.
"HAHAHAHA! Jom ponteng"
"Haih..." Ryu Ae mengeluh. Sebenarnya sudah lama Ryu Ae anti dengan budak Minhyun tu. Banyak sangat rekod disiplin tapi tak pernah kena buang sekolah. Kenapa? Sebab sekolah ni bapa dia punya. Dia dan kawan baiknya Jisung lah yang mengasas Wanna One.
Dan Ryu Ae cuba untuk graduate dari sekolah dengan cara aman. Harap-harap dia tidak akan ada kena-mengena dengan mereka. Cukuplah garisan antara golongan mereka berdua dibiar tidak dilintasi.
Atau lain pula yang akan jadi...
━━✾━━
Pagi yang tenang itu menjadi huru-hara buat Seulrin bila dia mendapati keychainnya telah hilang.
"Eh!? Keychain saya!" Kata Seulrin yang mencari di sekeliling kelas.
"Keychain kau hilang?" Tanya Ryu Ae lalu Seulrin menganggukkan kepalanya dengan cemas.
"Aku nak cari dulu tau"
"Okay, tapi cepat-cepat tau. Takut harini cikgu masuk awal" nasihat Ryu Ae.
"Okay" dengan itu, Seulrin terus beredar keluar daripada kelas. Dia turun ke bawah, sambil-sambil itu melihat di sekeliling tangga sekolah.
Dia teringat sesuatu. Oh ya! Dia membuka keychainnya sewaktu berehat di taman belakang sekolah. Terus langkah di bawah ke tempat itu.
Pokok-pokok yang ada di taman sekolah sudah rinbum dengan bunga sakura. Angin bertiup lembut, lalu membuatkan bunga-bunga itu jatuh dengan cantik sekali. Tapi bagi Seulrin, itu bukan masa untuk menikmati pemandangan.
Dia pergi ke satu satu bangku, tiada.
Kepala disengetkan sambil dia melihat bawah bangku. Tidak ada.
Dia bangun lalu memeriksa sekeliling lantai. Tiada juga. Seulrin mengeluh lalu bibirnya dimuncungkan.
"Ala, benda keychain tu mana? Baru haritu Sakura belikan untuk aku" keluh Seulrin mengingati keychain yang dibeli oleh Jinguji Sakura di Jepun baru-baru ini. Keychain yang serupa bunga sakura.
"Kyurim!" Panggil Seulrin pada Song Kyurim yang kebetulan lalu disitu. Earphone di telinga dibuka lalu lollipop di keluarkan dari mulut. Swag seperti biasa, itulah Kyurim.
"Ya, kenapa?" Tanya Kyurim.
"Awak nampak tak keychain saya? Yang bentuk sak-"
"Maaf, aku tak nampak. Aku tak kenal keychain kau" kata Kyurim yang sedar yang dia tidak ingat apa-apa keychain yang dipakai oleh Seulrin.
"Oh... okay" kata Seulrin dengan nada sedih lalu gadis swag itu terus beredar. Seulrin meneruskan pencariannya. Dia yakin, keychainnya tercicir berdekatan dengan kawasan itu.
Pokok-pokok sakura yang bunganya sudah berkembang dan sedang menghujani Seulrin dengan bunga sakura menyukarkan lagi pencariannya.
"Aduh... mana ni?" Omel Seulrin.
"Cari ini?" Tanya suatu suara. Seulrin memusingkan badannya lalu ternampak seorang lelaki sedang memegang keychain yang berwarna merah jambu, keychain Sakura Seulrin.
Seulrin membulatkan matanya. Apa yang menarik perhatian Seulrin ialah bukan keychainnya itu. Tetapi lelaki yang memegangnya.
Dengan pemakaian yang agak semak, lengan baju dilipat menyebabkan kelihatan tatoo lelaki itu di lengannya, dengan mata yang memandang dengan tajam, Seulrin menjadi takut.
Park Chanyeol, badboy yang paling digeruni sekolah. Dia bukan budak badboy biasa, dia ada kena mengena dengan mafia di luar sana. Seulrin terdengar khabar angin bahawa Chanyeol ialah sebahagian ahli kumpulan mafia terkenal, EXO. Tetapi kebanyakan ahli yang lain sudah habis sekolah.
"Kenapa pandang aku macam itu?" Tanya Chanyeol. Terus Seulrin menundukkan kepalanya dengan penuh ketakutan.
"Nah" Chanyeol memberi keychain itu dengan suara yang tiba-tiba lembut, supaya gadis itu tidak takut dengannya.
"Terima kasih" kata Seulrin sebelum mengambil keychain tersebut. Dia mendongak untuk memandang Park Chanyeol yang tinggi lampai itu.
Dibawah pokok bunga sakura, dengan angin bertiup lembut, mereka berdua saling bertentang mata. Berjumpa pada hari yang cantik ini, adakah ini dinamakan jodoh?
Drama apakah ini!? Terus Seulrin sedar dan kembali ke dunia realiti. Dia tidak mahu terus hanyut dalam pandangan mata dan kekacakan Chanyeol.
Terus kaki dibawa berlari dari situ.
Chanyeol tersenyum sinis. Jari-jemarinya dibentuk menjadi pistol lalu dihalakan pada Seulrin yang sedang berlari pergi.
"Target, Park Seulrin"
Bukan Seulrin sahaja. Choi Jihye, Park Hyeki, Kim Nayle, Kim Hye Jin, Lee Airin, Jung Lina, Choi Eunkyun, Kwon Mira, dan Hyun Ryu Ae sudah ditarget oleh badboy-badboy yang lain. Dapatkah mereka terlepas daripada perangkap mereka? Kerana badboy-badboy itu mahukan mereka.
Danger! The Badboy WANTS You
❈
Saya minta maaf prolog ini panjang sangat. Kalau nak masukkan semua watak, ini lah jadinya :')
Dan maaf akan segala typo dan kesalahan tatabahasa. Just tegur, nanti saya betulkan. Sejujurnya kalau dah panjang macam ni, saya malas nak baca balik😂
Dan ada beberapa applier yang saya akan tukar first meet dia sebab agak tak sesuai. You okay with that? Maaf kalau saya buat watak awak teruk atau whatever. See you in next chapter~♡
Next
↬Calla & Fruit
✏250318...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro