Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

😈 SATU 😈

Yuri mengeluh kasar melihatkan gelagat bebal para pelajarnya. Makin dilarang makin menjadi-jadi gila mereka. Padahal, peraturan telah menyatakan bahawa pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau tak tentu arah di waktu tengah malam.

"Kau orang semua buat apa tu?" tegur Yuri dengan roman muka dikekalkan lembut.

Yuri Katsune. Dia adalah warden termuda di sekolah ini. Nama Islamnya pula, Noura Arfa. Tapi, dia lebih selesa dengan nama panggilan Yuri walaupun sudah setahun bergelar mualaf.

"Cikgu Yuri la." Beramai-ramai, pelajar yang tadinya sedang berjimba sesama mereka di lorong gelap sambil menghisap rokok serentak memandangnya.

"Kamu semua sepatutnya balik ke dorm masing-masing." Tak nak kalah, Yuri menentang tajam mata pelajar-pelajar tersebut. Gengster perempuan, spesifiknya.

"Kau siapa nak suruh-suruh kami?"

Seorang pelajar perempuan yang dikira ketua mereka bangun daripada duduknya. Lantas, dia mendekati Yuri. Kemudian, rokok di tangannya disedut dalam lalu dihembus kasar ke muka guru tersebut. Terbatuk-batuk dia dibuatnya.

"Awak pula siapa?" balas Yuri.

Sangat kurang ajar perempuan ini. Namun, itu bukan sebab utama dia bengang dengannya. Kehadirannya di sekolah ini yang membuatkan Yuri berasa geram. Perempuan itu bukannya pelajar sekolah ini pun!

"Aku?" Dia menayangkan muka jengkel.

"Ketua kawasan ni. Ingat baik-baik dalam kepala otak kau tu ya cikgu. Aku. Mira. Solero." Sepatah-sepatah, dia memberitahu Yuri namanya lalu mengilai keras.

"Oh..." Yuri mengangguk buat-buat faham.

Hailah budak-budak. Umur baru setahun jagung tapi ada hati nak berlagak gengster. Ketika ini, mahu saja dia memberi pelangkung kepada mereka semua jika tidak kerana perjanjian verbal dengan arwah Matsumoto.

"Jadi, cikgu. Kau blahlah dari sini. Tak payah berlagak bagus sangat. Kau tak rugi apa pun kalau biarkan kami lepak kat sini. Kan, geng?" soal Mira sambil menayangkan muka sinis.

"Ya, betul," sahut gengnya beramai-ramai.

Melihatkan itu, Yuri menarik nafas panjang. Aduhai, hati. Janganlah dia terbuat kerja gila malam-malam buta ini. Kalau terbuat juga, alamatnya ke ICU budak-budak ini semua. Tak pun, mati katak. Kasihan.

"Cikgu nasihatkan kau orang semua balik ke bilik masing-masing. Pukul 2 pagi dah ni. Tak elok anak dara mengilai macam langsuir. Nanti, tak pasal-pasal abang drakula tak jadi masuk meminang." Yuri bertutur selamba dengan roman muka kekal seperti tadi. Senyum.

"Hoi, cikgu!" jerkah Mira. Panas hati, mungkin.

"Awak pun baliklah ya, Mira. Sekolah ni bukan moyang awak yang punya. Tak payah jadi lintah kat sini, sebab kat sini kita orang tak sudi terima penjilat darah macam awak." Yuri menayangkan pula senyuman menjengkelkan kepada Mira.

"Tak guna..." Mira menderam marah.

Dengan kiraan kira dua saat, pantas gadis itu bercekak kolar hoodie Yuri lalu menarik guru muda itu rapat ke mukanya. Matanya dan mata Yuri bertembung, namun Yuri sedikit pun tak gentar. Malah, suka hati adalah.

Cuma, dia berharap agar penumbuk kesayangannya tak hinggap di wajah cantik gadis itu. Yalah, kalau melekat juga, boleh berbekas buah tangan daripadanya di pipi gebu tersebut. Kalau itu terjadi, hanya satu saja dia boleh cakap; padan muka!

"Sila balik," tutur Yuri lagi.

"Kau dah buatkan aku marah." Mira mengetap bibir. Cekakan tangannya di baju hoodie Yuri semakin kemas.

"Awak juga dah buatkan saya marah." Yuri menarik senyuman sinis.

"You got what you do (Awak dapat apa awak buat)," bisiknya pula seraya menumbuk perut Mira sekuat hati. Perasaannya? Semestinya puas dapat melepaskan jua gian menibai orang.

Namun, rasa puas itu terbantut apabila tiba-tiba, satu tangan kekar memegang kejap lengannya sekali gus menghalangnya daripada melayangkan tumbukan sekali lagi kepada Mira yang sedang tertunduk menahan sakit.

"Yuri Katsune. Kau tak pernah berubah." Lelaki itu memulas kuat tangan Yuri.

Kini, giliran Yuri pula terseringai sakit. Tak guna punya Ryuken!

Done!
Macam mana part ni, guys? ✋😂

____________________________________
ILMU UNTUK ANDA
____________________________________

Mati katak : Mati sia-sia.
Setahun jagung : Usia mentah.
ICU : Intensive Care Unit (Unit Rawatan Rapi).

____________________________________

28 Jun 2021
8.40 malam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro