😈 SEBELAS 😈
Sekejap-sekejap, Yuri memandang telefon pintarnya. Tidak betah lagi dia duduk tanpa berbuat apa-apa. Sejak semalam, dia tidak mendapat apa-apa perkhabaran daripada Ryu. Hatinya dipagut resah.
"Cikgu Yuri okey?"
Soalan daripada pelajarnya membuatkan Yuri tersentak. Yalah. Dia okey ke tak sebenarnya? Pelik. Kenapa dia perlu berasa risau dengan Ryu? Padahal, jejaka itu bukanlah siapa-siapa dalam hidupnya.
"Okey je," jawab Yuri.
Sementelah, dia mengeluh kecil. Sudah lama Ryu menghilangkan diri dan meninggalkannya di sini bersama ibunya, Pengetua Zahrah. Tapi, dengan kehadiran jejaka itu di sini semalam, sedikit sebanyak bercambah jugalah rasa pelik di dalam hatinya.
"Cikgu nampak tak okey," ujar pelajarnya yang lain pula.
Mendengarkan itu, Yuri mengeluh. Kenapa dengan dirinya hari ini? Jarang sangat dia tak fokus ketika mengajar. Ah, Ryu benar-benar membuatkan dirinya huru-hara!
"Maaf. Kita tamatkan kelas awal lima minit." Akhirnya, Yuri mengambil keputusan. Lagipun, dia sudah ajar apa yang sepatutnya diajar hari itu.
Lantas, selepas para pelajarnya memberikan tunduk hormat, dia bergegas keluar dari situ. Matlamatnya hanya satu iaitu ke bilik pengetua. Dia mahu berjumpa dengan Pengetua Zahrah. Perasaannya sudah tak tahan lagi mahu mengetahui kondisi Ryu selepas diterajang olehnya semalam!
*****
Arata memandang lama figura Ryu yang sedang melantak dua mangkuk mi oden. Kazu di sebelah juga membulat matanya melihat selera rakannya itu. Lepas saja sedar selepas dua hari tidak sedarkan diri, mi oden yang dimasak oleh Kazu menjadi permintaan pertamanya.
"Selera kau macam gajah," komen Arata.
"Salah. Selera aku macam raksasa," bidas Ryu dengan mulut penuh.
"Perlahanlah makan tu, Ryu. Tercekik kang," tegur Kazu.
Menggeleng kepala dia melihat telatah Ryu yang lahap memakan mi oden. Entah apa yang dikejar, dia pun tak tahu. Gayanya ketika makan pun sudah macam orang tak makan setahun!
"Baik, pak cik," balas Ryu. Namun, dia tetap meneruskan acara makannya dengan lahap. Dia lapar, mereka apa tahu?
Mendengarkan itu, Kazu melepaskan keluhan. Tak guna cakap dengan Ryu kalau budak itu tengah melantak makanan. Serius, memang tak ada guna. Cakapnya akan jadi macam mencurahkan air ke daun keladi.
"Ceritalah apa yang terjadi malam tu," pinta Arata.
Dia memulakan pertanyaan apabila melihat mi di dalam mangkuk mulai luak. Harapnya, Ryu takkan minta mangkuk yang ketiga. Boleh bankrap kedai makannya yang hidup segan mati tak mahu. Yalah, selama ini, Ryu mana pernah membayar makanan yang dimakannya.
"Sekolah tempat Yuri mengajar tu, terkenal dengan kes buli. Salah laku. Rokok. Arak dan dadah." Ryu mengangkat mangkuk lalu menghirup kuah.
"Jadi, sebab tu aku ke sana malam tu untuk tinjau keadaan. Ibu cakap, pukul 12 tengah malam macam tulah biasanya aktiviti tak bermoral ni akan berlaku." Ryu mengesat mulutnya dengan tisu.
"Masa aku sampai tu, aku nampak Mira dalam kalangan pelajar-pelajar tu. Mira tu kalau kau orang nak tahu, orang Tobio," jelas Ryu. Mukanya berkerut.
"Tobio... Tobio tu ke?" Kazu merujuk kepada Tobio yang pernah dikalahkan oleh Yuri dahulu.
"Ya, dialah. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh sampai ke sini. Interpol dan imegresen dah sekat kedatangan dia. Tapi, nampaknya dia dapat lolos," balas Ryu.
"Bahaya kalau binatang tu datang sini. Aku hairan betul, macam mana dia dapat tahu Yuri ada di sekolah tu?" Arata memicit dahi.
Sungguh, pening dia dengan semua ini. Bukan main susah lagi mereka menyembunyikan Yuri di Malaysia. Tapi, nampak gayanya keberadaan gadis itu dapat dihidu oleh musuh.
"Itu yang aku tak faham. Aku lagi pelik macam mana Mira boleh masuk ke kawasan sekolah. Sekolah tu kan dikawal ketat." Ryu turut melepaskan keluhan.
"Mungkin, ada orang dalam kot. Tapi, siapa?" Arata mengusap dagu.
"Itu yang aku kena siasat. By the way, thanks untuk oden ni. Sedap." Ryu melemparkan sengihan kepada Arata dan Kazu.
"Kau tak payahlah tunjuk gigi putih bersih kau tu. Aku tahu dah kau nak cakap apa." Arata membuat muka toya.
Mimik muka geram Arata disambut dengan gelakan keras oleh Ryu. Namun, gelakannya terhenti apabila tulang rusuknya dirasakan kembali nyeri. Seketika, dia terdiam sebelum bibirnya meletuskan aduhan.
"Padan muka kau." Arata memulangkan paku buah keras. Haih. Geram sungguh dia dengan ulah Ryu.
"Dahlah. Pergi rehat dulu. Lepas ni, banyak lagi tenaga kau kena guna," sambungnya pula lalu bangun dari kerusi.
"Kazu. Kurung budak ni dekat sini. Jangan bagi dia keluar sebelum sihat sepenuhnya," arahnya pula kepada Kazu yang setia berada di sisi.
Arahan daripada Arata disambut dengan anggukan oleh Kazu. Dia faham sangat dengan suruhan tersebut. Kenzaki Ryu mana pernah dengar kata. Lagi dihalang lagi dibuat.
"Arata..." Ryu membuat muka kasihan.
Dia sudah sedar. Jadi, okey apa? Lagipun, banyak lagi kerja menunggunya untuk dibereskan. Kes di pejabatnya pun bertimbun-timbun, kini perlu selesaikan kes Mira pula. Jadi, dia tak boleh berehat lama-lama.
"No." Arata mencerlungkan matanya kepada Ryu.
"Kau nak aku beritahu Yuri?" ugutnya pula.
Ugutan tersebut serta-merta membuatkan Ryu terdiam. Arata nak beritahu Yuri? Tak boleh! Dia tak nak Yuri tahu kondisi sebenarnya. Dia tak nak Yuri susah hati. Gadis itu sudah banyak menanggung susah.
"Okeylah, okey. Aku rehat." Akhirnya, Ryu mengalah.
Kepada Arata dan Kazu di hadapannya, dia membuat muka tak rela sebelum perlahan-lahan, dia bangun dari kerusi lalu menapak perlahan ke biliknya. Namun, belum pun sebelah kakinya memasuki bilik, telinganya terlebih dahulu menangkap suara keras seorang perempuan memanggil namanya.
"Nael Rizq!"
Ini Ryu kalau dapat makan.
Ini Ryu untuk next bab. Dapat teka tak apa dia buat nanti?
Clue:
Tengok pada pakaian, bukan muka dia. 😂
__________
6 Ogos 2021
8.30 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro