Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

😈 SEMBILAN 😈

"Masuk cepat, Yuri!" Ryu segera menolak Yuri ke dalam kereta.

"Ryu!" Yuri pula menghalang Ryu daripada berdepan dengan Tobio.

"Aku kan Ryuken. Seekor naga tak takut dengan gajah macam dia ni," laung Ryu selamba.

Sengaja dia menguatkan suaranya supaya Tobio yang sedang menderam marah bagaikan harimau lapar semakin naik minyak. Lagipun, itu sajalah peluangnya untuk menyelamatkan Yuri apabila semakin lama, semakin ramai pula ahli kumpulan Tobio datang ke sini.

Anak buahnya sendiri? Mereka semua nampak tidak terlawan apabila kini, ahli kumpulan Tobio meningkat dua kali ganda.  60 lawan 30, nisbahnya 2:1. Keadaan ini sangat tidak bagus sebenarnya.

"Bangsat kau!" tempik Tobio. Kemarahannya mencanak naik.

"Well, aku kan badboy."

Ryu menarik senyuman sinis lalu sengaja menyerabaikan rambutnya sebelum dengan penuh gaya, dia kembali merapikan rambut berjuntai di dahinya dengan jari telunjuk dan jari hantu yang dibentuk dengan bentuk V. Sengaja dia acah cool.

"Aku cabar kau, bangsat. Satu lawan satu. Kalau kau tolak cabaran aku, maka kau terbukti pengecut. Bukan jantan tapi wanita berloceng!" cabar Tobio.

"Wanita berloceng? Hahaha." Ryu menghamburkan ketawa keras sambil bertepuk tangan.

"Padu kau bagi dekat transgender, Tobio. Kaw-kaw kau kutuk dia orang. Terbaiklah." Dalam tawa masih tersisa di bibir, Ryu mengangkat ibu jari. Tabik!

Puih!

Tobio meludah ke tepi. Baginya, anjing Yakuza Suichiro itu hanya tahu menyalak saja lebih. Dia jamin yang jejaka itu bukannya handal pun berlawan. Jika nak dibandingkan dengan dengan Arata Kamezuko si orang kanan Jin Katsune, gagah lagi lelaki itu.

"Jangan buang masa lagi, budak." Tobio mula membuka langkah.

"Tak ada masalah." Ryu menjongketkan bahu seraya turut membuka langkah.

Dua minit berlalu tanpa tiada siapa pun memulakan serangan. Masing-masing dalam keadaan bersiaga dan galak menganalisis lawan sendiri. Hanya pada minit ketiga, barulah Tobio melancarkan serangan.

Dengan bersenjatakan katana, dia meluru laju ke arah Ryu yang bertangan kosong. Walaupun dia pelik kenapa pemuda itu memilih untuk tidak menggunakan senjata, dia hanya membiarkan saja kepelikannya berlalu pergi. Baginya, jejaka itu bodoh kerana berani melawannya tanpa senjata!

"Ambik ni. Hiargh!" Tobio melayangkan pedangnya ke kepala Ryu.

"Lembab."

Ktang!

Serentak dengan kutukan tersebut, Tobio berasa hayunan pedangnya tersekat. Berkali-kali dia melihat ke arah gerangan si penyekat pedangnya yang kini secara pantas menggeserkan pula mata pedang miliknya kepada katananya. Dia berasa macam... tak percaya!

"Sugoi, Yuri-chan (Hebat, Yuri)," puji Ryu seraya mengangkat ibu jari kepada gadis itu.

"T... tak mungkin!" Katana Tobio terlucut dari tangan.

"Apa yang tak mungkin?" Yuri mengacukan mata pedangnya ke leher Tobio.

"Aku tak tahu kau handal guna pedang." Dengan suara terketar-ketar, Tobio berundur ke belakang.

"Arahkan anak buah kau berundur," arah Yuri.

"Tapi," bangkang Tobio.

"Sekali kau bangkang, sepakan ni jadi milik kau." Ryu yang entah bila masa berada di belakang Tobio segera menyepak urat keting lelaki gempal itu. Terlutut Tobio dibuatnya.

"Aku bilang sampai tiga. Kalau kau tak buat apa aku suruh, aku akan sembelih kau hidup-hidup. Satu!" Sekali dengan ugutan, Yuri melaung keras.

"Apa lagi? Berundur, berundur!" Dengan tangan dikuak-kuak ke udara, Tobio mengarahkan anak-anak buahnya supaya pergi dari situ.

"Ada lagi 20 ekor yang tak ikut arahan. Dua!"

Suara Yuri semakin keras. Dalam pada itu, semakin dalam dia mencucuk leher Tobio sehingga terbit beberapa titisan darah segar. Ryu yang suka rela menjambak rambut Tobio sehingga membuatkan lelaki itu terdongak ke atas semakin memudahkan kerjanya.

"Apa tunggu lagi? Pergilah bodoh! Aku nak hidup lagi! Sial! Pergi! Pergi!"

Bagaikan orang gila, Tobio menjerit-jerit supaya anak-anak buahnya segera beredar dari situ. Setelah itulah, barulah mereka semua mengikut arahannya. Perlahan-lahan, baki anak buahnya seramai 20 orang itu segera pergi dari situ.

"Macam tulah ketua yang digeruni." Yuri menurunkan pedang samurainya dari leher Tobio lalu menghulurkannya kepada Ryu.

"Jom, balik." Dia mengarahkan pula kepada anak buahnya sendiri supaya beredar.

Seketika, dia melihat dengan penuh jelik kepada Tobio yang sedang menangis tersedu-sedu dalam keadaan melutut. Takut, mungkin. Bersyukur pun, mungkin juga.

Malas mahu memikirkan hal lelaki gendut itu, akhirnya dia berpaling dari situ lalu segera ke kereta. Namun, belum pun sempat dia membuka pintu, dia berasa ada sesuatu sedang meluru laju ke arahnya.

"Ah, tak guna." Yuri mencebik geram seraya mengemaskan kedudukan kakinya.

"Kau memang nak mampus ke?" jerkahnya lalu menghadiahkan kepada si bakal pemukul curinya dengan jurus tendangan rahsia yang sangat jarang digunakan.

Dush! Krak! Purr!

Serentak dengan bunyi tulang patah, Yuri dapat melihatkan batang tubuh Tobio terus terlentang di atas tanah. Lelaki gemuk itu kelihatan menggelepur hebat seolah-olah ayam yang baru disembelih. Patah beberapa batang tulang rusuk, mungkin.

Melihatkan itu, Yuri menarik nafas puas hati. Akhirnya, tumbang juga lelaki tak tahu bersyukur itu ke tangannya. Nampaknya, Tornado Fatal Kick yang hinggap di tubuh lelaki itu memang benar-benar memberi efek hentaman paling kuat.

"Ikou, Yuri-chan (Jom, Yuri)," ajak Ryu.

Ajakan daripada jejaka yang pernah diselamatkannya setahun yang lalu disambut dengan senyuman. Tanpa berkata apa-apa, pantas dia memboloskan dirinya ke dalam kereta.

Batang tubuh Tobio? Dia pasti pihak polis akan tersenyum sampai ke telinga apabila ketua yakuza itu akhirnya berjaya juga ditangkap. Well, taikun dadah terbesar Jepun itu memang selayaknya ke tali gantung saja!

Alhamdulillah. Akhirnya, berjaya juga siapkan 4 chapter hari ni. Gianku untuk menulis terlepas jua. ✋😂

😈 Untuk chapter 6-9, berapa bintang korang nak bagi utk penulisan sy?

😈 Action dalam 4 chapter tu, padu atau perlukan penambahbaikan lagi?

😈 Apa perasaan korang masa baca chapter 1-9?

😈 Serasi tak pasangan Yuri dan Ryu?

Harap sudilah jawab. Anggaplah ia sebagai hadiah kpd sy yg bertungkus-lumus habiskan masa utk tulis cerita ni. 🙈

Oh ya. Semua komen sy akan reply nanti tau. Jari cramps banyak menaip hari ni. Sy taip pakai phone je...

Nota - Segmen Ilmu Untuk Anda akan dimuatnaik lain kali.

Perhatian: Jika anda mahir bahasa Jepun dan mendapati bahawa terdapat kesalahan pada ayat yang ditulis oleh sy, mohon beritahu. Sy akan teliti dan baiki semula mengikut tatabahasa bahasa Jepun.

__________
6 Julai 2021
10.10 malam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro